LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 30, 2010

harapan merdeka dari saya

ucapan ringkas saya sempena HAri Kebangsaan esok hari.



kalau boleh nak Malaysia macam 7 tahun yang lepas.
kalau boleh nak orang kat atas ni kembali..
kalau boleh nak bersemangat macam dulu2


sekarang ini secara jujurnya, semangat saya.adalah takat skala 5 ke bawah.
rasa mendatar di dalam hati
tak tahula kenapa
dulu mungkin saya pernah berWARNA. sapa yang kenal saya, sangat tahu dengan warna saya itu.
tapi tidak hari ini. hari ini,saya tidak berwarna apa2.baik biru, atau hijau..atau merah.atau warna bijik remia..haha.sapa tatau warna biji remia warna apa?angkat tangan.


Kembalilah semangat. semangat telah hilang. hanya disebabkan kepercayaan yang pudar dari hari ke hari.


Saya tidak mempercayai sesiapa lagi sekarang...


semuanya saya nampak serupa.


selfish.propaganda.gilak.gilak kuasa.


apapun, saya sayangkan Malaysia.


SELAMAT HARI KEBANGSAAN!


Merdeka!Merdeka!Merdeka! merdekalah semua hati dari perasaan kotor..amin

warna biji remia= ungu

Saturday, August 28, 2010

London Weight Management

Lama kan saya tak update tentang treatment saya di London?hah.nak update mendenye.saya ngelat.lama tak pegi.bizi.dan tak berkesempatan.huhu.itu ajala alasan saya setiap kali amoi Rainee ,consultant untuk saya tu call.

Berat terakhir yang saya rekodkan dan khabarkan pada kalian semua..kalau tak salah saya.68 kg.itu timbangan 2 bulan yang lepas. apa jadik sepanjang 2 bulan ni?telah beberapa kali berat rebounce.dan dalam 2 bulan ni,penah naik balik sampai 73kg!mencik btuilah.

Balik Jitra ja,naikla balik 3-4 kg.nak turun punya hazab.sekali nak naik,cepat aja haa.huhu

Lagipun, Ali menyusu. jadik saya tidak suka2 hati terlalu ekstrem berdiet2ing ni. dalam meal plan London tu,ada tulis jangan makan nasi ke mee ke masa dinner. tapi saya ngelat je. makan jugak.4-5 suap.hmm.

Dan semalam,setelah berbulan tak pegi LWM..saya jejakkan kaki jugak ke sana.

Mak haih.sangatlah....sedapnya rasa di bulan2 puasa ni..dengan badan yang cramp sana sini..ada plak orang urut2kan,regang2kan urat saraf...huhuhu..dah last2 saya tertidur masa Rainee massage.haha.

And sebelum habis sesi.macam biasa,naik timbangan.

65.1kg.ye ke neh?ni berat masa tahun 2 kat utm dulu..haha.gila lama tak tengok angka 65 tu.okla tu.

Jangan rebounce lagi udehh.turun lagi takpa.

dari treatment 1 hingga yang semalam.total berat yang telah dikurangkan adalah 13 kg.[before:78kg.now:65kg] kalau orang lain,dah slim solid la tu kalau hilang banyak tu. saya belum la.perjuangan belum selesai. ada lagi 15 kilo nak kena kikis ..haha.

letak gambar selipar aja ok.mana sempat snap gambar.kan saya tidur masa treatment..hehe

Panduan pada yang nak dapatkan rawatan di pusat pelangsingan.

1. jangan skip jadual makan.
2.minum air byk.
3.sebolehnya ikut meal plan yang diberi.nak ngelat pun takpa..tapi sesekali ajala.*macam saya,saya tak ikut pun.kesian Ali kalau saya diet. cuma saya kurangkan kuantiti nasi dlm pinggan.
4.jangan anggap treatment akan cepatkan proses penurunan berat badan 100%. treatment itu cuma membantu anda. apapun,diri sendiri kena disiplin dari segi penjagaan makanan di rumah..
5.ramai kata, slimming centre tak berkesan.for me.tak. LWM sangat membantu saya ;)

ya.ya.ada yang cakap kenapa tak joging ke,aerobik ke,beli treadmill ke?
jawapan saya.malas.
boley jawab macam tu?haha.

joging jugak haa.joging kejar mia ali..:P

Friday, August 27, 2010

Menunggu lelaki yang sempurna

Mak ngah,ana copy pic ni..;)


Menunggu lelaki yang sempurna.bak kata cik tengkorak.


Apa yang dapat saya tafsirkan melalui gambar di atas..adalah


mana ada lelaki yang sempurna...huhu. sebab itulah cik manis di atas dah jadik tengkorak.

lama nau tunggu lelaki yang dihajati,sampai tinggal rangka.


Dan mari kawan2. saya nak flash back kisah zaman cintun saya .again?dak.dak.bukan pasal wallet lagi.

tapi kisah lagi 2 minggu nak kawin.


Biasala.sapa tak penah bergadoh dengan boipren .baik kejap,gadoh.merajuk..haha.itu suma memang fasa2 yang harus dilalui. sekarang dah beranak pinak pun,kadang2 membara juga kan..hehe.

Dalam fasa hati berbunga-baik-gaduh-baik-gaduh- tu, tak sangka..tengok2 dah lama kiterang kawan.dan at last buat keputusan untuk berkahwin.

 
Saya ingat lagi,masa tu..ada lagi dalam 2 minggu nak kawin. saya dan en ateng gaduh besar. and again.masa tu,kat tepi pantai.dari jauh saya nampak kapal2 antara butterworth ngan pulau pinang tu...nampak kecik besar kecik besar je..ahaha.gaduh la kata kan.itu yang sampai nampak kapal tu cenggitu.

Tengah berperang mulut tu..and at last, en ateng mengalah. dan cakap.ok fine. dan dia tanya saya.

Saya nak dia jadi lelaki yang macamana?

amik kau!Lidah saya kelu dan kepala ni ligat berfikir. lelaki yang macamana...ya? Dan saya pun takda jawapan untuk soalan tu..

