LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 31, 2011

hasil 1 tahun 3 bulan

setelah 'menternak' blog ni selama 1 tahun 3 bulan , akhirnya saya cash kan duit iklan.dulu saya ngat iklan ni tipu2 je.betul2 rupanya nuffnang bagi duit eh

tak lebatla

bolehla buat belanja susu ali mia 5-6 pek besar..ngeh ngeh

note: mia dan ali minum susu cap Dumex aje...^^

ramai dah cuti sempena CNY eh? lebih nampak korang..macam korang plak yang sambut tahun baru..haha.

laki i yang keja ngan cina pun  cuti start Rabu..hmm.* bini die dengki sebab Rabu keje lagi...:p


mia pun sambut CNY tahun lepas.tahun ni, nak cari samfu plak untuk ali..^^


Thursday, January 27, 2011

percutian idaman

kredit to facebook star cruises
teringinkan? apetah lagi nak rasa gedix cam maya n fazura macam dalam pisau cukur bila nampak kapal cam ni..haha.

saya memang tengah melayari laman star cruises pun. nak cuba booking untuk bulan feb ni.

tapi macam pening plak tengok web derang. takpe esok sesudah subuh nak suruh en suami pegi cari tiket kat penang.

syiokla kalau memang kiterang yang nak naik tu..

tapi bukan kami berdua meh..

kami tolong belikan tiket untuk couple of the decade..sapa lagi.

mak ngan abah ..huhu

abah nak bawa mak nek kapal masa besday mak.

nak ituttt...^^

Friday, January 21, 2011

apa perasaan jadi gemuk

**********************


***********************



dalam banyak2 gelaran yang adik2 saye asyik gelarkan saye masa saya macam raksasa gargon yang contoh rupa boleh anda lihat di atas..ade 1 perkataan paling sentap saya ingat sampai bila2..haha.time tu saya merajuk teruk ngan ameng.tapi dia tatau.heh. die panggil saya kak long kaki macam sakit untut. siut ja kan. nasib adik je,klu dak aku dah sumpah jadi mentadak mentadu..^^


tapi tak kate la kan,memang gemuk betul masa ni.memang preknen pompuan akan jadi gemuk, tapi ini gemuk gila.lagi 3 kilo nak masuk 100 kilo. padahal ali keluar 3.3 kilo aje. gemuk tu satu hal.buruk lak tu. dah la macam pejenayah fesyen aje nampak.huhu.main sebat aje nak pakai ape pun. seluar tu skrg,saya buat seluar tidur..:p

susah kan jadi gemuk. sapa penah rasa,tahula apa yang saya maksudkan. paling tak bleh blah kalau bila jalan dgn suami.orang ingat mak jalan dengan anak. saya memang tak heran kalau kata macam kakak ngan adik.sebab memang selalu dah kena. tapi bila ada yang kata tahap mak dgn anak tu,memang rasa cam nak tejun bangunan.penah ok?pakcik driver teksi yang cakap tu .dia tegur saya,ingat saya nak bawa anak masuk asrama..en suami bantai gelak tang situ jugak.adaku debik suami sorang tu.. pakcik tu kalih ke belakang tengok kami berdua betul2.pastu dia buat gelabah bewak,kunun2 dia tak kata apa2.ceh.. dendam tau dengan pakcik tu sampai sekarang...haha.

itu kisah zaman gelap saya.gulita hendaknya. langsung tak bercahaya..haha.

dah ada gambar masa gemuk..wajib ke letak gambar masa perasan lemak dah kurang pulak? tak payahla eh.

sekarang berkeyakinan sikitla nak berjalan dengan en suami..sebolehnya saya elak dari pakai baju kurung kalau keluar dgn en suami. telinga dah kalis kalau orang still ingat saya jalan dengan adik saya ,ameng.

itu Ateng maa.bukan Ameng.

tengok.iklan pun pandai pilih tempat.haha.lama lak tu dok menari kat atas sana.kuang.kuang.

