LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 30, 2010

saya di KL hari ini

aha.menyempat lg.suma tgh queue mandi.air panas ada 1 bilik ja kat umah aku.so aku last la kan.

pd kenkawan yg dah tau,karang saya sampai kl.lepak bkt bntg.ceh bahasa .lepak digunakan.hoho

sapa nak dating dgn i dan anak2 i.sila lapor diri.bawa kereta dgn ruang kosong d blkg ,hokey.

haha.

sabtu,nak soping di jln Tar.nisah nak soping barang kawin.ok.nanti saksikan boleh ke idak,nak soping bawa mia ali dan echa ni.kelengkapan suma dah ada.stroller.baby carrier.air mineral..haha.gigih betul.macam larat.

sabtu malam,dating ngan atul,dada n zuda.shiken,join yok

ahad,saya di damansara.janji ngan cik meeja ngan yana kat mahsa gate.haha.aza.rin.kak eina.kalau korang free.jumpa jg yok. lepas tehah daftar.kami balik.

wah.byk btul planning.apapun tgk mood budak2 ni.huhu.

daa.nak g siap

Thursday, July 29, 2010

Pokoknya jangan merungut

1) Kaum wanita yang bakal mendapat maqam solehah serta menjadi ahli syurga ialah :

•menunaikan solat
•berpuasa
•menjaga maruah
•mentaati suami (rumah tangga)

2) Jihad Fisabilillah

•mengandung
•menyusukan anak
•menguruskan anak (membebaskan 70 orang hamba)
•berpeluh terkena bahang api ketika memasak akan dibebaskan dari neraka
•mencuci pakaian suami akan mendapat 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa

3) Wanita yang dijima' oleh suami juga diberi pahala

4) Wanita yang mati ketika melahirkan anak juga mendapat pahala seperti mati syahid

5) Zikir yang terbaik adalah Laailaahaillahallah

6) Doa yang terbaik adalah Astaghfirullah hala'zim


boleh saya tambah satu lagi.

7)jangan merungut,dan niat kerana Allah. dan ini patutnya no 1.barulah yang 6 di atas ni, automatik masuk akaun akhirat kita.kan.

ok.donut.kurangkan bebel.kurangkan merungut2.aha.

saya copy dari
SINI.kredit to tuan tanah.;)

Wednesday, July 28, 2010

ma..ma..ma..mother's day[anak sapala ni]



saya tgk vid ni,lama dah kat fb sorang kawan.sakit perut btul tgk.korang,nak tau oghang kedah belah2 jitra cakap camna..hangpa bley tgk dr vid ni.sangat purelah bahasa adik ni..aha.

gigih saya carik tadi kat youtube.nak kasik
bu' shiken tgk.sbb saya gitau shikin yg first time saya dgr lagu baby dr justin bieber tu dari budak ni haa la.

weh
Yana.muka budak ni sangat macam opy la.sedara ang ka ?

mia suka tiru yang last tu...ma..ma..ma..mother's day!ma..ma..ma..mothers day!

sapa yg blum penah tgk,korang tgk aa sampai habis vid ni.dijamin gelak gulin2..dan mungkin bley mengalir air mata la tingat mak di kampung.huhu

Tuesday, July 27, 2010

saya was-was dengan private uni

congrats ipts.ipta pun kalah .hebat korang.syabas2!

hehe.ada gak kang kawan2ku lulusan private uni ,sekeh saya kang tgk tajuk entry saya. saya pun penah masuk mmu tau.tapi 3 minggu saja.

dak.dak.saya tak ragu2 dengan uni yang establish.cam mmu.mahsa.lim kok wing.unikl.unisel dan sewaktu dgnnya.

cuma..cuma...

saya was -was dengan kolej atau institusi swasta yang organisasinya kecik2.macam...nak kena bagi contoh ka?tak payahla.sensitif.

jujur saya cakap,saya amat sangsi dengan percambahan kolej2 sedemikian .mudah betullah,diluluskan lesen daftar kolej camni ni. kenapa tak dikawal?

saya bercakap berdasarkan pengalaman.

saya penah jadik pensyarah.di kolej private.dan ia adalah kolej yang kecil.yang budak2nya cuma 30-40 orang sahaja untuk satu batch. masa awal bertugas dulu.saya tak sangsi sangat.ya la kan.tengok iklan,macam gempak aja..sebab tu,ada yang tertarik untuk mendaftar.

tapi,bila saya tengok yuran pengajian student saya.kemusykilan mula timbul.boleh dikatakan 99% dari duit pinjaman mereka,adalah yuran pengajian. kiranya.duit balance yang dimasukkan pada budak2 ni, mungkin setakat rm100-200 sahaja. dah la, kebanyakan yang mendaftar tu, orang2 susah. kesian sangat kdg2 tu,sebab ada yang sampai kena ikat perut betul2..langsung tak da duit untuk keperluan harian.

dan,yang paling saya kesalkan adalah...pensyarah dipaksa untuk meng alter keputusan peperiksaan budak2 ni, agar dapat melepasi syarat pinjaman ptptn.[wt...?]. enough!cukup 10 bulan,saya blah.saya pakat dengan beberapa orang lagi pensyarah kat situ,resign. boss atas memang pujuk gila2, tak kasik kiterang berhenti.masa ni,barulah drama melayu keluar.nak kasik bonus la, naik gaji la...ahe

cukupla.cukup.sudah2 la,makan duit budak2 ni..berdosa rasanya terlibat tipu budak2 ni. masa tu,saya tekad ja. dah la, kerja apa pun tak carik lagi. dah berhenti,baru tercarik2...huhu.Alhamdullilah,rezeki saya ada di tempat lain.

