LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 30, 2010

bila tukang jahit buat kenduri..

orang kata budak ni handsome. ye ke?ok.dah la tu.papa dia plak yang angguk


ali dan echanye kambing

ini baju raya kiterang.mak buat awal.belasah je la pakai gi keje pasni..haha


mama dah naik muscle dokong ampa



bersiap bagai nak rak,tp tidur sampai ke petang..

tak aci..baju mia je ada kelip2 ..mamanye baju takde.huhu


yang dirai ali dan aleesya.yang wat2 ngantuk nak tido dalam buai,mia.


echa ngan ibu dan ayahnye

aksi kegemaran

besi buaian yang transform jadi gerbang tunang

tok dad,k own,tok mi


budak baju kuning ni nama dia rahimi.mie,ang handsome la.macam putera umno..hihi

yang dirai rahimi n nisah.

Mak kata,kenduri kali ni biasa biasa aja . Mak janji memang simple btui btui..
oh,ya la tu. Saya tak percaya.
Simple di mulut mak adalah sangat meriah di mata saya.
Makaceh Tok Mi...Ali kata^^.makaceh jg tok mi.baju mia lip..lip..berkelip2..ni mia plak kata.

kepada suma customer mak, mintak mahap lagi sekali. untuk kesekian kalinya, mak kena tutup kedai sebab anak dara dia sorang lagi nak kawin hujung tahun ni..hehe


Tuesday, May 25, 2010

Kronologi tumbesaran seketul donat

Jun 2004 - 55 kg.ini berat masa tengah solo
Ogos 2007 - 72 kg.ni masa nak kawin kot
Okt 2008 - 93 kg.berat sebelum beranakkan Damia.
Nov 2008 - 77 kg.berat lepas bersalin Damia.berat ni kekal sampailah preknen Ali pulak.
Feb 2010 - 94.3 kg.ini berat sebelum bersalin Ali.
Mac 2010 - 78.4 kg.berat lepas bersalinkan Ali.

25 Mei 2010 - 68.3kg. berat hari ini.

ni kalau plot atas graf,ngeri je saya tengok.tengok macam ni je pun,saya adalah trauma..haha


saya serik.serik dah sebab bertahun tahun membela lemak.

dulu pun takdele kurus sgt.tapi kira bulih lagila pakai saiz m.

seingat saya, saya mula tak jaga makan ni,sejak kenal en suami. en suami punya salah la ni. hati gembira sangat gamaknye kan,pastu lemak pun dikumpul2 dengan 'gembira' nya jugakla.

masa dating2 dulu, bila gi makan..sayalah tukang perabih makanan dia.

masuk wayang pun, berebut popcorn ngan pepsi dia.

jadiknya bila tiba masa nak kawin kalau orang lain tu ,bulih pi try ja baju pengantin kat butik pengantin.tapi saya kena tempah khas baju pengantin.itupun tak insaf langsung walaupun masa tu memegang title MENANTU PEREMPUAN PALING SIHAT.

orang lain start preknen dengan berat permulaan lingkungan 50-55kg ja. saya start preknen dgn berat 73kg. dah la tinggi 5 kaki pun tak sampai. mau tak masa 9 bulan berat saya adalah hampir2 nak cecah 100kg.



ya.ya.saya adalah sangat serik sekarang ni.

terima kasih diucapkan kepada puan shiken kerna gara-gara contest suka suka puan shikenla,yang saya bulih jadi insaf tu.betui shiken.lepas aku join hang bulan mac ritu la,yang aku betul2 berkobar2 nak turunkan berat badan.^^

bela lemak pun bertahun tahun. jadi tak kan la nak mengharapkan berat tu turun dengan cepat..motivasi diri pun turun dan naik.makanya berat pun turun dan naiklah jugak.

Saya tekad untuk kembali seperti ini.saiz m!saiz m!saiz m!




Haha,pada yang selalu tengok aku tayang gambaq ni mesti ampa kata aku takda gambaq lain kan. haa la..memang takda gambaq lain pun nak dibuat pembakar semangat.yang ni ja tinggai..

Kepada rakan-rakan yang pernah menyaksikan kejadian donat dalam bentuk saiz m ini seperti Zuda, Atul,Yana,Rumi,Nani, Kak ina..sama-samalah korang doakan aku supaya dapat kembali seperti sediakala.aku tau ,ampa rindu donat ini..keh keh.

nota dari kaki saya: Tempoh yang saya beri untuk diri adalah sampai hujung tahun ni..;)


Monday, May 24, 2010

perbualan dengan coco

puan: u orang baru ek?

coco: tak baru sangat la..

puan: ok.

coco: puan tukar pakaian dulu ya.

after steam bath 10 minit, sesi massage bermula

puan:u jangan urut kuat sgt kat perut.i baru operate.


