LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 9, 2009

PPSMI

Dah alang - alang saya stori pasal anak2 murid saya, so saya nak sentuh sikit la tentang alkisah ppsmi... Sedikit komen saya tentang PPsmi : Bagus untuk diserapkan terus kepada budak2 since darjah 1 lg. Cuma perlaksanaan aje yang perlu diperbaiki dr masa ke masa. Hmm, mmg agak mencabar jugale bile selak2 buku teks math n sains skang ni…sains le terutamanya…sampaikan kkdg tu,cikgu jg kene slaloo rujuk glossary buku teks..hehe. Saya sebenaqnya sedih tgk, bila isu ppsmi ni dipolitikkan. Rugi anak2 bangsa. Yg dok bising2 sangat ni…slaloonye sekolah2 kebangsaan la..and majoritinya mak ayah orang MElayu. Dah le, yg slaloo ketinggalan..orang MELayu. Suruh belajar lebih sikit, melenting…suruh anak blajar English lebih sikit , bising….nama anak tak masuk dalam Skim bantuan kemiskinan, bising…bertempik2 masa mesyuarat PIBG. Tapi, anak angpa corot dalam periksa, dok wat hal kat skolah….diamla plak. Awat tak bising plak???? Jangan salah paham dgn konsep pembelajaran n pengajaran dalam bahasa inggeris atau ringkasnya P P S M I. Objektif utama ppsmi ni hanyalah untuk memperkukuhkan penguasaan ilmu pelajar dalam subjek Matematik dan Sains yang sememangnya sperti yang kita tahu…banyak sumbernya dalam BAHASA INGGERIS. Bukanla ppsmi ni nak menjahanamkan Bahasa melayu..sapa kata? Di samping ppsmi kat sekolah, kementerian jg turut memperkasakan subjek Bahasa Melayu di sekolah. Untuk pd sesapa yg tak tau, sekolah2 sememangnya diarahkan memperuntukkan masa tambahan kpd subjek Bahasa Melayu..untuk diseimbangkan dengan penggunaan bahasa inggeris di sekolah. Cuba korang tengok analisis waktu subjek untuk kelas saya kat bawah ni..

Subjek Masa Minit
Agama Islam 6 6 x 30 = 180
B Inggeris 7 7x 30 = 210
BM(Pemahaman 9 9 x 30 = 270
BM (Penulisan) 1 1 x 30 = 30
Kem Hidup 2 2 x 30 = 60
Kajian Tempatan 2 2 x 30 = 60
Mathematics 8 8 x 30 = 240
Science 5 5 x 30 = 150
Muzik 2 2 x 30 = 60
Pen Jasmani 2 2 x 30 = 60
Pend Seni 2 2 x 30 = 60
Sivik 2 2 x 30 = 60


Berapa masa untuk subjek bahasa inggeris n subjek2 yang guna bahasa inggeris? Dan berapa jumlah masa untuk Bahasa Melayu dan juga subjek2 lain yang menggunakan bahasa Melayu? Bila dah jumlahkan ..untuk subjek yang menggunakan bahasa Inggeris [ BI, Math n Science la of course] cuma 20 waktu sahaja bagi 1 minggu dibandingkan subjek Bahasa Melayu yang diperuntukkan paling banyak iaitu 10 waktu bg 1 minggu.

Itu belum ditambah dengan subjek2 lain yang sememangnya diajar dalam bahasa Melayu…saya pun tak paham..tang mana yang oghang dok hingaq kata ppsmi menjahanamkan penguasaan bahasa melayu. Mengajar menggunakan terms English untuk subjek Matematik dan Science , amat bagus untuk perkembangan ilmu anak-anak murid. Nak wat rujukan buku banyak, nak cari kat net pun banyak source. Taip aje kat search engine.. ‘mathematics ‘ , ‘mathematics for kids’, science is fun’ ke…berjela2 keluaq link yang best2. Tambah lg skang, kementerian dah lancarkan plak eduwebtv yang ala2 youtube tu, hmm..lg best jdnye P & P dengan bbudak. Sesekali bawa budak masuk lab, pastu wat playlist video pembelajaran kat depa dalam eduwebtv tu..hmm, depa pun seronok. Saya pun boleh wat keje lain sambil pantau dieorg. Uish, korang hingat cikgu2 skang kene ngadap ajar budak je ke…punyala berlambak kertas kerja, dokumen ,fail2 nak kena siapkan untuk submit pd PPd,jpn la…mmg kalahkan orang pejabat dah haa..saya rasa..hehe. Tapi,so far pd saya..saya tak rasa semua ni menjadi bebanan pada saya. Inilah hakikat seorang guru di zaman millennium…hik hik hik

p/s : Minta maaf kepada pencinta bahasa kiranya anda semua terganggu dengan pencemaran bahasa nukilan picisan saya di atas ni. Damai abang! [ peace brother!!] :p

Aku dan anak2 murid

Sekarang ni dah 11.40 pg. Dah abis 1 masa matematik aku dgn bebudak darjah 5 ni. Jadual kat sekolah aku ni, untuk 1 masa subjek tu 30 minit lamanya n untuk subjek utama mcm matematik ni, slaloonye dalam 1 hari kena ngajaq 2 masa straight. Kebiasaannya aku peruntukan masa ke 2 yang berbaki 30 minit lg tu dengan menyuruh bebudak ni buat latihan dalam kelas. Aku prefer kasik latihan n pantau bebudak ni wat latihan dalam kelas dari kasik dieorg homework n buat di rumah..tipis sangat le harapan nak tgk bbdk ni siapkan wat kerja rumah klu kasik dieorg bawa balik rumah [ macam aku jg la kecik2 dulu..hehe]. Dr menyakitkan hati tgk depa tak buat keje yg aku soh buat kat rumah, baik aku peruntukan masa tgk depa wat latihan dalam kelas..

