LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 17, 2011

Bila hati cikgu terluka

Saya rasa emosi semasa melihat drama La Iqro Ha Fiddin malam tadi di Astro Prima terbawa-bawa sampai ke kelas..korang tengok.gile merembes air mata tengok semalam..huhu.


Dr Edward & Nurlia .kredit to twitter Sh Amani
beb. hari ni saya keluar 1 kelas dengan perasaan yang hiba.


emo bersebab. habis mengajar, saya bersyarah dengan budak2 tu,sampai bergenang airmataku.


selama ni,bila budak2 seagama dan sebangsa dengan saya main2 baling pemadam,koyak2 buku kertas masa saya tengah mengajar kat depan. saya boleh berhenti dan tegur.


tapi hari ni,bila ada yang buat perangai . dan bila saya beralih tumpuan pada 2 orang budak India depan saya yang bersungguh2 menyalin apa yang saya tulis kat whiteboard walaupun saya tak suruh pun salin. hati saya mula rasa sakit hati dengan budak2 yang dok main2 belakang kelas tu.


'Awak.awak..dan awak. Awak bertiga ni,..cikgu cuma ada masa enam puluh minit dengan kelas ni. Tak boleh ka bagi tumpuan pada saya untuk tiga puluh minit pertama ni? Awak bertiga ni,tak malu ka pada S dan K(bukan nama sebenar) ? Cikgu malu  sangat dgn depa dua ni. Satgi kalau cikgu kata orang Melayu memang pemalas. hangpa marah. Melayu tu satu. Islam pulak tu. Islam ajaq menda baik2 ja. tapi yang tak elok ja hangpa nak ikut.. depa dua  pun ada Tuhan,angpa semua pun ada Allah.semua Tuhan ajaq soh buat benda baik, tapi awat angpa suka sangat ikut menda yang tak elok?  '


'Boleh dak tolong cikgu? Pleasela..jangan jatuhkan air muka cikgu yang sebangsa dengan awak....'


Pertama kali,saya emo depan budak umuq 10 tahun..


Akhir kelas,semua senyap. dan langsung tak angkat kepala ..dok tulis dalam buku latihan.


Pergh. perlu rupanya sesekali psiko guna isu perkauman dengan budak2 ni...


Jujur saya cakap,  kadang saya agak bias. saya cuba nak bagi peluang pada budak2 Melayu jawab soalan ke hape. tapi bila tengok respon mendukacitakan, dan saya sedar..yang saya perlu sama rata. Kejayaan diri bergantung kepada individu bukan atas tiket nama bangsa dan agama. 

7 comments:

Ibu Iman said...

sy belum lg sampai tahap emo mcm tu kak... sy biarkan jer yg x amik perhatian.. bila diorang bercakap ms sy mengajar, sy diam terus jer... meletop lom lg cuma gaduh mulut tu pernah dgn budak pempuan melayu... sgt kur aj

BIONIC WOMEN said...

Dulu kan hubby saya sangat garang, tapi x pernah ler pukul2 memukul..siyes dia kata, budak india sangat nakal tapi bila time beljar dowang try fokus..tapi budak melayu sepanjang masa nak main2.
Hubby kata masa ngajar sek tamil dulu, walaupun hubby ni cikgu melayu yg hanya ada beberapa org ajer kat sek tu, tp dowang respek time kita ngajar, bila xder kelas dowang ler hantu..tp bila g sek melayu budaya belajr tu kureng..

Farah said...

budak2 skang ni memang kena main psikologi dah..marah2 dah tak guna..kalau dah 10 tahun memang dah reti bahasa sangat la kan.

Liz Rohaizat said...

mak saya dah berpuluh thn jd cikgu so byk sgt cerita psl hal dlm kelas yg dia sembang dgn kitorang. kdg2 nak gelak dgr perangai budak. tapi kalau tang yg sakit jiwa tu, mak saya pun dah x dpt nak kata apa dah

**sHiKinn** said...

oo rugi tak tgk..hi..

Mrs Hardlena said...

x dpt bayangkan mcmana la rupa adeq ipaq aku ni bila emo camtu eh. sbb slalu jumpa kt kg comey je dgn senyuman ekeke.. :p

jgn ada student yg report kat parent diaorg cikgu donat ckp isu perkauman sudah. kang fames plk kuar berita.. :p

n a n i said...

sy sokong cikgu!!melayu mmg melampau.niat nk tlg org melayu tu slalunya end up mengecewakan kita...tak relevan dgn topik tp point kita sama...hehe...