LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 31, 2009

Cutest Baby of the Planet 2009

Nama: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL
DOB: 24 OKT 2008



Gambar Damia yang saya pertaruhkan untuk contest ni adalah gambar damia yang ala2 sakit pinggang neh..hehe

Ini last contest utk 2009 yg mia join. Contest anjuran Mombloggersplanet ni terbuka kepada semua bloggers yang mempunyai anak2 kecil yang berumur sehingga 3 tahun.

Pencalonan bayi tercomel utk 2009 anjuran MBP ini bermula dari 22 dec 2009 hingga 10 jan 2010!

Hadiah2 yang disediakan sangatla....MENARIK!!mencecah ribuan2 ringgit tau...huhu

Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.

1.Get the best photo of your baby – ONE picture only!
2.Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.
3.Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009
4.Include a link to this nomination page in your entry
5.Include a link to MomBloggersPlanet in your entry
6.Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page
7.Leave a comment here with link to your blog post (permalink)


Maklumat lanjut boleh kalian perolehi di:

http://mombloggersplanet.com

dan


http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Last but not least,

SAYONARA 2009.....

&

WELCOME 2010!


Tuesday, December 29, 2009

Next Sabahan Top Model

Kredit to Paksu Mia sebab sanggup bangun pepagi n guling2 sama mia kat taman tasik darul aman hariAhad ritu..hehe. Susah ghopanye nak wat sesi fotografi dgn budak kecik ek...semua hal depends on her..tu yg kiterang wat sesi bergambar ni awal pagi ,sebaik saja mia dah bangun tido n masih lg ceria n perut pun dah kenyang...:)

Eh,sblum tu, saya nak share gambar mia masa kiterang gi amik kat aloq staq plaza last week. Ikutkan saya,saya nak try pakaikan damia costume pari2 ke, costume cheong sam ka..tp aunty2 studio kat situ over excited sgt..derang nak sangat mia bogel cam kat bawah tu, bergambar ala2 baby korean...haha. ikutla kak oi..janji gambar cantik.hehe.






Ok,yang ni baru gambar2 hasil sentuhan paksu mia ..
Lokasi: Taman Tasik Darul aman
Sebab bergambar: saja..klu ada contest menarik lg, bleh submit trus gambar yang baru amik neh..hehe

Mia n nanny mia kat umah tok mi,mak chaq..hehe




Ini gaya Tyra Bank hokeh..haha




Abaikan scratch kat pipi Mia tu, kene brooch Tok Mi..heh


Mia,mama,papa

Salam 1 Malaysia dari Mia..:D

SInyummmmm..peace..


Bunny terlepas..

Thursday, December 17, 2009

Terima kasih MBP n alicewonders!!

Ucapan terima kasih ini diucapkan kpd MBP n alicewonders sbbnya cik mia kita dapat consolation prize dlm cutest baby in nature contest anjuran MBP utk bulan nov ritu...hehe.

Mia dapat pursehook dr Alicewonders..makaceh ya!!

Lain kali, mia join lagi. And tak dilupakan tahniah jg kepada para pemenang yang lain..


3 x consolation prize


*image from : mombloggersplanet

Thursday, December 10, 2009

Contest Si Manja Berkaca Mata

NAMA ANAK: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL
UMUR: 1 tahun 2 bulan


Kay,hari ni mood nak masuk contest je..duedate hari tuh!cepat2,sapa yang berminat..jom pakat2 kita memeriahkan contest anjuran http://littlemishkah.blogspot.com/

PESANAN dari littlemishkah

Ikuti langkah berikut dan anda berpeluang memenangi hadiah yang pastinya digemari oleh kaum ibu!!

Buat satu entry pasal contest ni dengan title Contest Si Manja Berkaca Mata dan jangan lupa linkkan entry ini dalam post anda. -DONE

Upload gambar si manja anda yang berusia 1 hari hingga 4 tahun dengan aksi berkaca mata. Hanya sekeping gambar untuk seorang peserta diterima kay... jadi silalah pilih gambar anak anda yang anda rasakan terbaik. -DONE

Nyatakan nama dan umur si manja anda. -DONE
Jangan lupa letakkan banner contest ini di entry dan side bar blog anda. -DONE


Tinggalkan komen anda di sini dengan link entry blog anda. -DONE

Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada 20 Disember 2009.