coco:oo,u operate ya.bagus maa.orang cina memang pilih operate untuk beranak.

puan:aik,la..awat la pulak?dah takda i u,i u dah masa ni.keh keh


coco:perempuan cina kena pandai jaga.susah oo mau jaga suami.suami cina tak penyabar mcm orang melayu. mana boleh pantang lama-lama.

puan:mana u tau..pandai je.hehe.

coco:betul maa.laki melayu jarang main perempuan.baik sama bini.orang cina boleh simpan perempuan.

puan:oo..ok.itu macam ka.betul la kot.

coco:bagusla puan.u operate..anak pun tak boleh ramai.senang jaga.cukupla tu,perempuan sorang.laki sorang.

puan:hmm,pandaila hang..hang pun tak kawin lagi.keh keh keh

coco:hehe.saya memang tak kawin lg.tapi tengok orang lain punya pengalaman..

puan:ikut masing2la juga.ada yang suka anak ramai.ada yang tak suka.coco, lain kali datang,i boleh request u tak?


coco:semua sama jugala..semua baik.

puan:tak nak.i nak request u je. u pandai urut..

haha,puan itu adalah saya.dan coco itu adalah consultant london weight saya pada hari Jumaat lepas.

Motif entry ni?

saja.takda motif. cuma saya nak tergelakkan bila coco tu sebut laki cina tak penyabar macam laki melayu. coco tu tak tau..laki melayu adalah Islam.Dan Islam kan mengajar umatnya menjadi orang yang sabar...sabar dalam segala hal..;)

Saturday, May 22, 2010

aku penah suka mawiii..wii..wii

bagus strategi marketing af kali ni. budak2 ni blum keluar tapi single album masing2 dah siap.klip vid mcm pro lak tu.takde klip vid cipskek cam siti nurhaliza dolu2.lipstik merah,rambut juntai2..haha. ya la kan,team kru yg jd belakang tabir.dah lama tak tgk af ni,last time beria2 adalah masa mawi dulu.heeee.

apa angin tiba2 tgk af malam ni.sebenarnya,dah lama tk tgk tv waktu cenggini.slalonye dah tertido dgn mia ali.cuma malam ni,macam ada masa sikit.sebab mia takde.dia ikut tok mi pi taiping.
uwaaa.mia..mama rindulah.camne ni,rindu.rindu..huhuhu.takde yg kaco mama masak td petang.mama vacum bilik td pun tkda orang kaco.siap nampak kelibat mia lak tu..isk.arini saya gila la kejap...


camne mama tak mereng arini..tingat muka budak ni.haish.berhantu tui.



hmm,saya terperasan macam skrg macam makin ramai plak blogger yang rajin jengok sini. makaceh korang.

mungkin sbb skrg ,saya rajin update blog.

bukan byk masa lapang kat skolah.tp sebab skrg dok usahakan blog sekolah.ari2 dok jadi wartawan sampingan dok report aktiviti sekolah.kdg2 tu,buat entry utk blog sekolah 10 minit ja.takpun kdg tu takda idea.last2 saya log out akaun sekolah.masuk akaun sendiri...hihihi.

jadiknya, blog sendiri lg byk update dr blog sekolah.^^

kayla,tata.nite.nak gi tepon mia la.dah tidur blum dia..huhu

Friday, May 21, 2010

Ini bukan gambar yang tak sempat upload

weh,korang.hari ni genap 28 tahun saya berada atas muka bumi Tuhan ni. campuq skali dalam perut dah 28 tahun 9 bulan.

Tak lama angka 2 tu nak tukaq jadi 3 dah. tapi apa ada pada angka kan.yg penting hati mau sentiasa muda...hohoho

Celebrate mana? kang pukui 11.30 , saya nak pi hoya hoya pi London weight.lama dah tak pi.sampai depa call,ingat aku dah mengandung plak..keh keh.

kang dah habis treatment, saya belilah sepotong kek secret recipe soh Mia tiupkan untuk saya.

Esokla saya tunggu mak abah datang.baru nak pi bawa makan Jom Pizza! dekat ngan rumah.

Anyway sebut pasai perkembangan berat badan- skrg saya dah 70kg.blum cecah kepala 6 lg.itu malas nak update2 tu.ni pun,minggu ni motivasi diri kurang sikit,mulalah aku hentam nasi jadi 70 tu pun,kang tak pasal2 naik sekilo dua .tunggu progress memberangsangkan ,bleh sarung kebarung lama ka,baru nak update lain.keh keh.kebarung ya,bukan kebaya.kang mak pakai kebaya, laki aku tak senang duduk plak dek nonnn...kuhik.kuhik.kuhik.


i like this pic beri2 much.sbb saya nampak kuu..uihh dalam baju kurung.haha



Gambaq abg2 JPA kat atas tu,bukan gambaq kejadian hari Rabu ritu yang tak sempat saya upload. Ni semua gambar semalam. Ulaq tu sepasang maa. Ni saya ketaq lutut lagi haa sebab saya yang terserempak ulaq yg kedua ni masa nak tidurkan Mia. Haa..saya memang melompat la kan,trus lari pi umah kakak depan umah...huhu

Ok,dah satu rumah penuh belerang..habis badan2 pun dok mcm bau belerang lagi..