Thursday, January 20, 2011

Dua filem yang saya akan langgan melalui Astro First

Promo filem Merong mahawangsa n Haq ni..memang macam best.itu yang teruja tu..^^

kredit to KRU Studio


kredit to haqthemovie.com
Saya adalah salah seorang pengguna Astro yang agak teruja bila dapat tahu ada pakej Astro First. For me,Astro First ni penyelesaian kepada kaki wayang yang sudah kehilangan kakinya seperti saya. haha

Saya adalah seorang kaki wayang..hmm tapi agak menyedihkan hobi kegemaran i itu,tidak mendapat sokongan padu dari en suami..^^..nak2 klu ajak en suami tengok filem Melayu..jenuh haih nak pujuk rayu dia  tengok filem Melayu..

Hari tu, dapatla pujuk en suami tengok Ngangkung. okla, adele dia gelak2 kuat jugak tengok citer tu. sebelum Ngangkung,last en suami tengok di wayang adalah citer Buli. zaman bile tu filem Buli?lame dah kan..klu filem omputih pun, Transformers n Ironman ajela bleh ajak die..citer lain, en suami bolayan.:|

Best2 pasni,bley tengok wayang kat rumah..walaupun takde home theatre, setakat televisyen ihsan dari mak saye selepas tv kiterang meletup dulu..haha,gile sedih.bile ntah nak beli tv lcd 42 inci? suma nak beli,banyak duit?itu en suami slalo cakap kat saye,bile kate nak tukar tv.haha. tapi itu,kire okla..janji,boleh ulang tengok sampai muntah dalam masa 48 jam siaran yang dibeli itu..;).berbaloi ok pada saya RM15 itu untuk 1 filem.

Wednesday, January 19, 2011

Siah One Stop Centre

At last setelah berkurun, akhirnya mood nak buat blog untuk mak saye telah sampai.


Tara


                   Siah One Stop Centre


sangat tak boleh blah nama..^^


sila2 la support barangan buatan tempatan.


* stok telekung dah siap. saya tunggu mak datang hujung minggu ni..;)

Monday, January 17, 2011

Misteri Kedai Makan

Di simpang nak masuk ke taman perumahan saya, ada 1 deretan kedai.kedai mula2 ialah kosong.kedai makan.kedai runcit,kedai baiki kereta dan yang terakhir tu kompeni rasanya. tapitak brapa sure, sebab kompeni tu tkde senbod.

Yang saya nak ceritakan ni,tentang kedai makan yang satu itu. Mula2 saya pindah sini, saya macam pelik aje tengok kedai makan tu.suram aje.orang pun tak ramai.dalam hati,saya memang yakin tak lama la bukaknye..konfem tokey kedai bungkus bila orang takde.tapi jangkaan saya meleset. dah nak masuk 2 tahun kami anak beranak dok kat taman ni,saya tengok kedai makan tu masih gagah di situ. tak tutup pun. tapi orang tetap tak ramai. pelik tak?

dan satu ketika, kami pergi ke kedai makan tu.saje nak cuba.tak sedap sangat ke makanan kedai tu,sampai orang tak ade. sekali lagi,jangkaan kami meleset. sedap weh ..memang menu kat situ pun kenala anak tekak. cuma musykil dengan ketiadaan orang yang mengunjungi kedai tu...

Kunjungan kami itu telah merungkai misteri kenapa kedai makan tu tak ramai orang yang datang. Korang nak tahu kenapa?

sebabnya..

majoriti regular customer kedai itu adalah penduduk taman sendiri. Rupanya, banyak kereta asyik singgah depan kedai tu..bagi order makanan. Kemudiannya, 10-15 minit kemudian, customer yang order tu akan singgah sekali lagi dan amik makanan yang dipesan!ekekeke. ala2 drive thru gitu...dah bile kami sedar perkara itu,maka barula terperasan yang sememangnya kadang tu bila lalu je memang akan nampak ada kereta yang singgah betul2 depan kedai tu..sekejap2 aje keter2 tu singgah.pesan makanan rupenye.heh.

Haa.sejak2 itu,agak hidup saya lintang pukang di rumah dan kesiankan en suami yg kadang tu tak lunch pun di opis,dan nak makan malam awal makanye saya akan  call soh en suami drive thru di situ.hehe.

