LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, June 30, 2011

Wanita Melayu Terakhir Contest



Wanita Melayu Terakhir Contest


anjuran http://dhiradeena.blogspot.com/


Tarikh TUTUP adalah 20 Ogos 2011


syarat-syarat penyertaan boleh didapati di blog irah.


TEMPAT PERTAMA
Pakej penginapan 3 hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort (tarikh boleh pilih sendiri yer)




TEMPAT KEDUA
Pakej penginapan 2 hari 1 malam di Bukit Merah Laketown Resort
(tarikh boleh pilih sendiri yer)


serius ni irah hadiahnye pakej penginapan?mantappp..


irah ni kawan saye dan lebih spesifik member baik en suami. dulu saye gi batu pahat dating ngan en suami,saya lepak umah irah ni la..itu yang last2 saya angkat jadi kawan sendiri jugak tu.haha.standardlakan pompuan mulut banyak ramah ,mane tau malu..sebarang je angkut2  orang jadi kawan sendiri...:p.haha.


dia ada buat 1 contest. i ngatkan hadiah utama dia 1 set Premium Beautiful...haha. maybe utk next contest boleh la eh irah kan??LOL

ops.sebelum terlupa.syarat utama.of coslah kena letak gambar yang berkaitan dengan ini punya cerita.


ini paling ayu yang aku ada beb. banyak aku pose mcm kayu je.tak santikk. ni aku yakin,santikk la.haha.
jom join ramai2 yok!!

Wednesday, June 29, 2011

Wanita dijadikan atas nama cinta




alalala.meleleh hingus aih tgk vid tomok & ayu ni.huhu.


makan dalam wooo.


part saya makan dalamm bila tomok kate


'wanita dijadikan atas nama cinta..kalau kita cari,pasti jumpa'


'tapi jumpa yang macamana?'


'kita yang buat pilihan.'


dia pilih saya

TEMPAHAN UNTUK BULAN MULIA

Salam


pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan tak lama lagi


pada yang bercadang nak membeli telekung baru untuk tarawikh dan juga solat Hari Raya, jangan segan jangan malu


calling2 aje mak saye .


019 5551310
mak cik siah


terima kasih banyak kepada pemborong semua..mak cakap ramai yang tengok dari blog telekung kami dan kebanyakkannya dari KL.ade tu siap puji2 dia comel.uish,korang ni..kembang la mak.bukan muda tu,cucu dah nak masuk 5.LOL


Thanks!! cayang korang.:D


telekung eksklusif menyusul tak lama lagi.dari cotton bermutu tinggi. RM 160 postage free.
dengan saya mak dah hadiahkan 1 set. tapi itula..saya tak sempat nak snap2 gambar.nanti eh nanti eh...:)


itu tudung + baju bersulam + kain mak yang jahit tau
demanding tak i?minta mak jahitkan sedondon ngan baju..:p

Tudung-tudung yang mak dan saya pakai ni pun, mak yang jahitkan. heee. buat masa sekarang, mak cuma terima tempahan tudung untuk borong sahaja. kalau ada yang nak beli 10 pasang ke atas, dipertimbangkan. sehelai-sehelai ..mak jahit untuk kami adik beradik je...hehehhe.
p/s: oh macamane ni..dalam 5 bradik kiterang,sorang pun tak mewarisi bakat menjahit.tangan pengkaq semua..saya perlu lakukan sesuatu.yok or..haha

Tuesday, June 28, 2011

9 Julai

malam 7 julai depan, gb baru sekolah saya nak bawa semua staf lawatan penanda aras di SK Setiawangsa. kat kl eh tu?

bertolak tengah malam.

sampai pagi 8hb,subuh + mandi + tukar baju batik [adoi..] kat r & r sungai buloh.

9 pagi dijangka tiba di SK Setiawangsa. antara sekolah terkini yang dapat status Sekolah Berprestasi Tinggi.mantop.

beramah mesra,2-3 round tukar2 pendapat..pastu gb cakap,cikgu laki pi semayang Jumaat.cikgu pompuan bolehla nak round2 Sogo ka,tak pun depa nak tauk kami kat jalan tar.tauk=humban.LOL

menarikkknye.siokk dengar tambah2 tang part singgah soping tu..huhu.

sebelum asar,tak pun kalau ada yang tersesat tak jumpa bas..selepas maghrib,kami dijangka bertolak semula balik Kulim.

haha.sungguh ekspres lawatan kerja yang pertama bersama gb baru.

i like cepat2 ni..takdele susah hati nak tinggal anak2 dan bapak depa lama2..:D

tapi tadi, ade 2-3 orang cikgu dok bersuara..

'agaknya 8 hb tu ada dah ka yang mula 'berkampung' di chow kit?jalan tar?ke depan sogo tu aa?'

minta dijauhkan...huhu. tak mau tak mau.tak pasal2 ada yang tak balik Kulim malam tu...

p/s: awat orang ske berpiket tempat ramai orang?


isk.

Monday, June 27, 2011

malam tadi

en suami sakit pinggang penangan kemas laman dan susun bata yang tak habis-habis lagi

saya macam biasa,sakit kepala bila malam menjelma
dan kami landing seawal jam 8 malam

damia dan ali, tiru kami berdua
mata bersinar2 jam 4.45 pagi. tersedar sebab teringat yang isyak belum buat.

dan hari dimulakan dengan sangat tenang..punch kad pun awal jam 7.15 pagi
kesimpulan cerita:

saya perlu atur semula jadual harian, sebolehnya perlu tidur seawal mungkin untuk dapatkan 1 permulaan hari yang tenang..;)

selalu saya bangun pukul 5.30 pagi, kalut memanjang..nak ligan punch kad. :|

Friday, June 24, 2011

Rebecca Black

dengar 1st time,saya gelak je dengar suara sengau rebecca ni.tapi komen2 kejam kat utube die tu,over sangat. sedap ape lagu ni


cer dengar..





kalau tak,tak kan Glee club nyanyikan semula lagu ni dalam episod final season 2 hari tu?


tapi budak2 Glee nyanyi lagi sedap la...haha.


oh.sori pada yang tatau hujung pangkal.


