Sunday, November 22, 2009

My-Birthday Giveway! (M-B-G)

* Ini merupakan entry sticky mode sehingga 22 Nov 2009*

1st of all, nak bgtau yg ni bknnya giveaway anjuran saya.hehe.Bila tgk topik ..mcm saya je kan yang wat besday giveway ni.hehehe.

Lama saya tak join ape2 contest anjuran mana2 kawan blog. tak menyempatla nak collect maklumat n penuhi syarat2 contest..tu yg tk join pe2. tp giveway ni saya nak join sbb hadiah yg diberi menggoda hati.hehe

Serba ringkas ttg contest ni:

Pn Sarah tn punya blog online shop cloth diaper anjurkan giveway sempena besday beliau pd 22 nov akan datang..Interesting!! Jom aa kekawan join giveway anjuran pn sarah kite neh. Hadiah2nya of coursela CD yang pelbagai design yg colorful tu..hehe.
Dlm entry M-B-G ,ada pn sarah nyatakan yg bleh jg kasi komen/testi kirenye berpengalaman menggunakan CD.hmm,bleh sangatlah saya nak kasik komen/testi berkaitan CD ni..kebetulan saya baru aje beli CD dr Pn Sarah


Pengalaman menggunakan CD-

Saya sangat excited n berkobar2 beli CD ni demi memenuhi tuntutan kempen jimat cermat en suami dan kempen mesra alam dari mak saya..hehe. Matlamat jangka panjang, saya nak tambah koleksi CD damia memandangkan ritu saya beli 2 kpg CD je nak kasik damia test. Hmm,saya ade plan jg neh nak pujuk en suami kasi belanjawan dispo diapers Damia selama 3 bln, tukar kpd belanjawan beli stok CD..yela..bulan feb depan,adik damia plak keluar.Double tu belanja dispo diapers next year. Dahla anakku si Damia ini sangat manja kulitnya..utk sehari saya peruntukkan tk kurg dr 10 kpg dispo diapers utk damia..cuba korang darab sikit 1 bln brapa bungkus dispo diapers utk Damia...hmm. Nak paksakan diri guna lampin biasa..huhu,sangat nipis motivasi dlm diri. So bile ade alternatif mcm Cloth Diapers ni..hmm, semangat saya tu tinggila sikit.

Mula2 dulu,rasa was2 jg nak guna CD neh..yela bile pk kan nak basuh2 la,jemur la..aduh..leceh.tp saya try juga la beli. Hmm, bagus aaa ..mudah sangat guna CD neh rupenye walaupun ada t**k yang melekit2 terlekat kat CD. Spray aje haa guna air,hilang semua kotoran. Gosok2 manja sikit kain CD tu,pastu masuk dlm mesin basuh kejap and then spin. Siap! bleh jemur. Seriously,mudah sangat nak handle CD ni tak macam lampin biasa. Anak pakai nampak kemas plak tu.


Tambahan plak, ciri2 CD ni sangatla user friendly, takdela rumit sangat nak handle diapers ni..fabrik CD ni pun berkualiti..thanks to sarah sbb perkenalkan this product utk para ibu.

Ni antara pose Damia bergaya dengan Cd nye..hehe.




Yok, jom join ramai2 contest ni! Pada ibu2 yang berminat boleh melawat laman web Pn Sarah untuk maklumat lanjut.

Sunday, November 8, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest


Lama saya tak update blog.Sibuk skitla skang..hmm,masa jengah2 blog kekawan,terperasan 1 contest berkaitan baby in nature di mombloggersplanet anjuran little mama. Yang saya perasan,MBP memang setiap bulan menganjurkan baby contest yang di mana setiap bulan mempunyai tema yang berlainan. And untuk bulan November 2009, tema baby in nature menjadi tema pilihan. hmm,interesting...so saya nak cuba nasiblah untuk kali ni..;)[sebab rasa ada gambar damia yang bersesuaian..]

Ini antara butiran yang diperlukan dalam contest terbabit.


Ni la gambar bersesuaian yang saya maksudkan tu..hape2 aje kan aksi anak saya sorang ni..hehe




Nama baby: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL


Tarikh Lahir: 24 Oktober 2008


Umur: 1 tahun


Alkisah background gambar neh:

Gambar outdoor Damia berlatarbelakangkan rumput nan menghijau ni bukanlah diambil di mana2 taman rekreasi atau mana2 taman bunga..kat laman rumah Tok Tam Damia di Serdang,Kedah je pun...hehe


Kepentingan melibatkan anak dengan aktiviti luar rumah


-mendekatkan diri anak dengan alam sekitar.parents secara tak langsung boleh memperkenalkn pada anak2 dengan objek2 di sekeliling spt burung2 yg berterbangan, bunga2an, daun2 ,pokok2, serangga dll. Proses pembelajaran direct macam ni, sememangnya membantu tumbesaran otak anak kita berkembang dengan pantas.