Dan makanya, mata ku berkaca2 mengenangkan segala pengorbanan yang en ateng lakukan sepanjang berkawan dengan dia. En ateng sorang ja yang tahan dengan perangai saya. dan cuma dia satu2nya lelaki yang ikhlas ajak saya kawin. demand lebih2 donat..kang rugik. Saya nak apa lagi kan?Ntah.sendirik takda jawapan.

Mungkin terlalu tinggi mengharapkan en ateng menjadi seperti lelaki2 dalam filem. koman2 pun,romantik macam shah rukh khan ke. mana boleh kan. muka pun dah macam jet li.mana nak boleh paksa jadi macam shah rukh khan.

Pada saya, bila saya terlalu mencari apa yang tidak ada pada diri en ateng..makanya, saya akan merasakan dia tidak sempurna.

dan saya lupa sebenarnya. diri ini tidaklah sempurna mana..

actually, saya perlukan dia untuk sempurnakan diri ini.

Dan saat ini, saya sangat pasti dia sangat sempurna di hati saya.Hari ini dan selamanya.:)

weh.laki aku dok main game kat bilik belakang.bini dok feeling sorang2 kat depan tv.takpa kang dia buka baca la ni..aha.

Daa.nak titun dulu..join mia n ali yang telah selamat berlayar...

Nite!

Thursday, August 26, 2010

tidak sengaja atau disengajakan?

update:saya delete vid itu di sini. terasa macam kesian la plak sebab sangatlah jelas muka budak2 dalam tu.  perbuatan mereka mungkin sukar untuk diterima.tapi sebolehnya, pada yang kenal mereka..gi tegur cara baik. Agaknya depa nak bergurau sesama sendirik. tapi tak kena cara,tak kena gaya. lain kali nak dikir barat ke,mak yong ke hape..carik lagu hindustan la dey...huhu.
....................................................................................................

korang.tolong.tolong tengok vid ini. dan bagi pendapat korang.
saya ingin bersangka baik. saya rasa budak2 ni,mungkin saja nak cari alternatif sampaikan zikrullah dengan cara mereka sendirik[?].cuma hmm..kurang sesuai?


betulkah macam yang saya anggap ni?huhu

Wednesday, August 25, 2010

Jadikla 500 pun

tenkiula kan pada big bos besar sebab kasik duit raya 500.jadikla tu.ikutkan suspen jugak sebab hari raya tahun ni kan seblum 15hb.dan itu bermakna,gaji september tak akan masuk awal seperti sebelum2 ni.kalau masuk awal tu,bolehla nak merancang dengan berhemah sikit perbelanjaan di hari raya.nak2 plak raya ni,balik sabah..kenala top up en suami sikit.

500 di zaman barang semua mencekik darah ni.sekali tekan kat atm mesin tu.zas trus habis bayar macam2..huhu. Nilai duit semakin mengecil dari hari ke hari..rasa macam takut nak membayangkan ekonomi 10 tahun akan datang.hmm

Dulu sangat bercita2 untuk mempunyai anak yang ramai2...ramai lagi berlemon2 pun takpa.rasa orang lain boleh 10,kenapa tidak saya?wah.wah.



tapi..sekarang disebabkan berpijak di bumi yang nyata ditambah lagi dengan ketidakmampuan diri untuk beranak banyak2. kuota anak pun ada 1 ja lagi.*sedihnya mengenangkan ketidakmampuan yang ini...huhu. tak pun,kalau berani..bley try 2 orang lagi.impian anak ramai2  tu telan sendirik saja.

Ada la kot bulan lepas borak2 dengan en suami. sorang lagi bley sebelum umur 30?saya tanya dia. terjegil bijik mata dia...aha. soalan saya disambut dengan jawapan ,nantilah dulu.keh keh. yang dok ada pun,tak larat dok ligan.

Saya ni la kan.kalaulah boleh normal beranaknya haa.agak2nya memang kerap dah  beranak.

gov servant ,limit 5 orang anak untuk dapat keistimewaan cuti ke,gaji ke.lebih dari tu..lu pikirlah sendirik! big bos kata.ahaha

Ni nak marah Maxis ,Celcom nih!!

Bateri cik berry pagi2 buta ni pesal ntah merajuk. Dah le tgk jam pukul 7.15 dah.15 minit lg loceng sekolah nak bunyik.aduhla.merajukla plak.pandai pilih ari.mentang2 ari ni gaji tuan dia masuk.cess.

Jadiknya hari ini, mia ali dan mama kenala tumpang optimus prime papa gi keje sbb cik berry sakit.*oh,sungguh saya seboleh2nya nak elakkan dari meloloskan diri ke dalam optimus prime en suami yang bunyi macam pakai ekzos kereta kebal tu.huhu.malu thaye penah bawa sekali keter tu gi skolah.suma orang tgk.mencikkk..

Tak sampai 1 jam dok sekolah,tiba2 cik pah pengasuh mia ali call.bgtau yang ali kembung sampai melalak2..huwaa.abis camno?mama patah kaki arini. Cik berry takde. Papa nun keje dah le jauh .cik pah panic la kot sbb budak ali tu jarang melalak.klu melalak sangat tu,sakit betul la tu...

Dah satu hari di sekolah,semak perut dibuatnya.pikirkan ali...:(.doa sangat dia tak apa2. Alhamdullillah.cik pah terror.ali dah baik masa mama amik tghari tadi.


CIk berry,ko merajuk ka dengar aku kata nak beli keter lain?aha.
Saja ja 2-3 mnggu ni asyik dok berangan bila tengok exora.rasa macam nak.hati kata nak.tapi en suami kata.ada ke duit?hehe.
Tak da sangat pun. So berangan ja la.
Dah trus merajuk ko kan.dengar camtu je?tak baik tau.aniaya tuan.huhu

Dan di hari yang panas ini. Hati semakin panas.bila tetiba ada sorang hamba allah ni.perempuan.dia bahasakan diri dia kakak.call nombor maxis saya dan tanya saya kenal tak suami dia.

