LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 30, 2012

Arnab & Harimau


Ikut kalendar Cina, Affan lahir tahun arnab dan Ali pulak tahun harimau ^^

sedang suspen menantikan saat si harimau tu ngajor si arnab sebelah tu kecahkan rumah...haha.

Sunday, January 29, 2012

Dunia di dalam tangan

Dunia ni..kita kena letak dalam tangan,senang nak tadbir.


 jangan letak dunia di hati sebabnya bila hati dah jatuh cinta dengan dunia..musnah semuanya- Atuk[Jalil Hamid] dalam drama Kalau..Pokok Tak Berbuah ^^. 


 makan dalamm....:)

Friday, January 27, 2012

9/10

saya bukan kaki bisnes dan saya tak reti pun nak carik duit lebih


tapi Alhamdullillah, sejak suka2 upload gambar mia dengan saya pakai telekung yang mak jahit kira2 2 thn lepas..tak sangka, telekung mak saya dah jadi income tambahan famili saya...;). itula,kalau saya tau kuasa intenet memainkan peranan besar..dah lama dah saya buat. takpe. belum terlambat..:D


terima kasih kepada pemborong2 yang kadang2 'menakutkan' saya dan mak. ada yang siap bank in duit ..pastu 'paksa' mak sediakan stok telekung.. bukan takat 10-20 psg.kadang tu minta 200-300 pasang. bank in banyak2 tanpa rasa curiga..punyalah percayakan kami. terima kasih sekali lagi. 


buat masa sekarang,mak saya cuma ada 2 orang tukang jahit mahir. 3 la termasuk diri dia sendiri..itu pun memang tak dapat menampung permintaan.


sebelum ni,mak ada gi ajar banduan2 kat penjara Pokok Sena. mak cakap,derang jahit cantik juga. tapi disebabkan kekangan masa nak ulang alik pergi penjara,so sekarang limit takat kudrat 3 orang sahaja.


anak2 tak leh tolong?semua tangan pengkaqq..tak pandai jahit..:P



bonus untuk pekerja2 berdedikasi...^^



Tuesday, January 17, 2012

WT:Marilyn Monroe tak siap

Wordless Tuesday?

adake?

takde pun tapi saya adakan..LOL



ni marilyn monroe tak brapa nak siap


F & F Kids ada sales 50% kat Tesco sempena CNY..gile meh tgk gaun2 tak sampai lima belas hinggit je..saya rembat 2 helai utk mia

Saturday, January 14, 2012

Don Daniyal








‎'wahai ibubapa..kalau hari ni anak2 nampak agama itu kecil,itu tangggajungjawab ibubapa utk bagi nampak besar..'. sangat makan dalammmm ..sangat betul,sangat benar apa yg diberitahu.


Don Daniyal ,ustaz selebriti kegemaran saya ^^


orang cakap,ustaz ni glamer sebab dia hensem.


ye ke?


apapun ,ceramah dia yang ni buat air mata bergenang2,teringat mak di jitra.teringat mama di beaufort.dan sayu bila tengok anak2 di pangkuan.


besar sungguh tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan ayah..


sangat besar.

Wednesday, January 11, 2012

ringan mahu sama dijinjing,berat sorang2 pikul..hmm

ada kenalan saya bagitau saya..


isteri2 yang bekerjaya jangan terlalu mendabik dada dengan suami,punya duit sendiri..pastu ingat boleh habiskan suka2 hati. sekiranya suami tak izinkan isteri bekerja,ingat bolehke..perlu sentiasa ingat,tanggungjawab untuk ringankan beban suami yang letih memerah keringat siang dan malam...


okay.


pandangan saya,


cari nafkah bagi bini makan,anak2 makan,sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak2 berteduh dan didik isteri dan anak2 di jalan yang benar adalah tanggungjawab hakiki seorang suami.takde sape boleh sangkal. setiap keringat yang suami keluarkan, ada tertulis tanggungjawab kepada isteri dan anak2 dan juga kedua iba bapanya.


konsep 'ringankan bebankan suami' yang saya faham adalah..isteri boleh gunakan sesuka hati duit pendapatannya untuk reward diri sendiri , anak2 dan juga suami untuk sekali sekala  bersuka ria dan bershopping tanpa perlu minta duit pada suami setelah penat 24 hours uruskan keperluan suami dan anak2. dan sekiranya, suami kesempitan,  isteri perlulah dengan lapang dada hulurkan bantuan.


kalau betul kenalan saya tu nak hak tanggungjawab sama rata antara suami dan isteri..boleh saje.


duit sama dikongsi...
cuci rumah,lantai,baju 4 - 5 kali sehari pun sama2..
berjaga malam pun sama2..
basuh berak anak pun sama2..


mampu?


bukan semua suami mampu.


jangan sesekali persoalkan ke mana perlu disalurkan duit pendapatan para isteri...


isteri yang bijak, dia tahu tanggungjawabnya menjaga keluarga..:D



Friday, January 6, 2012

malang memang tak ada bau

kepada kawan2 mama yang selalu driving dgn anak2 bersendirian mcm saya, especially yang keretanye ada auto lock..hopefully akan sentiasa berhati2 semasa nak tutup/buka pintu sekiranya anak2 masih di dalam kereta.


 selalu saya baca pasal insiden anak2 terkunci di dalam kereta.dan semalam, insiden tu jadi pada saya sendiri. sebaik keluar kereta,terus kereta auto lock. affan ada kat dalam. nasib belum matikan enjin dan air cond.


 memang saya tak tunggu lama, terus minta pakcik2 dekat situ pecahkan tingkap kereta..takde nak tunggu2 pi amik kunci spare dah.


 saya sangat trauma tgk affan nangis dalam kereta yang terkunci. 


 hopefully, tidak akan berulang lagi insiden macam tu.


cian appannn..dah le baru balik cucuk smlm,terkunci plak dalam keter..huhu. mama pun sangat trauma..

Tuesday, January 3, 2012

mama pun perlukan masa bersendirian

saya bangun sangat awal hari ni.

damia nak gi sekolah. semalam ,saya dah daftar. ha ah..tadika tahun lepas juga,yang depan sekolah saya tu.

Ali dan Affan ..saya hantar pada kak pengasuh .

dan berbaki cuti bersalin 15 hari ni..saya nak guna semaksimum masa bersendirian ini untuk 

jogging, senam robik, habiskan treatment london...

heh




hari tu gi jalan2 1 family di kemeren helen


tak payah nak jogging sangat pun, tolak menatang alah biru tu dengan berat 40 kilo..dah buat peluh jantan menjejeh..haha


p/s: Ali Affan,kang kak mia habis tadika..mama baru amik tau. :D