Rebecca Black = glam di utube gara2 suara sengau dia tu


Glee= siri muzikal kegemaran saya di ch 711.dah habis dah pun season 2..huhu.sedih2.


video budak2 Glee nyanyi masa prom night takde loh kat utube.
ada yang ni aje





saya dedicated pada korang semua version Glee punye...hehehhe.


Selamat Hari Jumaat! ;)

dalam hati ada taman

husben i tak romantik pun.

kalau tetiba dia bawa balik jambangan bunga kat saye, agaknye spontan saya akan tanye,awat ni?nak kawin lain ka?

hahaha

kadang bila tumpang berblog di pc en suami, saya tengok macam2 jenis gambar jadi wallpaper pc dia.

dari gambar kereta, gambar rimau semua dok ada

tapi bila on pc dia pagi ni,senyum sorang2

ic.ok.i get it.

tak romantik tak bermakna tak sayang



ganti gambar kereta


Wednesday, June 22, 2011

Isi hati seorang doktor

ala.peah.entry hang ni The Blamed Party  ..err, tersentuh le plak rasanye bila baca.


memang jarang pun kan ada orang yang nak puji dan pertahankan hang , ayu mahupun rakan doktor di hospital gomen. yerp, aku tahu bukan pujian yang korang harapkan.mungkin sedikit penghargaan..?

orang yg suke mengutuk lagi banyak ,padahal hangpa semua dah buat sehabis baik untuk patients.

honestly, saya memang regular customers gomen. saya memang sangat suka servis hospital gomen. sangat meyakinkan walaupun kebiasaannya terpaksa berhadapan dengan kelembapan  dari segi pengurusan masa patients untuk menunggu. kadang sebab tu je pun, yang orang maki2 hospital gomen. dan saya akui, kadang saya pun tumpang sekandaq dok maki mcm semalam ...huhu. 8.00 - 12.00 tggu nak masuk utk tunggu doctor wat ultra sound.mane tak kena maki.

kadang rs geram jg,bila dengar nurse sebut pasal ISO hospital derang perlu jaga sbb tu kene teliti. habis patients takde ISO sendiri ke? mcm saya ni, bertuah sbb majikan prihatin je.sekolah kan sampai pukul 2ptg, free2 la kan dok hospital sampai habis skolah..:|.kadang bukan semua klinik desa mcm tu, macam klinik desa di Jitra..walaupun orang ramai, efisien je pun,takde masalah patinets menunggu lama. di KKIA Jitra, jadual utk ibu mengandung dan kanak2 tak pernah berlaga. jadi patients tak perlu tunggu lama. 5 bintang untuk KKIA Jitra.hee.puji tempat sendirik dulu aa.

apapun, saya akan cuba menjadi seorang patients yang tinggi tahap kesabarannya tambah2 lagi masa dok tunggu nurse belek2 kad..;)

awal hari tu, saya memang berkobar2 kan nak buat check up rutin di private kan? memang saya pergi check pun.tapi memandangkan saya dah terbiasa dengan check up yang teliti dari  klinik desa dan juga bekalan vitamin berbeg2 dari sana..jadinya, bila pergi private..saya agak rasa kurang berkeyakinan.

bile saya minta salinan buku ,dr chang cakap..tak perlu. u bawa je kad appointment ni bila datang check up. erk?hmm..tak bestla.saya biasa dok study buku merah malam2 walaupun kadang bukan saya paham pun apa doktor conteng dalam tu...^^.

sekarang, saya selang seli kan,  check up kat dr chang dan juga beratur lelama kat klinik desa. memang letih.tapi saya lebih yakin.apapun,saya harapkan yang terbaik.

to peah , chaiyok2.sangat tabik !!. anda sangat cekal, continue study lagi..hope one day, ko sebaris dengan specialist yang tersohor ;)

peah dan 'sheikh muszaphar' nye.:D


p/s: doktor= manusia yang sangat tahan lasak minda + fizikal. no wonder Dr sheik muszaphar sangat kacak.tak pasal2.langsung tak de sangkut paut ..keh keh

Tuesday, June 21, 2011

kuak lentang di dapur

satu petang di hari Jumaat,seharian tercongok dalam bilik tidur dengan anak2.di luar panas sangat. saya memang berkubu dalam bilik aje seharian kalau cuti2 macam ni..bosan2, saya basuh kain.tak pun cuci toilet dalam bilik tu.jangan tatau,mesin basuh ada dalam bilik utama.korang ade?tak de kan?memang pelik pun ade mesin basuh dalam bilik utama,tapi kami malas nak ubah2 paip yang former owner dah buatkan.rsnye owner yang dok sebelum ni ske membasuh kain sambil tidoq kot..hee. 

yang si mia ke hulu ke hilir dalam bilik..dah tak tertahan nak buat onar le tu kat luar bilik.tiba-tiba..

'mama,mia nak ngok ketun.'