Saya adalah trauma. nampak wayar pun,saya ngat ulaq...uwaa.

Nota dari kaki saya: ular selalunya berpasangan. kalau umah korang penah dimasuki ular, hati2lah untuk kali kedua sebab pasangannya akan datang cari pasangan dia yang dah ditangkap/hilang tu..huhu. Lagi satu,saya sungguh terharu sbnrnye dgn komitmen yang diberi pegawai2 Jabatan Pertahanan Awam. dieorang tak perlekeh pun bila kita minta bantuan walaupun kena datang jauh2 semata-mata nak bantu orang penakut ular macam saya ni...makaceh JPA!salute korang!

Wednesday, May 19, 2010

Pertama kali mendail 999

rumah terbakar panggil bomba..
bomba datang berlumba-lumba..

lagu feberet selain lagu police centri one two jaga. saya adalah dalam mood ingin menyanyikan lagu itula juga lepas adik saya call bgtau yang ada ulaq melingkaq atas aircond kat bilik saya.

Syukran sebab ada adik saya. Kiranya saya sorang masa perasan ular tu, saya adalah akan panik melompat dan mungkin akan cempung mia ngan ali lari pecut 100 meter pegi umah jiran depan.

3 minit ja ,saya dah terpacak depan rumah..tapi still kepala otak rasa blur.tak masuk pun lagi rumah,tengok adik saya.dan juga tengok ular tu.dalam kepala terpikir nak call bomba ja.tapi adalah rasa malu sebab dari penceritaan adik masa call tadi.ular tu warna hijau.ular daunla tu kot kan.

Saya call suami. saya jerit panggil akak jiran depan. dan call suami pengasuh mia ali. Tapi kaki belum jejak masuk lagi.

Adik saya,si tehah bukak pintu lepas dengar keter saya sampai. Saya dah meremang bulu tengkuk.padahal ularnya saya tak tengok lagi.eiii.gelilah.itu baru imagine je tu.blum tgk lagi.

saya jengket2 kaki masuk rumah.macamla ular tu tak perasan klu saya jalan jengket2 tu.wei. ulaq tu ngah panggung kepala baik punya atas birai langsir.budut tul. meremang sikit2,trus mencanak naik bulu tengkuk.

Saya adalah sangat panik macam apa lagi. nasib ada kak sue depan rumah tu.dan juga en fadil suami kak pah. en suami blum sampai.depa duala yang tolong ridsectkan ular tu.tapi ular tu masuk menyelinap belakang aircond.huhu.trus hilang tak nampak dr pandangan.

dekat 15 mnt depa dua berhempas pulas tojoh2 dan ketuk2 aircond tu suruh ular keluar.tapi takberhasil.

dan akhirnya, 999 jadi pilihan.

soalan saya tanpa salam pada operator 999.

saya:hmm, bulihh dak kalau saya nak minta bomba mai umah saya?ada ulaq masuk dalam aircond..ok,angpa gelaklah.soalan saya macam pa lagi.

operator:hmm,ok.apa tadi haiwan yang puan sebut tu?

saya:ulaq.

operator:err..hmm.

saya:ulaq.

operator:ok...[ya saya dapat tangkap yg sebenarnya operator tu tak sure apa bende yang saya sebut.

saya:ULAR ,dik.

operator:ooo...haaa...ular.ok2.sila bagi details alamat.saya akan hubungi jbtn pertahanan awam dengan segera

Dalam hati saya:sori mori.lidah ni byk makan kari ikan,jadi tak reti sebut Ularrr...keh keh.

Orang Jpa adalah lambat sampai.depa sesat carik rumah saya. sepanjang tunggu depa tu, kami tak buat apa2.cuma tutup lubang keluar air aircond tu.dan juga stand by tengok kalau ular tu jenguk kepala lagi.tapi rasanya dia dah pening kena spray dengan ridsect satu botol tadi.

Dan inilah heroes of the day.



Dak.dak.yg baju kurung oren tu buka hero.itu orang yg panic tahapapa tadi.kunun beranila dok dpn camtu




Nak tangkap gambaq ulaq ka?haa,amik.amik..kami panggil ulaq ni,ulaq senyummm.orang kenai ulaq sawa burung.tak bahaya pun.adik jpa ni kata.