Dan tadi petang , saya singgah order. tapi yang singgah bayar dan amik makanan adalah en suami.keh keh keh. Lambat eh hari ni,meeting sampai lewat petang . kepala dah berat .. jarang sangat stay back macam ni kat sekolah..huhu.  nak tak nak sepakat laki bini sorang singgah order,sorang singgah amik.. haha


Sekarang jarang sangat dah makan di luar. 'bercinta' je rasa nak bersiap, dan bawa budak2 ni. bila berkesempatan masak,  masak pun memang simple aje hari2. tapi disebabkan Damia dah Ali sudah agak tidak terkawal bila di meja makan..kadang rasa macam meja makan nak terbalik penangan budak2 ni...oh,saya malu. :|

maksud bercinta dalam loghat utagha : malas aka segan

Bila hati cikgu terluka

Saya rasa emosi semasa melihat drama La Iqro Ha Fiddin malam tadi di Astro Prima terbawa-bawa sampai ke kelas..korang tengok.gile merembes air mata tengok semalam..huhu.


Dr Edward & Nurlia .kredit to twitter Sh Amani
beb. hari ni saya keluar 1 kelas dengan perasaan yang hiba.


emo bersebab. habis mengajar, saya bersyarah dengan budak2 tu,sampai bergenang airmataku.


selama ni,bila budak2 seagama dan sebangsa dengan saya main2 baling pemadam,koyak2 buku kertas masa saya tengah mengajar kat depan. saya boleh berhenti dan tegur.


tapi hari ni,bila ada yang buat perangai . dan bila saya beralih tumpuan pada 2 orang budak India depan saya yang bersungguh2 menyalin apa yang saya tulis kat whiteboard walaupun saya tak suruh pun salin. hati saya mula rasa sakit hati dengan budak2 yang dok main2 belakang kelas tu.


'Awak.awak..dan awak. Awak bertiga ni,..cikgu cuma ada masa enam puluh minit dengan kelas ni. Tak boleh ka bagi tumpuan pada saya untuk tiga puluh minit pertama ni? Awak bertiga ni,tak malu ka pada S dan K(bukan nama sebenar) ? Cikgu malu  sangat dgn depa dua ni. Satgi kalau cikgu kata orang Melayu memang pemalas. hangpa marah. Melayu tu satu. Islam pulak tu. Islam ajaq menda baik2 ja. tapi yang tak elok ja hangpa nak ikut.. depa dua  pun ada Tuhan,angpa semua pun ada Allah.semua Tuhan ajaq soh buat benda baik, tapi awat angpa suka sangat ikut menda yang tak elok?  '


'Boleh dak tolong cikgu? Pleasela..jangan jatuhkan air muka cikgu yang sebangsa dengan awak....'


Pertama kali,saya emo depan budak umuq 10 tahun..


Akhir kelas,semua senyap. dan langsung tak angkat kepala ..dok tulis dalam buku latihan.


Pergh. perlu rupanya sesekali psiko guna isu perkauman dengan budak2 ni...


Jujur saya cakap,  kadang saya agak bias. saya cuba nak bagi peluang pada budak2 Melayu jawab soalan ke hape. tapi bila tengok respon mendukacitakan, dan saya sedar..yang saya perlu sama rata. Kejayaan diri bergantung kepada individu bukan atas tiket nama bangsa dan agama. 

Saturday, January 15, 2011

Mama Cyda 1st GiveAway


terima kasih ch@ tag kan pada kak donut ,GA Mama Cyda ini..;)


GA nih diadakan sempena Mama cyda akan menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-4 pada 18Feb2011. Jadiknya secara otometik, GA nih akan berakhir pada




18 Februari 2011 tepat jam 9 AM


GA yang tiada syarat yang rumit.itu yg den suka tu..;)

klik SINI untuk join.

again saya nak tag eily , kak ros dan tambah lagi sorang murni. ;)

DHIYA KHAIRINA 3RD BESDAY GA



Alang-alang tengah rajin,meh kita join contest banyak2.keh keh.dan kali ni GA plak dari Bionic Women bersempena 3rd Birthday puteri kesayangan beliau, Dhiya Khairina pada 28 Februari akan datang.

