LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 28, 2011

Baru tak dengar suara 4 hari,saya dah tak keruan

*huhu.mak abah macam dengar je panggilan rindu anak die.sebaik aje tulis entry ni,abah call. malam pulak mak call....suke2x.Alhamdullillah, mak abah sihat walafiat.lega dengar.

saya amik dari blog Hany ;)


Saya tak pernah mimpikan suasana di Mekah.langsung-langsung tak pernah.


tapi ni dah 2 hari,asyik mimpi terbayang saya berjalan2 di sekitar Kaabah.


bukan beribadat.tapi saya cari mak abah saya.


gila ahh..gembeng saya ni kan.mak abah baru gi 4 hari,dah jadi camtu..:|


siap nangis2 lak tu,macam budak tecik hilang ibu lagaknye dalam mimpi tu.


en suami, saya rasa saya nak ajak awak pergi sane suatu hari nanti.


bukan nak cari mak abah lagi. tapi untuk 'cari dan kenal diri sendiri'...;)


cantik tak sarung beg mak dan abah saye? hand made juga lor..^^

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday: Hentikan!!!





source : Google


Saya sangat benci peperangan yang langsung tiada kesudahan ...:|

Monday, April 25, 2011

kiranya ini yang terakhir..aku redha


kiranya,mungkin pengalaman mengandung kali ini adalah yang terakhir dalam kamus hidup saya sebagai seorang ibu, saya redha..;)

tipulah kalau saya cakap,saya tak sedih teringatkan yang saya sudah tidak punya peluang lagi untuk merasa bersalin normal.
kali ni pun,mengharapkan keajaiban di dewan bedah. 

mungkin punya peluang ke-4?

who knows? :)

Thursday, April 21, 2011

ubat klinik kerajaan sebabkan anak besar sangat

saya senyum aje kadang tu ,bila ada yang cuba 'menegah' atau 'melarang' saya amalkan vitamin2 yang klinik desa bekalkan.

ada 2 mitos di sini ,yang selalu saya dengar tentang vitamin2 dari klinik desa a.k.a klinik kerajaan.

mitos 1: kalau amalkan,nanti anak besar sangat.
mitos 2: nanti badan naik mendadak.

bulih dak bagitau saya dari mana sumber-sumber saintifik yang telah membuktikan 2 mitos ni? ataupun ade perlu saya panjangkan soalan ni pada geng mythbuster?

tak kisahle,doktor private ke doktor hospital awam ke yang bekalkan..janji derang ada qualification.itu yang paling penting pada saya.

 saya cuma takut dan sememangnya bimbang untuk nak amalkan..kalau produk minuman/makanan kesihatan sebarangan yang katanya untuk kebaikan ibu mengandung. itu semua yang kadang tu, adik umur 18 tahun kat kiosk aje pun yang jual.takde sebarang qualification berkaitan perubatan pun adik tuh.haa.yang tu, korang pujukla aku ni cakap kalau makan keluar anak putih melepak ke hape..memang saya tak berani dan tak nak cuba.kecuali yang korang sua kat saya tu, air kosong dah diselawat ke..air masa bacaan Yasin ke.yang tu ,saya akan minum sebab saya sangat percaya pada maharaja doktor Yang Satu itu.;)


reason utama untuk saya menolak sebarang produk kesihatan semasa mengandung adalah sebab bukan doktor yang cadangkan..


mak aih.cam kuno la plak.lantak la eh..haha

tapi,lainla kot..kalau yang suggest soh beli tu sememangnya doktor.tapi Dr.rozmey..aku takut juga...haha.

ops.

adiwira

spiderman

keluangman

ultraman

'schumacher' man
ali makin kuat membuli damia. 2 hari lepas, senduk makan dahi kakak dia tu,ali yang ketuk.


camne weh korang yg anak lelaki ramai2..haha.mesti mamanye dah jadi mcm godzilla kan..tehehe.




^^

Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday: Blue & Green

"blue" & "green" already unite long time ago in thailand...(~.^)
kredit to: Only In Malaysia
takdele kelakar sangat pun. 


i always wish 'biru' dan 'hijau' itu  can re-unite one more time [AGAIN]..


Asik2 gado aja.moh makan semeja balik..^^. 