Hmm,kalau dah nama pun ulaq,kecik mana pun..saya adalah geli..eeeii.

kamus bahasa kedah

***************

cempung=dukung dalam kedua2 tangan rapat ke dada

Nota dari kaki saya: Ok.malam ini saya akan tiduq macam ikan.lelap tapi mata terbuka sambil pandang aircond.

Tuesday, May 18, 2010

Hadiah paling popular yang saya dapat

Taraaaaaa



Dulu bila Hari Guru, saya selalu bagi cikgu-cikgu kad ucapan,tak pun bunga ros. keh keh keh.itu yang ko op sekolah jual pun. kekadang ko op jual pakej coklat+epal. Itu masa sekolah menengah la. Kadang-kadang klu sengkek sangat, saya tibai kasik pensel tak pun pen merah. Uish,pen bukan sebarang pen, itulah 'intan payung' cikgu cikgu. takde tu, tak jalan kerja.

Ya.ya.what u give ,u get back la. Tahun ni,agak kurangla pen dan pensel yang saya dapat. sebab utama-saya bukan cikgu kelas. Tapi tetap banyak jugalah,boleh buat stok 2 bulan. Tahun lepas,sampai dekat 5 batang pen merah macam2 rupa ada.haha.

Selain dari pen dan pensel, hadiah yang kedua popular yang anak2 bagi adalah frame gambar. Ada kecik,besar,melonjong . nantila cikgu diyana cuci gambar byk2 boh dlm frame korang kasik tu.

Hmm,sebut pasal hadiah2 yang anak murid kasik ni, kadang2 buat saya senyum sorang2. Antara yang kreatif yg paling saya ingat sepjg 3 tahun saya jadi cikgu ni[ceh,macam lama sangat jadi cikgu..hihi] adalah kotak yang diletak riben cantik. dalam tu ada twisties 30 sen dgn layer cake Apollo.

Saya memang selalu pesan pada anak2 ni,janganla desak mak ayah belikan cikgu hadiah. Bukan wajib pun. Tapi dah nama pun budak2,lagipun bila tengok kawan2 bagi hadiah macam2,dia pun tak nak ketinggalan. Itu yang hadiah comel2 belaka haa.

Brooch berkelip2 tak yah ceritala kan. Memang banyak. Saya ni dah la memang jenis tak banyak pin2 atau brooch nak sepit kat tudung. Kira belasah guna je apa yang budak2 ni kasik...haha.
Hai anak2,bukan hadiah material yang cikgu harapkan. Tapi kejayaan korang la hadiah paling berharga untuk cikgu. See..see..saya dah ulang semula ayat2 cikgu cikgu pada kita masa belajar dulu.


Ok,dan kat bawah hadiah paling berharga sempena Hari Guru 2010 yang bertemakan Guru pembina negara bangsa....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sapa baca Kosmo hari ini tahu ni gambar apa.

Nota dari kaki saya: Jangan marah ustazah ni. Dia tak tahu cinta itu rabun. Lagi tinggi ilmu seseorang ,lagi mencabar dugaan yang diterima dan lagi besarlah pangkat iblis yang ikut orang itu. Setuju??... Ok.ok.semua.turun tangan. Muhasabahkan diri kita sendiri....

Setiap kali lepas bersalin,kenapa kita akan rasa serik ye?

Masih dalam mood entry sebelum ni. Jadi saya nak continue sikit kisah saya masa nak beranakkan Damia dan Ali.


Pada yang kenal saya, selalu kata saya ni mudah beranak sebab bumper besau. Ok,itu tak menjamin apa apapun senang ke susah nak beranak. Yang sebetulnya, tulang temulang kat bahagian peranakan tu.Kalau bumper besau pun tapi serviks kecik. Anda adalah senasib saya. Sedialah ribu2 lebih sikit kalau nak gi private.:D. En suami dapat bil dari wad RM117 sahaja.kos pembedahan Rm100+kos makmal RM17. Bayar guna guarantee letter dari sekolah saya. maka total = FOC.


Masa nak lahirkan Damia, on due date disebabkan saya belum ada tanda-tanda nak bersalin. Jadik,saya ajak mak pegi hospital untuk buat pemeriksaan. Elok aja,nurse check bukaan..terus datang contraction. Saya tatau le saya ni psiko ke hape,saya mudah panik bila bab2 doktor,nurse nak check2 badan ni..pastu mulala rasa stress+kejang..dan dalam kes nak bersalin ni,tak pasal2 rasa contraction..haha.


Kena admit wad,pukul 5 ptg. Air ketuban pecah pukul 10 malam. saya memang perasan air ketuban yang pecah time lepas saya mandi tu,adalah warna hijau. hati mula dah tak sedap hati.

Sekali lagi nurse checkk bukaan ,dah 5 cm..pastu trus nurse kat wad tu tolak saya ke labour room laju2. Gila la laju,saya cuma nampak lampu hospital kelip2 atas kepala. Jauh ok dari wad perempuan tu nak ke labour room.dari wing utara sampai ke wing selatan. Hospital kerajaan.boleh kan korang imagine besaq dan komplikatednye design bangunan depa.