4 digit terakhir My Kid Dhiya ek?bleh teka 5 nombor kan?hehe

0086
0104
2348
3402
0080

ok checked.last digit semua nombor genap takde ganjil.heh.ganjil utk spesis ali saje.^^

Ucapan untuk Dhiya:

 Happy Birthday Dhiya . Aunty doakan Dhiya akan sentiasa dilindungi rahmah dari Nya. semoga sentiasa beroleh kejayaan, jadi anak yang solehah dan patuh pada mama dan papa Dhiya. Jangan nakal-nakal tau..;)


Eily dan Dhiya dah kenal kot..hehe

My Hardworking Child/Children Contest

lame dah tak bercontest2 ni.tapi bila tgk contest dr kak nur ni..rasa mcm nak join.heh.


so,saya joinla eh




penah uplod dah gambar ni dulu dlm entry masak sambil berbogel.haha. punya dok godek cari gambar mia yang menepati tema contest.tapi takdele plak yang menarik..banyak gambar gegar aje.haish. yela kan,snap gambar masa die tengah sibuk 'menolong' ..mane nak dapat gambar die dok statik.ini aje yang nampak ok.so uplod skali lagi la eh.acila.untuk contest ni.


see, sungguh rajin kan anak dara sorang ni kan..sampai tak nyempat nak duduk haa..punya nak tolong mama die tumbuk bawang...lol.

Nak join jugak? Klik SINI atau SINI

Kak Nur, amcam lepas syarat2 tak?^^

Saya nak tag untuk sama2 join contest ni :
                      1. Eily aka Bionic Women
                      2. Kak Ros

Thursday, January 13, 2011

i tulen,bang



tadi saya senyum sorang2 bile sorang member kolej ameng tag die gambar nie.gile bertuah adik saya neh.ramai aweks oo.
dak.dak.sorang ja awek dia.yang ni semua kawan kuliah agaknye.


kalau zaman saya dulu.mangsa keadaan yang menyerupai adik saya ni..salah seorang dia..suami yana ,mukhlis.ekeke. ke hulu ke hilir,mukhlis kadang tu kena gi tolong beli burger la,tolong buat assignmentla..dalam keadaan paksa rela mungkin .nak bantu awek,tapi kena bantu kawan-kawan awek sekali...haha.


berbalik kepada ameng. dia seorang lelaki yang memang sejak azali dikelilingi perempuan.mak.kakak.kakak.kakak dan kakak. selayaknya dia sekarang adalah pelajar jurusan kejururawatan. keprihatinan dia pada insan-insan yang lemah adalah tahap 10/10.


anda bertuah,bebuna.heh.


entry promote free la plak.cait.


dulu kecik2 bila nak gi mengaji quran,saya suke sarungkan ameng dengan tudung .ikat kat bawah dagu,macam mak itik tu.comel. nasib bila besar,tulen u.kalau x, memang sayala penyumbangnye...muehehe.


Khairul Fahmi  Najmi..^^.

Jangan apa-apakan anak-anak saya

Awal minggu lepas, saya dah bagi upah pengasuh Ali .walaupun masa tu ,baru hantar 2 hari. Adik tu kata,nak guna duit anak masuk sekolah.

Okla in advance pun.Tak kisahla,walaupun saya tumpangkan Mia 2 kali hari tu dia minta tambah lagi 50.

Tapi bila saya amik depa tadi petang, dia minta lagi.

Aik.minta apa lagi?advance untuk bulan Mac pulak ka?

macam kejam la plak sebab saya kata,sori.tak dapat nak bagi.kalau nak juga,tunggu gaji hujung bulan.

Serabutla pulak rasa kalau berterusan macam ni. Lari budget dowh..

Tapi kasihan jugakla dengan adik tu. Macam bermasalah aje. Siap cakap jangan sembang apa dengan mak mertua die pasal bayaran pengasuh. bank in kan trus aje pada bank dia.

Memang saya kasihan. Tapi saya tak nak anak-anak saya jadi mangsa krisis ibu mertua vs menantu.

Kadang cam rasa bersalah plak, bila mak mertua adik tu kalut ja angkat anak2 saya masuk kereta ,macam nak halau cepat2 je..hmm.

Adik tu tak nak pindah ke keluar?erm.

