LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 31, 2010

Kalau kot ye pun arak-tu-ko-minum-macam-minum-ribena,tak perlula bgtau satu Tanah Melayu...

Kawan-kawan fb saya merangkumi semua lapisan.macam korang jugak kan?

Abah saya pun ada,adik2,suami,abang akak ipar.makwe adik pun ada

Kawan sekampung

Kawan seUtm

Kawan sepermainan

Kawan sekolah

Kawan-kawan blog

Kawan-kawan sekerja ada.

Anak - anak murid sekolah lama. Sekolah baru

Kawan pejabat abah

Kawan-kawan suami.penting ni,jadi spy tak rasmi

Artis

Ahli Politik.Sayala tu salah sorang fan beliau yang punya 2 juta orang kawan..hee

Ustaz. macam ustaz pun ada

Macam2 yang kita kongsikan. Main game sama2. komen2 gambar kekawan.anak2 kekawan. Paling rasa teruja,klu ada yang respon pada status fb.Cepat2 je haku respon balik..haha

Tapi,kadang2 tu bila terpandang ada yang suka suki ja share hal2 tak sepatutnya,rasa macam nak aja saya tolong delete kan. tapi mana boleh.hins2.

Minta maapla ye pada kawan2 yang tidak berkaitan kiranya terganggu pandangan mata korang dengan bahan2 yang tidak sepatutnya itu. Kalau tengok profile picture dalam list fren saya tu,gambar2 yang kurang menyenangkan..tak yah dok tengok sapa dia. Lagha je ,zina mata lagipun.huhu

Kang apalah kata anak2 murid saya, cikgu Diyana ni ,kawannya ntah hapa hapa..huhu.

*Tadi pagi saya ternampak satu video memualkan itu. Siap ramai plak tu,komen2 kasik support.Mungkin kawan sealiran dia..

Tapi bila tengok semula malam ni, dah takde pun. Mungkin ada yang berhati besar,tolong tegurkan.


Bangga sangat la kalau boleh tunggang air-kencing-setan tu...malu ok dengan kawan2 bukan Islam..

Ntahla tak paham

Nak ku block ,kawan lama..... Kalau marka lama en suami,ya la..memang of cos saya block!hoho

Tuesday, March 30, 2010

Bila masa yang sesuai untuk pisahkan tempat tidur anak2?

baby monitor from google


Kadang2 tu,bila tengok filem omputih yang ada scene anak kecil / baby yang tido bilik berasingan dengan parents..terpikir2 juga dalam kepala ni, bila agaknya nak biasakan anak2 tidur asing dengan saya? Orang putih rileks je,bagi anak2 dari baby lagi berdikari.

Yang saya, siap soh en suami beli katil King size,senang nak 'berkubang' ramai ngan anak2 atas katil...hihi. Kecik lagi mia ngan ali tu,haa..kang sorang2 nangis,saya tak dengar ke hape ke,kejung je nangis sampai pagi..huhu. Walaupun ada katil baby , saya tetap akan angkat Ali & Mia tidur sama-sama..sampai kadang2 en suami tidur sipi2 je tepi katil..yang selebihnya mama n babies conquer...^^


Seingat saya,saya kecik2 dulu pun kira agak lewat jugala tido asing dengan parents.Umur 10 tahun rasanya. Itupun lepas abah saya pujuk saya dan 2 orang adik saya masa tu,Najah & Nisah dengan belikan katil yang abah tempah khas.Besar tau..siap ada pagar lagi keliling. Tapi,maybe sebab agak lewat berpisah tempat tidur,jadiknya susah juga my parents nak biasakan kami 3 bradik tidur asing. Malam2,mesti ada yang bangun ketuk bilik mak & abah. And kadang-kadang tu,3 orang skaligus ketuk pintu bilik mak tengah2 malam buta.haha


Bila ye agaknya masa yang sesuai nak latih anak2 tidur berasingan ? Umur 3 tahun?ke umur nak masuk tadika nanti? Ke sekarang ni?Huhu

Ali tengah lepak atas katil

Monday, March 29, 2010

Gila Gila Remaja




First time, adik bungsu saya si Ameng ni membongkar rahsia pada mak saya yang dia ada awek,sepantas kilat keempat2 orang kakak dia pun dapat tau.Biasalakan, 'broadband' mak i kan laju..hihi.


