LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 29, 2011

K Pop

sekarang ramai dok sebut k pop , k pop eh.saya dok ingat ape kemendela k pop tu. baru tau maksudnye

anak i si ali ni mata dia ade ciri2 budak k pop sket. tang mata ja la sebab dia tak dak kelopak mata cam babah dia..haha.

kasik pakai baju berhud putih ni, dah trus jadi ice pop!..haha




ali ice pop dengan kak mia 


Thursday, July 28, 2011

saya bukan kedekut tumpangkan kawan



dah booking car seat baru untuk si damia ,khas untuk toddler dari si Yana

Britax Adventure Car Seat 

RM250.untuk budak 4 - 12 tahun 


murah aa lagipun nak juga title barangan dari UK..:p.  rembat terus. tapi bayar lambat lagila eh yana..aku nak tunggu duit kutu ...kueng kueng.

yang biru tu nak kasik ali.
`
adik baru,kena warisi car seat turun temurun yang ali duduk sekarang tu.:D


orang selalu cakap bonet Persona besar kan?  tapi kalau boleh saya nak besar lagi..:p.


sekarang memang tak muat dah..stroller untuk twin sudah mengambil tempat secara permanent di dalam bonet.


kadang kan bila saya berseorangan shopping tanpa suami,ade je mata yang memandang..ada penah sekali 1 pasang suami isteri siap dok tunggu tepi kereta...saya tengok depa.yang bini wat2 tengok henset bila saya jeling tengok dia, bila saya beralih tengok suami plak, dia memang trus je tengok saya tapi dok senyum..depa dok tengok saya urus ali ,mia dan barang2 belian masuk ke dalam kereta. derang tengok sampai saya siap semua. aku tau derang pikir ape.mesti kata mak buyung ni tak sedar diri tak pun kene tinggal laki ke hape..haha.


aku ada laki la.:p


shopping ajak kawan2?


saya jarang sangat.


sombong kan nampak? bukan. kereta saya penuh...^^.

Tuesday, July 26, 2011

Perokok = pemarah

for me, perokok adalah sangat sinonim dengan sifat pemarah.baran.tak sabar.cengeng.


i knowla. dah berapa tahun kenal dan hidup dengan seorang yang bergelar perokok.


jarangla kan jumpa perokok yang dirinya adalah seorang yang sangat penyabarrr..sangat tenang.


mungkin ada.tapi aci kerat kuku kelingking kiri aa..perokok 'yang tenang' begitu mungkin seorang yang bukan tegar.dia mungkin hisap 1/2 batang sehari..tak pun hisap rokok daun..hehe


perokok juga  pada saya ,boleh diletakkan pada ranking  paling bawah untuk orang yang ketagihan. no 1 dadah.no 2 arak. dan no 3 rokok.


sekarang ni saya ada menyaksikan perubahan paling ketara terhadap seorang bekas penagih rokok. tak lain tak bukan, en suami. minta maaf,mungkin agak kasar menggunakan istilah 'bekas penagih' kepada seorang perokok tapi hakikatnya ia merupakan kebenaran yang harus ditelan.rokok tetap mempengaruhi  kehidupan yang menagih dan juga orang sekelilingnya seperti mana dadah dan arak. tak setuju? dok diam diam..P


en suami sekarang,macam seorang yang baru. muka samala.body saya tahu dia punye lagi.haha. cuma tang riak muka itu yang lain . glow in the dark pun adala kadang tu rasanya..keh keh. over plak.


sesungguhnya saya belum pernah tengok riak muka en suami yang setenang sekarang.walaupun dia tetap berhadapan dengan riuh rendah anak2, suara bebel bininye dan workload di tempat kerja yang tak pernah kurang. dan yang agak ketara, en suami sekarang agak tenang untuk menguruskan anak2  kalau saya minta bantuan. dah tak ade riak muka gerun macam sebelum ni...


dan saya sangat pasti, ini adalah salah satu kesan disebabkan dia dengan rasminya sudah tidak bergelar perokok.


yang paling saya suka adalah, sudah tiada bau rokok di persekitaran saya dan anak2.  Alhamdullillah.


apapun terima kasih Niquitin!! ^^.


aha.promote baekk punye


p/s: kpd yang serius untuk berhenti, cubalah Niquitin tu..mudah2an ,boleh membantu..;)

dua kali scan

pagi semalam, saya ada appointment dengan gynae di hosp bm.