'ok,bawa ali tengok tv aa..jangan main ayaq.'

selalu bila saya pesan macam tu,memang si damia sengih2 je.kemudian saya akan intai dia dari pintu bilik sampaila dia dan ali sampai depan tv.kebiasaannya,saya akan jengok dalam kadaran 2-3 kali dalam setiap 5 minit,nak pastikan si kakak tu tak cuba-cuba buka gate antara  ruang tamu dan dapur tu,dan pegi main ayaq kat filter.

tapi gamaknya,mia nampak mamanye tengah bizi basuh kain sambil2 cuci toilet ..mia dapat ideala,nak mengelat.

tak sampai brapa minit je  mia dan ali keluar dari bilik..saya dengar derang berdua mengekek2 ketawa.

berlari saya ke dapur..

dah agak dah...tak sampai ke depan tv pun budak2 ni,melencong ke dapur.




lencun tu.syiok main air sejuk.

jadinye petang tu,mia ali syiok sungguh minum+ bersiram dengan air sejuk dari penapis air...pandai tu, saya pusing ke room water,tapi si kakak pusing balik ke cold water.panas sangat gamaknye..tu yang syiok je main air tu. 

alahai.siap buat kuak lentang kat dapur..

den tak kuasa nak marah.biar je derang main,sampai derang berhenti sendiri.

dah lepas habis tonyoh jamban,tonyoh depa berdua ni plak. lepas tu,kena mop lantai dapur.last2, membungkang le  di petang2 jumaat tu..letih weh.

bapak mertua ritu terkejut tgk bil elektrik kiterang.bukan sengaja nak tunjuk,kantoi lupa nak semunyi. tapi lepas 2 hari,bapak tahule kot kenape..sebabnya bapak &  mama pun tak keluar2 dari bilik masa siang.hehe. panas tak terperi wa cakap lu utagha sekarang ni..awat aa?

oh anyway,sejak semalam saya dan mia ali 'beroperasi' di kubu baru,di bilik tetamu plak..sebabnya ekon di bilik utama tunggu orang mai servis.saya dah pelingkup..merajuk la dia pun, buka tak penah tutup.:p

Monday, June 20, 2011

sponge bob dalam kenangan

kamu banyak berjasa
sayang beb.ini adalah antara harta pertama kami laki bini. sponge bob ni bersama2 kiterang sejak dok johor dulu.merata kena angkut bila tuan dia pindah sekali.huhu

saya namakan peti ais ni sponge bob,sebab itu kan depan pintu tu ada katun budak span kunin tu..hihi.

elok lagi haa. mane rosak ape pun tapi dah sampai masa nak kena cari yang boleh sumbat ikan,sayur ,ayam banyak2.

tapi bila dah ada yang baru, tuan dia plak dah tahap tak larat nak jengok dapuq la plak...awat rasa nak bercuti dan gantung periuk dah ni...?

en kay dee?amcam?diluluskan dak gantung periuk berkuatkuasa sekarang?..

huuuu...

sekarang bila balik kerja, dengan budak mia dan ali lagi...saya rasa kudrat saya semakin menipis...

itu belum perut sengkak dan penuh lagi tu...:|

Kuatkan semangat hambaMu ini. tak lama je lagi kan..;)

p/s:en suami soh saya jual sponge bob.tapi saya sayang sangat kat dia. jadiknya, hari Khamis lepas saya pinjam hilux en suami,saya ajak konco2 cikgu lelaki 2 orang mai rumah.angkut sponge bob pi sekolah. saya wakafkan kat bilik guru. hehe. at least, boleh gak tengok sponge bob ni klu rindu2..keh keh

Friday, June 17, 2011

entry sengaja nak takutkan pada yang belum pernah masuk labour room..keh keh

tadi masa tengah dari satu entry ke entry di blog Dr Singa,ada 1 entry tu menarik perhatian saya.

pasal kisah seluk-menyeluk.

dr singa cakap,dia seluk poket je..haha.

perkara paling saya benci masa dalam labour room kalau korang nak tahu..adalah masa doctor atau misi datang minta kebenaran nak check bukaan.

orang pertama yang seluk check,seingat saya.sorang doktor pelatih perempuan yang macam baru 2 hari bekerja. gile nerbes saya sebab doktor tu macam teragak2. dan lepas tu, doctor tu cakap..

'kak..tolong kak.jangan kepit,macamana saya nak check?'

sakit tak doctor?sengal2 je soalan saya masa tu.

'eh..tak lah.mana sakit,kejap je.'

pandai je dia kan..dia pun tak penah rasa.hehe.

dalam labour room, doctor lelaki muda.huhu.pasrah

masa ali,paling mencabar saya rasa.huhu

bukaan sangatlah lambat nak buka,1 cm pun berjam2 nak tunggu..dengan contraction yang azab nak tanggung..huhu.

2 kali staff nurse datang tolong besarkan bukaan.boleh imagine betapa sakitnya time tu..tuhan saje yang tahu.

itupun dilate takat 7cm aje..

kali ni, den relaks la kan. tak kene dah kot seluk2..haaaa.

nerbes tak atul dengar??hahaha

Confinement lady

saya selalu tengok iklan pasal confinement lady ni di area Bukit Mertajam,tapi selalunya yang tajuk tu je boleh faham.selebihnya,saya tak paham sebab tulis cina.

hmm. klu makcik2 Melayu rasanya takde le kot derang tampal iklan macam tu kan..nak kene cari sendiri ,survey mulut ke mulut le ni klu nak cari juga sorang.

saya rasa macam kejam pulak kalau nak doakan mak dan abah saya tak dapat panggilan haji tahun ni.

kalau mak abah dapat,means saya kene berpantang sendirian buat kali pertama.fiuhhh. suspen sungguh.

since tahu saya preknen ,dalam kepala ni dah bersusun beberapa plan.A,B,C, D.E. tak dele sampai Z..hehe.

kalau mak abah jadi pergi..