Monday, April 18, 2011

murid-murid gemuk,cari cikgu!

yey...tambah lagi kerja amal kiterang para guru, wajib merekod BMI anak2 murid secara berkala dalam kad laporan pelajar.^^


sabor aje eh...[sambil tepuk bahu sendiri]


Tapi korang, bab anak2 kecik makin hari makin obes ni..bukan perkara boleh di pandang sebelah mata dah sekarang ni. Memang masalah obesiti di kalangan anak2 kecil..semakin menjadi2 sekarang.


memang, mak ayah kenala betul2 pantau apa yang anak2 makan.di samping pantau yang masuk perut sendiri jugak.^^


saya teringat perbualan saya dengan abah saya last week , sebaik dengar TPM kite luahkan kebimbangan dia tentang masalah obesiti di kalangan pelajar sekarang.


abah cakap, sekarang mane ade orang susah. semua orang duit banyak.dah duit banyak, makan pun memang akan mewah2.


abah cakap, ada 1 kes di Alor Star yang sekarang sampai dalam perhatian Jabatan Pelajaran Kedah tentang 2 orang adik beradik  yang disahkan pengidap diebetes. doktor hairan sebab 2 orang budak tu kecik lagi.


siasat nye siasat..huhu. mak ayah super bizi. duit berkepuk2 tinggal untuk anak belanja harian .


siang malam ,2 beradik terlebih duit saku ni..memang pesan fast food aje. kan bulih tekan2 telepon aje,terus ade yang hantar makanan tuh!mane tak kena diebetes haa...hmm.


jadi ,kawan2 sekalian..moh belum terlambat, jaga diet anak.jaga diet diri sendiri juga. 


ceh...yang dok menulis ni pun ,idok le cermin diri sangat..semalam tak nak dinner makan nasi kunun. order en suami ,soh beli pizza..heee. saje nak cover di sebalik mood mengidam..boleh makan tanpa rasa bersalah.^^


abah saya seorang yang tidak pernah makan bertambah. seorang yang  sangat menajga dietnye ..umur nak masuk 60 thn dah, uban tak dak. perut pun slim.anaknya??yang sulung, obesiti tau. sian kan? lol

Thursday, April 14, 2011

Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali

Mak Chaq Tehah la ni rajin dok edit gambor ni..^^


Damia dan Mak Chaq nye
 Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali

Walaupun ,anak2 saya 100% banyak ikut muka papa derang..
tapi ada juga yang saya rasa ikut saya
See.see.

Senyum tu warisan saya.
lalalala

Wednesday, April 13, 2011

Hari ni tak ada Wordless Wednesday

Salam semua


Saya nak maklumkan di sini, yang penjualan telekung dihentikan buat sementara waktu [sampai pertengahan bulan Mei] memandangkan mak cik siah nak gi umrah selama 2 minggu bermula 24 April nanti. Mak saya tengah usahakan siapkan tempahan sedia ada yang telah ditempah awal.


Harap maklum. TQ


terima kasihla eh kepada pengunjung blog telekung kiterang yang telah call dan emel adik2 dan mak saya. ikutkan tu, nak ramai2 memeriahkan Telekung Jersey GA tapi nampaknya lebih ramai yang lebih berminat untuk mendapatkan telekung dengan segera yakni dengan berbayar.^^. 


ramai cakap takde gambar bertelekung. syarat utama bukan untuk gambar bertelekung eh. gambar bertudung ;)

Monday, April 11, 2011

Naik bas usung batu nisan

ni bukan nak cerita seremm ke hape. citer kelakar actually.

kire macam kelakar seram pun ,ok jugak. huhu

kisah ni lama dah jadi..rasanya masa saya anak dara lagi.belum kawin gitu

Adala satu hari tu,mak saya ajak saya balik kampung halaman mak,di Temerloh.

mak kata,lama tak balik ziarah kubur tok.

Abah masa tu, sibuk dgn kerja ..susah nak cuti.

Kebetulanla kot,cuma saya cuti semester rasanya masa tu. Jadiknya, sayalah yang nak kena ikut mak balik naik bas.

2-3 hari sebelum balik tu, abah bawa balik la 2 bungkusan yang agak panjang dan nampak berat dari pandangan kasar. Saya tak terfikir pun nak tanya abah apa mende yang abah bawa balik tu..lupa macam tu aje lepas tu.

Dan tiba hari nak naik bas ke Temerloh, saya tengok sekali lagi abah usung 2 bungkusan tu. Abah susah2 aje masukkan dalam tempat simpan barang bas tu.

Ok.fine.nampaknya, memang tu barang yang mak nak bawa balik ke Pahang..pastu saya tanyale abah dan mak' ape mende tu?'

Mak dan abah jawab serentak,' batu nisan tok'.

Loh! huhu..terkejut saya. dah tiba2 trus rasa bulu roma mencacak.