saya tengok imej scan yang dr kasik.

diameter kepala baby tunjukkan baby saya dah 28 w.

femur length[tulang kaki eh?] pun 27w++

ayo.serius ke? bukan saya ni baru 25++w ke?

mula dalam kepala pikir macam2. saya memang syak pil kalsium yang saya makan jadi punca.

saya mesej adik saya. dia cakap,apa hang risau?biaq pi la besaq mana pun, hang bukan payah nak teran pun.

ceh. kureng asam btui si najah.

tapi, ada juga la benarnya..kan. huhu. besar ke kecik baby, janji sihat..

tadi malam, saya ajak en suami nak gi tengok lagi baby.kali ni pegi privatela

ceh.wat kalut. bile dr Koh scan, normal je ukuran dan berat baby dengan jangkaan bersalin.dan baby dah menunjukkan 'burung'nya pada mama , papa dan kak mia,abg ali...^^.ali dapat geng. habisla si damia...hehehe

my conclusion: dr kat hosp bm tu saya suspek dia kalut mungkin, kan dah masa lunch masa tu...[saya cuba berbaik sangka]

Monday, July 25, 2011

O.R Quarter Chicken KFC

ade yang dah try?


kalau belum, saya cadangkan..angpa suma boh cili sos Life tak pun sos thai yang disediakan atas meja ja..


jangan sesekali tuang sos lada itam yang kfc bagi tu..


jujur dari hati:kuciwa sungguh rasa dia. paittttt[pahit]


tapi tataula kan,lidah saya ja kot rasa camtu..


slumber kadok je,tadi masa pekerja kfc  nak amik pinggan saya masa saya gi cuci tangan, saya patah balik..saya bisik kat adik tu


'tak sedapla,dik..'


:D

Friday, July 22, 2011

Ali Chu Kang

my chu kang ..;)


Selamat Hari Jumaat..:)

saya cuti dah rini..rasanye plan rini nak lelepak je rumah di samping cabut2 rumput dengan manja..larat ke?nak tunduk pun seksa dah sekarang...huhu

Thursday, July 21, 2011

Ini baru erti sebenar Bersih ;)

www.facebook.com/usop.wheelchair

kome posa dah habis ganti ke?^^sapa penuh,angkat tangannn...

awok tahun lepas pose 30 puluh hari tau..^^

tahun ni,harapnya bulih lagi pose penuh :D

Tuesday, July 19, 2011

Rajagopal cakap,patriotik la sikit..



anak2nye la ..mamanye takde jersi khas ^^

bile lagi eh lawan bola? dengan Chelsea eh plak? Khamis eh?

good luck!

Go Malaysia Go!

Monday, July 18, 2011

peruntukan guru ganti untuk guru bersalin tak ade lagi tahun ni?oh apela nasib...

sungguh saya sekarang berasa sangat pelik

bila baca pemberitahuan di portal PPD sebentar tadi

pengumuman tentang penangguhan Guru Ganti bagi guru-guru bersalin ? tak ada peruntukan lagi? apa kes?

maksudnya kali ni saya beranak, kawan-kawan di sekolah terpaksa back up kerja saya selama ketiadaan saya

tanpa bantuan guru ganti. masa beranak ali dulu pun macam tu..

beb.kali ni lama la.saya nak apply cuti bersalin 3 bulan.

err kasihan kawan-kawan.huhu

yang saya sangat musykilnye sekarang...apa kemendenye tak ada peruntukan??

baru je saya balik lawatan pegi tengok sekolah yang baru dapat 700 k . itu satu sekolah. kan dengar kata kpm nak senaraikan bagi cukup 100 sekolah yang berprestasi sama. 700 k darab 100 sekolah.mak haih..

sungguh jujur dari hati, saya bukan dengki....kalau nak dapat macam tu,kami para guru kenala berusahakan sampai boleh ubah status sekolah...

tapi yang saya musykil tu...kenapa peruntukan biasa kepada 'sekolah-sekolah biasa' macam kami ni..kena tarik situ?kena tarik sini...dalam masa yang sama telan air liur je tengok ada sekolah yang sampai tatau nak buat apa dengan duit yang banyak tu...?


kenapa 'sekolah-sekolah pencapaian biasa ' macam kami dianaktirikan?


itu belum sebut pasal projek PERMATA ..intan berlian kan...juta2 an dilaburkan untuk cari pelajar-pelajar berpotensi 'luar biasa'.

sekali lagi..yang biasa-biasa macam kami..dipinggirkan.

gile sedih. itu baru saya sebut pasal peruntukan guru ganti bersalin yang 'ditiadakan'. belum lagi peruntukan lain yang ditarik2 suka suka hati....:(

ini tidak adil......sob sob.


o/s:kiterang siap nak buat program,cikgu2 kene collect duit secara personal..minta sponsor merata..buat tebai muka. oh.