Apa lagi!! Dapatkan gambar terbaik anak anda sekarang dan sertailah contest ini. Contest ini akan ditutup dengan rasminya pada 10 Disember jam 11.59 malam.


dah..sudah2, jom2...masak mkn tengahari..hehe

MOBS END OF YEAR CONTEST

Contest lagi.hehe

And kali ni contest anjuran MOBS a.k.a
malaysianonlinebabyshops.


Tema contest ialah "Best Family Photo"
Contest ini akan berlangsung sehingga 28 Disember 2009.
Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih kurang RM 1500 ditawarkan kepada para pemenang!!


Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh melayari :

Contest link :
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2009/12/mobs-end-of-year-contest.html



Di antara sponsors yang bermurah hati menaja hadiah-hadiah bagi contest ni ialah..


* image from MOBs

dan gambar yang saya pilih ..tara!!


Di sebalik gambar: Gambar ni diambil pada Hari Raya Aidil adha baru-baru ini. Insan-insan di dalam gambar adalah seperti berikut

Dari kiri ke kanan:

Abah- En Zulkifli Yaacob, Mak- Pn Chik Siah Jan, my hubby- Khairul, my little princess- Damia Aleya, me-Diyana, , adik ke 4-Fatihah, adik ke 3-Khairunnisah, adik ke 2- Khairunnajjah dan suaminya, Wan mohd Sobri and adik bungsu saye- Khairulnajmi[cameraman]


Hmm, kiterang 1 famili amat gemar bergambar..amat gemar beraksi di depan kamera..hehe.

Check list:


*********

1.Find your BEST FAMILY photo (must include at least one parent and one child, extended families welcome too) -DONE
2. Blog about it with the title "MOBS END OF YEAR CONTEST" (other title will be disqualified) -DONE
3. Mention about the contest in your blog with links back to this contest page. -DONE
4. Add our contest banner on your blog's sidebar/top page -DONE
5. Be MOBS follower on blogspot, tweeter and/or Facebook (either one or all) -DONE


6. Leave a comment at MOBS with blog link + email address (no email will be disqualified) -DONE

Tuesday, December 8, 2009

EOE Online

* Entry ni khas untuk EOE Onlien Blogger's Review -ULTIMATE

Untuk maklumat lanjut,kekawan bolehla melayari EOE Online Blogger's Review -ULTIMATE

Ni mukadimah dari EOE

"Fellow bloggers in Malaysia! We know you are always looking out to try something new and sharing stuffs that are beneficial your readers too! Do a review on eoe Online and get 50x4R and 2x8R photo prints for Free!

We are a home-grown Malaysian photo retail site and we hope you will give us a try to get your photos printed online. Online photo printing is such a convenient way to get your photos printed and it is a norm in the US and the UK but it’s still not that popular in Malaysia as yet.

You can also try our Free and Functional Online Photo Album service to Store & Share your photos too!
Let us service you directly from the screen in front of you. Upload your photos and we’ll print and deliver them back to you directly! It is just so easy!
"


******************************************************


Saya skrg sangat jarang cuci gambar2 sebabnya MALAS nak pegi kedai cuci gambar!!uhuhu..makanya berlambak2 la gambar yang tidak diprint lagi..reti ngambik gambor aje sampai naik penuh dah hard disk.haha

Hmm,tp bila 1st time saya masuk portal EOE @ www.eoe.com.my, macam ada rasa berkobar2 plak nak cuci gambar yang banyak2 tu...

Apa itu EOE online ?



EOE ONLINE @ www.eoe.com.my merupakan satu laman portal foto online menarik yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk fotografik secara atas talian.


Nak print gambar,boleh online di eoe..