* Masakla ko,Nana kena buli ngan kami berempat..^^


Alkisahnya, pertama kali saya dapat tahu adik saya ni ada awek. Saya gelakkan dia.


Ang biaq betui,meng...kecik2 dah ada marka.Hahaha.


x cuse me?Kecik lagi ka? Hang pun,dulu ada pakwe...


Nahh, mati di situ usikan saya..^^


To Ameng & Nana,


Perjalanan hidup masih panjang

Kejar impian , kejar cita2

Pada masa yang sama..

buktikan yang cinta anda berdua bukan cinta monyet,bukan cinta king kong..^^


Saya tahu perasaan dieorang,bila ada sumber inspirasi masa belajar dolu2..:)

uhuk2,itu dulu...dulu lama dah.

Sekarang, ini aja sumber inspirasi saya.

Muah3x.




Jangan ajaq anak tido dalam buaian

..orang yang kata. Saya tak kata...

Saya tidak sebagus dan secekap ibu2 lain..

Demi ketenangan fikiran dan untuk meningkatkan tahap tumpuan masa menyelesaikan kerja2 di rumah yang korang semua pun tau,tak kan habis2 sampai bila2 pun..saya perlukan bantuan sampingan seperti buaian itu..

Terlebih sudaa..




*Sebab apa ada dua? tanya Mia...

Sunday, March 28, 2010

Keluarga saya lagi..dan lagi..dan lagi


























Saturday, March 27, 2010

Beautiful Award




1.Thank and link the person that gave you the award
Terima kasih kepada kakak-kakakku cayang, Kak Nur dan Kak Eina kerana menghadiahkan Beautiful Award ni kepada saya


2.Pass this award to 15 other bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

Mesti ramai yang dah dapat kan award ni. Tak kisahla,tapi saya nak kasik juga..amik2,jangan tak amik..:)

Halen
Yana
Rumiko
Dida
Atul
Bu Siken
Aina Bebuna
Intan
Cik Pia
Farah
Niza
Kak Ros
Mila
Lin Muhamad
Kinakoyu Mama Adam

3. Contact them and tell them that they've won the award.
sile dapatkan award anda kawan2..


4. State 7 things about yourself:

1.sempoi
2.chubby
3.suka tgk tv
4.gila stereng
5.gila basuh kain
6.kaki wayang
7.suka gi carrefour.keh3x

Wednesday, March 24, 2010

One Month Bigger Loser

Weh,shikin,sorila naa aku terlambat sikit update pasal contest berkobar2 kite neh.haha. Lambat tidak bermakna aku lupa.

Demi bersama2 Bu Shiken memerangi lemak2 yang terbela dalam badan ni..saya dengan suka citanya join One month Bigger Loser


Hari nak beranak Daniel ritu: berat saya 94 kg! omg

Keesokan harinya lepas bersalin:berat saya turun 84kg.
berat Daniel 3 kg je,selebihnya air la kot gamaknya

Setelah 2 minggu dalam pantang, saya cuma berjaya kurangkan 4 kg je..jadi 80 kg

Dan timbangan saya pada 22 Mac -78 kg. Dah kembali 'asal'. Asal yang dimaksudkan ialah berat asal lepas bersalinkan Damia dulu.huhu
.Bila zaman ntah,nak kembali ke berat 55..*mimpikah?

Untuk contest yang memakan masa 1 bulan ni,saya takmo target banyak. Saya target at least 4 kg je lagi. Dan selebihnya, akan saya serahkan pada yang pakar..:P . Cerita tentang pakar ni..nanti saya update dalam entry lain.




Start Date : 22/03/2010
End Date : 21/04/2010


Starting Weight : 78 KG . Ok,ya.Betul la tu. Gemuk gila.
Expected End Weight : 74 KG

*Ukuran tangan,punggung ,pinggang ,paha segala bagai ni..saya skip dulula. Nanti lepas saya jumpa adik2 manis London, saya update lain..takde tape pengukur aa.