saya cuma nak nasihatkan,kepada adik2 di luar sana.berhati2 ya. memang rasa cam best ja,dapat surat offer macam2 dari macam2 kolej.rasa macam kita ni,jadik rebutan ja kan?tak pun,rasa macam kita ni,pandai je..sebab tu macam2 offer sampai.ada yang menipu tu,dik..saja nak menjerat.

apapun,siasat dulu latar belakang kolej.

kedua,semak dengan JPA tentang status course yang ditawarkan sama ada diiktiraf ataupun tak.

sebolehnya,kalau macam tak penah dengar pun..nama kolej tu,ignore je. jangan layan.

dulu,ada yang bertanya saya.kenapa saya keluar dari mmu.dan terima offer utm. sebabnya satu, saya.. hmm..sian kat abah. kalau diikutkan hati,saya nak stay di mmu. 3 minggu di mmu,sentiasa dalam kenangan...bestla weh situ..kira mcm zaman2 tu,sapa masuk mmu memang tip top ah..huhu.tapi..sekarang mungkin,saya rasa sedikit lega la kot.hutang ptptn ada 5k ja,itupun sbb masa dpt sholarship jpa,saya amik juga duit ptptn 2 sem...tamak kan. dan sekarang dengarnya,untuk dapatkan scholarship jpa,tak boleh bergantung pada result saja.kena tapis.kena interview.padahal budak2 lepasan spm punya ramai straight A.gila aah. itu pun kena berbaris interview dulu. macamanalah zaman anak2 kita nanti kan?makin hari,makin mencabar..makin ramai yang excellent.

takpe mia ali.ni mama dah start menabung untuk korang study dah ni..lama2 jadi bukit la harapnya...huhu.

kpd ameng. guna duit mara tu elok2.jgn buat duit hantaran plak minang nurse lain...:p

dan kepada tehah, study molek2 jg.nanti aku nak palam gigi ka hapa,kasik free ja naa.investment utk ang yg terhebat.haha

jujurnya saya cakap di sini, saya tengah risaukan adik2 yang bawah 2 orang tu,tehah n ameng..depa dua mendaftar di private uni. saya adalah mcm cuak juga pada mulanya.hati ini sangat kuat rasanya nak membantah .tapi,mak cakap..tak apalah, tinggal depa dua ja pun tak habis lagi..hmm. tawakal ajelah. .hope ameng n tehah buat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka berdua.

Kemahiran menyerap daya bunyi

saya sangat pasti, ibu-ibu sekalian sangat mahir sekali menggunakan kemahiran yang satu ini.iaitu kemahiran menyerap daya bunyi

bunyi yang dimaksudkan adalah suara anak2 menangis...huhu. walaupun kadang2 tu,anak menangis 1-2 minit pun, tapi mak ayah tetap kelam kabut kan. tambah2 lagi, kalau di tempat yang ramai orang.rasa macam nak sumbat kepala dalam pasir pun ada,malu i..rasa macam mata semua orang kat situ tengah tengok kiterang...haha.

situasi-situasi kemuncak anak2 saya menangis serentak adalah seperti berikut:

1.on the way balik ke rumah dari rumah pengasuh:

oo..hoo...setiap kali habis sekolah, suspen je rasa bila nak gi amik budak dua ni. saya sangat bersyukur kiranya dua2 tido.boleh angkat ja sorang2,masuk dalam kereta.dan pecut balik rumah.bila sampai,boleh angkat depa dua,masuk rumah.dan bolehla buat2 kerja lain,dengan tenang..aha.

tapi kan.bila dalam kereta kadang2 tu..tiba2 je mia nangis.tak kirala saja2 mengamuk,atau meronta nak gigit adik dia,tak pun sebab dah mengantuk ke hape..selalunya, yang adik tu pun akan ikut sekali nangis...masa ni,perjalanan yang 5 minit pun dah rasa macam 5 jam. di saat genting camni, saya akan biar aje dieorang menangis. dan maknye akan memecut la,kasik cepat sampai.


nak berhentikan kereta dan pujuk2 suruh diam?hmm.err,korang buat cam tu ke?saya tak buatla.nak sua tangan pujuk2 pun.merbahaya.ya la kan sedang drive.jadik,nak tak nak..kenala biar nangis ja.

2. bila mia lapar,dan ali plak tengah mamai nak tido..

meraung dua2 tu,serentak. dalam kepala ligat,nak buat yang mana satu?dua2 dah jenis mengamuk tak ingat.selalunya, saya akan masukkan ali dulu,dalam buai.on kan suis,kasik ayun2 sikit.pastu baru bley gi buat susu mia. tapi kdg2 tu,ali mengamuk sakan jugak walaupun dalam buai auto tu.aha.dan masa tengah buatkan susu mia tu, sekali lagi saya kenalah guna kemahiran buat2 tak dengar ali nangis tu...hoh, anak jantan i,kuat betul melalak.nasib kiri kanan,takde jiran...hehe

3. dua2 terberak.dan menangis serentak.

haa,kau.mana satu nak urus dulu. kalau jadi masa papa dah balik keja,okla..boleh urus sorang satu.dan slaloonye, jadi masa saya sorang2 di rumah. aduhla...panik tau.walaupun,ari2 budak dua ni nangis serentak..tapi maknye tetap panik.

sekarang ni, saya dapat satu la idea ..yang cam bangang la jugak.tapi agak berkesan la,untuk kasik mia dan ali terkesima.dan membolehkan saya selesaikan dulu urusan sebelum,urus seorang lagi.

tau buat camna?

saya buat2 meraung sekali.kasik pitching tinggi sekali.. terkojut anak2 den haa.dengar mak dia menjerit sekali. terus diam..aha.

