LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, January 30, 2010

Papa,tengok rambut Mia!

Papa, semalam Mia ikut Tok Dad amik mama kat klinik.

Pastu Tok Dad bawa mama gi gunting rambut.

Dah lepas mama, nyonya tu gunting plak jambul Mia untuk pertama kalinya

So, macamana?

Papa suka tak?








Damia with a new look..ahaha








Khamis lepas, en suami dah menghantar saya dan Damia balik Jitra..

Permohonan cuti awal 1 week b4 duedate lulus le plak..makaceh gb..;)

Maka marilah kita sama-sama menunggu..bila agaknya saya nak masuk labor room..

Heee..

Wednesday, January 27, 2010

Banyak sungguh kerja lawyer sekarang

Klu agak takda duit nak dapatkan service lawyer klu kene saman parents disbbkn korang 'cederakan' anak depa..apa kata hampa join juga cam saya neh?


Weh ida,ang dah join ka?hehe

Mak ayah dulu2 bila datang sekolah jumpa cikgu..

'Cikgu, cikgu buatla macamana pun kat anak saya, dia takmo buat kerja ,tibai pun pokcik tak kisah..jangan sampai patah riuk sudahla..asalkan dia jadi anak yang berguna nanti'

Mak ayah zaman sekarang

'u touch him, u'll see me in court!'

Baiklah.

Tringat saya, masa skolah rendah dulu, tulis spelling tak betul je, teacher Aishah tarik kulit perut ..3 hari 3 malam sakit tak ilang...senyap je tak gtau mak..nak mampos gitau, mau mak saya tambah lagi cubit2an kat perut..

Korang tau apa je saya bleh buat klu budak takmo buat kerja sekolah or buat sumthing yang melanggar disiplin di sekolah??

Mula2 bagi Nasihat...

Tak makan juga nasihat..

Kasi amaran

Tak jalan juga,

Kasik sikitla 'ugutan' kata nanti budak tu akan dihantar pada GB

Tak berhasil juga cara tu,

Betul2 bawa jumpa Gb..Gb pun ulang balik je prosedur menasihati budak bermasalah tu..

Agak2 korang, berkesan ke di hati budak2 tu klu cengginila pendekatan terhadap depa..?

Hatta kasik denda tulis ribu2 ayat dalam buku macam cikgu kita dulu hukum kita pun, bleh ada mak ayah serang cikgu..alasan- cikgu 'kejam' aniaya tangan anak dia.

WT.....



A Temporary Housewife: Mengajar mengaji cara klasik (BM Entry)#links

Monday, January 25, 2010

Adaku kisah?

Penah tak korang kena marah dengan suami disebabkan hand bag korang berat?

hmm..bukan berat aje, kire Maha beratla..ala2 bawa sekoq gajah dalam bag.hihihi. Saya tak tau la klu orang lain kan, tapi kalau saya hand bag saya memangla teramat berat.

Macam macam ada.


Saya ada hand bag apa?Setakat hari ini, saya cuma ada 2 beg galas jenis kain yang mak saya hadiahkan time dia gi Bejing tahun lepas. Satu handbag ala2 handbag inspector polis wanita yang ada banyak compartment siap bleh letak pistol.haha. 2-3 handbag YANG BESAR PUNYA untuk jalan2, dan 2-3 purse yang ada macam key chain kat hujung tu [ini untuk sesi berlenggang di market la ni..]

Itupun...en suami berleter kata saya banyak bag, membazir je beli banyak2...[dia tak tengok bini orang lain lagi, ni kire ok bini die bukan gila shopping handbad bagai...:p]

Saya seorang yang sangat ringkas sebenarnya...adaku kisah pasal handbag branded ,kasut branded..saya memang tak penah amik tau pun.Yang penting bg saya, tak kisah camne ghupa mende alah bernama hand bag tu,asalkan memberi manfaat kepada saya. Sebut pasal kasut ..klu korang nak tau kasut paling mahal saya penah saya beli pun hanyalah sandle cap boya. Itupun disebabkan saya preknen ni haa..kena beli yang tahan lasak skit..klu ikutkan cap ayam kat kedai cokia je saya rembat.heh.


Saya memang jenis klu kluar rumah, tak suka banyak2 beg..klu boleh dalam 1 bag tu, nak ada suma barang keperluan. Klu berjalan tu, of cos dalam bag perlu ada

i. purse & henfon
ii. towel kecik [kekadang bawa towel besar buat habuan damia mandi kat mn2]

iii. diapers, botol susu , botol air masak, biskut tiger utk mia [penting ni buat umpan kat mek tu,klu idak..asyik nak mengagau je pinggan makan mama papa die..]
iv. minyak cap kapak
v. pen dan kertas.