Nak beli kamera canggih ke yang ekonomi ke, boleh online di eoe..

Nak beli video camera ke, mp3,mp4 ..itu pun boleh beli online di eoe..

EOE ONline turut menawarkan pelbagai service menarik di portal mereka, antaranya photo competition, photo gallery, photo dedication, wallpaper download, dan loads of articles on photography!


Pada saya, antara tarikan utama portal eoe ini semestinya lah..servis print gambar secara online!! Tak payah2 susah ke kedai..yang perlu dilakukan hanyalah melalui 3 langkah E-print di bawah:



Anda diberi 3 pilihan untuk upload gambar iaitu menggunakan:


* Photo Express Software [saya dah try install software eoe ni, mudah n cepat hokeh!bagus2,bleh jg guna untuk create n share album online!]

*Easy Upload

*File upload

Lepas dah upload gambar2 yang nak diprint tu, masukkan pula maklumat untuk proses penghantaran. Nanti terdapat juga maklumat bagaimana untuk membuat pembayaran.

Pembayaran boleh dibuat sama ada melalui maybank 2 u, kad kredit, atm transfer dan juga secara bank in manual/via ATM.

Untuk penerangan lebih lanjut ,bolehla kekawan perolehi di SINI

Antara promosi istimewa yang ditawarkan untuk masa terkini ialah:


4R print @ RM0.30 each
5R print @ RM0.50 each
No additional charges
No minimum quantity required
Free delivery for orders RM35.00 and above



EOE juga mempunyai lebih kurang 25 buah outlet di sekitar Lembah Klang terutamanya di lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti di Tesco hypermarts, Jusco departmental stores di kebanyakan shopping malls contohnya di 1 Utama, SACC Mall and KL Sentral.

Menarik bukan? :)

Friday, December 4, 2009

Macam sapa?

Teka mana satu saya,mana satu en suami?haha. rambut
sama je bentuknya..hehe.


Damia macam sapa ek? macam Saya ke macam en suami? Ramai yang kata, mia ikut muka papa die..tp hmm, rasanya makin dia membesar neh..dah ikut macam saya plak.betul kan?kan?kan?


Yang pastinya, rambut kami berdua masa kecik tak leh lawan rambut mek ni...hehe.

Wednesday, December 2, 2009

30 weeks already..

Ni bukan perut saya maaa..gila hapa nak letak gambar perut sendiri..klu ye pun,takdele secantik ni kan perut sendiri...miahaha.


'Kak,kak..minggu ni kandungan akak dah 30 minggu..', nurse pelatih comel kat klinik kesihatan macang bubuk bagitau saya semalam.


'haa..?ek?ya ka?ntah..lama dah tak kira..', tu ja saya jawab kat nurse tu. Sian kat adik tu,punyala penat dok wat kiraan manual berapa minggu saya preknen..saya tak kasik respon yang sepatutnya kat dia.Maap la dik..
Bukannya apa, Mia dok loncat2 atas perut, so saya tak fokus apa nurse tu bagitau saya. aduila..mia oii..nasibla perut mak ang ni kusyennya tebal..klu tak memang merajuk la adik mia kat dalam tu..huhu


Damia skang makin lasak, adik dia kat dalam pun sama lasak. Kekadang rasa kelakar plak bila mia tepuk2 perut panggil adik dia..pastu siap cium2 perut mama...hmm, saya suka sangat moment camtu..terharu.walaupun kekadang rasa haru biru ..sebab mia tepuk kuat sangat..hahaha.


and 2 hari lepas, saya dah pegi jumpa doktor pakar kat klinik O & G hospital BM untuk derang kenalpasti saya boleh bersalin normal atau pun tidak. Macam sesi soal jawab ajela mula2nya tu, n banyak mende saya tak ingat. Dah le buku rekod masa preknen damia ,saya tak bawak...main hentam ajela jawab ape doktor tu tanya. And buat masa sekarang, adik Mia masih lagi seronok posisi kepala atas..tak mo pusing bawah lagi. Takpela ada lagi dalam 6 mnggu sebelum doktor sahihkan yang adik mia selesa terus macam tu ka..ataupun pusing dok posisi yang sepatutnya..


