Entry ni saya tujukan pada seorang sahabat. Sahabat, sedia atau pun tidak kita dalam menempuh sesuatu perkara yang baru dalam hidup adalah terletak pada hati.Bersedia atau tidak, itu pilihan hati. Wang ringgit bukan perkara pokok. Yakinlah pada hati, betulkan niat. Insya Allah, laluan akan ditunjuk..:)
Yerp. betul.itu adalah hakikatnya. Saya memang tak suka budak budak.
Tapi, masa bujang dululah. Saya sememangnya bukan seorang penggemar kanak-kanak. En suami pun sama.
Pada saya budak-budak kecik ni menyusahkan.Bising. Leceh.Merumitkan.
Kalau masa tengah jalan-jalan, kalau ada member yang menyapa mana budak2 atau baby , saya cuma tengok dari jauh. tak teringin pun nak gi dekat apatah lagi nak angkat. pandang dengan pandangan kosong je.takda yang menarik pada budak-budak ni.
Honestly, niat masa tu adalah cuma untuk membuktikan yang saya boleh mengandung.
Saya takut orang kata saya mandul.
Sepanjang saya preknenkan Damia, mungkin disebabkan dengan niat yang tak berapa nak betul tu, jadik saya rasa preknen itu adalah sangat menyusahkan.
Saya suka nangis. Saya suka bebai dengan en suami. Saya rasa dia abaikan saya. Saya rasa dalam perut saya tu beban. Jadik ada saja perkara yang menyakitkan kepala dan hati jadi. itu tak kena.ini tak kena. tapi saya tak buat bukan-bukanlah. Saya selesaikan masalah jiwa kacau ni di tikar sejadah.Ok la kejap kot. pastu syaiitann mai la balik kan.
Tambah plak, saya sakit lama nak bersalin.. Operate plak tu. Full bius. Langsung tak tahu macamana rasanya apabila pertama kali mendengar suara tangisan pertama anak yang keluar dari perut.
Lepas sedar, pertama kali tengok Damia dalam keadaan sakit tu, perasaan saya masih kosong. hari kedua di hospital,nurse dah letak anak bersama. kena handle sendirik plak tu. Stress bertambah dalam diam. Series, 3 hari pertama uruskan anak sorang2 tu saya sangat tertekan. itu yang setengah orang boleh kena angin meroyan kan..sebab2 macam ni la..jiwa kacau , kemurungan lepas bersalin.
Sepanjang berpantang, saya tak pandai susukan Mia. melecet. sakit. mula terpikir tak mo susukan anak. Ok, Allah makbulkan. cukup 6 bulan, susu berhenti. 'tahniah' untuk saya.
tapi bila hari ke hari ,tengok Mia membesar. Hati saya mula rasa lain. Sekilas saja, Allah kalihkan hati saya.
Jadik, sepanjang mengandungkan Ali walaupun lagi macam2 risiko preknen saya kena tanggung tapi saya happy,langsung tak terasa terbeban. masa Ali saya kena diebetic preknen, tekanan darah rendah, nak beranak kena high pressure plak. suma balun sekali. walaupun masa driving,perut sampai sendal stereng tapi saya masih boleh gelak ku kik ku kik..^^
Ini adalah kerana hati saya telah bersedia...
Mia Ali buah hati mama dan papa..Anda berdua adalah harta kami yang tak ternilai dunia dan akhirat..
... .... ....
... ... ....
ok,dah. Aku dah tak bleh menaip. nak nangis la plak...