Klu pegi kerja plak, saya pastikan dalam bag tu ..paling penting pada saya ialah :



i. pen merah, pen biru..u marah i luv u.haha.series, pen merah adalah barang paling penting perlu ada dalam handbag saya. Sebabnya saya memang suka tanda buku murid2 kat mana pun saya dok kat skolah..aha,macam la rajin sangat kan..tapi dah memang itu rutin saya..tanda hari2 pun, banyak siut buku yang perlu ditanda..makin hari macam tak berkurang aja buku tu..huhu. Yela..ari2 budak2 buat latihan,mestila banyak kan.

ii. Item wajib lain yang perlu ada dalam bag pergi keje, sama jele dgn orang lain mesti ada purse dan handfon.

Dan saya paling idamkan untuk sekian lama adalah boleh sumbat laptop dalam hand bag.Heh. Klu zaman It awal2 dulu,maybe mustahil la nak sumbat laptop gabak2 dalam bag kecik kan. Tapi skrg dah macam2 gaget IT kat pasaran. Jadiknya bila jumpa notebook mini kat kedai ritu, saya rembatlah sebijik.


Ahahahaha. Dan akhirnya.. saya dapat memiliki notebook sendiri setelah sekian lama mengusung notebook yang bercop Hak Milik Kerajaan Malaysia....:D



Buku -buku latihan atas meja tu akan bertambah secara rambang dari saat ke saat..huhu

Puas hati skrg, bleh wat kerja2 pengkeranian di mn sj saya berada..[saya cikgu, tapi kena terima hakikat cikgu zaman sekarang ni..tambah lg cikgu junior macam saya ni...tak bleh lari dari hal ehwal pendokumentasian, hal2 pengkeranian ni..buatla macam mana laju tak kan penah habis..uwaaa...] Ingat senang..nak curi masa, settle kan kerja...uhuhu. That all. Itu aje barang penting untuk saya.

Lipstik? Bedak compact? Foundation?eye liner? Eye shadow?


Saya pernah beli barang2 ni...tapi tak hengat la plak bila kali terakhir saya beli benda2 alah ni.. mana ntah saya campak...klu sekarang ni, hatta sebatang lipstick pun takda dalam bag saya.kronik kan? Memang kronik..tapi nak wat gena, saya memang tak suka pakai2 semua tu...tak suka.tak suka...uhuhuhu.

Saya penah 3 kali aja, tenyeh segala bahan kimia tu atas muka..

iaitu masa ni..

Majlis pernikahan dan majlis kawin di Jitra - 18 ogos 2007


Dan juga masa ni..



majlis di beaufort -16 dis 2007


Masa kenduri kat Beaufort ni..siap pinjam set make up my SIL- halen.Tukang tenyehnye plak, Zulfadli. Eceh, salah...mak ngah saya sendiri..hehehe.ada aku kisah carik mak andam ke idak..janji en suami nampak saya cantikkkk je...hahaha

Ok,full stop untuk hari ni.


Penat la kene join meeting 3 jam tanpa henti dengan tugasan sebagai technician komputer digalas atas bahu..uwaa..Dan tahniah untuk diri sendiri disebabkan dengan baik hatinya GB umumkan saya sebagai Penyelaras Bestari sekolah untuk tahun ini...

Baiklah. Kita tangguhkan segala hal ehwal pentadbiran sehingga saya habis berpantang..tetttttttt....



Pandai2la kan orang lain ..klu dalam 2 bulan saya cuti ni, ada pegawai PPd ke,Jpn ke nak kutip data Headcount, nak kutip data ppsmi, ict sekolah ke suma..:) .

Selamat bertugas kawan2..heh

Saturday, January 23, 2010

Neee....


Psst..psst..sila abaikan rumput2 yang penuh dalam pasu bunga belakang mia tu..rumput kat laman pun tak terbela..tunggu la pas pantang nnti,nanti eden operasi semula pokok2 tu..uhuhu

Mia bergaya ngan jeans baru.,kasut baru and juga blouse baru.
Pengikat rambut pun,baru ..spring2 lagi haa..
Tengok gaya macam dah pandai jalan mek sorang ni..

Tapi..hakikatnya

Hm,blom lagila..lambat mek ni jalan.masih jalan macam anak ketam.
Gayat2.
Takut2.
Orang tua kata, klu tapak kaki kecik ..memang lambat skit anak nak berjalan.
Mak saya kata,'itu bukan saipa tu..ikut mak dia..lambat jalan...'

Betul la kot :D

Tuesday, January 19, 2010

Ada gaya jadi kak long tak?