A: request pada gynae nak bersalin di Alor Star.kalau gynae benarkan la.huhu. berpantang di Jitra juga, tapi tukang jaganya adik saya si Najah. time dia gi keja, dia kenala hantar mia dan ali tumpang nursery anak dia. saya plak takpe,tinggal je dengan baby..makan,minum Najah dah sediakan siap2.

B: kalau gynae tak kasik beranak di Alor Star, bersalin dulu di Seberang Jaya..pastu en suami hantar saya balik Jitra. Najah jaga.

C: bersalin di Seberang Jaya. cari confinement lady. tapi ini,en suami macam tak berkenan sangat...dia tak suke kalau ada orang luar datang dok sekali.. tapi bile saya tanya, boleh dak nak urus kerja rumah dan mia ali..sengeh pulak. tak sanggup la tu klu urus sorang2..jadi dapatkan confinement lady ,adalah priority ke-3 saya.

D: minta tolong mama datang lagi..hehe. mau ke dia?dah le baru mai ja...huuu.

E:bersalin di Seberang Jaya. berpantang sendiri di samping Mia dan Ali. uuu...hehe.ini kalau boleh takmo jadikan option sebab macam mencabar sungguh je nak berpantang sendiri, dengan baby baru tu saya tak berapa kisah..tapi dengan adanya Mia dan Ali?  agak2 cam boleh kene meroyan je tu nanti masa pantang....hehehe.

Mudah2an , Allah permudahkan urusan saya untuk kelahiran kali ini..amin..

p/s:tolong aminkan sekali ehhhh..

Thursday, June 16, 2011

Page facebook paling kelakar

jarang tengok kaum adam emo sebab mende2 gosip tentang artis ni except peminat2  Lisa Surihani..hehe.

sakit perut saye bile gi terjah page Save Lisa Surihani From Yusry KRU. walaupun bilangannya belum cecah ribu2 lemon tapi majoritinya lelaki!

masa saya buka tengok page tu baru lagi tak sampai 1 jam kot dicipta. itupun berduyun yang like2 kan page tu..rasanya sebab nak tahu kot apa isi kandungan page tu..[cuba berbaik sangka]

sumpah kelakar!

ok ape,derang berdua. yusri duda handsome.dagu lekuk.haha.

Seth Tan

saya cuba untuk tidak terperangkap dengan cinta Seth Tan macam korang.^^

dengar kate siri  itu inspirasi dari satu buku novel cinta eh?konfem memang budget charming+romantik+gorgeous+kaya raya+beriman la ni kan... sangat berbau lelaki idaman dalam novel cinta.saya tau nama seth tan tu sebab dok baca status kawan2 kat fb dan ramai yg angau dgn seth..ingatkan artis baru mana la haa...


huuu.saya tak nak citer pasal nora elena sbb saya tak tgk. cuma nak citer pasal alkisah saya dan novel.

saya penah jadi kaki novel...haha.kalau baca,tisu siap ada kat tangan..poyo.


saya paling ingat..last novel cinta saya baca adalah Tangisan Bulan Madu,sampai bengkak2 mata dok meratapi kematian Bogat. gila emo marahkan penulis novel tu sebab ntah pe2 je Bogat tu mati kanser otak.see?memang dramatik kalau hero novel..pastu plak klu nak matikan watak mesti kene penyakit kronik tak dapat diubati. yang saya palig ingat sangat novel nan satu tu,sebab si Bogat tu tak nak rosakkan bulan madu isteri dia..dia tinggalkan isteri dia dalam keadaan suci.janda berhias gitu..suci nau cinta Bogat.ohh...hehe.


lepas tu saya beralih pada komik dan siri Harry porter.komik tu memang sebab terikut hobi en suami. manenye tak, asal dating kat Batu Pahat je..pakwe suami i tu bawa gi kedai komik. nanti dia amik komik One Piece 2 buah untuk dia,pastu dia umpan saya 1 komik Doraemon tak pun Ranma 1/2 ke. tercongok le situ 1-2 jam sementara nak tengok wayang ke..nak gi makan ke.haha.


apapun, kalau diingat memang syiokkk eh dok berangan kalau2 muncul lelaki macam dalam novel.


berbalik pada Nora Elena..ada dak adegan romantik2 over dalam siri tu eh?ke  adegan2 romantik-over- tak masuk akal??? sangat boleh budget imaginasi author novel cinta...:D

walaupun tak tengok,tapi saya dapat bayangkan muka korang2 yg kalau boleh nak cium skrin tv tu bila seth muncul...wahaha.

tringatkan pada sorang kawan baik saya yang sangat obses dengan novel2 cinta. rasanya masa dia bujang,semua novel yang ada di pasaran ..dia beli. selalu aje dok habaq saya,nanti dia nak cari sorang macam salah satu hero novel yang dia baca.

masa hari dia menikah, ada saya tanya..'ada dak ciri2 idaman macam dalam novel2 ang baca pada suami ang tu?'

adala sikit kot,jawab kawan saya tu.

keh keh. tu la,kuat sangat baca novel ;)

Wednesday, June 15, 2011

Pelacur Kelas Pertama

ramai eh ban Dr Rohaya Mohamed gara2 kenyataan berapi dia nasihatkan para isteri beri layanan macam pelacur kelas pertama pada suami.

saya pun menyirap mula2 dengar.gile keji statement tu samakan status isteri dengan layanan pelacur. tambah lagi ramai bagi komen lagi berhapi-hapi 'lawan' statement Dr Rohaya tu..^^

tapi bila saya ulang2 baca balik keratan berita tu, saya termenung juga sorang2.

cuba korang baca berita tu ulang2 balik.

korang akan dapat tangkap apa yang cuba hendak disampaikan Dr Rohaya tu.

ada juga benarnya.

cuma statement dia terlalu asing dan pedas dalam masyarakat kita yang taboo dengan isu perempuan jalang a.k.a pelacur.