Nurse tolak laju2 sebab depa ingat saya nak beranak dah. Hmm, tak pun. Since dari pecah ketuban tu, saya rasa sakit yang amat sangat. Setiap kali contraction datang, saya genggam lengan nurse yang teman saya dalam labour room tu sampai dia mengaduh2 sakit....haha. Memang terasa sangat macam ada menda macam nak terkeluar. tapi tak boleh2 sebabnya bukaan setakat 7 cm saja. En suami dan famili kat tmpt menunggu sampai dah tertidur2 sebab dah nak pukul 5 pagi.means saya bertahan sakit tu,dalam 7 jam.ntahla,saya rasa macam dah berhari2 masa tu...huhu


At last, doctor yg in caj saya masa tu, panggil suma doc kat labour room tu meeting depan saya la jugak dan buat keputusan yg saya kena operate. Dan saya adalah sempat menyampuk perbincangan dieorang dengan satu jeritan..'cepatlah bedah...tak tahan sangat niii!!'.Dah tak pasal2, doktor pun kena marah.


Masa kat bilik bedah, cemas juga sebenarnya. Saya tengok semua orang bizi macam dalam cerita ER.huhu. Sorang doc pakar buat keputusan untuk bius saya seluruh badan disbbkan ubat bius yang dieorg suntik mula2 tak bg kesan pada saya..Maksudnya saya tak akan sedar langsung. Sebelum dieorg bius tu, saya mengucap siap2..ntahla masa tu rasa 50-50 je nak buka mata balik...huhu.


Begitulah jugak pengalaman saya masa nak bersalinkan Ali. Masa Ali pun, saya contraction lama sungguh tapi bukaan lambat juga. Sehari semalam ,saya menahan sakit macam ada yang nak terkeluar dah masa tu. tapi tak boleh2.


Dua kali staff nurse tolong luaskan bukaan.haa..korang pikirla dia buat macamana. azab ok. And kali kedua masa dalam labour room,ada bleeding. Maka sesi meeting di depan saya pun berlaku sekali lagi. Untuk kali ni,bukan saya yang jerit.tapi en suami yang jerit..'cepatlah bedah..memang dah tak boleh ni bersalin normal!!'.



Saya tidak dibius sepenuh badan. half saja. Terima kasih pada Dr. Munirah,pakar bius masa tu sebab dialah yang banyak comfortkan saya sepanjang pembedahan tu. Dr. tu siap ceritakan details apa yang tengah team dia buat pada saya masa tu. Kepala Ali dah masuk saluran untuk keluar normal ,jadiknya dieorg terpaksa tolakkan kepala dia ke atas semula supaya dapat dikeluarkan ikut perut.boleh imagine macamana? Jangan imagine, memang scary je dari penceritaan Dr tu.huhu


Ok,Diyana..baby dah nak keluar..saya sempat lagi paling tengok jam kat sebelah. 7.06 pg,uwaaaa..kuat siut anak jantan i sorang ni jerit. keh keh.

Dan,kawan-kawan saya cuma punya satu lagi peluang untuk tambahkan adik pada Mia dan Ali. Memangla ada yang kata,boleh sampai 4 orang kalau operate semua pun. Tapi sebenarnya tak. Memang 3 sahaja yang dibenarkan doktor. Yang ke 4 tu kalau degil takmo amik apa2 ubat merancang jadi patient kena tanggung risiko sendiri. 50-50 dan risiko utama adalah rahim pecah dan kematian...

Perasaan saya sekarang ini: Saya dah rasa cukup dengan 2 orang anak. Bila saya bagitau en suami,dia diamkan saja. Saya serik ke ye?ntahla...

Monday, May 17, 2010

Saya tak suka budak kecik sebenarnya

Entry ni saya tujukan pada seorang sahabat. Sahabat, sedia atau pun tidak kita dalam menempuh sesuatu perkara yang baru dalam hidup adalah terletak pada hati.Bersedia atau tidak, itu pilihan hati. Wang ringgit bukan perkara pokok. Yakinlah pada hati, betulkan niat. Insya Allah, laluan akan ditunjuk..:)
Yerp. betul.itu adalah hakikatnya. Saya memang tak suka budak budak.

Tapi, masa bujang dululah. Saya sememangnya bukan seorang penggemar kanak-kanak. En suami pun sama.

Pada saya budak-budak kecik ni menyusahkan.Bising. Leceh.Merumitkan.

Kalau masa tengah jalan-jalan, kalau ada member yang menyapa mana budak2 atau baby , saya cuma tengok dari jauh. tak teringin pun nak gi dekat apatah lagi nak angkat. pandang dengan pandangan kosong je.takda yang menarik pada budak-budak ni.