Lor?sapa neh?saya pun anginla..tetiba ja.dah la tak kenal.

Siap dia gelak2kan tu,kata jangan berlakon.budut btul la.

Kak,salah nombor ni kot.

Awak ni keje mane?kilang mana? ni kat mane?kenal tak suami saya?Akak ni doctor kat Padang Serai..so what?tak tanya pun.saya pun bukan keje kilang.me cikgu.*haha.tak pasal kan saya pun meroyan.dah dia tiba marah camtu..marahla balik.

Saya sopan la jugak mula2 tu,tanya dia dapat mana no ni.dia kata dari henset suami dia.la.pulak dah.
Membara la hati ni..tiba2 ada orang serang macam tu.dah la saya tengah sibuk buat kerja kat opis.
Last2 saya end kan aja call tu.dia call balik lak tu..haish.

Siap dok merayu soh saya mengaku yang ada apa2 dengan laki dia.panas btul la!eii.geram tau.

Dah la salah nombor.tak percaya plak tu bila saya kata dia salah nombor.eeii.

Banyak kali sangat dah jadi macam tu. Yang no maxis tu,owner nombor tu mungkin perempuan la kot sebelum ni. Memang asal ada yang salah nombor.asyik nak marah2. Gamaknya perempuan maxis tu, memang jenis suka cari pasal ,ke orang suka cari pasal dengan dia.ntahla.

Dan no celcom saya plak.yang itu bank suka call.cari Saudah Bt Kassim. Maybank call kata rumah ada tunggakan. Cimb call kata, keter tak bayar lagi. Berbuih dah mulut bgtau no owner no celcom tu ialah Zulkifli Yaacob.[no celcom saya tu under pakej celcom 5+1 abah].kadang saya maki ja orang bank tu. Geram.yala selang 1 week,ada ja yang call mintak hutang.

To perempuan no maxis, dah2 gi settle dengan bini dan lelaki Padang Serai tu. Jangan kaco aku.

To Saudah Bt Kassim.beli pandai.hutang tak reti bayaq.mencik tau.dah syoh2 jangan kaco  aku gak.

To Maxis,Celcom,Digi dan TMNet.boleh tak pasni jangan recycle nombor2 yang dah tak bertuan? Generate je la nombor lain untuk jual simpack baru.Nampak macam kecik,tapi for me.mengganggu ketenangan hidup hal2 sebegini.

Nak aja tukar nombor lain lagi.tapi kang,kena marah lagi dengan kawan2...haha.sebab suka benor tukar nombor telefon...heee.

Atul,ko keje tm kan?report bley?^^

Tuesday, August 24, 2010

Cerai berai lerai terurai

sob.sob. huhu. rinduuuuuuuuuuuuuuuuu.*pang!lempang muka sendirik.rasanya baru 2 mnggu lepas mak abah mai kulim.rindu pa dia lagi.^^


seriusss rindduuuu gila sama mama n bapak.*yang ni tak dapatla nak pang sapa2.sebab faktor geografi dan kewangan memainkan peranan dalam proses untuk melepaskan rindu dendam itu...


boleh tepek sama yang ni?rindu jugak...rindu saat2 boleh bercengkerama cenggini.baru 1 week kawin ni.itu muka penuh rona rona pelangi tu.hoho
Kadang bila baca suratkhabar lama, baca cerai berai sana sinun.timbul rasa gerun di hati. macam2 saya fikirkan. kenapa?apa punca? sebab apa sampai ada suami yang ringan mulut sebut perkataan paling dibenci Allah itu?


huhu.


mak selalu pesan. jaga suami. jaga perutnya.jaga keperluan. dan jaga hati.
mama pun selalu ingatkan. sabar.doa.tawakal.itu kunci rumahtangga.
dan itu saya pegang sampai ke saat ini.

hua.perjalanan hidup berumah tangga baru beberapa tapak. masih banyak perlu dipelajari dari sifu2 berempat ini.

sangatlah berangan boley bermesra2an macam mak abah dan mama bapak sampai ke usia emas..dan sehingga ke akhir hayat.

sob.sob.belum ada masa berbuka dengan mak dan abah..di Jitra.sob.sob.minggu depan,kita balik yok alai?ya?ya?ya?

ahaha

Sunday, August 22, 2010

Ini bukan anak kucingla mangkuk

Gambar dan kisah selanjutnya saya tengok di SINI

Ini anak orang.ko ngat macam anak kucing ke. anak kucing pun,orang tak dera camni.

Mengigil rasa  bila tengok gambar atas ni .gebunya baby ni. gamaknya dia suka lari laju2 dalam walker macam Ali.mama dia tak larat kejar kot kan. itu yang didebiknya budak tu.

Ya.saya faham perasaan mungkin mak atau bapak atau sapa ja lah yang ada kaitan dengan budak ni. Bila anak nakal.bila anak naik sampai atas kepala. rasa geram tu memuncak. memang ada sampai rasa nak meletup marahkan anak bila depa buat perangai.

Tapi, akal kan ada. hati pun perlu banyak sabar. Anak kecil adalah satu makhluk yang halus yang comel yang suci yang sangat2 lah belum mengerti apa2. cubit sikit cukuplah.kasik pengajaran. bukannya diterajang.huhu.kadang tu lepas puk mia  sebab dia gigit adik dia..pastu mama yang nangis .rasa bersalah.hua.

Berani ek ditinggalnya budak ni kat stesen bas.ko pukul2 sampai mati,pastu tinggal.bengap tahan otomen betul...eii.