Aksi Damia bersama sepupu nye, Aleesya..boleh la tahan,so far blom ada tanda2 jealous lagi..siap cium2 adik Aleesya..hehe

Friday, January 15, 2010

Unit Perubatan Reproduktif dan Infertiliti Hospital Sultanah Bahiyah




Team IVF dari Unit Perubatan Reproduktif dan Infertiliti Hospital Sultanah Bahiyah


Unit ini telah pun memulakan operasinya sejak tahun 2002 dan telah pun memulakan perkhidmatan IUI atau permanian beradas. Skop perkhidmatan Unit ini merangkumi rawatan infertiliti, perubatan reproduktif endokrinologi (`Menstrual Disorder Clinic`, Klinik Kesihatan Reproduksi Remaja, Klinik Menopause dan Klinik PCOS) dan perkhidmatan perancang keluarga.

Unit ini mempunyai 2 orang pakar yang begitu berdedikasi dalam tugas yang dijalankan dan dibantu oleh 4 orang paramedik yang terdiri daripada seorang jururawat terlatih, 2 orang jururawat masyarakat dan seorang pembantu jururawat kanan.



Visi Unit ini adalah untuk merealisaikan impian setiap pesakit untuk mendapatkan zuriat disamping membantu mereka menghadapi permasalahan yang ada selaras dengan cogankata unit ini iaitu `Impian memerlukan usaha`.


Malumat Lanjut boleh diperolehi di sini:

http://site.obgynanrush.com/main/1000/index.asp?pageid=25562&AccId=4049


Kepada kekawan atau sesapa pun yang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, tak salah kiranya mencuba alternatif di Hospital Kerajaan pulak..


* Klu ada orang dok kutuk2 perkhidmatan para doktor n staf Hospital Aloq Staq neh..pada saya itu pandangan masing2..:)

Yang saya tahu,masa saya bersalinkan Damia dulu, saya dilayan dengan baik oleh nurse2 n doktor kat sana..servis pun bagus.. team doktor yang operate saya masa lahirkan Damia hari tu pun,semuanya doktor pakar. Dan sampai sekarang pun saya masih lagi setia sebagai pelanggan utama hospital kerajaan kerana saya yakin dengan kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan.

Tambah macam saya ni, rasanya every 2 weeks kene rujuk Pakar Perunding O & G Hosp Bkt Mertajam..mari kita calculate duit yang akan terbang kalau saya gi private semata2 untuk mendapatkan perundingan dan nasihat doktor pakar.hehe

...Terima kasihla banyak2 saya ucapkan sebabnya team hospital sangat berkomitmen tinggi demi menjamin keselamatan pesakit2...

Certain orang anggap hospital kerajaan ni low class..lembab! lumpy!sengal suma ada la..lagipun memang ramai yang menganggap hospital kerajaan ni khas untuk orang2 tak dak duit je dan untuk orang2 susah je..

Tapi pada pandangan saya, apa yang paling penting, kalau kita nak orang layan kita baik..kita pun kenalah bersangka baik. Ni ,bila ngadap nurse ja..tarik muka 14, mestila nurse tu pun tarik muka double...Blum masuk hospital lg, dalam kepala dah set macam2 hal yang buruk terjadi...so, jadila macam yang kita sangka tu...kirenye macam doa juga la tu. Jangan jadik macam kisah ni pula kan...


My sis yang baru bersalin hari tu pun, sampaikan makcik2 kepoh yang pegi melawat dia..tak percaya disebabkan my sis dapat layanan Kelas khas [dapat dok bilik khas yang slaloo dikhaskan untuk doktor2 yang bersalin je..]..Itula orang kata, rezeki namanye.. hati mau bersih..Insya Allah, adalah habuan masing2...:).

Saya rasa bukan dalam bab hospital itu aje la, rasanya memang dalam kehidupan seharian kita pun..perkara paling penting, adalah BERSANGKA BAIK dengan apa2 yang terjadi/ berlaku..Insya Allah, Allah permudahkan urusan dan laluan kita..aminnn.

Thursday, January 14, 2010

Masanya makin hampir...

Tetiba Blood Presure saya naik tinggi Isnin lepas..dah tak pasal2 kena amik daily bacaan Bp tu.Huh.Esok,hari ke 5 amik bacaan BP, and kene review tentang BP tu kat doctor..Misi pesan,klu mata berpinau2..loya2..jgn tunggu esok..pegi je trus wad kecemasan! Perluke? Rasanya setakat skarang..hmm, mata blum berpinau2..huhu. Bleh lagila nak layan CInta Balqis karang.

Berat badan plak aci lut at at..aci lut kucing lompat..sehari naik sampai 500g!Ala misi..mesin penimbang tu KO kot..

