LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 15, 2010

Unit Perubatan Reproduktif dan Infertiliti Hospital Sultanah Bahiyah




Team IVF dari Unit Perubatan Reproduktif dan Infertiliti Hospital Sultanah Bahiyah


Unit ini telah pun memulakan operasinya sejak tahun 2002 dan telah pun memulakan perkhidmatan IUI atau permanian beradas. Skop perkhidmatan Unit ini merangkumi rawatan infertiliti, perubatan reproduktif endokrinologi (`Menstrual Disorder Clinic`, Klinik Kesihatan Reproduksi Remaja, Klinik Menopause dan Klinik PCOS) dan perkhidmatan perancang keluarga.

Unit ini mempunyai 2 orang pakar yang begitu berdedikasi dalam tugas yang dijalankan dan dibantu oleh 4 orang paramedik yang terdiri daripada seorang jururawat terlatih, 2 orang jururawat masyarakat dan seorang pembantu jururawat kanan.



Visi Unit ini adalah untuk merealisaikan impian setiap pesakit untuk mendapatkan zuriat disamping membantu mereka menghadapi permasalahan yang ada selaras dengan cogankata unit ini iaitu `Impian memerlukan usaha`.


Malumat Lanjut boleh diperolehi di sini:

http://site.obgynanrush.com/main/1000/index.asp?pageid=25562&AccId=4049


Kepada kekawan atau sesapa pun yang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, tak salah kiranya mencuba alternatif di Hospital Kerajaan pulak..


* Klu ada orang dok kutuk2 perkhidmatan para doktor n staf Hospital Aloq Staq neh..pada saya itu pandangan masing2..:)

Yang saya tahu,masa saya bersalinkan Damia dulu, saya dilayan dengan baik oleh nurse2 n doktor kat sana..servis pun bagus.. team doktor yang operate saya masa lahirkan Damia hari tu pun,semuanya doktor pakar. Dan sampai sekarang pun saya masih lagi setia sebagai pelanggan utama hospital kerajaan kerana saya yakin dengan kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan.

Tambah macam saya ni, rasanya every 2 weeks kene rujuk Pakar Perunding O & G Hosp Bkt Mertajam..mari kita calculate duit yang akan terbang kalau saya gi private semata2 untuk mendapatkan perundingan dan nasihat doktor pakar.hehe

...Terima kasihla banyak2 saya ucapkan sebabnya team hospital sangat berkomitmen tinggi demi menjamin keselamatan pesakit2...

Certain orang anggap hospital kerajaan ni low class..lembab! lumpy!sengal suma ada la..lagipun memang ramai yang menganggap hospital kerajaan ni khas untuk orang2 tak dak duit je dan untuk orang2 susah je..

Tapi pada pandangan saya, apa yang paling penting, kalau kita nak orang layan kita baik..kita pun kenalah bersangka baik. Ni ,bila ngadap nurse ja..tarik muka 14, mestila nurse tu pun tarik muka double...Blum masuk hospital lg, dalam kepala dah set macam2 hal yang buruk terjadi...so, jadila macam yang kita sangka tu...kirenye macam doa juga la tu. Jangan jadik macam kisah ni pula kan...


My sis yang baru bersalin hari tu pun, sampaikan makcik2 kepoh yang pegi melawat dia..tak percaya disebabkan my sis dapat layanan Kelas khas [dapat dok bilik khas yang slaloo dikhaskan untuk doktor2 yang bersalin je..]..Itula orang kata, rezeki namanye.. hati mau bersih..Insya Allah, adalah habuan masing2...:).

Saya rasa bukan dalam bab hospital itu aje la, rasanya memang dalam kehidupan seharian kita pun..perkara paling penting, adalah BERSANGKA BAIK dengan apa2 yang terjadi/ berlaku..Insya Allah, Allah permudahkan urusan dan laluan kita..aminnn.

3 comments:

Halen said...

hehe.. no komen kena tgk rezki jgk la kt mana kita berada. kt sini klu pegi hosp gomen mmg selalu makan ati je sebab servis slow skit.

masa nk cek nasya bulan2 dulu kena tunggu smp 45minit sblm dipanggil sedangkan time tu mmg xde org dan klinik desa je pun. kedua pegi spital sbb apa ntah kena tunggu 2 jam sebelum dipanggil msk huhu.. sakit ati mak!!!

wpun parents keje hosp gomen nk komplen jgk nih ekekeke..

Diyana Zulkifli said...

hehe.itula.klu nak g hosp gomen kene set mind siap2 tk bleh balik awai.heh. ana klu gi check up siap bw bekal breakfast kkdg skali ngan lunch..haha. tak pun majalah,paper suma dlm beg.heh

aisa said...

jgn lupa makan jus kurma byk2 baik untuk kesihatan diri dan kandungan