LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, February 25, 2010

Ali membesar bagai juara

Anak teruna saya sorang ni,masih dalam fasa pengenalan kehidupan sebenar.

Masa tidur baby umur ni lebih kurang 20 jam sehari..memang sepanjang hari siang, ini ajalah keje si Ali ni. Masa malam, ali tak kasik can pada mama nak tido..tapi saya tido aje haa kadang2 tu kalau letih sangat2..sebabnya time pantang ni,ramai pembantu menghulurkan bantuan kecemasan..hehe

Cuma, yang agak meletihkan tu if Ali bangun malam,nangis nak susu serentak dengan kak long mia. Haa, masa ni seisi rumah bley terjaga dengaq depa dua berduet..ditambah plak selingan anak adik saya, si aleesya. Gamat sungguh rumah time orang lain tengah syahdu tidoq..hehehe. Suma ala2 panik,tak tau nak suruh yg mana diam..haha.


*saya sungguh kagum pada ibu2 yang punya anak kembar..


Pada yang selalu bertanyakan saya tentang sebarang petua atau tips...ingin saya nyatakan di sini..


Saya takde tips khusus macam mane lebatkan rambut anak, atau tips dapat anak cerah, rambut kerinting..takde. Genetik mempengaruhi mungkin.

Saya juga takde tips nak bagi mudah mengandung atau macam mana dapatkan anak lelaki atau anak perempuan. Sebabnya saya dan en suami tak pernah merancang apa2, mengharap sangat pun tidak..cuma serahkan sepenuhnya pada Yang Esa. Dia yang lebih mengetahui...berserah betul2 berserah ..kalau ada itu rezeki namanya, kalau tak ada pun, tunggu ajala..

Cuma yang boleh saya kongsikan di sini, sepanjang mengandung , saya amalkan bacaan ayat kursi dan usap perut setiap kali sebelum tidur . Honestly, pengetahuan agama saya hanyalah suam2 kuku. I'm not good enough tentang hal ehwal keagamaan..ayat Kursi je pun ,yang btul2 saya pandai hafal.* Saya serius ni.
Dan setiap kali hati tengah gundah gulana atau emo lebih2, ayat Kursi jugala saya jadikan ubat..dan juga doa lindungi kandungan dalam perut. Doa nye dalam B melayu macam kat bawah ni..
* Dalam Arab,maaf. Saya takut tersalah tulis,nanti salah tafsirannya..huhu.


Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan,tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah,rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya Allah,keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya allah jadikanlah dia sihat sempurna berakal dan pandai,alim dan beramal.
Ya Allah,panjangkanlah umurnya,sihatkan lah badannya, dan baikkanlah akhlaknya,fasihkanlah lisannya,baguskanlah suaranya untuk membaca Al Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..


Daniel Ali @ 4 days. Sangat "Ateng' kan muka anak teruna saya neh?

maintain tidur je time kepala kene dogol..


Ni gambar semalam, Daniel Ali 19 hari

Wednesday, February 24, 2010

Mia @ studio..[again]

Hmm,sori Ali. Nanti mama upload gambar Ali cukur kepala plak ek..Mama upload dulu gambar kak Mia posing kat studio gambar bln lps

Pakai cheong sam tu time kak mia di studio di Kulim

Yang 'berbogel' pakai sayap pari2 tu ,masa kak Mia kat aloq staq..

Punyala lama tunggu gambaq siap,dekat 1 bulan tunggu, last2 siap serentak masa mama kat hospital..hampeh

to all 'kipas-susah-mati' Mia..[budget anak mcm artis la kan..hihihi],layannn gambar2 mek afro neh..










Thursday, February 18, 2010

Terbaik dari ladang


Alhamdullillah, sememangnya saya dibekalkan dengan stok yang boleh dikatakan banyak..tak payah susah2 nak berurut atau kena nak makan supplement semata2 nak tambah bekalan..rezeki susu melimpah2 tapi mama mia agak sengal dahulu2 kala,cepat bebai plak tu..last2 susu kering camtu ja..huhu

Jadi,kali ni saya tekad nak 'tebus DOSA' pada my doter, Damia .. Damia sempat menyusu 6 bulan aja haa..cian anak mama..

Ini juga masanya untuk saya beramal jariah untuk anak buah.makanya Ali tak bleh ngurat Aleesya le nanti. *Kene beringat juga ni,mana tau esok lusa terlupa plak..

Chaiyok2 mama mia ali, semoga bekalan mencukupi untuk bukan 1, bukan 2 tapi untuk 3 insan comel dalam hidup saya sekarang...(,")

Thursday, February 11, 2010

Awat la buang lagu ni..

Pagi2 bangun,baca Utusan Malaysia, saya nampak ni..

Apa dosa dia?

Saya tengok Mia,saya tengok Daniel..jadik blur je rasa bile pandang balik muka mulus baby dalam gambar tu..satu je yang terlintas dalam kepala..