Kaki dah bengkak. Hmm, takde ape le tu..saya tak peknen pun,memang kaki cenggitu..

Perut memulas2 dah since last week..dekat kawasan bawah pun dah mula sengal2..tapi hmm..besala kekadang salah makan.. [cuba menyedapkan hati sendiri]

Saya masih lagi pegi keje drive Cik Berry saya tu..[habis, tak kan nak tumpang van skolah anak jiran depan kot?] Masa pegi skolah, saya maintain lg..tapi asal nak balik ke rumah lepas skolah je..mula rasa brek n clutch jauh dari kaki..mungkin sebab cuaca panas sangat kot..

Tapi, bila terpandang je ticker kat bawah blog ni..bila congak2 balik hari..hmm, huhu..baru terasa masa berlalu dengan pantas..Ada brapa hari lagi, atau mungkin brapa jam atau mungkin detik ja lagi...

Mak haih, awat rasa debaran suspen macam 1st time nak beranak aje? Memang setiap kali nak bersalin, mesti rasa macam ni ke ye??

Huhuhuhu.

Anyway,kekawan..

Wish me luck!

Lalalalalalalala...

Monday, January 11, 2010

Eh,1st prize?Biar betik..?

First Prize MOBS Best Family Photo Contest 2009
* Terima kasih kpd pemegang2 watak utama di dalam gambar neh..hehe


Anyway,makaceh ye pada http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com(MOBS) dan para sponsors..tak sangka i ,gambar cempera family saya tu bleh mendapat tempat di hati juri contest.makaceh2.

antara hadiah yang bakal saya dapat adalah

1st Prize (RM250)

Book Hamper worth RM60 from Little Red Reading Nook
Native Pua Kumbu worth RM70 from 328 Gallery
DIY Craft Set worth RM20 from Ms Craft Shoppe
VOUCHER RM50 from Pixmoment Photography
VOUCHER RM50 from Everything For U From Me

Alhamdullilah...:)

Saya dah janji pada tukang amik gambar,nak kasik dia komisen. Haa,paksu mia..aku kasik kat ang voucher dr Pixmoment Photography tu yek..len kali amik gambar happening lagi noo..:p

Makaceh2 kpd sponsors hadiah2 saye.Tak sabar2.

Maklumat lanjut tentang keputusan contest tu di sini..

http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/01/results-mobs-end-of-year-contest.html

Welcome Aleesya







Nama Ibu: Khairunnajjah Bt Zulkifli
Nama Ayah: Wan Mohd Sobri B Wan Mat Isa
Nama Anak: Wan Qhairina Aleesya Bt Wan Mohd Sobri
Tarikh Lahir: 10.01.10
Masa:10.23 pagi
Tempat : Hospital Jitra, Kedah.
Congrats to my dear sis, Najah kerana dah selamat melahirkan Wan Qhairina Aleesya bt Wan Mohammad Sobri pagi tadi.


Cantik tarikh lahir Aleesya ..10.01.10. Itula,my sis memang dok idam2kan baby gurl dia ni lihat dunia tarikh tu. Alhamdullilah, termakbul doa my sis tu..pandai hang budget kluaq ye Aleesya oii,dah le kuar pukul 10pg..hehe
hmm,okay...next!!!haha. saya la plak kan tunggu turn..:p
Anyway, Tahniah kepada my sis n my brother in law :)

Thursday, January 7, 2010

Kenapa orang Sabah?

Kenapa?

la..Awat jauh sangat?

Takde orang lain dah ka?

Mak tak marah ka?

Hmm,itu antara soklan2 yang slalo orang tanya saya la bile tahu yang papa Mia ,berasal dari Sabah..kekadang saya jawab juga. And kekadang saya senyap je,kasik je senyuman kat sapa yang 'prihatin' sangat tu bertanya soklan camtu...[macamla depa yang kasik saya duit sara hidup]

Saya tertarik dengan entry luahan dr Bu' Shiken yang dugaannya lebih kurang ja dengan saya . Saya merasakan kami berkongsi permasalahan yang lebih kurang sama dugaannya- perspektif negatif orang luar terhadap suami. Jadi tergerak plak hati nak mengulas lanjut entry dr Bu' Shiken iteww. Ang jadi sumber inspirasi aku la shiken nak wat entry ni..hehe.

Nampak macam takde pe pun bersuamikan 'orang luar/asing' ni..tp kekadang bila orang judge lelebih pada kehidupan rumah tangga saya, rasa nak lesing pun ada...

Jodoh pertemuan adalah ketentuan dr Allah swt.

