LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 30, 2011

ugutan seorang kakak





tahu apa mia dok bebel pada Ali tu?


mia bebel : adik ali!kai pat!tamau kai acut,ti kamia inggai![terjemahan: adikali!pakai cepat!tamau pakai kasut,nanti kak mia tinggai!]


haha. kelakor siut budak 2  orang ni pagi2 buta time saya sibuk nak masukkan derang dan barang2 dalam kereta.


yang si Mia tu,memang boleh harap dah. bila dia nampak saya sibuk, dia 


tolong pimpin adik dia nak masuk kereta.


kadang bila saya suruh ,dia pakaikan adik kasut..memang akan dengarla si


 mia terjerit2 suruh adik dia duduk diam2.haha


last2 kalau dia fed up,pastu dia jerit kat saya pulak


mama! adik ali tamau akai acut.mama boh la..


tau plak dia fed up..^^



Thursday, September 29, 2011

Malas bekerja,suka menyibuk.Baik mati saja lor..


yang last tu, nice one..haha

Monday, September 26, 2011

muntah-muntah dalam trimester terakhir

dari malam sabtu lepas, saya muntah2 sampai kuar warna hijo,kuning,jingga dari dalam perut.:p


saya suspek keowteow Tesco yang saya beli pagi tu.damn u keowteow


dan lepas semalaman pergi toilet berulang kali berselang dengan pening2 lalat, keesokan paginya baru saya ajak en suami pergi klinik. huhu. ikutkan malam tu juga,boleh aje nak terjah wad kecemasan..tapi tak naklah..konfem sangat, nanti kena tahan .ibu2 mengandung kalau terjah wad kecemasan ni,selalunya priority tinggi..ade kejadian luar biasa sikit pun, konfem kena tahan wad.


lepas check up 


dapatla mc 2 hari.


doktor cakap tekanan darah rendah, urine kotor


dan dia suspek baby besar.


oh?ok.jadi bukan salah keowteow Tesco la eh...huhu

Friday, September 23, 2011

saya sibuk sekarang

saya sibuk main sims social


LOL


sungguh. saya serius.


agagaga


di samping sangat pulun menghabiskan sylibus matematik dengan anak2 murid saya. 3 weeks lagi nak final exam, dan cikgu depa akan cuti bermula hari pertama depa exam. gud luck anak2 ku...;)


di samping sibuk membasuh perkakasan new born si mia dan ali. tak sedar diri ke weh..nak beranak tak lama lagi dah..apa pun tak ready lagi. 


baby baru dapat stroller twin..kene kongsi dengan abang Ali.
akan dapat 5-6 pasang baju new born yang bau kedai
dapat koleksi cloth diapers yang bau kedai juga. mama beli tambah 10 CD.
dan yang selebihnya mama recycle aje kak mia dan abang ali punye barang..takpe kan?


mama excited tunggu kamu..sangat!


tengah membayangkan kemeriahan bila ada kamu nanti !


:D

Tuesday, September 20, 2011

1 bulan dari sekarang

kredit to my biras, mrs halen
shadap! i know...i know.. en suami nampak macam adik saya,si ameng.


mencikkkknyee... saat2 sarat macam ni, keluar dengan dia..dia pakai track bottom cam tu. kalau jalan ke depan sikit,bini tinggai belakang mesti ada amoi cina jeling dia.cucuk mata amoi tu baru tau.haha.bini emo.


yes, my tummy memang begitu saat2 sarat macam ni. slalo orang ngat preknen twin. haha pasrah.


kalau betul twin pun, Alhamdullillah...bestnye. :D


amin



Wednesday, September 14, 2011

aksi luar biasa anak beranak






kalau tak jatuh tergolek, tu bukan nama dia anak jantan kan..ini sikit ja saya tunjuk skill kamikaze si ali ni bila di rumah. banyak lagi skill belum tunjuk contohnya terjun tiruk dari atas katil. mendarat selamat tu,yang tak tahan tu..isk




papa no respon sebab tengah demam


ali tu..bersungguh-sungguh dia nak 'menyeberangi' papa dia dari atas kepala


saya surrender,biar papa dia je handle. sebab kalau dengan saya,ali suka smack down perut ni..senak woo.