Saturday, August 21, 2010

Mia kasik latihan amali pada ALi

siapla ko donat.pasni mesti lagi kurus main kejar2 ngan mia dan ali dalam rumah .keh keh.kurus ke?itu ajukan utama en suami la pd saya kalau orang kata nampak saya kurus.tak bley timer kenyataanla tu.bini dah kurang lemak.haha. lama tak update pasal treatment di london itu kan. hehe.nanti minggu dpn saya update.


wah.wah. anak dua orang ni sudah pandai kasik mama joging ,sit up,lompat kijang semuala kan sekarang. sebabnya ali dah sampai tahap lari laju-laju  dalam walker.kadang tu lagi laju bila yang si mia merempit kejar dia naik kereta pon pon hijau dia. mama belakang sekali la ,kejar nak suapkan makanan.


haa.camtu la Ali. tarik lagi.tarik.jangan tak tarik. gamaknya itula kot Mia arahkan Ali. sibuk nau dia bising2 bila Ali tarik alas meja makan.


mama suruh pegang adik ali elok2.tapi mia gi smackdown adik tu.nangis la ali.

1 minit saja mama tinggal nak basuh cawan.tengok apa jadi. kak mia baik hati suap adik makan roti.

pastu kasik, kabinet tv 'makan'. nun kat hujung luar dari pagar tu,tau apa dia? gulungan plastik sampah. mia dah kirai2 buat habuan dia lenyek ngan motokar hijau dia.
Ini kisah tadi pagi. saya tengah  kemas2 ,heran budak dua ni hilang.senyap sunyi ja di sebalik meja makan. tengok2 dok main belakang langsir.  yang kak mia sembunyi,pastu sergah adik. yang adik mengekek2 gelakkan kakak.

Tahu takut ko ,Mia. mama dah datang. trus dia tak ajak ali main dalam langsir dah. pasni mesti ajar adik bergayut plak kat langsir tu.haish.
update: maka malam ini. Mia dan Ali kepenatan ya amat. Mamanya pun bakal menyusul...huarhh..sakit badan weh.pesal ntah. joging  kejar anak tak sempat nak warm up la kot kan..haha

Makan kicap anak jadi hitam

sakit perut guling2 bila saya baca entry brader neh. tentang makan kicap nanti keluar anak hitam. slumber coi ja kutuk awek ya ko neh.tak baik tau.awek dah la lurus.ekeke.

nah pi korang sambung baca.konfem melekat.

Kicap,Soya dan Pantang larang

baru jumpa blog brader ni. dari satu entry ke satu entry.tgk2 jam dah dkt pkl 8 pagi. mak haih.di hujung minggu,lepas subuh lepas sahur.tak tido balik?dah le anak2 nyenyak ja.kang depa jaga,diri sndiri yang menyesal.

jom2.nak nap kejap.dah le tadi terbangun awal sgt pkl 3 pagi.huhu.

sebelum tu. hmm.memang ada ek yang percaya minum soya anak jadi cerah?makan kicap anak jadi gelap?err.korang ni..janganla jadik cam awek brader tu lak..takda kaitan tau.keh keh

haha.ceh.kata orang.sebenarnya saya pun ada jugak risau masa preknen dulu.sebab saya penggemar kopi dan neslo ais.kira ketagih pun adala masa peknenkan mia dan ali.

masa ali lagila.bley dikatakan stp pagi mesti pekena kopi panas.huhu.tragis tul.

saya ingat lagi masa doctor angkat tunjuk anu ali pas operate dulu..saya soh doctor alih si ali,cepat2 saya nak tengok muka dia plak.

ada jugak terselit perasaan takut-dia -gelap-sebab-kopi-yang-saya-minum.

har har.budut ko donat.

Friday, August 20, 2010

suka main air?saya suka.

60 kilo mendukung 90 kilo.gagah weh laki aku.hoho.dalam air ja bleh jadi kenyataan camtu..keh keh.masa ni tengah preknen mia 5 bln rsnye.balik kedah,cuti sekolah.

kat Golden sand jugak.tapi dah berempat.

mia muncit

mana nak takur air.dok brenang dr dalam perut lg haa.

oo..ooo..opp..ceplos terjatuh

oo..tolong..tolong..angkat mia
ini adalah tempat feveret famili saya .boleh dikatakan ,dalam 1 tahun..kurang2 memang sekali mesti kena pergi hotel ni. kadang tu,bukan buat apa pun. sampai2 trus terjun kolam. main air sampai jari jemari kecut..haha.

seingat saya,since saya darjah 3 abah suka bawak kiterang bercuti di sini.

sampaikan pakcik2 hotel yang veteran2 tu kenal kiterang sbb slalo sgt datang.

apa yang best sangat sini? hmm.hotel ni hotel 5 star.dah klu 5 star tu,serba serbi mahal la kan dari makanan sampaila ke servis. kiterang takut nak makan kat restaurant dia.penah skali ja mula2 abah bawak.amik kau koeyteow goreng rm 40.haha.skali tu ja la.pastu tapau nasi kat gerai luar ja la.hehe. reason paling utamanya kami sangat setia dengan hotel ini  adalah kerana ada macam2 jenis kolam renang.kami semua hantu air. persekitarannya juga sangat lah menarik. dan..the most important reason-> pihak hotel tak kisah,kalau tak pakai bikini pun masuk dalam kolam depa..susah nak cari kan hotel cam neh?management depa sangat mesra pelanggan.depa bukan layan omputih ja.orang coklat pun depa layan.huhu.

Hotel yang dimaksudkan ialah Golden Sands Resort.sapa mai penang,jangan lupa stay kat sini tau.;)

tengok.tengok.sangat banyak kan kolam renang hotel ni.ada kolam dalam,kolam kanak2,kolam cetek.suma ada.jakuzi pun ada. sehari pun tak cukup nak main air..hoho.