Wednesday, January 12, 2011

kerja berat perlu makanan yang seimbang



ntahla.kadang memang rasa nak pitam aje sebab slalu ter skip lunch.bukan sengaja tapi memang tak sempat...sebaik sampai di rumah, saya perlu tarik nafas yang panjang sebelum keluarkan 'tangan-tangan' yang banyak itu utk buat kerja rumah.


harapkan breakfast di awal pagi ajela.


sejak2 ada mc d di kulim ni,selalu aje saya drive thru aje kan lunch saye di situ.sebelum sampai rumah pengasuh saya dah selesai makan dalam kereta.tak pun kalau mia ada.dia tolong selesaikan makanan mama die dalam kereta...siap dengan mayonis merata tempat.hmm.
pesal ntah cepat sangat lapar skrg?haha. mengandung ka aku?tidak rasanya.

nasib,timbangan tak naik pun.maintain.huh

Monday, January 10, 2011

minyak.gula.ikan.gaji?

semua naik belaka eh.

gaji? naik juga.pergerakan tangga gaji  tetap berlaku.

Alhamdullillah.

Mensyukuri nikmat yang ada.

Saya tidak suka semakkan hati fikir perkara yang saya tak boleh buat apa2.

sumbangan saya: mungkin tunggu next election.:)

Saya senyum sorang2 bila tengok ada board iklan dari kerajaan negeri tentang is kenaikan takrifan air. siap tulis statistik bandingkan harga air dulu dan sekarang. Takpe.saya faham kenapa air  dan elektrik naik.Saya tak marah pun.

Begitu juga dengan kerajaan persekutuan.takpe saya pun cuba faham dengan tindakan anda.

Haluan kiri ke anda,atau kanan pun anda. Saya akan cuba faham sebabnya bukan senang nak jadi pemimpin..bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Apapun,berbalik pada keadaan semasa. Saya masih mensyukuri nikmat hidup di Malaysia.  insaf eh tengok dokumentari, golongan ekonomi sederhana  di US pun ramai yang dah homeless. lagi teruk tu.

Facebook will end on March 15th?hoax ke

nMari kite tolong memahami masalah jiwa kacau founder fb ni eh.cian die.stress oo..million orang kaco normal life die every sec!hehe


Mulakan dengan langkah, save gambar2 dr album facebook anda. Betul atau tidak. Akur saje.


Kite tidak berada di tempat die. nasib blum ade anak bini lagi.klu dak,habis bercerai berai si Mark neh...:D


source: http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/

Friday, January 7, 2011

Aku hamba Dia

Update: sudah dikenalpasti,orang yang terlibat adalah Yana n Rumie.hehe. tapi itula..mmdgkn mende dah lama berlaku, so semua orang ngat2 lupa ja apa jadi dengan kertas2 impian tu.Yana kate,dia simpan tapi tak sure kat mana. dan saya rasa plak,kiterang ade tanam kat kolej.haha.tunggu Yana balik Jitra,cari dulu kat umah mama die.Kalau dapat tengok balik,sronok juga eh..;)

Kalau tak salah ingatan suam-suam saya, saya pernah buat keja gile sikit masa kat u dulu. Bukan saya sorangla.saya dan beberapa teman rapat.tau apa kiterang buat.bukan jual dadahla.

Kunun2la masa tu,masing-masing tulis wish list dalam satu kertas.pastu lipat dan kiterang tanam kat belakang blok kolej kediaman. Sape ek?aduh.tak ingat sapa lagi yang terlibat masa tu?rumie?yana?ke aku ngan ieza,erin ek?

Dan wishlist tu tak boleh bagitau orang lain .sendirik2 je kena ingat.dan adala cakap,nanti one day datang utm nak korek balik bekas yang kiterang letak wish list tu.

Dan kalau tak salah, masa tu tahun 2 atau 3  kat utm means dah dekat 10 tahun masa berlalu...

Jap nak refresh balik apa saya tulis dalam senarai tuh..