Dulu,masa damia saya tak pandai nak rasa permukaan perut kat mana kepala..kat mana kaki..tapi kali ni, dah reti sikitla..hehe. And memang adik mia ni suka sangat bila mama dia gosok2 perut..mesti dia tunjal2 kepala dia kat mana saya letak tangan. Dan macam tu jugala setiap kali nurse or doktor letak alat ultra sound kat perut..kat mana doktor hala, kat situla dia ikut...geli siut...hahahahaha.

Tuesday, December 1, 2009

mama mia

Camat hari raya aidil adha aunty2 sekalian..tahun ni Mia raya umah tok mi kat Jitra [again..hehe]. Nenek sabah gi haji,itu yg kene raya ngan tok mi..:).Tahun depan baru Mia balik sabah bawak balik adik sekali..hehe

Raya kali ni, kiterang 'close our house'.no open house,no lawat melawati except melawat keliling bandar aloq staq..sumanya atas kehendak Paksu Mia, en ameng. Adik saya ni baru berjinak2 dgn dunia potograpi. Mangsa dia tkde orang lain la..kakak2 nya yang gebu2 ini la..haha

Panas terik tu time kiterang tadah muka depan Masjid Zahir tu..adeila..tp takpela..janji bleh bergambar..

Hmm,layan ajela gambar yang ada..banyak lg sebenarnya,tp malas la kan nak upload bebanyak.















Tengok..tengok..suruh berdiri,mia wat2 muka cuak..gayat lagi minah ni nak berdiri








Mak n anak2 pompuan n cucu sulungnye..


Ehehehe,ni gambar kenangan time peknen untuk saya n adik saya, Najah. Kiterang due selang 2 minggu aje. Doa2 tak serentak la..sian mak saya..nak terkejar sini sana..hehe

Monday, November 23, 2009

Potong ke tak potong?

ni bukan iklan p1 wimax broadband hokeh?hehe.

ni pasal satu 'masa elah' negara ..

pasal rambut Damia..

dulu,saya pernah berniat nak gunting je rambut anak saya ni.Kasik hilang kerinting die tu..

Tapi, kadang2 rasa sayang..

And kadang2 rasa kesian tengok Damia dengan rupa begini...




Jadi,pada pandangan korangla...perlu ke diPOTONG rambut Mia ni?

Masa

Masa..
datang n berlalu..
ada orang pesan..
jangan toleh tengok masa yang telah berlalu..
yang penting apa yang akan dihadapi di depan..
tapi
saya rasa tidak..
ada tikanya kita masih perlu melihat ke belakang..
untuk dijadikan pedoman di masa hadapan..

Sunday, November 22, 2009

My-Birthday Giveway! (M-B-G)

* Ini merupakan entry sticky mode sehingga 22 Nov 2009*

1st of all, nak bgtau yg ni bknnya giveaway anjuran saya.hehe.Bila tgk topik ..mcm saya je kan yang wat besday giveway ni.hehehe.

Lama saya tak join ape2 contest anjuran mana2 kawan blog. tak menyempatla nak collect maklumat n penuhi syarat2 contest..tu yg tk join pe2. tp giveway ni saya nak join sbb hadiah yg diberi menggoda hati.hehe

Serba ringkas ttg contest ni:

Pn Sarah tn punya blog online shop cloth diaper anjurkan giveway sempena besday beliau pd 22 nov akan datang..Interesting!! Jom aa kekawan join giveway anjuran pn sarah kite neh. Hadiah2nya of coursela CD yang pelbagai design yg colorful tu..hehe.
Dlm entry M-B-G ,ada pn sarah nyatakan yg bleh jg kasi komen/testi kirenye berpengalaman menggunakan CD.hmm,bleh sangatlah saya nak kasik komen/testi berkaitan CD ni..kebetulan saya baru aje beli CD dr Pn Sarah