Mesti orang kata, jawapan saya tu common answers..budget jawapan cam artis la kan..haha. Saya rasa ,klu tanya Zizize Ezette pun, jawapan tu jugak dia gtau..lgpun mmg laki dia orang Sabah kan?kan? hehe.cuma dia lain kes la..dia bini no 2...:p

Kekadang tu yang saya rasa meluat sangat tu..bile tahu je suami saya orang Sabah, ada certain person tu..siap buat muka takut2..mesti ada sumthing yg yang dia tengah pikirkan dalam pala hotak dia...and saya boleh budget la that person pikir apa..

Tipula saya kata,perjalanan kisah saya n en suami sebelum kahwin berjalan lancar selancar2nya. Mesti ada tentangan punyala...bukan dari my parents [jangan terkejut hokeh...my mom n abah sangat bertoleransi tentang hal2 jodoh2 anak2...]. Tapi dari sedara terdekat..yang ala2 prihatin la sangat..takut anak buah depa ni kena bawa lari pi Sabah, pastu tak balik2 dah...huhu.

Korang suma bayangkanlah, dalam 1-2 hari sebelum majlis kawin saya pun, masih ada sedara yang call mak saya n minta mak saya pikir sebaik mungkin nak teruskan perkahwinan saya tu ataupun tak..adui la.Sabaq ja la....

Apapun thanks to mak.sebab mak saya dalam situasi macam neh ,mak saya tak cepat melatah . Mak kata kat sedara saya tu ..yang orang jauh ke dekat, mak saya redha..insya allah, klu didik anak betul2, dia tak kan lupa mak ayah dia kat kampung...Haa, dengar tu ...mak haku tak sibuk2,orang len ja sibuk lebih.huh.

Dan saya tau ramai lagi,jiran tetangga dan sesetengah lagi pakcik makcik sedara saya..yang memang agak keberatan tgk anak buah depa ni..kawin dengan 'orang luar'..ape yang luar pun,saya tak tau...Klu lebih spesifiknya,depa tak mo la saya kawin dengan orang bukan Melayu kot..takut Melayu hilang di dunia rasanye...tu yang berprasangka mcm tu.

Pada saya la kan, tak kirala sapa pun jodoh kita..dari mana pun asal usul pasangan kita...bukan berpunca dari orang tu orang Melayu ka, orang tu orang Sarawak ka, sabah ka, orang putih ka,orang Arab ka..semuanya Allah dah pasangkan mengikut kesesuaian. Kita lah yang akan mencorak kehidupan rumah tangga kita anak beranak..susah senang, kita yang akan bersama2 harungi bersama pasangan..berusahalah menuju kebahagiaan, bukan mudah nak mengekalkan sesebuah rumah tangga berbanding nak musnahkan. Nak bagi punah ranah tu, kejap aje..Apapun, kita kena berbalik kepada niat di hati.

Kalau jodoh dengan jiran sebelah rumah pun ka, orang sekampung ka..tapi kalau dah memang jenis suami tu cepat angkat tangan, angkat kaki bagi sepak terajang..tak guna juga kan? Dapat suami macam tu nak salahkan apa plak? Salahkah jiran sebelah rumah tu plak ka? Hadoila..

Pesanan untuk rakan2 dan juga untuk diri sendiri , nanti anak2 dah besaq..jangan la dok halang tak tentu hala klu anak2 bawa balik bakal isteri/suami yang mungkin kita tak berkenan masa pertama kali jumpa tu. Sengah orang kata, 1st impression tu penting, tp dalam bab jodoh ni, tak bolerh judge seseorang dr pandangan pertama saja..tak kira la keja apa ka, background mcm mana ka..dari mana pun asalnya..kita sebagai parents kena berhati terbuka..skang ni bukan zaman ibu mertua mcm dalam filem p ramlee tu lg dah...'pantang tok nenek aku,bermenantukan ahli muzik!!'..hehe.

Hmm, kadang2 rs mcm pelik juga..bile ade dengar sesetengah parents tu, dah tetapkan target siap2 untuk anak dia nak kerja apa, nak jadi apa..nak kawin dengan sapa...sian budak tu.Tak pasal2 stress padahal sunat pun blum lagi..hehe. Kita sebagai parents ni, hanya perlu berdoa yang terbaik untuk anak2 dan bagi panduan n pedoman. Ikutla anak tu, dia nak ikut ke tak..

Kadazan + Kedayan+ Melayu

= Hidup 1 Malaysia!

Fikir2kan, dan selamat beramal....heh.

Wednesday, January 6, 2010

Malika

* pic from mstar.com.my


Tetiba rasa berminat plak nak continue dari nota kaki entry seblum ni pasal Malika a.k.a Sheila Rusly ..watak antagonis dlm Cucu Betong. Pada yang tak berkesempatan tengok drama ni stp 4.30 ptg dari Isnin-Khamis di tv3,bolehla tgk ulangan drama Cucu betong ni di tv 9,pd malam hari.