korang nak try ke?janganla.malu jiran kiri kanan.saya takde jiran kiri kanan.hoho.

nota dari kaki:seronok tengok Paul kurita.rasa kalau ada robot tangan banyak cam Paul..nak juga saya beli satu.pasang kat badan saya...^^

Monday, July 26, 2010

mirip macam ada anak kembar

salam di pagi isnin. no more emo emo.aha.rasanya 2-3 penggal.ewah.tak cerita pasal anak 1 dan anak 2 saya ini.mood hari ini adalah tentang mereka.
mia bersama ali yang baru 4 hari.
weh laa...perut suda sama besar.muka suda sama bolat..yg ali dah 7kg.mia kejap 10 kg.kejap naik 11kg.

sekarang,bila jumpa orang..ada dah yang tegur ingatkan budak berdua ni kembar.kembarla sangat.lain tahun.heh

kalau diikutkan beza tahun, mia and ali beza 2 tahun.mia tahun 2008.ali 2010.tapi bila dikira bulan, depa dua ni beza 1 tahun 4 bln aje.

saya preknenkan ali,masa mia baru 6 bulan.

ni sekarang ali dah nak menginjak 6 bulan.sakan dok pulun hisap jari kaki.orang tua2 kan kata,bila anak isap jari kaki tandanya nak adik lagi..orang tua ja la kan buat spekulasi..huhu.

suspen tau..

doktor memang kasik amaran keras pada saya.untuk tidak cuba-cuba atau sengaja bagi jadi mengandung dalam tempoh 3 tahun ni.last day kat hospital,gynae kasik warning pertama pada kami dua.i.i.sir.arahan akan dipatuhi.

ada yang kata kalau operate semua,boleh sampai 4 kali.itu orang kata.tapi doktor tak kasik amik risiko.cukup 3 sahaja,risiko bleeding teruk kalau cuba jugak.sedih weh.sangat.seorang lagi sahaja mungkin..:(

bila tengok mia dan ali saya teringatkan saya dan adik2.yang saya umpamakan macam kawan2 saya.mana satu yg sulung,mana yg tengah,yg kecik..orang cepat konfius..aha.

dulu ingat lagi kecik2.saya yang tua.jadiknya,bila mak tak cukup tangan nak layan adik2.makanya saya kena mengasuh adik yg no 2 dan 3.najah n nisah.balik2 sekolah masa tu darjah 3..tugasan utama saya adalah tolong bancuhkan susu depa dua.dan tanpa pengetahuan mak, saya curik2 bancuh susu sendirik !ahaha.darjah 3 hisap botol lagi ..haha.

lagi satu kenangan yg tak mungkin saya lupa,tugasan tunggu mesin basuh.bila kain dah habis spin,kena tolong angkat baju masuk dalam bakul and tolak bakul tu bawa gi ampaian.nanti abah balik tengahari..abah tolong ampaikan.haha.mana tak jadi hobi.memang itu pun keje kena buat ari2 dulu...hoho.

bab kena gi kedai beli ikan sayur,tolong mak masak.tak yah cakapla.slaloo yg sulung,memang kena tahu semua tu.kan.korang2 yang sulung..btul tak?

and for me,satu lg yg best jadi anak sulung ni..adalah kadang2 tu,macam ada golden tiket dalam tangan. nak buat apa pun,nak pegi mana pun..mak dan abah sangat tinggi kepercayaannya berbanding adik2.adik2 sekalian,ini tidak bermaksud mak abah pilih kasih ok.cuma disebabkan yang sulung selalu dah diajar untuk survive dan berdikari.jadik contoh pada yang bawah.sebab tu nampak macam yang sulung adalah keutamaan parents.

saya dan adik2 selang 2 tahun seorang.paling jauh pun antara nisah and tihah,4 tahun.tihah dan ameng pun selang 2 tahun jg.

mak cakap,dulu abah kata akan berhenti production kalau dapat anak lelaki.rezeki anak lelaki tiba masa kali yg kelima.jadiknya.itu ajelah yang ada.kami 5 bradik...;)

sebut bab nak anak lelaki,perempuan ni..ni saya tepek satu carta kuno dari China. saya pernah tengok carta ni,mak saya tunjuk dulu. yang ni saya copy dr blog eily..;). carta perkaitan kesuburan ibu mengikut umur,dan jantina anak yang akan lahir.dengar ketepatan carta adalah 99%.

mungkin ada yang tengah usahakan untuk dapatkan anak lelaki atau juga perempuan kan.

saya takda petua khas.ada yang boleh berkongsi tips?

cuba tengok sini.

Mia lahir oktober,masa tu umur saya 26 tahun. ali plak masa feb baru2 ni,masa umur saya masih 27 tahun. hmm.macam boleh percaya kan.

ok.tak cukup 2 contoh je.

saya.lahir mei,masa mak saya umur 20thn..tet.tak tepat.

najah.lahir okt.masa mak umur 22 thn.betul

nisah.lahir feb.masa umur mak dah masuk 24 thn.ok.tepat juga tekaan.

tehah.lahir jun.masa umur mak 28 thn.tepat jugak.

ameng.lahir ogos.masa umur mak 30 thn.tet.salah.

ok.itu perbandingan kelahiran yang memang telah wujud.rasanya boleh kot jadikan panduan kalau nak planning.apapun,ikhtiar dulu.lepas tu,tawakal.kan.:)

nota dari kaki: mia dah pandai usung beg baju kotor yang pengasuh kasik,letak sebelah mesin basuh.saya tak pernah suruh pun.maybe dia dok tgk saya buat,jadi dia ikut. aha...karma weh. saya sudah nampak sifat2 kak long sejati dalam diri mia..hoho.