Saya nampak dah, driver bas dok jeling2 masa abah masukkan batu2 nisan tu bawah bas. tapi driver bas tu pun, tak tanya apa la..dia pun nampaknya mcm berfikir2 aje dok teka apa dalam bungkusan tu.

Sepanjang perjalanan,7 jam ke Temerloh tu..saya tak lena tidur..asik2 nampak macam nampak hantu kat tingkap.Gila psiko.keh keh

Yang mak saya,sampai ke suttt lena je tidur..saya je ntah apa2..

Sebaik sampai simpang bas Temerloh, masa tu jam 3 pagi rasanya..mak minta saya bagitau driver bas tu yang kiterang nak turun kat simpang je..sebba pakcik nak datang amik kat situ.

Driver bas pun berhenti. Dan masa nak turunkan batu2 nisan tu, kiterang mintakla tolong pakcik driver tu.

Rasanya pakcik tu pun, bila dah angkat bungkusan tu..dia pun tak tahan sangat dah nak tanya. Dia tanyala juga kiterang,apa die dalam bungkusan tu?

Saya pandang mak,mak pandang saya..pastu dalam tersenyum2 sipu malu..saya dengan mak jawab serentak..

'batu nisan.'

Korang tahu dak, pakcik tu tak cakap banyak. sebaik dia ,selesai tolong angkat bungkusan tu ke tepi jalan..trus dia naik bas.pastu tak kalih2 dah tengok kiterang....haha

sepanjang dalam keter pakcik saya, mak asyik gelakkan saya dan pakcik bas tu.

Mak cakap..'tu mak malaih habaq awai2...satgi hang takut.tengok..pakcik tu pun,ingat kita puntianak ke hapa tumpang naik bas dia...'

huhu

Jauh kan batu nisan tu punya perjalanan

Hmm.mak saya  memang berniat nak tempah batu nisan khas dari Jitra ni untuk kubur tok kat temerloh tu. kebetulan plak, bawa naik bas plak kan..

mane tak seram dibuatnya...^^



Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah



Jom teka  Pn Halen ni nak pegi mana next week[16-24 april ni] ni?


saya teka Pn Halen ni nak gi Adelaide, Australia !!


kan?kan?kan?


Tarikh tutup: 15 April 2011


*eden memang biras pn halen,tapi eden pun tatau dia nak gi mane ni..ingat nak teka dia nak gi siam memula..tp bile timbang2 balik bila tengok gambar kat atas ni..eden rasa dia nak gi ziarah adik die ni kat australia..


tak kira menang takmenang,janji  ole2 hantar Kulim tau!! haha


Nak join, klik SINI



Thursday, April 7, 2011

Jom parking duit di Bank Rakyat

penatle plak beratur semalam semata2 nak amik borang keahlian Bank Rakyat.macam goreng pisang panas..kecewa kekawan cikgu yang pesan soh minta borang nak tambah syer sebabnya pegawai bank tak kasik. sapa yg mai aje,dapat borang.tak leh pesan2..^^

walaupun saya memang ada akaun simpanan dengan BR..tapi derang tak penah offer plak jadi ahli derang. selalu membara je dok dengar ahli BR dapat dividen berbelas2 percent. interest skim loan utk ahli die pun,kurang dr yang bukan ahli.

dah lama rasanye BR tak buka untuk keahlian baru. Ini pun,derang tak announce pun..main pas pas bagitau aje eh. dah aku citer kat sini..semua orang tahu.haha.

untuk yang belum tahu, minimum syer yang boleh dibeli adalah 500 unit yakni RM500 [RM 1per unit saham].
dan kalau korang rajin ikut la perkembangan BR ni, dividen derang antara yang agak tinggi jugala 2-3 tahun kebelakangan ni berbanding dgn Tabung Haji ataupun ASB.cop!!cop!!ada lagi skrg kompeni insurans yang offer contribution skali dgn investment. dan antara yang tinggi adalah produk dari Pru BSN. memang dividennye saing2 BR. moh..ikut teman jugok..teman memang pengguna setia Pru BSN ;).

cuma..yang saya tak berapa nak pasti,adalah tentang kelayakan untuk menjadi ahli. adakah terbuka pada semua ataupun limited pada Pegawai Kerajaan ataupun Bumiputera. tapi yang pastinya, saya memang tak nampakla orang dari kaum Cina beratur. kebiasaanya ,bila bab2 pelaburan dividen tinggi2 camni..kaum Cina antara yang paling ramaiiii dalam barisan.bila derang takde..rasa cam pelik pulak..^^

eden takmo cakap banyak, jom korang..kita parking barang seketul dua di Bank Rakyat! ^^