Thursday, August 19, 2010

Kadang2 saya ingat anak pompuan saya macam barbie doll

baju bundle kegemaran saya.ulang tayang gambar mia yg ni.


yang ni bukan bundle.ini beli di Little Mama love . comel2 aa baju kat sini. geram tui. ali ada jugak.tema sunflower.


yang ni jugak feveret saya. blaus strawberi.jeans yg cantik sangat.dan kasut kat giant.total head to toe adalah cuma rm19.sangat munasabah harganya untuk mama yang suka tukar2 baju anak macam saya.

mia adalah mangsa fesyen mama dia.tp2 minggu ada aja baju saya bawak balik.kasik dia pakai.macam2 pesyen.

kecik dulu ,saya suka layan adik tehah saya main set barbie dia.sonok ek tukar2 baju barbie tu.haha.

dah bila ada anak pompuan.so barbie simpan lemari.so main tukar2 baju anak plak.

tapi kekangan utamanya.laki saya dan juga saya takda kilang baju macam kimora lee.gamaknya klu setiap minggu gi beli jeans ,blaus budak kat pasaraya yang sehelai harga rm40-50 sekeping tu.rabak.

dulu kecik.mak saya gitau.mak suka beli baju kami adik badik kat bukit kayu hitam.baju siam. 15 thn lepas bolehla.memang baju murah2 ja.bawah rm10 bleh dapat yg cantik2 dah.sekarang jangan harap la kan.nak cari yang cantik2,mahal nak mampos.huhu.

so sekarang.kegilaan saya adalah.beli baju baby bundle.jeles kdg tu dgn kenkawan yg dok kl.macam2 warehouse ada kan.pesal kat penang tak da aa.huhu.

kdg rm10 bleh beli 2-3 helai jeans obe the se yg cantik2.hoho.

mia ja banyak.ali tak dak pun.eh dak.dak.ada la juga.tapi baju budak lelaki tak best.pesyen skemas aja.boringg.


tengok.cian anak laki saya. kak mia dok rumah leh pakai cantik2. dianye baju takde cantik sgt.takpe ali.laki tak leh melawa sangat.kasik chance girl cam kak mia .hehe

Mengandung berseorangan adalah sangat memeritkan

Budak tomei Cili Padi yang sangat tabah.

setiap kali puasa,saya akan terkenangkan kenangan berpuasa berseorangan di batu pahat.alone.tanpa suami di sisi.dan perut sudah membukit 7 bulan.kalau ditanya.saya kata ,saya ok je,saya boleh survive.tapi dalam lubuk hati. Allah saja yang tahu.

Dua tahun lepas,masa tengah sarat mengandungkan damia.suami dapat offer kerja di penang. tak setuju pun,rugi.sebab bukan senang nak kembali dekat di kampung halaman.lagi memudahkan laluan saya untuk balik ke utara,kiranya suami keje di penang. peluang keemasan macam tu tak akan datang banyak kali.jadik,dengan berat hati saya redha ja en suami ke Penang.dan saya stay di batu Pahat.

I love batu pahat very much. semuanya kerana orang2nya. sampai mati ,saya tak akan lupakan jasa my former guru besar.kawan2 cikgu di sri gading.kak sue ,kak lin dan norma especially.selama saya bersendirian di sana.merekalah keluarga saya.

saya pening,tak sihat.hj hamim tak kasik saya dok rumah sorang.jadiknya,saya datang sekolah.dan rehat di bilik sakit.kdg2 kak lin tak pun kak nora,tak pun kak norha datang.picit2kan kaki.pinggang saya.

di rumah sewa.saya sangat bergantung dengan norma,ustazah ceria sorang tu. kadang malam bila datang cramp kaki,tak pun perut dah mula kejap2 mengeras,kejap2 mengeras.normala penyelamat.huhu.bila saya mengah tak larat baca Al Quran.saya gi baring tepi norma.dengar dia mengaji.kak diyana salute sangat norma.tak pernah langsung masa terluang,dia dok saja tengok sponge bob macam saya.setiap kali pas sahur. saya join mengaji.dan kadang tu.saya baring lagi tepi norma.suruh dia mengaji kasik mia dengar.*mia masih dalam perut.

masa mengandung, perkara paling mencabar bagi saya.adalah memandu kereta. weh.stereng cium perut. pastu setiap kali sampai destinasi.kena rehat dulu 1-2 minit.nak ilangkan mengah. dan lagi tragisnya.pompuan pendek cam saya ni.kaki tak panjang. saya memandu dengan menekan minyak guna hujung jari kaki ya kawan2.kalau jpj tau.memang kena tahan kan.

walaupun, prihatin mana pun sahabat dan orang sekeliling. ia tak akan sama kan dengan bila suami ada di sisi. perasaan secure dan tenang dalam diri adalah kerana suami ada di sisi.tengok muka pun jadikla. walaupun kadang tu,bukanla banyak sangat pun dia tolong...heee..

Wednesday, August 18, 2010

Bintangkertas again. Nak dekat bukak posa dah ni.agak tak tahan sabar,korang baca lepas buka ye.

update:boleh rupanya buka blog bintangkertas ni. google bintangkertas.dan korang klik pada catched. pd sapa yg nak baca,lapangkan pikiran ya.jangan emo2.budak ni freethinker.kredit to beberapa orang yang gigih mencari macam acot dan tn tanah arealcelebrity.

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:hJT4aHPfYRsJ:bintangkertas.blogspot.com/2009_07_01_archive.html+/search%3Fhl%3Den%26rlz%3D1G1GGLQ_ENUK362%26q%3D%2Bsite:bintangkertas.blogspot.com%2Bbintang%2Bkertas&cd=4&hl=en&ct=clnk

pinau mata saya.sebab ada gig budak2 bogel kat situ.salleh tu ada la tu.tapi tk sure yg mana.

salleh kata dia nak toreh ic dia sebab ada tulis Melayu.wah2.amik pisau toreh ja lah.susah sangat ka.tau plak dia,kang toreh..susah plak nak hidup kat malaysia ni.heh

korang masak apa arini.

arini saya rajin sikit la kan.balik2 sekolah, trus buat cucur udang n kuah kacang.
rebus daging.kang nak buat daging masak merah.nyum.nyum.pastu kang masak sayur campur.
tadi sblum balik ada beli lengkong.kang nak buat air ala2 air katira.air bandung letak biji selasih n lengkong.semalam en suami kempunan nak minum air tu.

