LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 26, 2010

mirip macam ada anak kembar

salam di pagi isnin. no more emo emo.aha.rasanya 2-3 penggal.ewah.tak cerita pasal anak 1 dan anak 2 saya ini.mood hari ini adalah tentang mereka.
mia bersama ali yang baru 4 hari.
weh laa...perut suda sama besar.muka suda sama bolat..yg ali dah 7kg.mia kejap 10 kg.kejap naik 11kg.

sekarang,bila jumpa orang..ada dah yang tegur ingatkan budak berdua ni kembar.kembarla sangat.lain tahun.heh

kalau diikutkan beza tahun, mia and ali beza 2 tahun.mia tahun 2008.ali 2010.tapi bila dikira bulan, depa dua ni beza 1 tahun 4 bln aje.

saya preknenkan ali,masa mia baru 6 bulan.

ni sekarang ali dah nak menginjak 6 bulan.sakan dok pulun hisap jari kaki.orang tua2 kan kata,bila anak isap jari kaki tandanya nak adik lagi..orang tua ja la kan buat spekulasi..huhu.

suspen tau..

doktor memang kasik amaran keras pada saya.untuk tidak cuba-cuba atau sengaja bagi jadi mengandung dalam tempoh 3 tahun ni.last day kat hospital,gynae kasik warning pertama pada kami dua.i.i.sir.arahan akan dipatuhi.

ada yang kata kalau operate semua,boleh sampai 4 kali.itu orang kata.tapi doktor tak kasik amik risiko.cukup 3 sahaja,risiko bleeding teruk kalau cuba jugak.sedih weh.sangat.seorang lagi sahaja mungkin..:(

bila tengok mia dan ali saya teringatkan saya dan adik2.yang saya umpamakan macam kawan2 saya.mana satu yg sulung,mana yg tengah,yg kecik..orang cepat konfius..aha.

dulu ingat lagi kecik2.saya yang tua.jadiknya,bila mak tak cukup tangan nak layan adik2.makanya saya kena mengasuh adik yg no 2 dan 3.najah n nisah.balik2 sekolah masa tu darjah 3..tugasan utama saya adalah tolong bancuhkan susu depa dua.dan tanpa pengetahuan mak, saya curik2 bancuh susu sendirik !ahaha.darjah 3 hisap botol lagi ..haha.

lagi satu kenangan yg tak mungkin saya lupa,tugasan tunggu mesin basuh.bila kain dah habis spin,kena tolong angkat baju masuk dalam bakul and tolak bakul tu bawa gi ampaian.nanti abah balik tengahari..abah tolong ampaikan.haha.mana tak jadi hobi.memang itu pun keje kena buat ari2 dulu...hoho.

bab kena gi kedai beli ikan sayur,tolong mak masak.tak yah cakapla.slaloo yg sulung,memang kena tahu semua tu.kan.korang2 yang sulung..btul tak?

and for me,satu lg yg best jadi anak sulung ni..adalah kadang2 tu,macam ada golden tiket dalam tangan. nak buat apa pun,nak pegi mana pun..mak dan abah sangat tinggi kepercayaannya berbanding adik2.adik2 sekalian,ini tidak bermaksud mak abah pilih kasih ok.cuma disebabkan yang sulung selalu dah diajar untuk survive dan berdikari.jadik contoh pada yang bawah.sebab tu nampak macam yang sulung adalah keutamaan parents.

saya dan adik2 selang 2 tahun seorang.paling jauh pun antara nisah and tihah,4 tahun.tihah dan ameng pun selang 2 tahun jg.

mak cakap,dulu abah kata akan berhenti production kalau dapat anak lelaki.rezeki anak lelaki tiba masa kali yg kelima.jadiknya.itu ajelah yang ada.kami 5 bradik...;)

sebut bab nak anak lelaki,perempuan ni..ni saya tepek satu carta kuno dari China. saya pernah tengok carta ni,mak saya tunjuk dulu. yang ni saya copy dr blog eily..;). carta perkaitan kesuburan ibu mengikut umur,dan jantina anak yang akan lahir.dengar ketepatan carta adalah 99%.

mungkin ada yang tengah usahakan untuk dapatkan anak lelaki atau juga perempuan kan.

saya takda petua khas.ada yang boleh berkongsi tips?

cuba tengok sini.

Mia lahir oktober,masa tu umur saya 26 tahun. ali plak masa feb baru2 ni,masa umur saya masih 27 tahun. hmm.macam boleh percaya kan.

ok.tak cukup 2 contoh je.

saya.lahir mei,masa mak saya umur 20thn..tet.tak tepat.

najah.lahir okt.masa mak umur 22 thn.betul

nisah.lahir feb.masa umur mak dah masuk 24 thn.ok.tepat juga tekaan.

tehah.lahir jun.masa umur mak 28 thn.tepat jugak.

ameng.lahir ogos.masa umur mak 30 thn.tet.salah.

ok.itu perbandingan kelahiran yang memang telah wujud.rasanya boleh kot jadikan panduan kalau nak planning.apapun,ikhtiar dulu.lepas tu,tawakal.kan.:)

nota dari kaki: mia dah pandai usung beg baju kotor yang pengasuh kasik,letak sebelah mesin basuh.saya tak pernah suruh pun.maybe dia dok tgk saya buat,jadi dia ikut. aha...karma weh. saya sudah nampak sifat2 kak long sejati dalam diri mia..hoho.

7 comments:

atulhani said...

maknanya.. kalau aku nak anak lelaki tahun depan, aku kena beranak area may-september... aduh.. tak sempat ni nak process kot.. haha.. tu contoh jek....

kinna said...

tak tepat..anak sulung lahir bln mei ms umo sy 26,mmg gal..anak second bln doblas, umo sy 27. patutnya laki la..(tak dapek2 boy lg ni..huhu)

ch@ said...

huh dpt cikOni tepat la, pempuan. pasni nak try bby boy pulak laaa. hahaha, merancang baik niii.
takpe la kak, akak dah dpt sepasang.

FrH said...

carta tu adalah salah utk aku .. aku pernah tgk carta ni dulu masa pregnant kan hadzim, dia ckp pempuan. tp kuar laki. hehe. aku & hubs mmg harapkan lelaki & btol2 ikut SOP utk anak laki. ngeeeeeee.

BIONIC WOMEN said...

tapikan bila terpikir skali ag, mungkin jugak kalendar ni ikut umur ibu mengikut kalendar cina, tu yg jadi x tepat kot..hehhehe..sebab kalendar ni tertanam di china kan? cina x sama ngan kalendar kita ni..kan..kan..kan? dowang nyer new year, kita dah bulan feb..

nani said...

muka ali lagi persis made in sabah je aku tgk compared to mia

lily lotus said...

comelnya baby2 kat 1st pic tu :)