Friday, July 15, 2011

Prof Dr Muhaya

saya ada idola baru sekarang ni. prof dr muhaya.


ske la eh prof ni. dia bukan ustazah. prof ni dr pakar mata.

 
tapi setiap kali prof berbricara pasal kesihatan [esp tentang mata la kan], dia akan selitkan tentang persekitaran. sangat tally dengan kehidupan seharian kita.


hari tu ade tgk prof di tv3. jemputan untuk slot MHI.


saya tak berapa ingat isu apa yang prof bincangkan tapi ada 1 perkara yang menarik perhatian saya.


prof dr muhaya cakap,


kebiasaannya 90% dari kerisauan yang bersarang dalam kepala selalunya tak mungkin terjadi pun. minda dari awal sudah set tentang risiko dan kerisauan, maka hati dan perilaku kita akan menjurus ke arah yang negatif.  
jadi sekarang..mari kita sentiasa positifkan fikiran , nikmati kehidupan bersandarkan tawakal kepada Allah SWT ^^

Wednesday, July 13, 2011

makan ubat masa mengandung

minggu ni adalah antara minggu paling mandom yang penah saya lalui

hidup segan je rasa

dekat 1 minggu dah sakit tekak dan selesema

saya memang cuba bertahan untuk tidak dapatkan ubat dari klinik

setiap kali preknen,inilah antara cabaran yang saya cukup risaukan..was2 nak telan ubat sebarangan

kemuncaknya, semalam saya terus tak boleh bangun sebab sakit sangat dalam telinga..tersumbat eh sebab selesema dan sakit tekak

bila pegi klinik, dr tanya makan ubat tak?saya senyum kambing ajela..cakap tak amik.

antibiotik?err.tak..

macamane nak lega kak..kena juga makan ni.kalau tak memang melarat ..dr muda tu bebel kat saya.

buat muka cengkodok je la..sambil2 tu minta mc dari dr tu.:p

sebelum keluar dr bilik dia..dia pesan lagi..kak makan tau,antibiotik habiskan..

senyum je saya.malas nak iakan sebab saya tau saya akan tetap was2 nak habiskan ubat2 tu ikut yg dr. tu suruh

dr tu cakap ,dia bagi semua ubat dos rendah je..jangan risau..

tipu je rs, lepas saya telan semua 4-5 jenis ubat die kasik tu..trus tidur pengsan 5 jam. lepas bangun,tengok balik ubat2 tu.ada antaranya tulis 'mengantuk'.

ceh.

tapi bile bangun tu,segar bugar la kan..telinga pun dah kurang sumbatnye


saya makan sekali tu je la.hari ni rasa nak tongsampahkan je semua kecuali antibiotik.

korang macamana selalunye eh masa preknen..?makan ke tidak ubat selesema,batuk?

takut kan..saya paling risaukan baby dalam perut..klu dah mak die lena 5 jam..tambah lagi dia..konfem lali juga ...huhu. cian.

p/s: saya gi kl pukul 5 karang. program last week yang tak jadi tu telah dijadikan hari ini..^^ . mia ali ,mak saya 'culik' bawa balik Jitra..sronok aa tok mi dan tok wan..boleh bawa balik cucu2..papa pun mesti sonok gak ni..bini takde kaco dia main game.LOL

Tuesday, July 12, 2011

Mengkuang Dam

tak jauh ni. empangan dekat dengan rumah saya je ni.


selalu lalu je,jarangla teringin nak singgah.


sekali dah singgah.alahai.jatuh hati la weh


tak yah naik bot pi pulau dayang bunting


Mengkuang Dam ni pun dah seiras dari certain sudut..:)






saya 80 kilo sekarang.en suami pun.sama berat tapi yang bini je nampak gemuk.ces.