Dr tu bukan kate isteri pelabur pelacur..dia nasihatkan isteri2 memberi layanan sebaik mungkin bukan setakat menjaga makan pakai suami aje.

why contoh dia pelacur kelas pertama?

itu korang inteprete sendiri. i tak nak la kan berhujah bab ini..satgi kuar 1 ayat pun, jadi macam ni entry melucah. masing2 cubala selami apa Dr Rohaya tu cakap...

saye bukan Dr Ismail Tambi.. Dr Ismail lain la, dia direct.hohohoho.

Tuesday, June 14, 2011

obses

mama ade tanye saye ..masa preknenkan si damia..saye ade ke suke tgk patung mainan.


mama kata damia macam barbie doll boleh cakap.rambut gulung2  plak tu.






yang obses dengan patung mainan seingat saya ..mak saya sendiri masa preknenkan adik no 4.si tehah.


memang tehah masa mula keluar tu,kiterang ingat nurse salah bagi baby. macam anak omputih.rambut kerinting keemasan ,mata macam nak biru.sekarang aje dah itam kulit dia...^^


seingat saya, masa preknenkan si damia..saya memang ada sukakan 1 iklan di tv yang pelakonnya budak kecik .memang kadang sampai masuk mimpi teringatkan rambut dan muka budak tu. waallahualam.


ibu preknen emosinya kuat kan. semua perasaan dan tingkah laku memang bukan setakat mempengaruhi perwatakan bakal anak tapi juga boleh terkesan secara  fizikal. ada isu ni diulas dalam Majalah Pa & Ma.tapi saya tak ingat keluaran yang ke berapa. kadang teringat juga pesan orang tua2,jaga tingkah laku semasa preknen.jangan marah/emosi sebarangan pada seseorang/atau ape2 binatang. jaga mulut.jaga hati.


masa Ali, hmm..saya suka tengok muka papanye je. sangat jatuh cinta masa tu.hahaha.


dan kali ni,memang ada yang saya sangat sangatttt suka tatap.

Marimar.

Monday, June 13, 2011

damit


tgk sepit,korang leh agak udang tu besar mane kan?itu pn mama cakap,udang tu damit. [terjemahan:kecik]. hehe.
ole2 dr beaufort. request dari mak buyunn. 

tertawan tak?itu masak sos,i le yang buat.^^



dari kiri:'kak' ngah,'kak' long dan kak lang. sungguh seriuss saya lagi besar dari mak dan mama. besar depan dan belakang. *pasrah*

ali & tok wan dia sehati sejiwa
 

otai kampung boyan taiping,pakcik dat belanja ketam lembut di kuala gula.marbeles.

gigih tak i?masak udang tu di kulim sanggup bawa gi serdang nak makan sesama ngan mak tam pak tam..hehe

saya telah berjaya memujuk bapak berjalan 2 hari berturut2 ..dari pagi sampai malam. berjaya membuat rekod baru.susah oo nak pujuk bapak mertua i sorang ni nak jalan2.


gambar ronda2 cari jeruk buah dan makan durian Balik Pulau tak ada eh. sebab sibuk pulun makan durian.

yang ada gambar masa hari kedua aje.masa singgah serdang dan lajak ke makan besar di Taiping.

dah lepas tu, no jalan2 lagi.

duduk rumah diam2 je. bapak serik kot,memulas perut die seharian sebab pekena sambal udang...hee.

acara kemuncak. acara pecah peluh kegemaran bapak mertua. takde kebun nak tarah kat rumah kami. ada batu bata ni pun jadilah.





ops.projek tanaman pokok2 sudah tinggal kenangan. korang nampak tu ape big bos a.k.a en suami buat?mane ade rumput dan tanah dah.selamat jalan romeola pokok2 saye...huhu

mama?huish...mama saye bawa shopping aa...last2 saye yang nak pitam,banyak jalan...hehe.

sob sob sob

mama dan bapak dah balik.flight tadi pukul 10.15 pagi

beb.bergenang mata masa salam peluk muah2 dgn mama tadi pagi.

hover tak?

saye tak macam korang..slalo jumpe mak pak mertua..klu korang pun bergenang2 cam saye,itu mmg hover tau..hihi

ini pun tataule bile plak nak bertemu..

sob sob

Sunday, June 12, 2011

telan ubat masa mengandung

minggu ni adalah antara minggu paling mandom yang penah saya lalui

hidup segan je rasa

dekat 1 minggu dah sakit tekak dan selesema

saya memang cuba bertahan untuk tidak dapatkan ubat dari klinik

setiap kali preknen,inilah antara cabaran yang saya cukup risaukan..was2 nak telan ubat sebarangan

kemuncaknya, semalam saya terus tak boleh bangun sebab sakit sangat dalam telinga..tersumbat eh sebab selesema dan sakit tekak

bila pegi klinik, dr tanya makan ubat tak?saya senyum kambing ajela..cakap tak amik.

antibiotik?err.tak..