Hmm, saya tak dele nak stori apa alkisah di sebalik cucu betong ni..cuma nak story apa yang saya buat pada murid-murid darjah 2 saya rini..ada kaitan dengan Malika ni le..keh.keh.keh.

Sebenarnya cecikgu kat skolah termasuk saya kadang2 tu agak fed up dengan budak2 yang suka sangat pegi toilet.

Baru masuk kelas 10 minit, sorang angkat tangan..'cikgu,nak pi tandaih..'. Dok 5 minit,sorang lg plak..cikgu..nak pi tandaih..kekadang tu, saya jerkah la jugak...

'Ni ..awat semua orang besiaq sangat ni? Tadi rehat,ampa tak mo kencing siap2!!' Bila saya dah marah camtu, terhentila kejap bebudak2 yg request nak pegi toilet tu..barula aman saya nak mengajar.tapi kejap ajela..pastu depa wat balik.

Memangla ada budak yang memang betul2 memerlukan khidmat tandas utk membuang hajat, cuma yang saya geram sebab ada juga yang saja2 minta permission keluar kelas..saja2 ja..nak gi main air kat sinki tandas..saja2 nak melawat kawan kat kelas lain..haish...geram tau dengan budak2 prangai tak makan saman camni..huhu

Hmm, eh..berbalik pada kisah Malika tadi. Pada sapa yang tengok drama ni, mesti tahu kan yang Raqib ,si cucu betong tu suka sangat pegi tandas jumpa dengan Malika. Memangla kan, Malika tu kan jelmaan iblis,mestila dia suka tempat2 kotor macam tu.

Disebabkan teringatkan kisah Malika and Raqib tu pagi tadi, maka saya dapat idea untuk takutkan budak2 saya yang kaki pegi tandas.

Bila ada ja yang nak pegi tandas ja...mula2 saya benarkan.Pastu bila budak tu berlari sampai kat pintu kelas,nak menuju ke tandas..pastu saya akan cakap kuat2 pada kawan2 dia yang dalam kelas..

"hmm, ni kamu semua..tau dak Nazhan pi tandaih tu ,buat apa..? "

"Dia pi jumpa Malikaaaa...", saya siap buat muka n depang2 tangan macam sheila rusly dok wat dalam drama tu..uish,buruk bebenor saya rasa rupa saya masa tu..haha.

Ha..pi la Nazhan,satgi Malika panggey Nazhan macam ni...'Nazhan....Nazhan..nazhan datang jumpa Malika ya...'

Hahahahah..menjadi sey taktik saya. si nazhan tu trus tak jadi pegi toilet...miahaha. Dan untuk hari ni , memang takde murid kelas saya yang berani main2 nak pegi tandas..sebab takut Malika..

* Hokey, setakat ni..saya rasa kesan psikologi pd budak2 ni disbbkan momokan cerita Malika dalam toilet tu..tak dele buat sampai depa trauma masuk tandas kan..esok2 mesti depa wat derk nye la..mesti suka lagi pegi tandas..amik bau tandas. tapi saya terpaksa wat crita cam tu..untuk mengurangkan kekerapan budak2 pegi toilet bergilir2 tu...hengat senang nak kontrol budak2 darjah 1-2, yang bak kata AG di Hot.fm..budak2 skang terlebih advance sebab minum susu macam2....;)

Tuesday, January 5, 2010

Kejapnya 10 tahun

Puncak Gunung Kinabalu. Sapa penah sampai ke atas neh? Saya penah sampai...sampai kat kaki gunung aja..bila ntah nak panjat naik atas tu..heh
Saya tatau la en suami prasan ke idak yang dia dah menetap di semenanjung dah masuk tahun ke 10. sparuh dr 10 thn tu, en suami habiskan kat bt pht,johor ..study kat kuittho.

Dan separuh lagi tu, en suami merantau ke utara . Cari pengalaman, cari bini..hehe. Saya pernah la tanya kat en suami, sama ada dia tak teringin ke balik keje di Sabah? Hmm,tanya2 ayam je..saya tak pernah tanya betul2 sbb klu boley tu,tak mo la en suami kata ' Ya..hmm, jom kita balik sabah'. Haa,baru meraban ,klu en suami btul2 wat keputusan nak balik kija sana..huhu.

Kalau ikutkan famili suami, mak n bapak mertua saya sebolehnya mahu anak2 berkumpul semuanya di Sabah dan menetap di sana. Lagipun, mak saya pun pernah gtau,yang saya perlu ikut suami ke mana pun, suami pergi. Tak boleh membantah. Syurga isteri bawah tapak kaki suami kan?