Pengalaman menggunakan CD-

Saya sangat excited n berkobar2 beli CD ni demi memenuhi tuntutan kempen jimat cermat en suami dan kempen mesra alam dari mak saya..hehe. Matlamat jangka panjang, saya nak tambah koleksi CD damia memandangkan ritu saya beli 2 kpg CD je nak kasik damia test. Hmm,saya ade plan jg neh nak pujuk en suami kasi belanjawan dispo diapers Damia selama 3 bln, tukar kpd belanjawan beli stok CD..yela..bulan feb depan,adik damia plak keluar.Double tu belanja dispo diapers next year. Dahla anakku si Damia ini sangat manja kulitnya..utk sehari saya peruntukkan tk kurg dr 10 kpg dispo diapers utk damia..cuba korang darab sikit 1 bln brapa bungkus dispo diapers utk Damia...hmm. Nak paksakan diri guna lampin biasa..huhu,sangat nipis motivasi dlm diri. So bile ade alternatif mcm Cloth Diapers ni..hmm, semangat saya tu tinggila sikit.

Mula2 dulu,rasa was2 jg nak guna CD neh..yela bile pk kan nak basuh2 la,jemur la..aduh..leceh.tp saya try juga la beli. Hmm, bagus aaa ..mudah sangat guna CD neh rupenye walaupun ada t**k yang melekit2 terlekat kat CD. Spray aje haa guna air,hilang semua kotoran. Gosok2 manja sikit kain CD tu,pastu masuk dlm mesin basuh kejap and then spin. Siap! bleh jemur. Seriously,mudah sangat nak handle CD ni tak macam lampin biasa. Anak pakai nampak kemas plak tu.


Tambahan plak, ciri2 CD ni sangatla user friendly, takdela rumit sangat nak handle diapers ni..fabrik CD ni pun berkualiti..thanks to sarah sbb perkenalkan this product utk para ibu.

Ni antara pose Damia bergaya dengan Cd nye..hehe.




Yok, jom join ramai2 contest ni! Pada ibu2 yang berminat boleh melawat laman web Pn Sarah untuk maklumat lanjut.

Wednesday, November 18, 2009

Bencinta


Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu


Lagu feveret di kala diri daku tengah sentap dengan en suami. Ok, saya tahu en suami mmg bolayan punyala bila mama damia ni sentap. takpe, ade ubi ade batas, naik lori,naik bas..takpe..takpe..

Ok, di kala2 mood sentap sebegini, so saya bermurah hati nak dedicate lagu ni kpd kawan2 saya yang bakal berkahwin iaitu Cik Dida n Cik Atul. Ucapan utk korang berdua

Selamat melayari alam rumah tangga yang warna warni..hehe

Masih suami isterikah di akhirat kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga..

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

KREDIT : Nur Izza Binti Ahmad Zaki

Sunday, November 8, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest


Lama saya tak update blog.Sibuk skitla skang..hmm,masa jengah2 blog kekawan,terperasan 1 contest berkaitan baby in nature di mombloggersplanet anjuran little mama. Yang saya perasan,MBP memang setiap bulan menganjurkan baby contest yang di mana setiap bulan mempunyai tema yang berlainan. And untuk bulan November 2009, tema baby in nature menjadi tema pilihan. hmm,interesting...so saya nak cuba nasiblah untuk kali ni..;)[sebab rasa ada gambar damia yang bersesuaian..]

Ini antara butiran yang diperlukan dalam contest terbabit.


Ni la gambar bersesuaian yang saya maksudkan tu..hape2 aje kan aksi anak saya sorang ni..hehe




Nama baby: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL


Tarikh Lahir: 24 Oktober 2008


Umur: 1 tahun


Alkisah background gambar neh:

Gambar outdoor Damia berlatarbelakangkan rumput nan menghijau ni bukanlah diambil di mana2 taman rekreasi atau mana2 taman bunga..kat laman rumah Tok Tam Damia di Serdang,Kedah je pun...hehe


Kepentingan melibatkan anak dengan aktiviti luar rumah


-mendekatkan diri anak dengan alam sekitar.parents secara tak langsung boleh memperkenalkn pada anak2 dengan objek2 di sekeliling spt burung2 yg berterbangan, bunga2an, daun2 ,pokok2, serangga dll. Proses pembelajaran direct macam ni, sememangnya membantu tumbesaran otak anak kita berkembang dengan pantas.