macamane nak lega kak..kena juga makan ni.kalau tak memang melarat ..dr muda tu bebel kat saya.

buat muka cengkodok je la..sambil2 tu minta mc dari dr tu.:p

sebelum keluar dr bilik dia..dia pesan lagi..kak makan tau,antibiotik habiskan..

senyum je saya.malas nak iakan sebab saya tau saya akan tetap was2 nak habiskan ubat2 tu ikut yg dr. tu suruh

dr tu cakap ,dia bagi semua ubat dos rendah je..jangan risau..

tipu je rs, lepas saya telan semua 4-5 jenis ubat die kasik tu..trus tidur pengsan 5 jam. lepas bangun,tengok balik ubat2 tu.ada antaranya tulis 'mengantuk'.

ceh.

tapi bile bangun tu,segar bugar la kan..telinga pun dah kurang sumbatnye


saya makan sekali tu je la.hari ni rasa nak tongsampahkan je semua kecuali antibiotik.

korang macamana selalunye eh masa preknen..?makan ke tidak ubat selesema,batuk?

takut kan..saya paling risaukan baby dalam perut..klu dah mak die lena 5 jam..tambah lagi dia..konfem lali juga ...huhu. cian.

telan ubat semasa mengandung

minggu ni adalah antara minggu paling mandom yang penah saya lalui

hidup segan je rasa

dekat 1 minggu dah sakit tekak dan selesema

saya memang cuba bertahan untuk tidak dapatkan ubat dari klinik

setiap kali preknen,inilah antara cabaran yang saya cukup risaukan..was2 nak telan ubat sebarangan

kemuncaknya, semalam saya terus tak boleh bangun sebab sakit sangat dalam telinga..tersumbat eh sebab selesema dan sakit tekak

bila pegi klinik, dr tanya makan ubat tak?saya senyum kambing ajela..cakap tak amik.

antibiotik?err.tak..

macamane nak lega kak..kena juga makan ni.kalau tak memang melarat ..dr muda tu bebel kat saya.

buat muka cengkodok je la..sambil2 tu minta mc dari dr tu.:p

sebelum keluar dr bilik dia..dia pesan lagi..kak makan tau,antibiotik habiskan..

senyum je saya.malas nak iakan sebab saya tau saya akan tetap was2 nak habiskan ubat2 tu ikut yg dr. tu suruh

dr tu cakap ,dia bagi semua ubat dos rendah je..jangan risau..

tipu je rs, lepas saya telan semua 4-5 jenis ubat die kasik tu..trus tidur pengsan 5 jam. lepas bangun,tengok balik ubat2 tu.ada antaranya tulis 'mengantuk'.

ceh.

tapi bile bangun tu,segar bugar la kan..telinga pun dah kurang sumbatnye


saya makan sekali tu je la.hari ni rasa nak tongsampahkan je semua kecuali antibiotik.

korang macamana selalunye eh masa preknen..?makan ke tidak ubat selesema,batuk?

takut kan..saya paling risaukan baby dalam perut..klu dah mak die lena 5 jam..tambah lagi dia..konfem lali juga ...huhu. cian.

makan ubat masa mengandung

sangatla terasa mandom minggu ni. ni semua gara2 sakit tekak dan flu yang melanda. saya ni memang time peknen je,memang mula la was2 nak telan ubat2an. memang 1 week ni, cuba nak bertahan la tak makan langsung ubat dengan harapan boleh baik sendiri sakit tekak dan flu. 

tak boleh rupanya .semalam trus terbaring, telinga kanan rasa berdengung dan tersumbat. nak berdiri pun tak boleh.huhu

surrender juga pegi check klinik.
ade juga doktor pot pet cakap awat tak makan ubat?

buat muka innocent tanya balik, boleh ke dr. peknen2 ni telan ubat?

boleh ajela dr tu cakap. dah bile sampai ade cecair dr selsema tu sampai tersumbat telinga..kenala juga sekurang2nya makan  antibiotik. dr tu bekalkan juga ubat selesema,demam ,dan batuk..yang dia kata takpe dos rendah je..rendah ke dosnye?siap ade yang tulis 'mengantuk'.huhu

apapun, bila balik dr klinik, saya makan sekali je ubat2 yg dr tu kasik. tak ikut masa yg dr cadangkan. .tetap rasa ragu2 nak telan sampai 3 kali sehari. takut baby tertidur lama2 dalam perut penangan ubat2an mama dia telan...

Alhamdullillah pagi ni dah ok. saya rasa nak stop aje semua ubat lain tu..cuma nakhabiskan antibiotik je. aci tak macam tu?

selalunya macamana eh korang yang lain bila demam masa mengandung? ade petua apa2 tak ?

p/s:apepun, i gigih. petang karang tetap ikut rombongan cik kiah pegi KL...^^. sian la plak pada ajk rombongan yang dah aturkan program..kalau tiba2 saya tak pergi. hmm.

Wednesday, June 8, 2011

WW 2 : Cik Bedah

cik atul,ni gambar baru leh panggil cik bedah.