Hmm, skang ni..i follow je my husben. Selagi en suami senang mencari rezeki di utara neh..selagi itu saya turutkan aja. Klu satu hari nanti, en suami tetiba kata, jom kita balik Sabah. Maka kenalah saya packing barang, angkut naik belonnn...heee..mungkin tahun dpn ka, 5 thn lg ka, 10 thn lg ka, ataupun balik Beaufort masa pencen nanti ka.
Apapun, skang ni ..yang paling penting, walaupun saya berjauhan dengan famili mertua..saya menantu paling bungsu ni, sama sekali tak akan melupakan n mengabaikan famili di sana..esp mak n bapak mertua saya yang saya kasihi..hmm ,saya tatau le kan orang lain sebab slaloo jumpa mak mertua..tp pada saya yang skali skala ja dapat bersama ni..kekadang tu, rasa rindu tu menebal sungguh pada mama n bapak di Beaufort..macam mana saya rasa rindu pada mak n abah saya..yang walaupun tak jumpa 2 minggu ja pun..uhuhuhu
Amaran- Ini bukan entry membodek mak mertua ,hokeh..mak mertua saya tak baca blog..hehe

*Isk,terganggu tui nak menulis entry kali ni..penat aih dok dengaq Sheila Rusli a.k.a Malika dalam drama Cucu Betong tu bercakap..awat dia banyak sangat cakap gaya macam orang tak cukup nafas , haaa..? Rasanya dia nak wat muka seram..tp bila banyak sangat dok hup hap hup hap, dengan tangan mengepak2 atas loteng tu..dah jadi tak seram dah plak...haa, tak pasal2 masuk psl Malika..haha

Monday, January 4, 2010

Adoi..adoi..

Selain menghabiskan masa shoping a.k.a menghabiskan duit en suami kat Carrefour yang sesak masa hari pertama di tahun 2010 aritu..[sajalah kan cari pasai,gi shoping di hari cuti cenggitu..huhu] , saya juga agak sibuk menyambung aktiviti yang tertangguh iaitu memunggah khazanah harta karun Mia kat dalam stor.[eceh,mcm ada store khas..haha.tkdela..ade 1 bilik kat umah kiterang ni..kami wat kunun2 bilik simpan barang] . Saya kelam kabut mengemas dan memunggah ni pun disebabkan tetiba saya mula rasa sakit perut 2-3 hari ni..terasa mcm rasa nak beranak pun ada..fuh..fuh..jangan sekarang la ye nak..mama langsung tak prepare apa lagi untuk sambut baby..huhu.


Adik..adik..adik ngah watpe tu?

1st thing yang saya cari ialah bakul baby, pastu baby carrier n segala tilam bantal mia. Nak kena bersihkan habuk, n basuh segala menda alah ni..pastu kena packing dalam beg,utk elakkan berhabuk semula.

Pastu teringat plak pasal baby bath n segala mak nenek container utk simpan susu n pam..botol2 ..barut kain yang saya main campak je atas almari. Adeh la..renyahnye nak buat..

Saya asingkan mana2 yang boleh lagi digunakan, yang mana nak let go ja..isk,nak let go ka..hmm,sayang aa..mana tau maybe tak sesuai dgn baby kedua ni,tp utk anak2 yang seterusnya sesuai.kan?kan?kan? Semua2 ni elok lagi, boleh digunakan. So demi menyahut seruan en suami supaya berjimat cermat , jangan membazir..maka perlulah saya bersihkan semua peralatan ni and bungkus baik2 utk elakkan habuk. Nanti senang skit, time bersalin nnti, en suami bley angkut suma masuk bonet ja bw balik kampung.

Baju2 Mia masa baby pun still elok lg. Ada yang dah saya asingkan,and bagi pada adik saya masa awal2 tahu dia mengandung dulu. Tup2,saya pun join dia, membuyungkan perut. Heh, nampaknye kene jadi buruk siku la ni..pas bersalin nanti, balik kampung..kena share ajale baju2 tu..hehe. Ada juga yang saya beli baru untuk baby ni tapi tak banyak la..ye la..baju2 masa baby 1-2 bulan bukan bley beli banyak2..kejap je pun nak pakai,pastu dah tak muat.