-anak2 mampu meneroka sesuatu yang baru cnthnya bagi ibu2 yg baru nak ajar anak bertatih,aktiviti luar dari ruang lingkup rumah merupakan salah satu alternatif bagi mempercepatkan proses anak berjalan..bak kate orang tua2, baby elok dibawa bertatih di atas embun pagi2 tu,utk kuatkan kaki dan mempercepatkan proses anak belajar berjalan..dan memang ini pun antara usaha saya bagi mempercepatkan cik damia ni tak gayat nak berjalan...si kenit ni lambat sikit nak betul2 berjalan sendiri..gayat je die..

-of coursela pendedahan aktiviti luar rumah macam ni..anak dapat menghirup udara yang lebih segar dan nyaman yang semestinya amat penting untuk kesihatan ,bukan manfaatnya pada anak sajala..kita pun dapat sama2 release tension n sama2 menghirup udara segar dan pemandangan yang merehatkan minda dan mata...hmm.


Pendek kata, memang banyak lagila faedah2 yang boleh diperolehi sekiranya kita dedahkan anak dengan persekitaran semula jadi di luar sana...:)

so,kekawan..meh la..join ramai2!!


Sayangi anak,sayangi alam sekitar!! :)

Contest adalah anjuran ->MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/



Penaja2 yang baik hati -> PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


->AliceWonders : http://www.alicewonders.com




Saturday, October 24, 2009

~Damia dah setahun~

SELAMAT HARI LAHIR CAYANG MAMA...
MAMA BERDOA MOGA DAMIA AKAN MEMBESAR MENJADI ANAK YANG PINTAR DAN SOLEHAH..
Muah..muah..muah..
Kejapnye masa berlalu..
anak mama ni dah 1 tahun..
jangan nakal2 taww..
nanti mama babab die..
hehe
Birthday damia adalah pada hari ini[24 okt 2009] tapi majlis sambutan hari lahir cik mek ni diadakan awal seminggu masa hari Deepavali lepas.Bukanla sebab berniat nak sambut deepavali tau, 'terpaksa' diadakan awal memandangkan papa mia tak cuti hari ni..huhu.
Ikut mama,nak simple2 aje majlis anak mama ni. Tapi tau2 ajela..mia ni cucu sulung sebelah famili mama,jadiknye yg simple itu telah bertukar menjadi majlis yang ramai jg la sedara mara n jiran yang datang..hmm.
Majlis ni dibuat di rumah Tok Mi Damia di jitra..
kek secret recipe sponsor by mak ngah Najah n Pak ngah Sobri..sayang btul nak makan 'muka' Damia atas kek itu.

Mama plak yg excited potong kek.hehe

Mak ngah tumpang potong kek sebab birthdaynye sehari b4 Deepavali..


Haa..dah bile jemput orang bgtau wat besday party, konfemla byk hadiah kan. Byk btul kawan togel nnti..hehe



Haa..sungguh gumbira Cik Damia tunggang kenderaan rasmi terbaru hadiah dr Mak Ngah n Mak Wan


Pakwe baju biru ni,sipu2 plak nak kasik hadiah..

Paksu Ameng n regim nya tengah membakar sate

Bihun sup ade,laksa ade, ketupat ade,roti jala ade,sate ade..yumm..yum..
Saya n en suami ucapkan ribuan terima kasih pd famili,sanak sedara n jiran tetangga yang sudi membantu ataupun mensponsor demi menjayakan majlis besday Damia kali ni. Tahun depan, takde solo celebration lg la..Damia dah ade adik, and sepupu. Wat sekali ajela majlis.hehe









Tuesday, October 13, 2009

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

damia @ 1 day.masa ni nampak macam lurus je rambut die..hehe



Hmm,saja saya nak kongsi dgn kekawan pasal info yg saya dapat dr satu laman web hal ehwal kehamilan ni..and saya boleh kategorikan entry ni sebagai entry untuk legakan hati diri sendiri..hehe.

*kredit to http://www.alamhamil.com/ for the article.

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.


Kenapa saya perlu VBAC?

Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:
-Kurang risiko kematian
-Kurang komplikasi
-Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
-Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
-Kosnya lebih murahBayi juga lebih bermanfaat kerana :
-Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
-Kurang masalah pernafasan selepas lahir
-Kurang risiko kematian bayi




Risiko VBAC-> Ni yang lemah nak dengar ni..tapi kena amik tahu juga..

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:

*Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal ->ya..saya calon yang paling tepat.huhu

*Pelvis yang bersaiz normal ->normal aa.

*Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah. ->haa..ah. dulu masa Damia,bukannya sebab saiz dia besar ke,darah tinggi ke hape..cuma sebab ketuban dah pecah terlalu awal, pastu bukaan sampai 7 cm tp dah lebih dari masa dah saat tu..doktor takut Damia lemas..

*Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa->I'm ready now.Fuhhh!!

Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku kali ini..aminnn...

Monday, October 12, 2009

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii.
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling>
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tgk orang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

p/:s: Ye ke? Certain pompuan je kot...tak pun ,tengok masa la juga kan..hehe.

Monday, October 5, 2009

Alleycats

Kisah di sebalik gambar:
Damia masih boleh berada dalam keadaan tenang walaupun rambut memenuhi biji mata dia..hehe. Saya berhajat nak gunting rambut minah afro ni bila umur dia genap 1 year 24 okt ni,tapi itula..ramai sangat yang membangkang..kata suruh tunggu dulu tengok rambut Damia ni nak panjang sampai mana. Hmm,tp dari penglihatan mata kasar saya la kan, rambut Damia ni tak kan memanjang..dia akan kembang dan terus kembang sehinggalah dia layak join group Alleycats...trima kasih!!!...haha

Hmm..jarang saya stori pasal perkembangan baby dalam perut skang ni..bukannye apa,kekadang saya sendiri terlupa yang saya tengah preknen lagi..tapi bila sesekali adik Damia ni buat akrobatik and tendang2 perut ,barulah teringat yang saya tengah preknen..hehe.

Kiranya masa preknenkan Damia dulu,saya n en suami sentiasa mengira detik n waktu untuk berjumpa dengan Damia,tp utk kali ni, kami berdua agak relaks sikit..itu yang sampai tak perasan masa berlalu dengan pantas..and lagipun, kali ni saya sendiri telah get ready n dah tahu camne nak hadapi saat2 kesukaran macam morning sickness n masa tengah letih sepanjang membawa perut ni.

Alhamdulilah,Damia pun tidakla buat perangai sangat. Damia pun macam paham aje yang mamanye bukan berdaya sangat nak wing dia ke sana wing dia ke sini ,jadi Damia pun banyak merap dengan papa..

Slaloo pkl 2 ptg pas abis skolah ,saya amik trus Damia dari rumah pengasuh, Damia masa tu biasanya dah tengah ngantuk sangat..so balik rumah je,dia tido n kekadang tu saya pun tidurkan diri dulu untuk lepaskan lelah seharian di sekolah..hehe,seharian la sangat..setengah harian kot..kalau Damia tak tido pun, saya letakkan dia dalam baby cot,main2 dengan Togel n kawan2 seangkatan Togel..sempatla saya uruskan hal ehwal rumah untuk beberapa ketika. And kalau Damia tak meragam lagi untuk jangka waktu yang lama..saya sempat untuk sediakan makan malam untuk en suami.[masak awal sikitla,b4 6ptg dah kene siap].

Bila dah malam hari, slaloonya masa ni turn en suami tengokkan Damia..saya bolehla uruskan diri,dapur n basuh n sidaikan baju2. Bila jam 10 malam pula,slaloonya Damia dah ngantuk. Dodoikan dia kejap,kasik die main Togel n nenen susu..dah pun dia lelap. Mamanya pun, takde le lama sangat bersengkang biji mata..kebiasaannya lepas dah iron baju nak pakai kerja keesokannya and lipat kain baju yang dah kering, saya pun join Damia tido. En suami karang dlm kul 1-2 pagi,barulah dia tido..

hmm, dalam banyak2 kerja di rumah..saya memang paling suka..eh suka ke perkataan yang sesuai digunakan??hmm..bukan suka la..dah memang tabiat kot..saya memang paling kerap kutip baju2,n basuh.Pastu kutip n lipat trus masuk almari..memang hari2la saya..kira macam dah habit. Kerja lain tu,kira boleh lagi saya tangguhkan 1-2 hari tak pun, lambat2kan..hehe,tapi bab2 kain baju ni..hmm..pasaipa ntah..alegic btul tengok kain kotor...huhu..

tabiat ni ada juga tak eloknya..en suami penahla juga tegur,disebabkan saya suka sangat capai aje2 kain baju dia pastu trus masuk mesin basuh..padahal dia baru aje tanggal kejap..nak masuk toilet..hihi.sori la yang..memang habit.

eh sambung balik..

Kalau dulu, masa Damia baru 3-4 bln memang dia kerap bangun.Tapi skrg ni, legala juga..dia dah boleh tido ikut rutin mamanye. Kekadang tu,dia langsung tak jaga pun malam..siankan mama kot kan.itu yang dia pun tido je,tak bangun2.And kadang2 tu,saya yang paksakan dia bangun, minum susu..itu pun boleh lagi dia minum susu sambil pejam mata..haha.

Pukul 6 pg,dah bangun semula nak pegi sekolah semula...