-anak2 mampu meneroka sesuatu yang baru cnthnya bagi ibu2 yg baru nak ajar anak bertatih,aktiviti luar dari ruang lingkup rumah merupakan salah satu alternatif bagi mempercepatkan proses anak berjalan..bak kate orang tua2, baby elok dibawa bertatih di atas embun pagi2 tu,utk kuatkan kaki dan mempercepatkan proses anak belajar berjalan..dan memang ini pun antara usaha saya bagi mempercepatkan cik damia ni tak gayat nak berjalan...si kenit ni lambat sikit nak betul2 berjalan sendiri..gayat je die..

-of coursela pendedahan aktiviti luar rumah macam ni..anak dapat menghirup udara yang lebih segar dan nyaman yang semestinya amat penting untuk kesihatan ,bukan manfaatnya pada anak sajala..kita pun dapat sama2 release tension n sama2 menghirup udara segar dan pemandangan yang merehatkan minda dan mata...hmm.


Pendek kata, memang banyak lagila faedah2 yang boleh diperolehi sekiranya kita dedahkan anak dengan persekitaran semula jadi di luar sana...:)

so,kekawan..meh la..join ramai2!!


Sayangi anak,sayangi alam sekitar!! :)

Contest adalah anjuran ->MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/



Penaja2 yang baik hati -> PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


->AliceWonders : http://www.alicewonders.com




Saturday, October 24, 2009

~Damia dah setahun~

SELAMAT HARI LAHIR CAYANG MAMA...
MAMA BERDOA MOGA DAMIA AKAN MEMBESAR MENJADI ANAK YANG PINTAR DAN SOLEHAH..
Muah..muah..muah..
Kejapnye masa berlalu..
anak mama ni dah 1 tahun..
jangan nakal2 taww..
nanti mama babab die..
hehe
Birthday damia adalah pada hari ini[24 okt 2009] tapi majlis sambutan hari lahir cik mek ni diadakan awal seminggu masa hari Deepavali lepas.Bukanla sebab berniat nak sambut deepavali tau, 'terpaksa' diadakan awal memandangkan papa mia tak cuti hari ni..huhu.
Ikut mama,nak simple2 aje majlis anak mama ni. Tapi tau2 ajela..mia ni cucu sulung sebelah famili mama,jadiknye yg simple itu telah bertukar menjadi majlis yang ramai jg la sedara mara n jiran yang datang..hmm.
Majlis ni dibuat di rumah Tok Mi Damia di jitra..
kek secret recipe sponsor by mak ngah Najah n Pak ngah Sobri..sayang btul nak makan 'muka' Damia atas kek itu.

Mama plak yg excited potong kek.hehe

Mak ngah tumpang potong kek sebab birthdaynye sehari b4 Deepavali..


Haa..dah bile jemput orang bgtau wat besday party, konfemla byk hadiah kan. Byk btul kawan togel nnti..hehe



Haa..sungguh gumbira Cik Damia tunggang kenderaan rasmi terbaru hadiah dr Mak Ngah n Mak Wan


Pakwe baju biru ni,sipu2 plak nak kasik hadiah..

Paksu Ameng n regim nya tengah membakar sate

Bihun sup ade,laksa ade, ketupat ade,roti jala ade,sate ade..yumm..yum..
Saya n en suami ucapkan ribuan terima kasih pd famili,sanak sedara n jiran tetangga yang sudi membantu ataupun mensponsor demi menjayakan majlis besday Damia kali ni. Tahun depan, takde solo celebration lg la..Damia dah ade adik, and sepupu. Wat sekali ajela majlis.hehe