Agak slow aku ngajar arini memandangkan dah masuk topic darab perpuluhan [ multiplication of decimals ,ye kawan2…hehe, kkdg tu, aku sendiri dok konpius2 penggunaan terms Engish dalam math ni..yela,kita blajaq dulu kan dalam Bm]. Ngajaq bebudak kecik ni, tak sama macam aku ngajaq budak kolej dulu..klu kat kolej dulu boleyla aku pot pet pot pet ..berjam2 pastu kasik assignment ke,kasik latihan ke. Ikut dioerg la nak wat cam ne pun, nak wat ke,tak mo wat ke, tp slaloonye bbdk kat kolej ni akan buatla tanpa dipaksa..takut terjejas prestasi markah akhir sem nnti. Tapi bile ngajaq bebudak kecik ni…hmm,haha..sangat2 memerlukan kesabaran yg tinggi. Aku mula2 dulu, mmg agak stress la jg sbb tak bley accept environment baru ni..rs mcm nak nangis je bile dah bg penerangan sikit punye panjang cara2 nak selesaikan soalan, tp bile time soh wat latihan..berduyun2 budak2 ni mai tanya soklan. Kata dalam 10 org yg mai tanya tu, bley dikatakan 8 drpdnye tanya soalan yg sama..

Contoh mcm ni la

Budak 1 : cikgu , muka surat brapa?

Tk sampai 1 minit , sorang lg tny..

Budak 2 : Cikgu Diyana…muka surat brapa?

Budak 3 : teacher, teacher soh bukak muka surat brapa tadi?

Masuk budak ke 5 , mmg aku dah mula nak jerkah je la..

”Ni hangpa tak nampak ka saya tulih besaq2 dah ni kat board ?

Book : M2

TB pg 62 [ sebutannya : text book page 62]

Exercise no 1 ( a,b,c,d and e only )

Exercise no 2 ( a to j ) !!! “

Haa..tu dia..PPsmi tak ppsmi…aku mmg kadang2 tu speaking kedah pure punya..bila dah mai rasa geram ngan bbdak ni…

Lg satu, contoh la kalau aku ingatkan depa soh garis tepi dalam buku latihan tu..pastu mulala sorang2 angkat tangan tanya…antara soalan budak2 yg wat aku rs nak cekik2 ja dieorg kdg2 tu [ rasa ajala..bkn nak wat btul2..aku sayang ngan bbdak ni..kang ada plak yg dok meng isukan pandangan sorang cikgu macam aku ni…mak ayah zaman skang ni bukan bley, cuit sikit anak depa..mula la masuk Harian metro…….]

Budak A: teacher, Kena garih tepi ke?

Budak B: Cikgu, kalau garih tepi ni besaq sikit boleh tak?

Budak C : Cikgu..saya lupa nak garih tepi ..

Budak D :Cikgu Diyana…kalau saya garih macam ni boley tak?

Budak E : Teacher, teacher..kalau saya tak mau garih tepi tak pa tak? [sambil senyum2 ,sambil ngendeng2 ngan aku..] Contoh budak E ni,slaloonye budak2 yang memang jenis manja ngan mak depa..dah bila mai sekolah nak ngendeng ngan cikgu2 la plak..]

Ada masa mood aku baik, mmg aku cakap keluaq sayang2 jg la dgn budak2 ni..tp mai masa tengah aku bad mood,letih dgq soklan2 depa…mmg aku bolayan aja…jegil sikit mata, berdecit2 depa lari balik tempat duduk masing2….

Memang saja pun budak2 ni, ada aja idea nak bercakap..

Huhu, kekadang tu aku rasa letih sangat nak melayan kerenah bbdk ni..bbdak kecik ni..byk sangat mulut…tapi bile dah lama2 ni, aku mula dah bleh terima fiil depa. Aku takde marah2 dah…aku dah mula sedar yg bebudak ni, kkdg tu saje je nak perhatian dr cikgu..nak bermanja2. Mmg slaloonye kelas yg aku masuk riuh rendah dgn bbdak..sbb aku suke melayan dioerg bercakap. Peveret teacher la katakan..hehe.

Tapi…bila ada yang tak buat kerja, dok main ja..tak pun keputusan matematik dieorg teruk…haaa…masa tu kelas akan sunyi sepi…ibarat klu jarum jatuh atas lantai,bley dengaq la bunyinya. Sebab apa? Sebab teacher Diyana dah mengamuk…habis masa matematik aku berleteaq kat bebudak ni…