Saturday, July 24, 2010

respon to entry bebal

hmm.pertama skali saya mohon maaf kiranya ada yang tersinggung or rasa musykil dengan entry bebal saya pasal NI.

itu luahan sisi gelap hati saya.

bab saing ada anak banyak.itu detik hati gelap saya masa tu.dan itu terkeluar disebabkan hati yang berdendam.

takde niat nak banding dengan korang semua. ataupun dengan sapa saja.

saya tak menongkat langit. of coslah rezeki datang dari Allah swt.saya tahu tentang itu.

mungkin intrepretasi ayat2 dari hati saya itu,nampak sangat riak. believe me.tidak bermaksud untuk show off atau nak tunjuk donat-ko-memang-kilang-anak.hoho.

itu yang terkeluar dari hati apabila teringatkan perempuan itu. ya.me dah maafkan dia.noktah.hati dah lega.dan harap Allah ampunkan saya kerana menyimpan dendam sesama manusia.siapa saya.saya bukan maksum.

saya tak minta semua baca balik entry itu.cuma nak clearkan sedikit pada mungkin yang nampak entry itu kabur.

saya minta maaf pada kawan2 ajak saya join contest

huhu.saya minta maaf kiranya,ada jua jemputan2 kawan untuk join GA,contest ke hape..yang saya tak sempat buat.

bukan saipa.kering idea.lagi byk membebel ja skrg.tak sempat nak belek2 entry contest.

sori ye sangat2.

kot la,nanti mai balik angin ribut tofan mood nak masuk contest..nanti saya join ek.:D

Friday, July 23, 2010

sempat2kan.

ada yang tanya saya,saya sempat tak uruskan rumah.ya la kan anak dah dua.

saya jawab.sempat2kan ja la.lol

keutamaan membuat kerja di rumah mengikut hirarki

1.kemas2kan ruang tamu.for me,ini paling penting,everyday sebab tetamu datang tak kira masa.biarkan dulu dalam bilik kecah,kalau tak sempat.

2.basuh,sidai ,lipat baju.hobi ni.hobi..ahaha.

3.vacum lantai.ikut priority jugak ni.ruang tamu dl.kalau anak2 tak kaco,boleh lajak ke bilik2.dan dapur.kalau depa dua dah meragam.keja ni hold dulu sampai malam karang.

4.pinggan,mangkuk dalam sinki.sbolehnya cuba kosongkan sebelum keje.tak sempat sambung balik kang.

5.masak.see.masak bkn my priority.kenapa bukan?sebab bila saya masak.4 perkara di atas saya kena ulang banyak kali dalam sehari.haa..

6.kerja2 pelbagai.macam cuci bilik air,mop lantai ,lap2 habuk perabot ke hape.ini semua bila suami dah tido,anak2 dah tido dan kalau mata larat lagi,baru boleh buat.

saya cuma akan masak

bila suami tengah rehat.boleh tgkkan budak dua ni.

bila mia dalam keadaan mood yg baik.

bila ali dah tido.

kalau suami balik keja,dia trus tuju meja main komputer.

saya cuma tanya,nak ana masak ke tak?kalau nak,jaga depa dua.

en suami akan tengok saya,tengok komputer.tengok saya,tngok komputer.

kemudian dia akan jawab.ok.ana nak makan apa?

itu maksudnya,dia nak gi beli,balik makan trus.boleh main game balik.

cuma kebelakangan ni ajala,mungkin sibuk keja.en suami dah letihla kot nak main game .jadik dia sanggup la nak jaga depa dua dalam tempoh saya di dapur,mencuci pinggan,mandi lepas masak.

jadik,dapurku sudah boleh berasap kembali.

ada yang kata,kenapa tak minta suami tolong buat kerja rumah.

mintalah.suami saya bab buang sampah,diapers berak budak2 ni,tolong lap meja makan.dia dah tere.

dulu masa awal kawin.memang stress.sebab apa yang saya buat.saya nak suami buat betul2 macam yang saya buat.

bila dia tak boleh buat,saya bebel.makin banyak bebel.makin letih rasa.

dan kat situ,saya dah tau kenapa saya letih bila buat2 kerja rumah.sebabnya saya tak puas hati dengan suami tak tolong saya buat kerja rumah.

rupa rupanya,dengan hanya kurangkan bebelan , minta tolong suami dengan baik dan juga cuba berkompromi terutama bab2 jaga anak,masak tu..kita boleh teruskan kehidupan harian dengan ceria dan tanpa keletihan..;)

dan itu cara saya,bagaimana cara korang uruskan politik suami isteri?hehe.


adalah bonus sekiranya suami korang suka ke dapur.tak pun suka buat2 kerja rumah.;).

Wednesday, July 21, 2010

siapa dalam block list fb korang?

korang takde block orang ek kat fb?baiknya korang.^^

saya ada.

saya setting block awek 1 dan awek 2 kat akaun fb en suami. kat fb saya pun sama.haha.tak bulih.tak bulih.marka2 lama en suami cun2.saya rasa tergugat.

dan ex saya pun.saya reject.tapi...saya add bini dia.motif?ntah.

ini tahun lepas punya cerita.

tapi tetiba ,sangat teringin nak tahu perkembangan mereka bertiga itu.sekali lagi
saya unblock dieorang. dan kemudiannya saya add fren semula..motif?ntah jugak.

awek 1 en suami:masih cun.makin cun.cun sangat2.haish.baru bersalin anak sulung.dalam hati:yes,aku menang sbb aku dah ada dua.tapi tang cun tu,aku kalah.

awek 2 en suami:baru kawin.dalam hati:yes,aku menang jugak ni.dia baru kawin.

bini ex:juga dah nak masuk 2 tahun kawin.tapi belum ada anak.dalam hati:yes!yes!yes!memang aku yang menang. saya paling benci budak ni. benci kuasa 32.sebab dia ,saya pernah lempang lelaki.dan kalau dia ada depan saya masa tu,dengan dia2 saya lempang.tak pun tarik tudung dia sampai tercabut. tapi itu dulu la.bila tgk status fb dia pasal tgh ikhtiar nak mengandung,terbit jugak rasa kasihan.saya send mesej via fb,minta dia amal asid folik dan doa byk2.dia cakap makaceh.mula benci.pastu kesian.and then sekarang?perasaan saya statik.