Senangnya mama die beranak..huhu

Wednesday, February 10, 2010

udah update

^

family sticker di atas sudah diupdate..

sekian terima kasih.

en suami,lambatnye ujung minggu nak tunggu awak balik jitra.uhuhu.mama mia ali rasa tak cukup tangan nak tengok kiddo 2 orang tu. nasib ramai pembantu2 prihatin kat umah ni.
kecoh..baru 2 ,bukan seploh lagi pun...haha

Tuesday, February 9, 2010

Lepas Damia, Daniel?Lepas Daniel??

Oooo..no..no..pause dulu untuk sekurang2 nya 3 tahun lagi...btul,kali ni btul kene 3 tahun dan maybe lebih. Sebabnya, takde rezeki Daniel Ali keluar ikut pintu, ikut tingkap juga haa..so mommy really2 need a lonnnggg rest..klu tak, papa n mama kena piat telinga ngan doktor!huhu.

kay, en suami, pas pantang ni ..kita pegi trus LPPKN ek, cari kaedah terbaik untuk kebahagiaan di masa2 akan datang..uhuhuhu. Tapi, ikutkan , saya pilih untuk implan kat lengan tu..

Apapun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana proses kelahiran Daniel walaupun agak sukar pada peringkat awalnye, tapi..semuanya selamat dan berjalan lancar.

Nama diberi pada putera kami ini ialah Daniel Ali Bin Khairul. Budget nama glamer la ni kan?heh

Lahir pada: 6 Februari 2010, 7.06 pagi. Hokeh, masa doktor bedah nak keluarkan Daniel, saya siap pusing tengok jam kat sebelah lagi haa..hehe. Trima kasih pada Dr Munirah,pakar bius masa tu sebab dia ramah tamah btul. Siap sembang plus gelak2 ngan saya masa operation tgh berjalan tu..saya tahu, dr tu cuba nak alihkan perhatian saya dari dok fokus pada operation yang tengah berjalan tu..makaceh doc!;). Mahu tak,sebelum masuk bilik bedah, saya meroyan la kejap..dok merayu kat doktor2 tu suruh full bius kan diri saya ni...saya ala2 lalok la juga masa tu. Mau tak meroyan..dah dekat sehari contraction bagai nak gila padahal jalan buka setakat 7 cm ja pun..memang same kes macam Damia dulu..uhuhuhu.

Berat: 3.28kg. 3 kg lebih juga kali ni..dan ni juga merupakan one reason kenapa saya dibedah lagi kali ni. Menurut doktor , rahim saya kecik untuk menampung berat bayi yang lebih 3 kg..huhu, what ever la kan..janji dah selamat suma..

Tettt....

Tinggal kejap kisah2 horror di bilik bedah iteww..ikutkan memang tak mo dah tempuh lagi pasni..tapi nak wat gena, kenala jugak sekali or 2 kali lagi..sebabnya lepas2 ni saya dah tkde can nak bersalin normal..

Sejak dalam perut lagi,lepas2 tahu je yang saya ngandungkan baby boy,hari2 saya panggil nama Daniel tak pun Ali..sebab itula kot,kluar2 je mata Daniel terbuntang je macam paham je orang sebut2 nama die,..hehe. Cuba korang bandingkan dengan muka Damia masa lahir dulu, kat SINI. Sama kan dengan Daniel??ehehehe.







layan dulu picas yang ada, mama mia ali mau rehat dulu..daaa

Macam kucing nak beranak

Macam kucing nak beranak. Bidalan ni seswaii sangat untuk saya tika ini. Bukan kucing dowwh,memang haku yang tak keruan ke hulu hilir menunggu saat melahirkan.

Klu boleh tu,takmo pegi hospital awal,macam masa Mia dulu. Tak sakit pun, tapi disebabkan dah sampai duedate..kebetulan plak nak kena juga jumpa doctor untuk dapatkan MC untuk continue cuti..tak pasal2 kene tahan wad sebab dah dilate 2cm.

Punyala lama menunggu buka sampai 10 cm, last2 kene c sec emergency ...uhuhuhu..terasa macam serik pun ada,masa tu. Masa tu la..hakikatnye takdele serik pun,sebab ngandungkan adik Mia plak pastu..hehe

One week ni, saya memang tak buat apa. Beristirehat di rumah. Main fesbuk, tengok hbo,main ngan mia, and berbaring sambil baca surah2 dalam buku Persediaan sebelum dan selepas Mengandung. Huhu..terpaksa berbaring disebabkan dah macam tak mampu nak duduk lama2 untuk membaca ..

Dan tidak ketinggalan aktiviti makan puas2.Kunun2 nak lepas suma hajat makanan yang terlintas di kepala la kan,sebelum kena hadap sup ikan haruan,ikan kering ngan nasi putih selama 44 hari nanti..