Ada yang masih ingat,entry saya tentang usaha membuntingkan diri ?ahaha.

Honestly, niat masa tu adalah cuma untuk membuktikan yang saya boleh mengandung.

Saya takut orang kata saya mandul.

Sepanjang saya preknenkan Damia, mungkin disebabkan dengan niat yang tak berapa nak betul tu, jadik saya rasa preknen itu adalah sangat menyusahkan.

Saya suka nangis. Saya suka bebai dengan en suami. Saya rasa dia abaikan saya. Saya rasa dalam perut saya tu beban. Jadik ada saja perkara yang menyakitkan kepala dan hati jadi. itu tak kena.ini tak kena. tapi saya tak buat bukan-bukanlah. Saya selesaikan masalah jiwa kacau ni di tikar sejadah.Ok la kejap kot. pastu syaiitann mai la balik kan.

Tambah plak, saya sakit lama nak bersalin.. Operate plak tu. Full bius. Langsung tak tahu macamana rasanya apabila pertama kali mendengar suara tangisan pertama anak yang keluar dari perut.

Lepas sedar, pertama kali tengok Damia dalam keadaan sakit tu, perasaan saya masih kosong. hari kedua di hospital,nurse dah letak anak bersama. kena handle sendirik plak tu. Stress bertambah dalam diam. Series, 3 hari pertama uruskan anak sorang2 tu saya sangat tertekan. itu yang setengah orang boleh kena angin meroyan kan..sebab2 macam ni la..jiwa kacau , kemurungan lepas bersalin.

Sepanjang berpantang, saya tak pandai susukan Mia. melecet. sakit. mula terpikir tak mo susukan anak. Ok, Allah makbulkan. cukup 6 bulan, susu berhenti. 'tahniah' untuk saya.

tapi bila hari ke hari ,tengok Mia membesar. Hati saya mula rasa lain. Sekilas saja, Allah kalihkan hati saya.
Jadik, sepanjang mengandungkan Ali walaupun lagi macam2 risiko preknen saya kena tanggung tapi saya happy,langsung tak terasa terbeban. masa Ali saya kena diebetic preknen, tekanan darah rendah, nak beranak kena high pressure plak. suma balun sekali. walaupun masa driving,perut sampai sendal stereng tapi saya masih boleh gelak ku kik ku kik..^^
Ini adalah kerana hati saya telah bersedia...

Mia Ali buah hati mama dan papa..

Anda berdua adalah harta kami yang tak ternilai dunia dan akhirat..
... .... ....
... ... ....
ok,dah. Aku dah tak bleh menaip. nak nangis la plak...

Sunday, May 16, 2010

Cikgu ibarat Pakej Astro


Apa lagi masa ni, nyanyi lagu popular la..kami guru malaysia...:)





cameraman of the day.ngambik gambar orang je,gambar sendirik susah nak tangkap.kene curi2 pose.hehe


Akak-akak kecayangan..keh keh

Gambar terakhir sebelum bateri camera mati...huhu

Cikgu bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU..
Cikgu juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU..
Cikgu juga adalah TV9 DEKAT DI HATI..
dan yang paling penting penting,
Cikgu juga bagaikan PAKEJ ASTRO..
kerana

Macam-macam Ada...(";)
macam-macam boleh...

SELAMAT HARI GURU , cikgu...

kenapa mudah melabelkan orang itu munafik,dan bukan diri sendiri?

Lepas balik sekolah tadi, sambil tgk fb kekawan, saya terjumpa ini di page sorang kawan.

klik untuk lebih jelas

Persoalan di dalam kepala saya -donate ke donat?dunkin donut bulih la saya kasik..huhu

dan juga ini...


*
*
*
*
*
*
*
(panjang sebenarnye sesi berbalas2 kata ni,saya malas nak copy paste suma. tapi yang last tu, hujahnya saya rasa boleh diterima akal..)

Walaupun tidak sependapat,dengan kawan itu,namun saya bukanlah naif sangat untuk mengaibkan beliau. terima kasih Salmi Ghazali kerana saya suka hujah anda yang terakhir.

Saya tidak pandai berkata - kata. Takut untuk berkata-kata.bimbang kata-kata akan memakan diri...

Friday, May 14, 2010

Pesanan mak saya kepada menantu2nya

Mia ali jalan2 shopping dengan mama hari ini tinggal papa yang kene keje..hehe. Ok,saya sukses bawa anak jalan2 tanpa en suami. tapi fail jugakla,sesat merata.keh keh. apapun,nasib ada bawa adik saya tolong pedo budak dua orang ni masa saya tengah driving.tanpa en suami,JJ yang setengah jam telah jadik 3 jam jauhnya..kejap2 bhenti,kejap2 bhenti sebab ali nak nenen.mia plak ngamuk..hmm.jalan2 cari pasal namanye ni.
Mia nak ajak ali naik keter die


last last,pankek tu masuk mulut mama la jugak


ops,papa.mama dah abiskan suma.ahad papa plak cuti, papa bawa mia plak..lol

Sebelum saya kawin, mak saya ada berpesan pada suami saya. Tak kira apa jadi, mak tak nak anaknya [saya la tu] berhenti kerja.