Astaghfirullah al azim...

apa masalah saya weh?

setan ko ,syaitannn!

syaitan itu ada dalam diri saya.bila kadang2 muncul,hati mula nak sakit.

perempuan,oh perempuan..
bila lelaki tak jujur,ko kata dia kaki auta.
tapi bila dia jujur ,ko kata dia sengaja.
apa ko nak wahai perempuan?
sorang2 pun boleh emosi tak pasal2.pms kah saya?

saya masih menyimpan dendam kan.
saya pernah pujuk en suami,jangan simpan dendam tapi yang sebenarnya saya lagi kuat berdendam dengan siapa yang c.u.r.a.n.g. macamana nak buang ?pliss help me.sekarang ini,saya bimbang mungkin perasaan tak redha saya ini buatkan rezeki mereka terjejas.

Ya Allah,ampunkan aku. Dengan lapang dada, mulai hari ini saya maafkan mereka...

Tuesday, July 20, 2010

Ada yang cakap,sekali dah try..tak mau pakai yang lain dah

kill.kill.die!die!fesyen zaman batu

masa ni saya geng surau.tudung labuh.spek bukak.sbb rasa lawa tak pakai spek.btul la kan.yang pakai spek slaloonya rasa lawa sendirik bila bukak spek...hoho.takpa aku sorang ngaku.yang lain senyap takpa.

masa ni rambut perang..dan mata masa tu pi beli lens kelabu.so dah jadi macam minah saleh lupa daratan. saya dah tobat skrg.pakai tudung pun selepang naik atas.pengaruh persekitaran.aku salahkan utm sbb duduk dkt dengan spore.boleh?pernah jugak tanggal tudung.balik cuti sem,kena tarik telinga.ya.me notti dulu.


nih muka dah jernih balik.spek dah pakai balik.no more contact lens kaler maler.selepang pun dah turun.



gambar terkini yang saya rasa,diri ini lawa.ha ha ha


yang ni saja nak tayang sbb nampak paha ku kecil dalam gambar.sekali lagi ha ha ha



dan sekarang sudah musim pakai tudung cenggini kan?
memang saya takmo dah pakai tudung bawal.semua masuk lemari.sebabnya rasa sangat selesa pakai tudung2 berawning ini.

sangat lambat perkembangan fesyen saya.baru nak kenal mana jenis lekra.mana jenis thai silk.ariani.mariani.nasi beriyani.lol

saya takut nak pakai actually .sbb muka saya adalah bolat.bila pakai tudung berawning cenggini kebiasaannya isi bawah dagu akan tersembul.tak pun.muka kembang semangkuk akan terkeluar dari lurah tudung tu.tudung ada lurah ka?ceh.



ini contoh tak sesuai untuk muka macam saya.sangat buruk.don try at home.saya try takpa.


dan..

ini fesyen tudung kena paksa dengan mak namanya.^^

Monday, July 19, 2010

2 perkara yang saya suka tentang Kelantan

Jumaat lepas, saya dan anak2 Mia dan Ali dengan rasa tak bersalah tinggalkan papa sorang2 kat Kulim. kami 3 branak,ikut Tok dad ngan Tok Mi gi Kelantan. ^^
Perjalanan di tengah hari terik tapi itu tidak mengugat Ali untuk tidur tanpa rasa terganggu.sepanjang perjalanan,Ali tidur aje..haish.legala jugak rasa.



Kiterang tidur di rumah Pak Njang Bri,adik abah saya di Pasir Mas. Pak Njang sangat suka memasak.blum sempat letak punggung,dah terhidang nasi marveles neh..sangat sedap ok. kolestrol 0 kata Paknjang disbbkan penggunaan virgin olive oil.tapi kalau dah melantak sampai brpinggan2,mungkin dah jadik kolestrol 100.hehe




ikut putaran jam-acar spain[ahaha], sup cendawan yg berkrim dan nasi mandi plus ayam kukus..series sangat sedap.



aksi saya menggeget ayam tak buli disiarkan.gambar ameng ja bulih..lol


paling utama yang saya suka tentang kelantan of cos lah pasal makanan makanan yang sangat menggugat nafsu makan si pemakan seperti saya.diet ke laut.diulang: diet ke laut. kalah masa mengidam dulu. 3 hari di Kelantan, saya dah mengadap nasi kerabu, nasi berlauk ,akok, nasi dagang, sambal siam, ayam percik putih dalam kitaran semula sebanyak 2 kali.last2 masa nak balik, asyik berhenti pegi toilet.haa..amik nkau!nafsu kerbau btul ,makan tak ingat anak2 dah..ahak.


keduanya tentang orang cina yang fasih cakap dialek Kelantan. weh, sampai sekarang saya akan terpegun bila tengok orang cina pandai kechek kelate. ..sangat comellah!!^^.susah nak cari kat tempat lain.