Satu yang saya ingat. Saya tulis nak kawin before umur 30 tahun. Ops.tapi masa tu,tulis nama orang lain. Checked jugakla..kawin juga before 30 .^^

No.2 saya tulis nak kerja gaji RM5000.haha.gila berangan masa tu.ingat trus2 keluar u,orang offer ka banyak tu. Yang ni fail.gaji pertama saya terima rm 1 000 aje.:P

No.3,kalau tak salah saya kate nak anak 4 orang.2 laki 2 pompuan. Hampir2 nak check jg ni.half way lagi..^^


No.4 ,ada rumah sendiri.kecik ka besaq tak kisah. Checked.kira umah sendiri la ek walaupun owner dia,en suami.^^

No.5 ,yang ni paling tak boleh blah.nak beli kereta idaman. Kembara. Weh,zaman batu ka hapa kan,berangan nak Kembara aje.hihi. Checked.tapi cik Berry kesayangan la bukan Kembara…hoho

Banyak juga yang saya tulis.tapi tak ingat la

Bila ek nak pegi korek balik bekas letak wishlist tu?Main problem adalah saya tak ingat tanam kat mane dan sapa yang terlibat…haha.

Dan untuk 10 tahun akan datang sebelum cecah umur 40 tahun. Ini impian saya:

1. Tunaikan haji.
2. Tukar Persona dengan MPV.Alphard.tipu je.Grand Livina pun jadikla…
3. Renovate rumah bagi jadi 5 bilik dan dapur,ada kaunter kat tengah2 mcm dapur rumah Najah,adik saya. Tingin eh..tingin gile dapur camtu.
4. Proses lagi 2 orang anak.harapnya kesihatan mengizinkan.nak fullfill impian yang sudah separuh jalan.

Impian jangka pendek saya adalah cari sorang macam MakCik Khairon , makcik yang ajar saya mengaji Quran masa kecik dulu. Saya nak hantar Mia mengaji dan saya nak join Mia.back to basic.pinjam kejap en suami punya feveret tagline. Tajwid saya sudah lama ke laut tapi saya buat-buat pandai.

Ya Allah, terima kasih. Aku malu denganMu. Banyak yang Engkau telah beri tapi hanya sedikit yang termampu aku balas. Sangat sedikit. Aku hambaMu yang sangat lemah.

Wednesday, January 5, 2011

Kimia itu penting

Perhatian: Pada yang booking telekung.harap sabar menanti.mak kite baru beroperasi semula selepas settle kenduri adik..queue ek.list booking panjang sungguh. pada yang masih berminat,nnti saye emel semula.yang dah byr deposit,jangan risau..anda didahulukan ;)

style lama-lama ok amik gambar kat studio.^^
 Saya dan suami sudah nampak seiras.padahal sorang kurus ,sorang gumuk tapi dunnola kenapa saya sudah nampak bayang air muka suami pada muka saya..^^

Cuba balik tengok muka suami masing-masing,tenung lama2..nanti anda akan dapat kesan yang persamaan yang makin hari makin ketara . bukan setakat muka, tabiat ,perangai, sikap dalam tak sedar mungkin salah seorang akan menyerupai yang satu lagi.

Why? 

Itu semua misteri alam. 

Monday, January 3, 2011

3 tahun tak awal lah...

Gambar pasport mia ni diambil minggu lepas.agak tak boleh blah..hoho. Gambar pasport ,cikgu tadika minta.





sangat komited bila disuruh bergaya dengan seragam tadika






dan tadi masa rehat,saya pergi senyap2 jengok kot tingkap tadika..nak tengok mia buat apa.


see..kantoi!hehe.baik punya dok landing atas cikgu minum susu..resah gelisah le tu togel takda.


takpe biarkan.saje nak pisahkan dia dengan togel..dan kira berjaya jugakla.merengek2 sikit2 ja ,lepas tu ok dah..boleh main dengan kawan2 baru yang lain,cikgu dia kata.

kelam kabut sikit tahun ni bila awal pagi sebelum pergi kerja disebabkan saya ada 2 destinasi nak tuju sebelum pergi sekolah.hantar ali di rumah pengasuh dan  hantar damia di tadika.

tahun 2010,bangun pkl 5.30 pagi ,keluar rumah pkl 6.50..sempat la nak sampai sekolah sebelum 7.15 pagi.
dan tadi pagi masih ikut jadual bangun tidur yang sama.dan agak2 fail nak sampai sebelum loceng berbunyi.maka, kenala bangun awal dalam 1/2 jam.pergh,pkl 5 tu...^^

tadika damia seberang jalan sekolah saya saje.itu yang boleh lari kejap gi jengok tengok dia.nanti tahun depan kena awal daftar untuk pra sekolah di sekolah saya.dah tak risau, 24 hours mia depan mata..^^