My diet plan pledge would be :

Takda plan diet setakat ni. Ikut mood .keh3


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Day 1 [22 mac 2010]


Breakfast: nes panas + samosa kari 2 bj
Lunch: tak sempat
Snack: betik sepotong
Dinner: Bayam masak air, ayam berempah & nasi


Day 2[23 mac 2010]

Breakfast: tak sempat
Lunch: *saya habiskan sup ayam Mia ngan nasi 2 sudu.
SNack:habiskan pisang Mia
Dinner:Pizza hut you!haha

Day 3[24 Mac 2010]

Breakfast:tak sempat
Lunch: tak sempat
snack:sempatle jamah dragon fruit dalam peti ais.huhu
Dinner: malam ni,memang kebulur gile rasa..uwaa. Saya hentam marinate lamb ngan nasi..huhu



sungguh tidak sihat pemakanan saya 3 hari ini. haish,kena disiplinkan diri nih..:p.Camna nak disiplin ni?Bila malam je,makan berat.aduila.



Senaman?oh,saya tidak sempat semua itu. Tapi peluh tetap mencurah2 ...semuanya sebab..





Agak korang brapa kali saya sapu,vacum,mop lantai dalam sehari?Samala dgn ibu2 di luar sana..tak terkira.Mau tak meleleh2 peluh..hihi

3 entry hari ni?haha. cukup2,jom2 tido join Mia & Ali...


Ini bukan model kolam renang majalah Mangga..

Tapi model besen Tok Mi..hehe.



source: Pa & Ma April 2010


Ibu-ibu sekalian,dah submit borang & gambar anak anda untuk Pencarian Bayi pa&Ma 2010? Cepat2,tarikh tutup sebelum 30 April 2010 tau..;)

Sungguh best broadband baruku ini..


En suami,jangan jeles dengan celcom broadband saya ini..ahahaha. Hari2 i guna, hujung bulan u bayar. Ana nak juga ber i,i..ber u,u dengan you...miahaha.:p

Dengan rasminya semalam,bertambah lagi 1 bil utiliti yang agak lagha dalam belanjawan kami laki bini. Haishh..Apa kata kita tak amik dah sport channel untuk Astro,mahal tu tp2 bln bayar untuk sport .Bleh jimat 12 hinggit dah kat situ..heh

Kalau sebelum ni, en suami register broadband untuk pakej rm68 itu. QUite ok la,servis intenetnya..walaupun kadang2 agak mendukacitakan. Hari2 berebut, yang dia balik keje je,trus nak on komputer nak main game. Yang saya, nak check emel,facebook,blog lagi...ahahaha.macam penting sangat.

Dan lagi sadisnya, modem nan kecik nan satu itu,en suami bawa pegi site. Huh, tak marah.tak marah. Saya tau untuk urusan kerja,lagipun en suami bukan kerja dalam pejabat. Dia keja bawah mentari nan panas slaloo kena communicate dgn staf kat tempat lain.

Maka, 2 hari lepas, saya register lagi satu servis broadband. Celcom broadband juga. Saya try yang promotion RM98 per month + modem free itu. Rasanya promo tu sampai hujung mac ni je. Tapi saya nasihatkan pada sapa yang langgan servis broadband dari mana2 syarikat telekomunikasi, check dulu area korang tu ada tak coverage bagi servis yang korang langgan tu. Rugi mampos la,klu korang amik yg mahal2 tapi, servis tahap dua hinggit je.huhu.

Tweet,tweet. Bangga saya, sebab lorong rumah saya coverage tahap maksimum. 3G,gprs suma boleh. Lorong2 area belakang taman ,dah coverage lain. See ,see





Helo, adakah kacang berbuahkan macang?btw,lorong yang tertera itu adalah lorong rumah saya..haha


Layan youtube macam tgk tv wooo...sila jangan jeles sekali lagi.lalalala


Kepada sesiapa yg nak check coverage celcom broadband di kawasan korang,check la kat SINI..;)

Friday, March 19, 2010

Cuti bersalin 90 hari


Cuti bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara:

Singapura – 112 hari (16 minggu)

Thailand – 90 hari (3 bulan)

Kemboja – 90 hari

Indonesia – 90 hari

Malaysia – 60 hari

source:
www.asianfoodworker.net

Korang dah sign petisyen ni blum? Sign2 jangan tak sign. Saya tak tahule perkembangan terkini dah cukup 1 juta signature ke blom...