LOL

WW:Detektif Conan

Tuesday, June 7, 2011

cantik equals MJ?

ada member ritu buat soalan cepu gangsa pada saya.


kenapa selalunya mak janda ,kebanyakkannya cantik2?


eh?


klu tgk artis2,hmm memang betulla kan.


tapi pastu member saye tu tunjukkan fb kekawan MJ dia. dia kata,sapa kata artis je?


kedip2 mata saya,ha ah la..memang cantik2 sungguh.


korang tau kenape?


saye tak dapat nak mencari jawapan. bukan lelaki suke pompuan cantik ka?


awat tinggai depa plak ?huhu

p/s:korang penah tanye tak suami,'abang,saya cantik tak?' saye penah tanye.pastu en suami kata,'cantikkkk'. pastu saya kata,' tipu la tu..panjang semacam je..'.LOL


Monday, June 6, 2011

Kucing memang comel

kucing memang comel tapi maaf saper mai letak kucing kat saya,automatik tangan saya akan tepis kucing tu sampai jatuh gedebuk.


sori i penakut ngan kucing


saya bukan geli dgn kucing je,saya geli dengan semua binatang yang berat,berbulu dan saya rasa haiwan tu berdarah panas.


huhu


kucing yang comel pun saya tak suka.takut .apatah lagi taiknye.


tapi, major problem saya sekarang akak jiran depan rumah ada zoo kucing. saya namakan zoo disebabkan ada berpuluh ekor kucing kat pekarangan rumah dia.


pekarangan rumah akak tu comel aje dan bersih. saya kagum.


cuma yang tak berapa nak consider sekarang, kucing2nya datang membuang depan rumah saya.depan pagar,depan jalan.dekat tayar kete saye.tayar lori en suami.dan rumah saya pun makin tak comel sebab ari2 bau kencing taik kucing.


dan sekarang kucing2 itu makin galak plak dok beromen bermesra,berkomplot dan juga membuang buangan depan rumah saya.kadang bila dah sekor datang,berdendai2 anak2 nya ikut. penah saya lewat pegi sekolah disbbkan berlari2 marathon pusing parking rumah disbbkan anak kucing nak masuk dalam kain saye....huhuhuhu.


kalau kucing tu boleh bercakap,nak aje soh dia kirim salam kak tuan dia.


2 hari lepas, ada saya berseloroh dengan tuan dia dia dia yakni kucing2 itu. sambil gelak2 manja marahkan taik2 depan rumah tu sambil mencangkul tolak ke depan rumah kosong sebelah saya. haha.


ic.tak berkesan nampaknya.siap tuan dia dia dia tu salahkan anjing2 yang banyak kat kawasan tu.


hmm,lepas ni ..rasanya saya nak cangkul pergi depan rumah tuan dia dia dia tu je rasanye. dah rasa jadi macam kerja pencancai pengangkat najis la plak gamaknye skrg ni.


malas la kan nak bermasam muka sesama jiran. walaupun en husben pun ade tgh panas hati pasal kes parking memarking kereta suka-hati -derang je..

p/s:tak ada ke porty training untuk kucing haa..?

Saturday, June 4, 2011

Pengumuman untuk yang berminat

 Salam.

Pada  customer yang berminat untuk tempah telekung atau sebarang pertanyaan,

boleh sms / call direct dengan mak saya di talian: 019 5551310 [makcik siah]

ataupun emel pada adik saya, khairunnajjah@yahoo.com. najjah ni dia dok dgn mak saye.

minta maaf pada sesiapa yang emel kepada saya sebelum ni disebabkan saya kadang2 aje buka emel..jadi lambat nak reply

den ni tukang jaga blog ja..hehehe.

kak long ,
nur diyana

Friday, June 3, 2011

saya sudah masuk kategori wajib memilikinya

dah berkurun orang ada debit card kan ?


saya akhirnya akur pada perkembangan semasa. saya dapatkan juga sekeping kad bernama debit card.

orang gi shopping sekarang jarang bawa cash banyak2 la kan..

saya tobat dah dgn kad kredit.hehe.orang bank call soh upgrade credit limit..huu..cek takmo.cek takmo.biaqla sikit ja credit dalam tu. 

kad kredit saya sekarang, saya cuma khaskan untuk auto billing insurans,astro dan penapis air coway.tiap bln,dari bank gaji transfer seketul masuk situ. kadang2 1/2 ketul,kadang2 1/4 ketul.hehe. disiplin tak i?hehe. susah oo nak tahan godaan bila ada kad kredit ni..kadang2 terbabas juga..:p. tapi Alhamdullillah, so far so good.ceh.poyo lak.

kenapa apply Tesco-RHB debit card?

sebab saya shopping kat Tesco 8 kali seminggu. :p. pasni duit en suami kasik,suma saya nak top up debit card.klu tak cukup,top up duit saye plak. rasenye akan memudahkan budget kewangan kiterang.memang tahu dah,duit dalam tu utk beli sayur ikan ayam susu diapers anak2 je. tak campur lain.

sungguh weh tak tipu.kadang memang rasa sehari pi dua kali. sekarang nak beli belacan sekeping pun, saya singgah Tesco sebab Tesco Kulim kalau kentut dari situ boleh dengar sampai ghumah saye...hehehhee.tipu jek.

Sejak ada Tesco baru ni, saya berlagak sikitla dengan en suami..dah tak tunggu dia balik keje baru keluar. kadang memang pergi sendiri je dgn budak2 ni..

Yang sebenarnya di Tesco itu aje yang saya berani bawa Damia dan Ali  shopping barang dapur dan barang2 lagha yang lain sebabnya dekat dengan rumah. Agak2 kalau mia ali start nak melalak,boleh saya cabut cepat2 dan drift balik rumah dengan kadar segera. Hypermarket lain jaraknya lebih dari 5km..jadi saya agak kurang berkeyakinan untuk shopping 3 beranak je..tak berani sebab budak2 ni kalau mengamuk dalam kereta mulalah mamanye nak driving tak fokus.:)

Zuda cakap saya gagah  bawa mia dan ali shopping sendirian. haha.klu oghang utagha kata 'gagah' tu maksud dia gigih aih.

mak saye pulak kalau saya bawa budak2 ni memanjang call tanye kot2 cucu cucu dia dah meroyan dalam troli Tesco tu..