Bila adik perempuan kedua saya pulak kawin, pesanan yang sama juga mak bagitau adik ipar saya.

Dan bila adik yang ketiga nak kawin hujung tahun ni, pesanan itu jugalah yang saya
dengar mak saya suarakan pada bakal suami adik saya.

Itu pada menantu2. dan pada kami anak2 perempuannya, lagila tegas nada pesanan dari mulut mak.uhuk uhuk.

Baik ,mak.

Ok,sekarang saya dah faham kenapa mak saya pesan camtu.
kamus bahasa kedah
**********************
pedo=kepung / kawal dalam satu kawasan

Saya bukanlah pengguna tegar CD

Kak Mia: Ali, kasik mama mandikan kak mia dululah..ali kemudian tau.

Ali: tak kira. tak kira. Ali dulu..nampak ni baju suma mama dah tanggal

Kak Mia:alah,itu pun nak berkira..takpe.takpe.ada ubi ada batas..



selingan je gambar kat atas tu.^^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya bukanlah pengguna tegar CD. setakat hari ni saya cuma ada 15 keping CD jek.

Sepanjang masa berada di rumah, CD adalah pilihan utama saya. Melainkan sesekali datang angin malas, tak pun semua CD tengah tersidai kat ampaian..jadiknya DD menjadi pilihan.

Apa yang nak saya kongsikan di sini,cuma..

pada pandangan saya, sememang penjimatan RM agak ketaralah bila amalkan pemakaian CD pada anak2. tambah lagi macam saya ni,klu diikutkan kira2 dalam sebulan tu patutnya berbungkus2 pek DD nak kena beli untuk bekalan anak2. tapi sekarang,satu pek DD pun lambat sangat nak habis.


sekarang dah murah jugak saya tengok harga di pasaran. boleh dapat sekeping dalam RM30.tak pun 30 plus sikit2. tapi pada yang pentingkan brand dan kualiti, lagilah banyak pilihan. Ada yang sampai cecah seketul CD tu,RM60.hmm. tapi tak kisah la kan, ikut kemampuan masing2.

kepada parents yang dalam usaha untuk mencuba menggunakan CD pada anak2, pada pendapat saya belilah dulu barang seketul dua. test dulu pada anak. kalau rasa ok, siapkan modal dalam RM300 ++ .dah bleh dapat 10 CD.cukupla tu untuk sorang anak.

Lagi satu kebaikan CD ni, ia akan membuatkan kita rajin nak salinkan anak bila CD dah penuh. takdele lama sangat kita perap kencing anak tu dalam diapers.ruam pun tak de. kulit anak pun tak melecet.sangat sesuai la untuk anak kulit sensitif macam anak2 saya ni..huhu

Saya cuma ada 15 je pun tapi cukuplah untuk mia & ali pakai selang seli. kejap ali pakai oren,mia pakai biru. kejap mia pakai merah, ali plak mama sarung je yang pink..keh keh.*bukan orang nampak pun, dok dalam seluar.heh


Pn Dida,

*ni pun hang kena masukkan dalam list barangan baby . zaid rajin kan tolong,nnti minta dia tolong basuh CD busuk2 tuh..hehe



Ahli sumo perut muncit .6kg vs 11 kg.*tangan mama adalah mahu terkehel angkat ampa dua..heh

Thursday, May 13, 2010

anak bujang merah jambu saya

Baju merah kak mia, tilam,bantal peluk semua kak mia nye


Towel pun kak mianye.ali pinjam

Bakul ini pun,kak mia nye.
Tapi mama ali tak kejam sangat la..takdele dia sarungkan semua baju kak mia yang warna pink2 kat ali.
Gaun,blaus,jeans kak mia suma mama simpan kalau2 adik yang keluar pasni pompuan pulak.
Cuma mana2 barang kak mia yang agak2 tak berapa pelik ali pakai,mama tibai jek kasik ali.
Yang penting, tak membazir..kan papa?
p/s: hmm, antara anak perempuan dan anak lelaki..pada saya, anak lelaki agak mudah nak di handle [anak pompuan,kena teliti sikit apetah lagi bila pas dia poo poo atau pas mandi].. cuma anak lelaki lagi kuat menyusu. nampak kecik,tapi hmm..bila timbang,berat.berat tulang kot kan.
persamaan mia and ali -> mama tetap kena guna baby oil kasik lembab rambut tu.klu tak letak,rambut budak dua ni akan kejung dan nampak tak bermaya.eceh.^^

Eksperimen menguji ketahanan diri yang gagal

Saya bereksperimen dengan anak2 hari ini.saya mc sebab awal pagi tadi,mia macam nak demam. Jadi saya pun meng mc kan diri.demam manja je pun lepas kene injection semalam.

