LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 18, 2009

Masih suami isterikah di akhirat kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga..

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

KREDIT : Nur Izza Binti Ahmad Zaki

4 comments:

atulhani said...

mcmana wanita yang meninggal dunia, kemudian suami dia kahwin lain..? dan macamana wanita yang bermadu di dunia, masih bermadukah di akhirat..? huhu.. tanya je..just terpk..

eezah said...

betul tu atulhani tertanya jugak persoalan tu..?

Diyana Zulkifli said...

hmm,atul.klu cenggitu,agak 'malang' la kan wanita itu..sbbnya masa die hidup,die sorang je bini kpd suami die.tp bila di akhirat sana..klu laki die masuk surga jg,alamatnye die ada madu la...hehe.

d i d a said...

just terfikir..pastilah wlau siapa pun dan dlm keadaan apa pun (bermadu) tp hati adalah bahagia sbb berada d syurga..mmg tak dpt terbayang dek fikiran kita la bab2 ni..huhu