*Sapa nak sign petisyen,klik
SINI

Pandangan peribadi saya,

Kiranya belum bersedia untuk luluskan cuti bersalin 90 hari ni, harapnya kerajaan Malaysia pertimbangkan untuk MEWAJIBKAN setiap jabatan/setiap syarikat/setiap majikan sediakan kemudahan pusat asuhan di setiap department yang punya ramai tenaga kerja wanita..

Huhu, syahdu la plak tetiba teringat former majikan saya di Johor dl, Tn hj Hamin. Dia siap benarkan mana2 cikgu pompuan yang nak keluar menyusu anak ,balik gi menyusu anak..susah dah nak jumpa majikan prihatin macam tu....


Lusa, dah tamat 44 hr tempoh saya berpantang,maksudnya cuti saya masih berbaki 9 hari je lagi setelah ditolak 7 hari yang saya amik cuti awal hari tu.


Fizikal kunun2 dah sihat


Emosi kunun2 macam dah stabil


Hakikatnya??..Huhuhu


Semoga ketika dan saat haku beranak no 3 nanti,cuti 90 hari dah diluluskan..hehe. Aminnnn

Sunday, March 14, 2010

Cemburumu meruntun emosi..

Saya kesuntukan masa nak update blog slaloo . Sebabnya..
en suami kidnap modem broadband bawa gi site. Perlukah 1 lagi broadband? Sapa dah try Digi Broadband? Ok kah?


Saya bukan nak cerita panjang tentang perihal broadband. Cuma, nak berkongsi rasa tentang perkembangan terkini anak2 si dara dan si teruna iteww.

Perkembangan ..yang saya tidak berapa gemar sebenarnya.

Masa pantang ritu, masalah ni tak ketara sangat memandangkan ramai di rumah tu.Ramai yang nak melayan Mia,sementara saya uruskan Ali.

Bila kami anak beranak balik ke Kulim Ahad lepas, saya semacam tak boleh nak handle anak berdua itu..Walaupun agak bernasib baik juga, sebab 1 week ni , ada adik yang tolong temankan tapi bila sesekali Mia mula buat perangai, saya mula rasa nak nangis.. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini...

Dan kemuncaknya, dua malam lepas..

Masa tu ,Ali nangis. Saya tengok jam dah pukul 1 pagi. Mia pula,malam ni jadi hiper semacam. Punya lama pujuk dia tidur,dia tak mo tidur jadi saya biarkan je Mia main2 atas katil sementara saya dukung ALi nak nenenkan dia.


Mia nampak je saya angkat Ali, terus dia jalan laju2 ke arah saya dan tiba2 Mia hempap badan dia atas dada saya. Dan di mana Ali masa tu? Tengah nenen di pangkuan. Jadi kiranya, bukan atas saya ajela kan, sampai terpeleot kepala adik tu haa,kena perut muncit si kakak tu...huhuhu..


Kepala saya tengah pening,dah lama tidur tak lena. Badan saya pula letih. Ditambah plak geram plak tengok en suami tengah kusyuk tidur kat sebelah..maka cepat ajala suara dan tangan saya ni naik.

Maka Mia dapatlah satu penampar kat betis..


Mia diam je,dia tengok je saya lama2. Sikit pun dia tak nangis. Slow2 Mia turun katil, and duduk di penjuru katil sambil tenung saya..

Dan mamanye ni tak tunggu lama le, berjuraian le air mata ku..terkesan dek renungan si anak.

Malam itu, saya tidur peluk Mia sampai ke pagi..walaupun Mia tak reti cakap lagi,saya dapat rasa dia sedih sebab saya marahkan dia disebabkan adik..

Cemburumu itu, sukar untuk mama tangani..


Thursday, March 11, 2010

Kap kung kap

*from mr google

Last time saya gi treatment spa adalah ketika masa nak kawin dulu. gile lame

Last time saya kasik orang urut badan ini . err..penah ke haku gi mengurut? Hmm,masa awal 20 an dulu,itupun sbb kaki terseliuh.
Masa bersalinkan Damia dulu, saya tak panggil pun orang mengurut. Saya takutla,takut tempat operate terbarai.Takde orang cakap kat haku pun,yang boleh aje mengurut badan klu operate ,kat area operate tu ,bgtau la tukang urut tu yang kene operate..takdele dia urut area tu..