Monday, July 11, 2011

Melayu bukan setakat mudah lupa..

hang tuah penah cakap tak kan melayu hilang di dunia


Tok Det pulak cakap , melayu mudah lupa..

saya cakap,

Melayu bukan setakat mudah lupa..

Melayu tak pernah nak beringat pun...

gelombang kuning ka, gelombang merah ka

yang saya pasti, Melayu ja ramai

sesama sendiri nak tunjuk dia betul

sungguh tak paham

ah,apa pun iklan kat bawah ni..terbaekk..LOL.




Friday, July 8, 2011

ketiak

saya cukup suka kalau ada adik pompuan bujang saya datang rumah. tahun ni tinggal sorang ja la yg bujang,si tehah.
celik mata,tengok pinggan mangkuk dah cuci.
kain dah cuci.
sampah pun dah sapu.
budak mia ali pun ,dia dah tolong mandikan.

jadi kadang,tambah cuti macam ni..boleh la nak berlama-lamaan  dgn husben sikit.
ada yang tolong tengokkan anak2..;)
gini rupanya eh  perasaan kalau ada pembantu di rumah..^^
haha

hari tu saya berborak dgn en suami pasal katil
kiterang tengah dok pikir nak beli tambah single bed bile baby baru dah keluar.tak pun ada yang nak dikorbankan tido kat bawah.
kami dah pun tukar ke king size tahun lepas.agak2 kalau ada maharaja katil,nak jugak beli.ade ke katil triple xl?
buat masa ni, papa derang prefer tambah katil lagi kot dalam bilik. sebabnya tak de orang lain la nak kene kick turun bawah selain dia. hehe.

ada yang cakap,ajarla si mia tido bilik asing.
aduh. tak sampai hati la. mia dan ali malam2 masih tido bawah ketiak saya.
minta papa dia tido bilik asing.
oho. boleh ke papa?hahahahaha.
hee.mama pun tak leh..kang ada juga tido sambil berjalan..
carik ketiak laki.

heee..

p/s:mak saya cakap,dulu masa kami kecik2..semua tido sekali. ada yang siap tido sampai ke pintu toilet..punyala tak mau tido asing dgn mak.
sape le tu kan guling2 sampai pintu toilet..isk isk

Wednesday, July 6, 2011

Kalau nda buli liat rumah semak2, jangan beranak bah

itu pesanan khas mama mertuaku untuk 4 orang anak dan menantu2nya. pedas kan?i pun terasa kepedasannye sebab  standardla ibu berdarah muda macam saye ni memang bile bertempik dengar macam suara gorila...^^



ini tahun lepas..sikit  je nih 8 orang. elok je lepas raya tu, biras sulung beranak lagi sorang. tahun ni , saya pula yang akan menggenapkan 10 orang cucu untuk mama dan bapak. damitttt belaka..mane mama dan papa masing2 tak jadi gorila..hahaha


mama cakap,kalau nak rumah kemas sentiasa..tak nak berselerak langsung,sepah2 langsung, jangan beranak . kene banyak sabarrrr dengan anak damit damit ni..;).


mari kita lihat saya melatih diri untuk lebih bersabarrrr...sabar le tu woo siap leh amik2 gambar buat penghibur hati.^^
1st round mia sorang.ali tido masa ni










mia cakap x best purse mama.banyak singgit je..^^


disiplin ya kawan2.sebab mama ugut tak nak buka tv.mama banyak tgk citer gangster tu pandai ugut2.










dah siap kemas,mama puas hati.baru boleh nenen dan tgk baby tv.


5 minit je..trus tido..haha


2nd round.pembantu berkaliber dah bangun


apa tengok2?



sesungguhnya mama pasrah..^^


Tuesday, July 5, 2011

Komen saya tentang Karak

korang dah tgk Karak?


saya dah tgk last week via ch 485. abah bayarkan rm15+ tax utk astro.:p


banyak scene sentap jantung mak tau.walaupun hantu2 nye muka cam dalam Poltegiest je..[ceh...je tu.berlagak].


tahniah untuk trio norman yusry edry. ni kirenye yusry bukan dok edit cgi guna laptop dia ja kot no mcm cicakman dulu. ala2 mantap gitu


saya ingatkan Karak ni cerita dalam cerita.kirenye saya terbayangkan kisah2 kejadian di Karak diselitkan 4-5 cerita dalam 1 filem. kalau buat camtu syiokk tu.rupenye tak.