wah.banyak menu la plak.arini.

yela kan.mia n ali pengsan dua2 petang ni.itu yg mama sempat masak macam2.kira celebrate anniversary la ni kirenya.hehe

dah.dah.nak gi sambung masak.daa.



lelaki putih itu

blog picisan macam sayanye ni,jrg2la kan pengunjung dtg. nak cecah 100 org sehari pn susah.tapi pasal bintangkertas,blog ni dok ranking ke 4 dalam carian google hari ini. nak timakasih ke nak marah salleh ni ek.[?]
tak nakla ulas panjang2.sentuh bab akidah ni,bley jadi panjang ceritanya. cuma saya berdoa agar akidah saya,kaum keluarga,sahabat semua dan seluruh umat Islam berada di paksi yang benar.sentiasa.berkekalan.
tak nakla cerita pasal orang .nak cerita pasal kami berdua untuk kali ni.18 Ogos kembali lagi.
ini rupa kami berdua 7 tahun yang dulu.

hmm.2nd time jumpa lepas insiden wallet en ateng tercicir.

time ni,saya rasa en ateng sangatla putih melepak.licin lak tu.macam pakai temulawak.

ni di masjid kat muar.tak agak2 kan posing.berhenti solat ok.dating pun ajak kawan teman.keh keh.

ini 7 tahun dulu la.

7 tahun,blum cukup untuk kenal hati budi.

sepanjang hayat, proses mengenal hati budi itu akan terus berlangsung.

mudah2an.

hari ini.18.08. 3 tahun yang lepas, en suami bawa mama dan bapak datang Jitra,bawa mas kawin.rasa macam baru semalam.eceh.ayat klise.


pengantin pompuan triple xl.susah nak carik kat pasaran sekarang.

kalau ada yang tanya, apakah ciri kegemaran saya pada en suami yang membuatkan saya terpikat.


ini jawapan saya.

satu.dia putih. i dunno la kan.mata ni memang memilih bab yang satu ni.walaupun diri sendirik idakla putih.idakla cantik.tapi demand.buruk nau perangai.
dua.dia main bola.
tiga.dia tak memilih.hoho
....................................................................................................
nota dari kaki saya: selamat hari ulangtahun juga kepada mak abah,mama bapak, abg long & kak jun, kak ting &nazri, alin & abg adi.dan dato ct nurhaliza.dan kepada semua sahabat handai yang meraikan ulang tahun perkahwinan pada bulan ogos. bulan ini bulan kita.;)

Tuesday, August 17, 2010

http://bintangkertas.blogspot.com

update:blog dah didelete.tataula akaun fb dia.rasanya dah ada kot buat group 'boikot salleh gregor samsa'.^^ tak mo cakap banyak. sedang 'menelaah' blog adik salleh ni.eh.silap.cuba nak pegi tengok.

cuba untuk menyelami isi perut ulu hati adik bernama salleh.

nak menelaah sama?yok sini.

http://bintangkertas.blogspot.com

and di bulan yang penuh barakah ini.mari kita sama-sama doakan adik salleh turut mendapat sama kenikmatan beribadat seperti ummah yang lain.amin

Sunday, August 15, 2010

'facebook' untuk kanak2

dari kaca mata saya.facebook ada kebaikan walaupun ramai kata facebook ni lagha.

sebagai guru,facebook penghubung saya dan anak murid.

apa yang penting, pandai2 bahagi masa la kan. macam jugakla blog memblog.tak gitu ?^^

saya jumpa web ni.agak menarik. katanya facebook untuk under age.


Antara ciri penting yang ada pada Togetherville adalah:

Quips:
Sama seperti fungsi kemas kini status pada Facebook. Quips memberikan pilihan teks yang sudah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu memilih teks yang sesuai untuk dituliskan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana:
Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinterkasi di Togetherville diberikan lencana khas. Kesimpulannya, Togetherville bakal membawa satu pengalaman baru bersosial kepada anak kita sebagaimana kita seronok ber`Facebook’.gedebuk.kena sebijik.

Kerja seni, aplikasi dan permainan:
Aktiviti interaktif seperti aplikasi melukis dan permainan bertujuan menjadikan Togetherville bukan sekadar tempat lepak maya semata-mata. Di sini mereka boleh bergembira dengan permainan terkini. Mereka boleh menyerlahkan kreativiti dengan mereka bentuk kad ucapan perayaan atau sempena hari jadi rakan sekelas.

Apilikasi hadiah maya:
Togetherville juga memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga. Mereka juga boleh menghantar ucapan dan penghargaan kepada ibu bapa.

Video:
Mereka juga boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus pentadbir laman.

dan antara ciri2 lain:

parents boleh pantau aktiviti dalam togeherville dari facebook.

parents yang tentukan listfren anak.

macam2 aktiviti menarik untuk anak2 ada dalam togetherville.

parents boleh create sendirik akaun utk anak2.

admin togetherville akan minta permission parents dulu,kalau anak2 nak buka akaun sendirik.

+++++++++++++++++++++++++++++++++



saya dah create akaun untuk mia. ali blum boleh daftar .under 1 year.bila masuk tarikh lahir asik invalid katanya.

mia dah pandai buat logo sendirik.walaupun mama yang tekankan.tapi dia yang pilih gambar2.

aha.

korang,ada yang dah buat akaun togetherville utk anak korang?add la mia ok.;)




nanti kita saing kumpul mata untuk anak..hehe.

colorful web togetherville ni.font besar2 plak tu. mia suka .dan mama dia pun suka.



mia dan laptop ammar kasik.ammar anak yana.

Saturday, August 14, 2010

Pinjaman dari Yang Satu



Kay Dee adalah Khairul b Diman

Itu suami saya

Rabu ini cukup 3 tahun dia dipinjamkan untuk saya.

Semoga pinjaman itu akan dipanjangkan lagi untuk saya untuk kesekian tahun dan tahun.