Tapi kali ni, saya beranikan diri juga sebab rasa dah tak tertahan badan ni..rasa sangaaattt sengal sana dan sini.

Mak munah tukang urut yang urutkan adik saya lepas bersalin ritu, tak berani nak urut orang bersalin c sec. See?see?tukang urut pun tak berani..apetah lagi saya.

At last,mak saya contact member Siam dia. Aunty Ariya tu memang tokey spa, orang Siam plak tu, memang sangat pandai la kan urut mengurut urat saraf ni.
Dah alang2 gi spa, wat treatment lain sekali la..lalala.

Ini adalah contoh riak muka saya ketika sesi rawatan...aduyaii..urat yang dah kembang semangkuk, mana bleh budget nak senyum2 sambil sembang kan?ahaha.

Saya: Akak, akak ada kenai tak tukang urut lelaki?[saya tolong tanyakan,untuk en suami]

Akak Ariya: Haa, bulihhh..tapi saya tak buat la kat sini.Sini tempat carik makan, nanti apa pulak kata oghang?Tapi kalau panggil pi rumah,saya pi la. Tapi adik..adik contact kawan kakakla,dia selalu urut lelaki. Tangan die kuat,keraih.Senang nak urut badan lelaki.

Saya:Hmm, err..

Akak Ariya: Uii,tak pa aih..kawan kakak tu siam jugak, dia memang jenis tak malu punyala..jangan risau..bukan dia suruh laki adik bukak baju seluaq suma..kalau adik risau, adik bulih tunggu sekali.

Saya : oo ek. Kakak, saya tanya tadi..kak kenai dak tukang urut ,orang lelaki. Lelaki yang mengurut,bukan perempuan.

Akak Ariya:oo..ya ka.Ada memang ada.Tapi susah nak carik la dik kalau lelaki..

Saya: oo..hmm.takpala akak klu camtu.terima kasih ajala..:D.lalalala


Kap kung kap...masuk kot pintu,keluaq kot tingkap.

Saturday, March 6, 2010

Sekuat mana cemburu isteri kepada suami?

Boleh ke nak ukur?

hehehe

Ada member penah bagitau kalau nak tahu kuat ke tak cemburu,tengok muncung lipstik anda.

Kalau runcing je hujung lipstick tu..memang konfem anda jenis cemburu takde hampun punyelah!!



Dah2.pi check cepat lipstik memasing. :p

Tuesday, March 2, 2010

Lelaki curang IQ rendah

Satu kajian terbaru mendapati lelaki yang gemar menipu isteri untuk menjalin hubungan sulit didapati memiliki tahap kepintaran (IQ) yang rendah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar psikologi evolusi dari Sekolah Ekonomi dan sains Politik London yang mengetuai kajian itu, Dr Satoshi Kanazawa berkata, teori evolusi mendapati lelaki yang bijak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan normal kehidupan masa kini yang menghargai kesetiaan dalam hubungan seks.

Menurutnya sepanjang sejarah evolusi,golongan lelaki memang diketahui mahu mengamalkan poligami tetapi itu semua telah berubah kerana lelaki sekarang menganggap kesetiaan sebahagian daripada pembangunan sahsiah diri mereka.
.
.
.
.
.
.


Berita lanjut ,carikla Kosmo hari ni..saya copy paste je dari Kosmo tu.

*takdenye orang laki saja nak cari 'masa elah', klu depa panjang akai

Klu pikiaq nak seronok, memang depa buat.

Klu pikiaq bala yg nak datang,kenala beribu2 kali depa pikiaq.

Bak kata en suami ..‘Sorang pun ...macam2 perangai..’...

Heeee.....

*Ini adalah hasil carian google. Ikutkan nak google gambaq Tiger wood ,tapi cam menyemak blog je klu letak gambor lelaki 'rendah IQ'..hek hek hek

pepun, saya sangat suka nengok picas di atas, loving couple eva..;)


Monday, March 1, 2010

Layan gambar je ,bley?

Damia @ tasikDamia @ tasik-berangan ke ngantuk?

Damia @ tok mi'house dgn paksu komeng


Reti ke tu nak tendang bola?


Ali dan Ateng-my beloved botakmen