Hmm,cuma segala macam gaun,skirt,blaus Mia..kenala saya simpan elok2..sebabnya tak kan itu pun adik dia nak kena pakai..kejam btui mama nak kasik baby boy pakai. hmm, aa..lupa nak g tau..expected baby dalam perut ni ..baby boy. Alhamdullilah, sepasang la nanti...tak kisahla kan..janji sihat walafiat..;). Perempuan pun takpa, lelaki pun takpa..dua2 amanah dari Yang Esa..;)

Macam sebelum ni jugala, kenala prepare satu beg yang lengkap dengan segala keperluan ketika kecemasan siap2 dalam kereta saya. Cuma kali ni, kena tambah sikit lg keperluan iaitu barang kecemasan untuk Damia..hehe. Kang ada juga suma dok kelam kabut pasal adik Mia , terlupa plak tentang keperluan Mia nanti..itupun, kena sediakan siap2 ,juga tu..kiranya tak kisahla sapa pun yang ada dengan masa saya masa saat2 nak ke hospital tu, bley aje trus amik barang2 dalam kereta saya.

Kalau masa tengah tunggu Mia lahir dulu, saya dah cuti siap2 di Jitra..tak yah risau sapa nak temankan,sapa nak uruskan sebab mak n abah sentiasa ada bersama, sementara nak tunggu en suami balik ke Jitra. Tapi kali ni, persediaan untuk masa kecemasan perlu ada Plan A, Plan B dan Plan C dan juga Plan D.

Plan A-masa tengah sakit nak bersalin ,en suami ada bersama..so, senang. Semua hal ,en suami boleh uruskan.


Plan B, kiranya saya mula sakit ketika mengajar..maka perlula kawan2 kerja tolong uruskan untuk hal ehwal ke hospital.

Plan C- kiranya tetiba saya sakit masa dok dengan Damia kat rumah..sementara nak tunggu en suami balik , kenalah saya call pengasuh Damia..minta tolong dia uruskan Damia n bawa saya ke hospital dulu. Saya sangat2 rasa bersyukur sebenarnya, dipertemukan dengan pengasuh Damia yang tak berkira n boley dianggap macam sedara mara sendiri..saya rasa klu sedara mara sendiri pun, tak semestinya sanggup bersusah payah untuk kita..huhu. Jiran tetangga nak minta tolong pun..yang rapat dengan saya,akak tu pun reti bawa motor je pun..susah tu,tak kan nak merempit gi hospital plak..haha.

Plan D- hmm, saya drive sendiri pegi hospital!Bleyla tiru gaya pompuan preknen yang wat drift pegi hospital dalam iklan Persona kat tv tu..haha. Dekat aja lagipun,hospital.Itupun..klu tak rasa nak terkeluar sangatla..bleyla drive lagi. Kereta nasional , berkemampuan. Saya yakin dengan kereta buatan Malaysia!!haha, tak pasal2...

tapi kan,klu diingat2, masa tengah sakit suam2 kuku masa Damia dulu pun, memang saya pun yang drive pegi hospital..saja nak check,alih2 trus masuk wad,sebab dah ada bukaan..huhu.


Setakat ni amik cuti siap2 3-4 hari or 1 week b4 due, tiada dalam perancangan sebabnya...hmm, aaa..majikan skang ni..agak strictla bab2 cuti mengcutikan diri ni..lainla big bos skolah kat johor dulu..siap kasik cuti off rekod kat saya 1 bulan!!...aduhai..manala nak carik majikan yg prihatin mcm tu lagi ..susah dah tu nak jumpa..huhu.

Hmm, setakat ni takdela sangat saya excited beli macam2 peralatan n barang2 menyambut baby macam masa damia dulu. Macam yang saya katakan sebelum ni, banyak lagi barang yang elok..ada yang tak digunakan lagi pun. Cuma untuk kali ni, berdasarkan persekitaran n pengalaman terdahulu, ada 2 benda yang saya rasa perlukan sangat2..

1st- baby bath with stand.Saya rasa jarang yang guna baby bath siap dengan stand ni sbb penggunaannya agak memakan ruang yang ada. tapi, saya sangat2 memerlukannya..uwaa..lotih la nak bangun duduk masa mandikan baby nanti..pertama kali saya nengok mende ni, masa tgk Guga gaga Erra Fazira..erra ada guna untuk mandikan aleesya. Tak yah susah2 nak duduk n bangun.

Klu dapat yang macam ni..best tu! Lengkap. tak yah susah2 terkejar2 amik towel, cari sabun bagai..suma dah ada kat stand tu.

Saya dah tempah pada pak sedara saya..dia akan buatkan stand tu..tp yang dari besi biasa ajal. Kirenye berangan ajala kan nak yang ada tempat2 letak sabun,towel,diapers bagai macam dalam gmbr tu..haha.

Yang kedua ialah..katil baru king size!!haha. Lagi mau tanya saipa kan perlu katil king size tu, mama mia saja dah separuh katil..mana nak campak 3 branak lagi?ehehe