Eden pun tak berapa nak banyak seketul duanya..tadi gi TH,korek sikit..nak gi parking kat BR plak..ahaks.

berkaitan dengan halal ke tidak duit yang kita laburkan pada syarikat yang kita pilih..paling pentingnya, semak dahulu prospektus dan sistem pengurusan kewangan yang derang aplikasikan. pastikan anda yakin ia halalan n toyyiban eh..sekarang ni dah banyak pun bank atau syarikat insurans yang telah asingkan sistem kewangan konventional dan juga sistem pengurusan kewangan Islam :)

saya sudah terasa makin berusia plak sekarang, nafsu untuk suka2 hati habiskan duit sudah tamat.paling utama,mungkin sebab anak dah nak makin ramai...asik pikir simpan duit untuk bebudak ni aje..masa depan tak bulih diramal ;)

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday: Pulun

yang lama pun valid 3 minggu lagi,dah tampai yang baru. Pulun!
awat cek pulun sangat tahun ni?


sebab serik dah..penah bawa cik Berry dekat 1 bulan secara haram 2 tahun lepas, gara2 lambat renew.


lagi satu,sebab takut duit utk renew ni pi guna utk foya2..jalan selamat. renew awal..:D. tahun ni masih cover tinggi. syukran.

Tuesday, April 5, 2011

kisah kad merah

masa ni, Damia 'disyaki' baru berumur 6 minggu dalam perut. gemuk kan mama die masa ni,berat timbangan macam orang dah sarat.lol
Ni masa Ali. lambat sikit saya buat.Ali dah 8 minggu ++. Lagi gemukss. saya datang klinik bulan seterusnya, terus nurse tulis berat saya dengan warna merah sebab dah lebih 80kilo. overr!!


***
no photo kad merah untuk yang no 3 ni SEBAB SAYA TAK BUAT LAGIII!!
Agak2nya, baby dalam perut ni 10 minggu dah kot.
berat timbangan masa timbang di sekolah tadi 69 kg.

yes.rekod timbangan pertama semasa mengandung paling ringan setakat ni. harapnye elok cecah perut 9 bulan nanti, berat saya tak akan cecah 90 kilo seperti sebelum2 ni...^^



Baby, maafkan mama ya. bukan mama tak teruja dengan kehadiran kamu.
cuma bila keterujaan sudah bertukar menjadi kebiasaan, inilah jadinya.
Malas kuasa 3 nak gi buat buku merah. ^^

asid folik ,mama dah beli farmasi..belum miss lagi tau.

sayang baby!!

kfc ni jahat tau

'marah' betul saye pd sesape yg dok tulis komen pasal egg tart kfc^^

sampai mimpi2 aku tringat egg tart tu.

mula tu relaks aje lagi..tunggu jap kot2 nak lupa..tapi trus menerus dok terasa mcm tart tu dok dalam mulut ni

tak bulih jadi.gile kronik mengidam teringat kali ni

dulu masa damia,setakat tingin nak makan bihun goreng yg kering2 macam mak saya masak. berpeluh en suami nak gi cari sebabkan kami masa tu kat johor.mane nak cari yg serupa mak masak..berlinangan air mata jg sbb tak kene ghupanya bihun goreng yang saya bayangkan. tapi ,saya telan juga..dan Damia Aleya idokla meleleh2 air liurnye masa dah lahir...mak nye aje mengada lelebih.^^

masa ali pun, saya tingin nasi kerabu kat Kopitiam aloq staq saja. senang dapat,balik2 aloq staq trus pi cari

Ni ..kali ni..memang mula2 tu ngat relaks ja sbb ala..kat kfc je pun,bila2 boleh pi cari.

sekali haa, 'panik' la jugak ..haha. sebabnya egg tart tu bukan ade di semua outlet. dah sampai seberang jaya ,en suami gi cari..tak dak tau

KFC ni..betul2 'jahat'.jahatttt...huh

nasib ada penyelamat superman hero batman keluangman,selamatkan air liur saya dari meleleh..

my brader in law gi kursus KL ,dia belikan 2 kotak yg ade 12 ketul tu..singgah Kulim hantar semalam.

haha...renyeh sampai ke telinga saya..semalam habis sekotak.

hari ni lunch ,saya kukus balik. makan dengan Ali dan Mia.

puas!!!

dah.boleh lena tidur....