Mak and abah saya pula memang rajin sungguh carikkan apa je makanan yang saya sebutkan. ..ehehe.
2 hari lepas, lepasla hajat makan Prosperities Burger ngan Pasembur.


Pagi semalam plak, mak belikan roti canai ..

Petang tu plak, adik saya pusing2 cari Keropok Bika Ayam. Nasib jumpa,tapi saya jamah sikit je sebab masuk angin dah kopok tu.uhuhu.. Time tak mo,punyala banyak nampak kat kedai. Tapi bila carik, susah plak nak dapat..haisshh..

Char koey teow pun saya dah hentam malam semalam.

Ni ada 1 lagi yang saya teringat2 dalam kepala ni..nasi kerabu kat Kopitiam Aloq Staq..sempat lagi rasanya nak soh abah carikan esok pagi sebabnya adik Mia blum kasik sign mau keluar.
Sakit pinggang macam kene sengugut beriringan dengan perut mengeras cuma datang 5-6 jam sekali. Kaki plak bengkak tak surut lagi. Itu kire macam tanda lambat lagi la nak bersalin..
En suami hari2 call tanya,tak sakit lagi ke? Hmm, memang tak sakit lagi pun..En suami kata, soh la baby keluar hujung minggu ni .


Opocot mak kau!!

Tetiba perut mengerasss tak hengat. Mouse yang saya letak atas perut dah melurut jatuh ke kanan sebab perut mengeras senget ke kanan...ehehehe. Berdangdut nampaknya baby ye malam neh...dengar kan papa kata apa tadi petang? Keluar hujung minggu ni ek...;)

Hokeh..

Ini merupakan draft yang saya taip before berkejaran ke hospital pukul 2 pagi, 5 Feb lepas..ahaha. Sempat save aje,tak sempat nak publish..Uish, dah karang panjang2 tau, sayang. So, saya publishkan ajela.

Apa jadi time nak bersalin dan lepas bersalin??Hmm, nanti ajela ye saya sambung lain....hehehe.

Thursday, February 4, 2010

Sekolah la yang hebat, aku tak..



Majlis Meraikan SMSAH as SBT 20
Kepada warga Alumni SMSAH anda semua dijemput menghadiri Majlis Meraikan SMSAH sebagai 20 SBT 2010.

Date: Saturday, February 27, 2010
Time: 9:00am - 10:00pm
Location: Dewan SMSAH


Program:

Pagi - Ucapan & Ceramah Motivasi
Ptg - Berbalas pantun & games
Maghrib & tahlil
Makan Malam & Persembahan

Register SEBELUM 23 Feb

Sebarang pertanyaan, hubungi:


Saad Edeng - 012 498 1594
Abidin - 019 5488 788
For accommodation di Jenan, pls contact PK HEM Mansur 019 457 0700


Anyway, tahniah kepada semua warga Jenan..;). Saya tumpang gembira di atas pemilihan Jenan sebagai salah satu 20 Sekolah Berprestasi Tinggi untuk 2010.
Berat tanggungjawab yang menunggu kalian ..semua mata sekarang tertumpu kepada 20 SBT yang terbabit,semua nak tengok setakat mana kemampuan pihak pentadbiran dan warga yang lain berusaha meningkatkan prestasi secara kendiri.
Chaiyok3 ye adik2!! nasib aku dah habis sekolah ..klu tak,double stress la nak hadap..ehehehe
Jenan tu actually ladang getah depan skolah kiterang tu tapi dah sinonim sangat dengan SMSAH, itu yg lekat sampai skang nama Jenan tu dengan SMSAH..

Monday, February 1, 2010

Amoi mau pigi mana?

Date: 30 Jan 2010
Time: 7.30 pm
Location: Restoran Hua Tang , Alor Star
Resepsi perkahwinan anak uncle Chong [kawan abah]

Sabtu lepas, Mia ikut tok dad dan tok mi gi aloq staq gi dinner . Mama mia tak ikut la..eden dah tak larat jalan2...uhuhu

Kebetulan, saya memang ada belikan mia cheong sam warna merah. Jadiknya sarungkan aja minah ni ngan cheong sam..dah nama pun pegi dinner kawin orang cina..depa pun tak pakai cheong sam,anak aku yang pakai...hehe

Aksi sebelum masuk dewan..ngada je kan ngan gaun merah die tu..




Aksi2 pakai helmet ni selepas balik dari dinner..papa mia yang belikan. Pagi2 tok dad slaloo bawa mia jalan2 naik moto..itu yg belikan helmet utk dia tu..utk keselamatan.

Mia dapat angpau dari pengantin ..

Mia, Tok Dad dgn pengantin dan Mak Ayah pengantin, Uncle Chong n isteri


Mak abah tehah dan Uncle Chong n isteri


Mia posing ngan moto besau depan restoran

Ngan keter pengantin



Mia ngan paksu and mak chaq tehahnye..