Itu rutin masa saya tengah larat la..kalau sampai waktu yang saya letih sangat, or adik Damia lasak sangat dalam perut...hal ehwal Damia, memang saya serahkan pada en suami 100%....huhu.contohnya malam tadi la, tetiba saya sakit sangat di bawah perut..dah ala2 macam nak bersalin plak, saya memang amik bantal..tido trus..huhu...agaknya terlalu banyak bergerak n berjalan yang kunun2 macam tak bawa perut..padanla muka..Damia ke mana, en suami ke mana..sedar2 pagi, dua2 orang tu tengah nyenyak tido berpelukan kat sebelah saya...hmm..cian papa n anak sorang ni...

Erk,ni entry caca merba dah ni..macam2 ada..kayla,sambung len kali.nak gi tengok Renjis 2 jap..dah 4.30 ptg dah ni.heh

Thursday, October 1, 2009

Surprise untuk Nenek

Klu dikira,ini kali ketiga saya balik umah mak mertua..wah..2 thn kawin,baru 3 kali jumpe mak metua..sian eden kan?tapi nak wat gena,kami di perantauan..eceh, perantauan la sangat..hehe. tak sampai 3 jam ja pun ,masa yg diperlukan utk sampai ke Sabah tu klu dr utara semenanjung ni...heeee...

Macam yg saya sebut dlm n3 before ni,ikutkan raya kali ni pun kami beraya di Jitra lagi untuk kesekian kalinya..tp ttiba plan tu berubah..and kepulangan kiterang pada raya ketiga ritu, mama n bapak di Beaufort tatau pun..kami cuma bgtau akak2 n abg2 ipar aje..itupun soh dieorg rahsiakan..

Mama sms raya ,kiterang tak balas..call pun idak, smata2 nak wat surprise..hehe.

@ Bayan Lepas Airport lepas dah check in luggage. FLight kiterang kul 10pg..tp kul 7.30 pg dah terpacak kat airport..huhu..jambatan pulau pinang as usual, slaloo jam.tp kami lupala plak,yg hari tu ..sume org masih bergumbira berhari raya..mane ade kereta,motor atas jalan..hehe. hamik ko..tnggu smpi ngantuk2 kat airport..


Togel tkde tempat duduk, terpaksa penyek celah kerusi..letih nak pegang Damia, togel lg..bile Damia nangis nak togel,baru tarik kasik die.Klu die tkmo, penyek balik celah seat.haha

Syok ooo..kebetulan kiterang balik ni..durian gedebuk2 byknye jatuh belakang rumah mak metua saye..melantak sakan le saye..dah le durian suluk ni sedap betul..lain dr durian yg ada kat semenanjung...makan berbiji2 pun ,tak panas badan...syiokkkk ooo..
Saje je suka2 my parents in law buka gerai jual durian kat depan umah ni..banyak sangat klu tak terhabis makan..rugi juga. Baik jual.
Tengok gadis penjual durian yg dok atas meja tu..pelaris tu..habis berbakul2 durian sekelip mata je sebab dia..hahahha.Ye la tu..



Haa, mesti ramai yg tak pernah tengok kan buah kat atas ni..Nak kata cempedak bukan,nak kata durian bukan, nak kata buah nona bukan..buah apakah ia?Takde kat semenanjung ni..ada kat Sabah aje.
Ini namanya buah tarab. Yang nampak mcm duri2 tu,bukanla tajam pun..ala2 mcm bebulu rambut je. Isinya bau wangi n manis rasanye..saya nak seludup naik flight ritu..tp rasanye mcm tak lepas aje..konfem kena tahan kat airport sebab tarab ni jenis buah yg berbau..



Inila keluarga saya di Sabah..yang takde dalam gambar akak ipar no 3 ,iaitu Alin a.k.a Puan Halen n famili. Dieorang raya Terengganu kali ni..




Damia dengan sedara mara yang datang


Damia n mama @ 6 am di KKIA..ui,klu kat semenanjung ni,masa ni tengah membuta lagi neh..hehe


Time balik Jumaat tu, banyak seat kosong..so kami anak branak pindah row paling belakang sebab 1 row tu kosong..dapatla free seat yg banyak..Bleh letak Damia 1 seat, Togel 1 seat..ehhehee..tengokla anak dara sorang tu..bukan reti dok diam..saya mmg surrender handle Damia,serahkan tugas tu pada en suami ajela..heh.


Tak habis2 main kepala tali pinggang tu, dr naik flight sampaila turun...ketuk ketak ketuk ketak bunyi..isk..isk..larang kang, nangis melalak..ikutla anak oi..mama mmg tak larat nak layan

Ehehehehe,en suami sampai garu kepala la..nak melayan Damianye pe el..heh.

Hmm, itu view dataran Penang dah tu..kejap je rasa balik sabah...hmm, tahun depan plak le..kiterang balik lg..masa tu bawa adik damia skali..hehe