;)

Adiputra oh adiputra

Sufiah Yusuf
sangat genius.masuk u awal.tapi pilih jalan salah.tapi katanya dah kembali ke pangkal jalan.Alhamdullilah.

Ainan
ya genius jugak.sangat terror subjek Kimia.masuk u awal jugak.di Help Singapore kalau tak salah. mak orang Melayu,ayahnye omputih.

Adiputra
bapak dia kata dia genius. ok fine.

Ada yang penah marahkan KPM sebab abaikan adiputra. hmm,tapi orang tahu ke kenapa dia rasa diabaikan?orang dalaman kpm tahu ceritanya.
Kemudian, unisel offer dia masuk unisel.siap jadi anak angkat Ungku Aziz kalau tak salah.tapi..?tapi..ada siapa tahu kesudahannya?

Saya ada jumpa vid adi tengah menasihatkan..eh..menasihatkan ke?bercakap kot lagi sesuai..dengan Sultan Pahang. korang gi la search kat utube. dan anda boleh nilaikan sendirik.

Hmm.kepada ayah Adi dan jugak familinya mungkin..

saya harap permudahkan la laluan anak kecil ni untuk menimba ilmu. elakkan dari pergunakan dia.

kasihan.

sekolah tak kasik. katanya tak percaya sistem pendidikan malaysia.ya.ya.baiklah.

so masukkan dia ke mana2 private school or international school. jangan sia2 kan kepandaian anak kecil ini.

sekali lagi.kasihan.

Friday, August 13, 2010

perlunya ubah masa tidur di bulan puasa

tidur adalah aktiviti paling penting untuk saya.tanpa tidur yg cukup, saya akan mengalami delusi seharian di tempat kerja.

kawan yg kenal saya mesti dah cukup masak dgn saya yang jarang stay up study.kalau aku stay up,means esok kat kelas akan jadik aktiviti tidur spjg hari.klu kat skolah dulu, saya akan tidur sebaik sahaja supper di dewan makan.lantakla suma orang stay up.janji saya bleh tidur...haha.

begitu jugak masa di u.saya memang kaki tidur dalam bilik kuliah.tmbh2 klu dewan kuliah itu besar dan ada aircond.mmg jawabnya.datang saja.sign kehadiran.pastu tidur..sampai habis kuliah.nota kuliah suma copy cik meeja and yana. saya grad adalah kerna nota mereka berdua.harap maklum..haha.

eei.tak taula kenapa.saya memang jenis tak boleh kurang tidur.at least,kena tidur 6 - 8 jam. kalau kurang dr itu, saya akan mamai dalam sedar.tengah suap mia makan pun, saya bley lena!haha.

sangat kronik kan.

kebiasaannya.balik skolah.bila mia ali tidur .saya akan join untuk 1-2 jam.kiranya malam klu tidur lambat pun takpela.sebab td petang dah cover 2 jam.

kiranya tak tidur petang.saya akan cuba tidurkan diri sebelum jam 11 malam. dan bolehlah bangun esok pukul 5 pg.

dan di bulan2 puasa ni,disbbkan kena bangun pukul 4 pagi. jadiknya..masa tidur saya adalah pkl 9 atau 10 malam .malam sangat muda kan masa tu?tapi..hmm.i dun care.klu anak2 blum tido pun..saya akan serahkan pada en suami.sebab mama perlukan istirehatt yg cukuppp..huhu.sebenarnya yg sebetulnya..mama kaki tidur.hak hak.

Dua hal yang merunsingkan tentang anak dara saya

mia adalah seorang budak yang susah nak minum air masak.jadiknya,selalu terjadi kejadian adegan meneran selang 2 hari.mamanye ni jugaklah nak kena jadi bidan.haish.mana tak,asik kena sembelit je anak dara sorang ni.


makan pun kena paksa.itupun,yang kena selera tekak dia cuma nuget,fishball,french fries dan sayur2 yg bukan warna hijau.disebabkan itu, saya adalah pengguna utama minced chicken ayamas.klu rajin sikit,saya blend ayam. ari2 saya gentel buat chicken ball sndirik,rebus wat sup.tak pun,gentel ngan karet,kacang pis wat nuget ayam.nasib jugaklah ikan salmon pun kena tekak dia.nasik jgn disua.langsung dia takmo.jadi alternatif sumber karbo yg lain slain nasi ,saya rebus makaroni.itupun nasib dia mahula jg,4-5 ketul skali makan.

rasa cam buntu dah nak cari menu sesuai untuk mia.


sekarang ni,untuk selesaikan masalah sembelit mia ni..saya kasik dia minum vitagen 1 botol 1 hari.agak2 tak berak jg,saya kasik dia minum 2 botol.hmm,memang keesokannya tu dia bley la membuang dengan tenang tanpa bantuan bidan donut.dan nasibla jugak, dalam byk2 buah.mia paling suka buah naga merah tu. bley dia habiskan sebelah tu,sorang.


adala yang tegur.tak bley kasik anak byk2 minum vitagen.btulkah?ada sapa bley tolong confirmkan.

ada juga yang kata,buah byk2 pun..tak elok. aduh.habis?nak wat camna?


ntahla.kdg byk pendapat sgt pun.saya pening. bila search intenet,mcm2 sgt guideline.itu pun saya pening.ini tak boleh.itu tak boleh.


mia tak suka minum air masak.itu adalah major probnya. perlukah paksa minum air?huhu


lagi satu hal yang hmm..actually bukanla besar sgt pn.tapi disbbkan nampak macam mia ni bukan mcm kbykan budak..jadik saya macam risau.


dia tak suka tengok kartun. dia langsung tak kenal sponge bob.otomen ka.barney ka.ben 10 ka.




jangan dikaco klu tgh tgk tv,tak dilayannye mama masa tgh kusyuk tgk drama.