Tuesday, September 13, 2011

Kesan berhenti merokok

pagi-pagi ni,perkara pertama saya google adalah tentang Kesan berhenti dari merokok


saya ada jumpa 1 artikel .itu pun tajuknye tulis Kesan Positif Berhenti Merokok. Maksudnya di sini, memang ada la eh negatif punye kesan? hmm.


kalau yang positif, ini antaranya


Kesan Positif Ke Atas Badan Anda Selepas Berhenti Merokok Selepas :

20 MINIT Tekanan darah dan jantung akan kembali normal

12 JAM Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal 24 JAM Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan

48 JAM Deria rasa dan bau meningkat semula

72 JAM Kapasiti paru-paru meningkat, mnejadikan pernafasan lebih mudah

2 MINGGU HINGGA 3 BULAN Peredaran darah dan jantung meningkat

1 BULAN HINGGA 9 BULAN Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan

SELEPAS 1 TAHUN Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
saya macam agak risau pulak sekarang bila melihat  perkembangan kesihatan en suami sejak2 dia berhenti merokok ni.

seingat saya, sepanjang saya kenal dia.dan juga sepanjang tinggal serumah dengan dia..en suami jarang sangat demam. selesema pun jarang tengok.

tapi , sekarang. macam en suami pulak juara bab selesema dan demam. kalau anak2 dan saya demam , memang konfem2 last sekali akan kena, dia lah. padahal sebelum ni, dia memang agak 'kebal' dari jangkitan.

dan bila en suami demam tu, agak macam teruk pulak . siap berbungkus2 dalam selimut. sampai tak bangun2 dari tempat tidur. berhari-hari pulak ,baru nak kebah. saya pun ,takde la macam tu sekali teruknya.

 saya agak ..ini mungkin side negatif kesan dari berhenti merokok. mungkin juga disebabkan en suami berhenti merokok secara mengejut memberi kesan pada badannya.

kiranya,sebelum ni asap2 dan bahan kimia rokok jadi macam 'pendinding' kepada en suami..dan sekarang, pendinding itu semua sudah tiada. maka, yang tinggal hanya badan yang sudah kurang ketahanan walaupun ketahanan dari virus selesema dan demam.

jadi papa, pasni kena poco-poco ke ,senaman2 la kot..nak kasik sistem badan kuat semula rasanya..:)

Monday, September 12, 2011

fantaghiro tarabas



mereka sudah kembalii!!rasanya pernah dah tv2 buat ulang tayang Cave of the Golden Rose tapi masa tu saya tak tengok. tv 9 plak ulang sekarang. Setiap Ahad, 10 malam.

ni zaman kanak2 dulu, saya siap berangan nak kawin dgn laki yang muka cam tarabas.

tak kesahla walaupun tarabas dalam citer tu,dia jahat pun.janji hensem nak mati.hehehe

tang janggut sejemput dgn kening tu serupa dah.
.hahaha.this is my tarabas..:p

yang hero ..ape eh Romualdo kan?hmm tett.tak minat. sebab tu tak ingat muka dia cam mana..:p
 



Friday, September 9, 2011

babytv?ohh..

biras saya bagitau, sekarang dia cuma bayarkan bil astro untuk pakej basic saje.RM 30 lebih saje.


sebabnya, dia kata rugi..langsung tak boleh nak alih channel lain,memanjang kena paksa tengok channel 611 dan 618.


logik.logik.


saya pun rasa nak buat macam tu la..


aduhla.


kadang jadi cam damia & ali jugak, saya pun berebut remote astro dengan derang. guling2 dpn tv.haha.


mane tak,kadang tido pun saya rasa boleh nampak muka burung Tucky Tales dalam mimpi.


muka monyet Oliver Explorer.


tak pun muka Yum Yum.


dengan keadaan sekarang, untuk berlama-lamaan duduk teman mia ali depan sofa adalah sangat2 tak best..sebab sakit pinggang sakit muntut lama2..nak berbaring kat sofa pun macam tak sonok,space kecik


jadi si mama ni bunyi2 cakap nak beli tv lepeaq pastu nak la pi skrukan kat dinding bilik tidoq.bolehla teman derang tgk tv sambil2 baring2 atas katil kan.verangan.