Ini adalah breakfast kiterang untuk hari kedua.pagi2 dah mengadap nasi kerabu dengan daging bakar yang masih berjus ini..aduhhla..tapi slack,solok lada takda plak.kempunannnn...huhu



Sebaik selesai breakfast, kami bertolak ke Pasar Khadijah. tujuan utama adalah untuk membeli belah. Saya shopping 10 minit ja sebab tak larat nak dukung budak berdua ini. capai mana yang sempat aje. lepas tu kiterang teruskan perjalanan ke jalan Pengkalan Chepa untuk berjumpa sahabat lama, Cik Ayu Ayam.
Sampai2 je, saya nganga ajela sambil telan air liur bila tengok rumah famili cik Ayu. rumah dia sangat besar. Mia siap sesat dalam rumah.bilik sangat banyak.8 bilik kalau tak salah.bilik air.4 ke 5 ntah. macam rumah dalam game Sims aje rasanye..hehe.



ayu,besor sungguh rumah mu deh.nak jugak 1 bilik boleh?uhuhu.



Mia Ali dan aunty Ayu.

Mia yang sangat getek ngan cik ayunya.


Terima kasihla ayu & famili.esp ayu yg sanggup tukar jadual on call demi kiterang...^^

Sempat pose di pantai cinta beraNi.dak.dak.pantai cahaya bulan.


Inilah Pak Njang n Mak Njang saya. Pesal ntah saya pose camtu.tarik nafas tu gamaknya nak kasik perut kempis sikit.

weh,penat menunggu paksu Komeng. terkehel dah tangan rasanya ngusung budak berdua ni..huhu



Tok Mi yang keletihan. Mia yang dipakaikan baju bola sebab habis jeansnye kena air kencing. Dan ali yang tak habis2 gigit jari kaki sendiri. Weh,nak adik dah ke ALi?


Good luck my bro! Jadiklah nurse yang disegani. jangan asik ngorat awek cun2 jek..setia pd yg satu dan study rerajin.

Btui. saya tak tipu. adik lelaki saya ini baru je mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan diploma kejururawatan di pengkalan chepa..pekerjaan yang comel bagi seorang lelaki,saya rasa.hehe

Dulu saya malu,sekarang tidak lagi


saya baru balik dari Kelate. uplod dulu 3 kpg gambar ni.gambar masa di Kb.cerita akan menyusul kemudian deh!!^^


Jap.nak setting dulu.


ok.ok.mama.set!kasik masa 10 minit kat Ali dulu..nanti baru tukar tangki sebelah lg.lol


Mia teman Ali nyusu.Mia tak kaco la sebab dia baru lepas je minum susubotol.


seingat saya masa Mia dulu,boleh dikatakan saya sangat jarang menyusu Mia di public.jarang ke tak penah langsung ek?adala kot sekali dua,selebihnya saya sumbat dia botol.ngan Fm lak tu.


satu,sebab malu.

dua,sebab kurang ilmu

saya tak akan buat kesilapan kali kedua. cubalah untuk bf Ali sebaik mungkin.

Syukurla Ali ni jenis pandai melekap pada badan.Jadi tak yah susah2 sangat nak kepit mulut dia ke, nak tolak kepala dia ke arah dada ke..dia memang pandai lekapkan mulut dan adjust badan dia ikut posisi saya.

sekarang saya dah tak malulah nak bf di khalayak ramai. dah dapat blaus2 yang bersesuaian untuk menyusu.

disebabkan Ali jugak seorang yang mengambik masa yang lama untuk bf..jadik kadang kadang tu saya sempat buat keje lain sambil menyusu. sempat lipat kain.sempat sikatkan rambut Mia.sempat suapkan mia makan.dan sempat berblog!!ahaha.

bley imagine buat camna?ibu2,tangan kita macam Paul kurita kan?lol

Thursday, July 15, 2010

ok.saya mengaku..............

gambar lama.saya scan zaman bila ntah.suci.skema.muka anak anak en zulkifli masa ni.iyeww..


saja letak gambaq yang ni.nak tunjuk bukti kat ampa suma,yang saya pernah memiliki badan bersaiz s ni.*nangis

kan.bergambar di studio adalah aktiviti kegemaran kami 7 beranak.

dan jugak di ruang tamu ini.mesti ada punyala pose kat sini setiap kali raya.saya masih berstatus anak dara sunti masa ni.tapi badan dah macam anak banyak2.huh

ada yang pernah bertanyakan saya, macamana saya dan en suami buat keputusan nak stay di Penang.bukan di Sabah.
masa kami bercinta dulu.perkara ni tak pernah dibincangkan sama sekali.yala kan.masa ni,lautan api pun nak redah.macam berani.
masa nak kawin,mak mertua saya bagitau kena ikut kata suami.kat mana suami duduk,kat situ isteri kena ikut.
mak saya pun kata macam tu.
tahun pertama kawin kami menetap di batu pahat,johor.bukan saja2 nak pi dok johor.tapi disbbkan en suami ada 1 sem lg di kuittho masa tu.dan saya posting di johor.
tapi dok Johor yang tak sampai 1 tahun tu pun, kadang -kadang tu saya boleh menangis tetiba rindu kat mak.malam2 asik meroyan dok teringat mak.hari2,every hour calling2 misscall2 dengan mak.sampai habis top up.
kadang2 en suami tanya, dok sembang apa dengan mak sampai berkali2 camtu.
banyakla nak sembang.nak tanya mak dok buat apa.hari ni masak apa.abah camna.dan banyak lagila nak intipati sembangan tu kan.
dan en suami kasik smack down sekali trus rasa nak pengsan.gini ayat smack down dia..'macam ni..nak pi dok sabah, dok Johor pun macam ni ghupa...kalau dok sabah,kita balik Kedah setahun skali saja ok'..haa..tengok. nak mengusik bini pun ,agak2 la.dah makin buruk muka saya nangis masa tu.ya.saya bukan saja reka bg jadi slang kedah.laki i memang dah katam loghat Kedah tahap 8.haha.