dari kecik, saya tak penah kasik dia tengok kartun. sebab saya takmo dia berebut remote tv ngan saya. saya adalah tidak gemarkan pegi rumah sapa2..tengok anak tn rumah pegang remote.pastu dari pagi sampai ke malam.asik bukak channel 611,612,613..pastu bila orang amik remote,meroyan. mak abah budak tu tak tension ke ye?huhu


lagi satu rancangan tv yg paling saya elakkan mia tengok adalah tom tom bak bersama aznil tu. ntah saipa.saya tak brapa gemarkan slot yg budak2 menari ,menyanyi tiru gaya orang besar tu..tak sesuai btul.
disebabkan mungkin,saya tak penah kenalkan dia dgn kartun2 ..bila papa pegang remote,bukak channel discovery channel,bukan espn tgk bola. bila mama pegang,tengok cerita melayu,channel traveling,tgk glee..jadiknya cuma channel2 itu ajela yang dia suka tgk.
mia boleh tgk drama Melayu tanpa kedip biji mata. dan dia boleh mengekek2 gelak bila tengok filem p ramlee.tambah lg keluar part ahmad nisfu ka hapa.huhu.

dan sekarang,bila saya baru mula nak ajar dia tengok kartun..jadiknya.dia bolayan. klu bukak channel disney tu,dia bley tahan..5 minit ja pun.
eh.bukan dua hal la.ada lagi satu yg mrunsingkan saya . saya macam gundah gulana jugakla skrg memikirkan yg mia masih berat mulut. semua menda,semua orang dia dah kenal.bila suruh tunjuk mana mama,papa,adik..togel dia ka..dia kenal.cuma bila disuruh sebut,dia mcm refuse.ala2 saja tunjuk degil pun ada jg kdg2 tu. hmm. tunggu ajala kot kan bila dia nak mula bcakap.kang bila dah bcakap,mengeluh plak mamanye..bila la budak ni nak bhenti cakap.
haish.itula manusia2....tak penah puas.ada ja tak kena.kay,pernyataan tu saya tuju pada diri saya.;)


Wednesday, August 11, 2010

aktiviti di tengah hari hari pertama

soalan2 ini saya copy dari entry pn halen,biras saya. saya banyak masa rini.sebab cuti.Kedah kan amik cuti 1 Ramadhan.sambut puasa.

Anda suka shopping?
tak brapa suka.haha


Dimana anda shopping barang dapur (kering)?
Giant,C4,tesco extra,jj perda.routate dalam 1 bulan,selagi rasa tak boring.^^


Shopping barang basah mcm ikan, ayam kat mana?
Ayam organik kat kedai Hpa.ini masa agak nak makan yg sihat2.

ayam,ikan,udang sotong suma kat kedai runcit pakcik kat taman anggerik kat kulim.
saya dok bkt mertajam,tapi tak reti pegi pasar besar.kulim lg dekat,dr nak terjah bkt mertajam yg sibuk dan banyak cina tu. harap maklum.

Berapa kerap anda shopping untuk barang basah dalam sebulan?
2 hari sekali,wajib pi tengok muka pakcik tu.peti ais den kecik jo.muat letak ayam sekor jo.tak bley beli wat stok


Anda rasa, pasaraya mana paling tak berpatutan dalam menjual barang dapur?
Giant. tapi giant jugakla saya dok hadap stp hari.dah itu ja yg ada kat kulim ni. i suka JJ.ikan salmon dia fresh. sayur2 nampak menarik. brg dapur pun byk.


Anda rasa, kat mana jual pakaian yg lawa, berjenama dengan harga yg anda rasa sungguh berpatutan?
intenet.haha.bley ka jawab camtu?

kat Jalan Tar..wah.gila aa.kat situ kan.kulim tak best.mahal2 belaka.huhu

Dan, anda rasa, kat mana jual baju dengan harga yg langsung tak masuk akal?
butik mak datin. baju kurung rm400.gila ka pa.takmola reveal nama butik.kang kena ban.haha.


kayla.nak bersiap.nak gi letak budak2 ni jap kat umah cik pah pengasuh. saya nak keluar gi jumpa pakcik taman anggerik..hehe.

saya nak puasa penuh bulan ni.

seumur hayat saya 28 thn ni, saya langsung tak penah penuhkan puasa 30 hari di bulan Ramadhan.

kecik2 dulu,setiap tahun ngelat.ada aja saya tinggal.buat2 tak larat.hak hak

pastu bila naik darjah 5,tekad nak puasa 30 hari. tengok2.peot first time datang.padan muka.dah trus menerus tak boleh puasa penuh sampai ke besar.

masa mengandungkan damia.macam itu jugakla.berkobar2.ingat itu lah tahun pertama mungkin boleh puasa penuh. tapi tak kesampaian.ada juga saya tinggal 3 hari.sebab tak larat sangat.nak pitam.masa bulan puasa dah sarat sangat.

masa mengandungkan ali.macam itu jugaklah.berazam nak penuhkan puasa. gagal jugak. demam panas di bulan puasa.tinggalla jugak.dgn en suami skali uzur.demam jangkit dgn saya.huhu.

hm.tahun ni.saya berazam,berdoa harapnya boleh puasa penuh. semoga dikurniakan kesihatan dan kudrat yang baik. sebab saya dah 6 bulan tak peot.memang cenggitu sistem badan saya bila tengah bfeed anak.memang tak peot.ala2 mcm mengandungla jugakkan.

peot.jangan ko jengah diriku ini ya di tengah2 Ramadhan yang mulia ini..

terawikh.hmm.korang pegi ke?saya memang tak pegi masjid.dapat buat di rumah pun,itu dah cukup.itu pun kalau mia dan ali dalam kondusi yang bagus.

lauk sahur tadi,banyak lagi. menu di hari pertama berbuka puasa.aku rasa recycle lauk sahur ja lah jawabnya.hehe

mana nak cari tauhu bakar mcm kat batu pahat kat kulim ni?tak dapat weh. abc rock.air katira pun kat johor ja ada tu.

tetiba teringat Batu pahatla plak..:(

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua;)