haha.


en suami cakap, membazir.


pastu kan, terus dia gi tarik tv dan meja masuk ke dalam bilik tidoq.


hoh?haha


puas hati sekarang.


sape mai ghumah cheq pasni..kita sembang2 minum ayaq ngan makan kopok ja aa..tak leh sambil tgk tv. 


tv dah dok dalam bilik...:p









Wednesday, September 7, 2011

Tahun pertama tak de baju raya

kami anak beranak memang tak pernah beli baju atau tempah pada orang baju baru untuk raya

sebelum ni,memang mak aje yang jahitkan.termasukla baju menantu kadang-kadang tu

tapi untuk tahun ni,buat pertama kali ,semua tak dapat nak pakai baju yang mak jahit.termasukla diri tuan empunya badan ,tukang jahit.hehe.

mak nampaknya memang nak bersara terus dari medan menjahit baju-baju. mak cakap,penat berhari2 jahit baru boleh dapat 2-3 pasang. belum lagi berhadapan dengan customer yang banyak songeh, nak alter la, manik sini,sulam sinun..:)

mak sekarang dia tumpu pada projek telekung sahaja. huhu. masyuk seh. walaupun dengan kudrat pembantu sambilan 3-4 orang, tapi pasaran dah 1 semenanjung.

say bye bye to baju-baju kurung. mak cik siah dah takmo layan jahit baju..:p.

jadinya tahun ni punya hari raya, semua pakai jubah sahaja. termasukla menantu-menantu ,semua kena mengikut arahan mem besar...hahaha.











dari kiri : starscream, bumble bee, megatron dan of cos yang hujung sekali tu leader. optimus prime..kueng kueng




cer cari tok mi mia ali yang mane.bukan yang tengah tau! kecik ati i kalau korang teka yang tengah. LOL




mia ali dgn mak ngah najah n mak chaq
anak tido bley aa posing sakan.ceh

raya kedua tema kami anak beranak pinky.papa pun ada pinky,dekat corak batik kemeja tu,secoet je.:P

yang baju melayu biru tu,adik ipar the youngest one.


Tuesday, September 6, 2011

itu badan mereka. bukan saya.



gynae dah bagi tarikh saya akan dibedah.


20 okt depan, jam 8 pagi


dan Alhamdullillah, gynae di Alor Star sanggup nak terima saya.


bolehla prepare apa yang patut,nak angkut balik pantang terus rumah mak.


ini dah kali ke 3.dah tak boleh nak try teran cam orang lain.


dan gynae minta saya decide 1 lagi keputusan. yang agak besar. paling besar pada saya dalam life seorang ibu.


setelah berbincang hampir 1 jam ,at last saya angguk setuju. dan dia catit dalam buku, keputusan saya tu. dan call gynae alor star, bagitau saya setuju untuk diikat peranakan lepas pembedahan kali ini.saya tak call en suami pun,sebab perkara ni pernah dibincangkan. 


itu gerak hati pertama saya. saya tak nak tengok orang lain.


saya tahu, ada yang berjaya berjuang di bilik pembedahan kali ke 4,5,6 dan juga rekod paling banyak saya dengar adalah 7 kali.


itu mereka.dan itu badan mereka.bukan saya.


terima kasih kpd kawan2 yang direct calling, sms, send private msj di hari pertama korang bekerja selepas hari raya ni. cerah tak biji mata korang,skali skala status fb saya menggugat kesuspenan  kalian..:p


terima kasih juga kpd member2 doktor. dapat lagi consultation free 1-2 round. dah keluar habis terms medical korang. iyeww..ye...saya adalah sangat takut dengar apa yang korang buat pada orang yang dibedah...:p.titik. 


apapun, saya masih ada dalam 6 minggu.sebelum sign borang kebenaran.sebelum ditolak masuk bilik pembedahan.masih ada masa nak googling2 cari panduan membuat keputusan terbaik.


dan saya mohon semoga Allah berikan saya jalan terbaik apabila tiba masanya nanti..;)