Mane ade. derang baik je.^^

uish...nak bawa anak lebih dari sorang, tanpa bantuan..1 je si ibu kena tahu. anda kena cekalkan hati. tangan kena pantas juga. mane nak pegang sorang, mana nak dukung..nak capai barang masuk troli lagi..:D

kalau saya,saya akan pastikan 4 perkara ni,

1. sebaik derang dah fresh dari bangun tidur, itulah masa terbaik nak bawa jalan2.
2. isi perut derang kenyang2.
3. bawa bekalan makanan dan mainan.
4. shopping laju2 jangan jalan cam penyu.

Empat perkara ni akan pastikan saya  selamat dari memalukan diri depan orang awam..keh keh keh

Kedai runcit? Pasar? oo..itu bukan tempat sesuai untuk bersendirian dengan anak2 kecik camni..cari penyakit kalau suami tak ikut..;)


mama amik gambar sebelum berangkat ke 'Ekspedisi Menjelajah Tesco untuk Membeli Ayam Ikan'

masa shopping takde le gambor,kan kene jalan laju2 ..:p

Thursday, June 2, 2011

Pertama kali mendapat serangan maya di Facebook

Gila ah semalam,tak pasai2 menitik juga air mata saye ni bila dapat mesej cakap saya sial dan babi.

sape join saya dalam status fb saya semalam,mesti tahu cerita ni..hehe.


hangin satu badanla mak buyung ni ,berpeluh menitik2 memang rasa nak cepuk ja si penghantar mesej.


mula ingat tak mau panjang cerita, tapi alih2 makin banyak plak mesej bertalu2 siap ada siallllllllll yang panjang.


haa sudah..bior betik. sungguh2 jiwa kacau orang yang mesej saya tu.


saya buka la profile si penghantar mesej tengok mutual friend dia sapa dia.


aik,mutual friend dia sorang ja..anak jiran depan rumah mak saya lak tu?


kay reverse sikit cerita..


ini antara intipati mesej yang saya dah delete tu yang saya ingat.ayat penuh tak ingat la..tapi ini antara ayat dia yang saya tak leh lupa.


tajuk mesej: Sial


Nur Diyana zulkifli ang ni sial la.kenapa kata tok wan aku pakai kain pelekat ja?hang pakai tu elok sangat ka? dah la mai kenduri dok kutuk tok wan aku.biaq pi la dia nak pakai apa pun.dah la tumpang glamer pengantin dok amik gambaq. kalau tau ang nak kata kat tok wan aku, aku halau ang dengan keluarga ang awal2.


saya reply tanye dia, ape ni dik?tak paham


dia balas, sialll babii..buat2 tak faham pulak


nahh..kite cakap elok2,dah dapat sial lagi


lepas tu,saya dok pikir..punya pikir..baru teringat pasal kenduri di Jitra yang Tun Mahathir pi tu. saya buka balik album Tun tu,check privacy setting.
Lor,album tu saya tak setting untuk 'friends only'..patut orang yang tak ada dalam list friends saya pun boleh view.mesti budak tu dapat tengok album Tun tu melalui anak jiran saya tu.


saya cari la gambar yang budak tu maksudkan.


budak tu salah inteprete maksud saya.saya puji la tu,sbb tok wan dia orang besar pun tapi sempoi ja pakai kain pelekat.apa daa. saya pun penah tulis entry pasal kenduri tu.


dipendekkan cerita, saya calling mak di jitra. soh mak saya siasat sapa budak tu disbbkan mesti dapat cekup punye sape die memandangkan mutual friends facebook dia adalah anak jiran depan rumah mak saya.


mak i tak leh buat main..sekali dia bertindak...punggahhhh orang utagha kata. dah lepas tu,  mak budak tu call mak minta maaf sebab budak tu korang ajor.


tahu budak tu umur berapa ..?


darjah 5!


ler.....istighfar saye banyak2.membazir je air mataku.


budak kecikkkk ghupenye.caih.


bahasa kalahkan kumulak gengster filem Kongsi lagi haa.huhu


tak lama lepas mak saya call bagitau hal yang sebenar,..tiba2 dapat lagi mesej yang siallll dan babiiii nye makin panjang


kali kedua dia mesej tu,marah2kan saya lagi..cakap saya pakai orang tengah.haha.kena marah dah le tu dgn mak dia.


enuf!!!


terus saya block budak tu.makin dilayan,makin gila pulak dok maki orang sedap2 rasa.


jiwa kacau sungguhhhhh la.


menurut mak saya, budak tu dari broken famili. sebelum ni,'tok wan' yang dia 'protect' dari saya tu lah yang dok jaga..pastu mak dia amik bela.bukan tok wan btui pun..anak jiran dekat situ.


itu yg makin jiwa kacau tu..sebarang je maki orang. pasal kain pelekat tok wan plak tu.hehehe.



hoi, membazir masa dan air mata i betulla. kena maki dgn budak darjah 5 plak tu.alahai.


kalau anak murid saya tak pun anak2 menakan ka...siap. ada ku cepukkkk tak pun stapler aje mulut dia tu..takde sivik langsung.


sabor donut.


p/s: hee.sape rajin pi belek album Tun kat facebook saye.budak tu ada dalam beberapa gambar dalam album tu...sungguh tak disangka..tgk muka innocent.^^ . tak nak la letak gambar kontroversi tu kat sini...satgi kot kena maki lagi plak .haha.