Eksperimenkan diri tengok selama mana nak tahan dengan haba dan bahang ,berkuap segala bagai dalam rumah ni.

tik tok..saya tengok jam baru pukul 11 pagi..maintain lagi,bleh lepak2 tgk tv dgn mia ali

tik tok..tik tok..saya pandang jam.dah 12.30tgh hari.oo.patutla.mia dah pusing2 satu rumah sambil garu2 leher,badan suma..

tik tok..tik tok..tik tok..saya tengok jam lagi.pukul 2.30 ptg. ali dah bunyik2.rambut dia pun dah naik bau,lencun dek peluh

tik tok..tik tok..tik tok..tik tok..tik tok...

Tettt..kami gagal.

Tepat jam 4.00 petang,saya surrender. On kan jugak aircond akhirnya.huhu. Lencun busuk masam dah kami tiga beranak berendam ngan peluh.uwaaa..

Keadaan semasa: Kedah adalah tersangat panas sekarang ni. Tempat korang macam sini jugak ke?

p/s: en suami, sama2lah kita membayar bil elektrik yang skali pandang macam bil elektrik kat opis tu...huhu

Wednesday, May 12, 2010

Dapatkan Blackberry dari harga serendah RM4.90

Hmm,ha ah.series tak tipu.memang harganya Rm4.90 aje.siap disertakan dgn 2 bijik bateri lagi haa. Saya baru beli satu bijik tadi petang.kat kedai mesra petronas tmn bersatu,Kulim.lol.



Ini adalah pembelian henset mainan yang ntah ke berapa kali..semuanya Mia tak mau main sangat sebab dia tahu itu cuma mainan.


Harapanku musnah. Last2,henset mama jugak jadi pilihan. Mia tengah tekun tekan2 henset mamanye..Tak lama lepas tu,kena baling ke lantai la tu bila Mia dah boring. sian kan henset tu...hmm.

Wanita jugak yang jadi punca lelaki boros

artikel from http://myadha.blogspot.com/

Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya kasihankan lelaki sebenarnya. sebab pada saya,masalah seperti di atas..esp utk orang yang berkahwin, banyak dipengaruhi oleh isteri.

Bila nak kawin,orang lain panggil 3-4 ribu jemputan,khemah sampai 10-15 buah..mak mertua pak mertua mintakla sampai 15 ribu duit hantaran.blom masuk duit sewa baju, hantaran berdendai2..sapa yang terpaksa sampai pinjam along? Lelaki .padahal slip gaji bulan pertama pun ,tak dapat lagi. Siann...

tengok orang kereta besar,yang si bini ngendeng2 jugak nak keta besaq..sapa nak kena beli?Suami jugak.

tengok sofa orang cantik, si bini cuit2 sang suami nak sofa cantik..sapa yang mengalah?suami.

Tengok orang beli rumah besaq2, si bini pujuk suami nak juga rumah yang besaq..sapa yang pi bank buat loan?suami jugak..

Bila sampai masa nak bayaq?suamilah jugak kan.

Saya penah terbaca di satu blog, yang kawan suaminya sanggup berhutang dengan suami penulis blog tu sebab bini nak bersalin di private hospital. Malu katanya sebab isteri tak biasa bersalin hospital kerajaan padahal dalam masa yang sama takde duit.[?].Isk.sungguh saya tak paham.

Mari sama sama kita ukur baju di badan sendiri eh.kasihankan suami kita..melainkanlah suami kita tu gaji sekepuk tak habis2..takpa.anda layak.

Kalau kita tengok orang lain bergaya sakan,tak semestinya kita pun kena ikut gaya hidup macam tu..huhu

Saya baru je marah adik saya ritu sebab pinjamkan duit saving dia pada kawan dia yang takde duit nak bayar fee semester. Dah tau kawin,belajaq lagi pulak tu..pandai2lah berjimat cermat dik oi. Awat ang pi beli kelengkapan rumah bagai..separuh duit gaji laki ang bayaq hutang perabot tu ja. preknen plak tu..sian suami.sian anak dalam perut tu..

Monday, May 10, 2010

ibu tumpang bahagia rozita&ayu raudah bertemu jodoh

Saje je kan pose ngan mak korang camni.bikin panas.keh keh. apepun i like ur bulu mata very much,kak rozita oii..:)

dak.dak.tajuk entry takda kaitan dengan gambar2 kat bawah.^^

adaku cubit pipi mia ni pas saya snap gambar ni..gile slumber wat muka cekodok je sambil pegang pintu..mia..mia