susulan dari peristiwa itu dan beberapa lagi peristiwa bertangisan nak makan bihun goreng mak masak [ni nangis masa ngidam mia dulu] makanya ..en suami membuat keputusan kami kembali ke utara.bukan ke Sabah.
Saya hormat keputusan en suami. dan saya tak akan lagi tanya dia,'kenapa tak balik dok sabah?'
sebabnya saya rasa,kalau sekali lagi saya tanya macam tu..malam tu jugak ,en suami packing ajak balik sabah.mau? tak mau.tak mau.
lagi mau tanya, dah suami buat keputusan camtu..bersyukur cukupla.kan.
inilah yang dinamakan diplomasi dalam rumah tangga.^^
dan syarat sampingan untuk kembali menetap di utara ini ada satu. en suami cakap, tak boleh balik selalu ke Jitra.tak boleh every week.itu syaratnya.
macam senang je syarat tu.mesti saya boleh punyalah ikut.lagipun mak dah dekat.
tapi...tak lama lepas tu, situasi meraban di tengah malam teringatkan mak kembali.bila lama je tak nampak muka mak,mula rasa senak perut.sakit dada suma ada.
and sekali lagi en suami kasik smack down lagi.'aik.sapa janji ritu tatau..tak mau balik selalu?'
ntah sapa janji.saya tak janji pun.*pura2.
en suami adalah seorang yang sangat bertoleransi dengan insan bernama isteri ni.memang dia suka perli bini demuk dia ni,tapi dalam masa yang sama..dia akan hilangkan kegusaran di hati ini dengan memandu balik ke Jitra bila agak2 bini dia mula nak kemurungan...
dan kembali kepada tajuk.
ok.saya mengaku..............saya memang anak omakkkkkk!!

sekarang dah dekat 1 tahun tak balik sabah.tapi saya tengok en suami maintain ja.dia tak nangis pun.okla tu.dia macho.saya ja munchong...huhu

Wednesday, July 14, 2010

pasal harta,hati jadi kelabu

Korang masih ingat kisah arwah kawan sekerja saya?yang meninggal masa bini masih dalam pantang 10 hari tu.

Tadi petang, sekolah saya adakan Hari anugerah cemerlang.gembira + terkejut saya bila ternampak kelibat anak2 arwah dalam perbarisan murid nak terima hadiah. sebabnya sebaik arwah meninggal,anak2nya dah bertukar ke sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal .anak2 arwah pandai2,jadinya sekolah sangat berbesar hati menjemput anak2nya menerima hadiah di atas kecemerlangan mereka.

saya adalah sangat emo di atas pentas memegang tray hadiah bila terpandang muka2 anak2 yatim tu.huhu.terpaksa menggunakan skill mengedip2 kan mata tanpa bantuan tangan sbb dah terasa mcm ada air mata yang nak terkeluar.huhu.tak bley aa..masih terbayang kemesraan arwah dgn anak2 die tu..sekelip mata,mereka kehilangan ayah.Ya allah.

Di akhir majlis, masa jamuan saya bertemu isteri arwah di bilik jamuan.

Bertanya khabar dan bertukar cerita.

Satu perkara yang amat menyentuh hati saya,bila kakak tu maklumkan yang dia cuma berserah pada takdir kiranya Amanah Raya putuskan kesemua harta arwah di faraidh.termasuk rumah yang arwah baru beli.kereta.duit simpanan.duit tunggakan gaji.duit pencen.Kecuali pampasan insurans sebab insurans tak boleh dibahagi sama rata secara faraidh walaupun ada pihak yang menuntut.Syukur.

Erk..musykil jugak saya sebabnya tak kan langsung arwah tak letak kakak tu dan anak2nya sebagai penama?

Dan sapa plak yang sampai hati tuntut semua tu dari balu dan anak2 yatim tu?kejammnya tindakan orang tu,pada saya.

Kalau kot ye pun, kenapa takda tolak ansur dari pihak keluarga arwah?

ok fine.kalau memang nak sangat pun..kereta dengan rumah tu..rasa saya patutnya memang kalau ikut akal waras dan perasaan empati dalam diri, kenapa perlu jugak dibahagi sama rata?kenapa ada yang minta difaraidh kan?

duit duit yang lain tu,tak kisah la..memang kalau saya jadi kakak tu pun,akan kata..'lantakla.amikla semua duit.aku kerja.ada tulang 4 kerat.tak kebulur pun duit tu semua...'

tapi rumah.dan juga kereta.nak bahagi camna tu weh?kena jual dulu ka?pastu duit hasil jualan dibahagi dengan pihak2 yang menuntut?

erkkkk...aduhai.

huhu.saya cuma berdoa rumah tempat berlindung mereka akan selamat dari dijual.itu saja harapan saya.


kenapa ada yang sampai hati macam tu sekali?

hmm.ada sumber yang memberitahu,akak tu bukan menantu pilihan.

ok.di situ dapat dijangka kenapa jadik insiden kasihan ini.

kak, tabah yek.kak kerja demi anak2.insya allah,ada rezeki lain untuk anak2.

biarkan mereka.

Monday, July 12, 2010

Mat Terap



iyah ! iyah!iyah!


nak kena tekan tubi ka ni,mama?

hmm,ke latihan menjalar atas katil?



mama saya kejam..uhuk uhuk.









*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




akhirnya...berjaya jugak mat terap sorang ni meniarap dengan jayanya...hoho


Ali lagi awal meniarap dari Mia.Mia dulu, masuk 6 bulan baru nak meniarap.Ali dari awal 4 bulan dah tunjuk bakat

Baik hati kan saya?