Kisah lagenda Karak pasai Vokswagen kuning dan kisah suami isteri yang kereta rosak di Jalan Karak tu jadi pembuka cerita sahaja.selebihnya kisah pasal 4 orang budak u nak balik kolej,yang nak elakkan jam di highyway pastu masuk Jalan Karak yang lama.dari  situ,bermulala scene jantungku dup dup.aha.


Saya cukup ske dengar kisah antu2 Karak ni tambah lagi yang story pasal suami isteri yang kereta rosak tu. ala.yang suami dia pegi cari orang nak baiki kereta, last2 ade hantu makan laki dia..pastu dok main2 mayat laki dia atas kereta tu. siap ada polis berhenti dan arahkan bini dan anak dia keluar kereta tu. slalo2 terbayang2kan aje sambil dok dengar orang cerita. Bila direalisasikan dalam filem,haha. ade jugak rasa terkucil..hihi. seremm.


Hmm,tapi lepas tu..cerita dah meleret2 sangat.agak bosanla. walaupun pakwe rozita che wan sorang tu..err..bolehla tahan lakonannya.


cuma haa..part last2 tu adela 2-3 adegan yang makan dalamm.


1. scene masa awek si shahir tu cuba nak baca Yasin dan dia tak dapat nak baca sebab surah Yasin tu hilang dalam buku yang dia pegang.


2. masa ade sekor hantu gelakkan mengejek awek si shahir tu sebab iman tak kuat..sebab tu antu2 makin galak kaco dia dan kawan2 .


3. masa sorang kawan budak2 ni yang dirasuk dengan slumbernya sambil dok carik2 kulit muka sambil ikut si awek shahir ni baca 2-3 baris permulaan ayat kursi...lepas tu walaupun beberapa kali budak pompuan tu baca ayat kursi tapi tetap antu2 tu makin galak dok kacau.


gile serem.


kenapa ditonjolkan adegan2 ni?


untuk pedoman kepada kita semua saya rasa.


bila amalan dan ibadat tak pernah dihayati. hati tak kuat.malah makin mudah disesatkan.


p/s:si shahir dan awek dia tu adalah bekas hafiz dan hafizah masa zaman sekolah. bila makin meningkat dewasa, semua amalan dah jadi sejarah dalam hidup depa.itu yang antu2 tu nak kasik test sket pada derang..;)

Monday, July 4, 2011

selfish

masa dalam perjalanan balik Jitra hujung minggu hari tu, saya tengok berderet2 lori polis dan polis-polis kat highway BKE Kulim-Butterworth .mereka ada merata tempat.

menyumpah saya. en suami siap amik lencongan jauh punye nak elakkan dari jalan2 yang biasa polis buat road block.

oo ok. hari tu rupenye ade perhimpunan belia di Permatang Pauh..no wonder berdendai dendai polis dan fru tuju situ.

dan sebelum balik sekolah hari ni, dapat mesej dari Guru Besar.

'Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semua pk,guru dan staf,
saya dihubungi timbalan PPD mohon kita tangguhkan program pada tarikh lain atas nasihat pihak polis.
Saya menyusun sepuluh jari mohon maaf atas masalah ini.

again...

saya rasa nak marah. saya bukan nak marah polis. saya tahu tugas mereka.

isk.isk. menyusahkanla. bila ramai manusia selfish atas muka bumi.

end

jahit itik


Bahan utama : 1 ekor itik
Bahan untuk sumbat: kentang rebus,telur ayam, bawang besar, bawang putih,lada hitam dilumat.
bahan untuk kuah: jintan putih+ jintan manis+lada hitam [ditumbuk sehingga lumat],santan,garam dan gula






benang putih[basuh dulu aa].lantak la eh nak sembat ke nak buat insang pari ke.janji isi yang disumbat tak terkeluar.ini buat jelujur kasar je.haha



rebus itik tadi dalam kuah


tara!
Nama resipi ni ..itik golek.
resipi turun temurun arwah tok yam.mak abah saya.
sebelum balik jitra ritu,siap calling adik n mak,request nak makan itik golek.
jenuh abah mencari itik.yela orang kite jarang makan itik kan.
sampaikan pakcik kat pasar dok tanye abah.lalu ke makan itik?Melayu jarang cari itik,kata pakcik tu.

korang lalu tak?
jangan tanya saya.
saya makan sampai tinggal pinggan.hahaha.