Dalam minggu kebelakangan ni,saya kasihan sungguh tengok suami. dia sangat letih nampak. ada juga dengar en suami bunyi,cakap dia keletihan sbb keje banyak. saya iyakan.dalam hati saya, i ye ke? dah kdg2 nak subuh baru tido tengok bola..mana tak letih.ehehehe.dah terkeluar suara hati kat blog ni.ampun en suami..peace!

Dan malam tadi,lepas balik Tesco. Ali ngamuk nak nenen.Mia plak serentak ngamuk nak susu.saya dengan suara yang ayu2 pegi jemput en suami yang tengah asyik main game..minta tolong dia dodoikan mia sementara saya nak nenenkan ali.

Dalam 5 minit pertama,mia merengek2 lagi.dah papa dia garu2kan kepala,pastu dia senyap.dah tidur rupanya.
tengok2 yang papa dia pun,mengerekot sekali kesejukan..tidur.

dengan baik hatinya,saya selimutkan dua beranak tu.
saya setting baik punya aircond.
yang ali plak , dah tidur sebab dah kenyang nenen.
saya masukkan ali dalam baby cot,dan selimutkan dia baik2.

pastu tutup lampu.dan tutup pintu.

tengok jam baru pkl 10mlm.saya lipat2 kain. iron baju nak gi keje and then saya join 3 branak td.

saya bangun pkl 1 pg,kejut suami ala2 manja gitu..'tak nak tengok bola ke..?'

senyap takde respon.

dan saya pun sambung tidur balik

bangun pkl 5 pg td nak siap2 gi skolah, saya tengok suami tidur lg.siap berbungkus dalam selimut.

ooh,kasihan en suami. dia tak tengok final Wc pun malam td.sebab?bini dia tak kejut.

biarlah paul kurita dengan kepah2nya. good bye world cup! jumpa lagi 4 tahun..

Wednesday, July 7, 2010

wajah wajah 1 Malaysia

Saat dan tika ini, saya betul betul rindu dengan budak budak techik yang mengelilingi hidup saya neh. ada dieorang reramai,riuh rendah. yelah,sepupu mia yang paling tua pun baru 5 tahun,pastu berderet deret saya dan kak ipar dan biras biras mengandung..ahaha.last year kebetulan plak,saya saing bawa perut dengan adik saya.due date 3 minggu ja beza.

Meh saya perkenalkan sorang sorang sepupu sepupu Mia dan Ali. sorang di Jitra dan yang lain tu semua ada di Sabah. last year saya balik,ada yang dalam perut mak depa lagi.tahun ni,raya kiranya Ali pun baru first time nak jumpa nenek Beaufort.


ni haa..si budak echa bersuara nyaring.bila dia bangun,orang lain tak bulih tido dah.jadik,bila tengok dia tidur kenalah paksa tidur jugak.klu tak,alamatnye sampai ke siang la satu isi rumah tak tidur sebab echa kuat nangis..hehe.tapi tu masa pantang dulu jala,skrg dia kuat senyum ja..kan echa kan?
namanye panjang..wan qhairina aleesya.tapi kami panggil echa. adik bradik susuan Mia and Ali. anak adik saya,Najjah. baka semenanjung..Jitra + Alor Star

Haa..hat budak thomey ni cuba tengok mukanya yang mulus.tak ori Melayu dah ni.hehe. From kemaman with love.combine dengan orang Beaufort...hehe. anak abang no 2 en ateng. Nasya.


Haa...hat dua ni, kembaq Mia and Ali ni. btui dak?seiras je muka. cuma beza Nani rambutnye lurus. Haiman plak lagi cina dari Ali. Anak - anak abang sulung en ateng. nih campuran beaufort dan Bongawan

Three liltle creatures yang shomeell2 ni plak anak kakak kedua en ateng. Nuyui ,Hans dan Habib. Beaufort + Kota Belud mari.



Haa...hat dua ni..tak yah dok pekenai dah. sapa kenai?hahaha. Ali the cina boy dan Mia yang serupa mek-siam-juai-kain..hoho.bukan ori jugak yang dua ni pun. Jitra + - x / Beaufort

rindunya anak2 ni..kalau berjumpa semua ni,gamat ...hmm,dapat dibayangkan macamana.

Harapan semua yang bergelar ibu dan ayah

Bila tersemai benih.harapannya cuma satu.

Benih akan bercambah dengan baik.

Tapi..

kalau ibu lupa siram,benih akan mati.

kalau ayah lupa baja, benih akan mundur.

Oleh itu

ibu jangan lupa. ayah pun jangan lupa.

Bila ibu dan ayah saling memperingati,

nescaya benih pun tak akan sesekali lupa pada asal usul kejadian...

saya harap saya yang pergi dulu,bukan dia

software ni pun perli saya tau.pesal dia gemukkan muka saya lagi ni untuk 20 tahun ke depan?jahat tau.jahat.jahat.jahat.mesti lagi debab cam garfield umuq dekat2 nak pencen nuu.



laki i plak.awat maintain je ni.cuma muka bapak mertua yang garang tu terserlah la.abisla anak menantu kecut nanti..aura gerun terpancar.

source: in20years.com

kadang kadang dok menung sorang2..dok berangan masa tua2 nanti,dok tengok tv sambil makan kuaci ngan en suami.ahaha.tak pun,boring2 naik moto pusing taman.mia ngan ali raya2 baru nak balik..huhu.tapi rasanya kalau kita panjang umur,20 tahun lagi mungkin takda kes warga emas kesepian la..sebab masa tu,tok nek tok nek kuat main komputer.tak heran sangatla anak cucu tak balik...hahahaha