LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, November 23, 2009

Potong ke tak potong?

ni bukan iklan p1 wimax broadband hokeh?hehe.

ni pasal satu 'masa elah' negara ..

pasal rambut Damia..

dulu,saya pernah berniat nak gunting je rambut anak saya ni.Kasik hilang kerinting die tu..

Tapi, kadang2 rasa sayang..

And kadang2 rasa kesian tengok Damia dengan rupa begini...




Jadi,pada pandangan korangla...perlu ke diPOTONG rambut Mia ni?

Masa

Masa..
datang n berlalu..
ada orang pesan..
jangan toleh tengok masa yang telah berlalu..
yang penting apa yang akan dihadapi di depan..
tapi
saya rasa tidak..
ada tikanya kita masih perlu melihat ke belakang..
untuk dijadikan pedoman di masa hadapan..

Sunday, November 22, 2009

My-Birthday Giveway! (M-B-G)

* Ini merupakan entry sticky mode sehingga 22 Nov 2009*

1st of all, nak bgtau yg ni bknnya giveaway anjuran saya.hehe.Bila tgk topik ..mcm saya je kan yang wat besday giveway ni.hehehe.

Lama saya tak join ape2 contest anjuran mana2 kawan blog. tak menyempatla nak collect maklumat n penuhi syarat2 contest..tu yg tk join pe2. tp giveway ni saya nak join sbb hadiah yg diberi menggoda hati.hehe

Serba ringkas ttg contest ni:

Pn Sarah tn punya blog online shop cloth diaper anjurkan giveway sempena besday beliau pd 22 nov akan datang..Interesting!! Jom aa kekawan join giveway anjuran pn sarah kite neh. Hadiah2nya of coursela CD yang pelbagai design yg colorful tu..hehe.
Dlm entry M-B-G ,ada pn sarah nyatakan yg bleh jg kasi komen/testi kirenye berpengalaman menggunakan CD.hmm,bleh sangatlah saya nak kasik komen/testi berkaitan CD ni..kebetulan saya baru aje beli CD dr Pn Sarah


Pengalaman menggunakan CD-

Saya sangat excited n berkobar2 beli CD ni demi memenuhi tuntutan kempen jimat cermat en suami dan kempen mesra alam dari mak saya..hehe. Matlamat jangka panjang, saya nak tambah koleksi CD damia memandangkan ritu saya beli 2 kpg CD je nak kasik damia test. Hmm,saya ade plan jg neh nak pujuk en suami kasi belanjawan dispo diapers Damia selama 3 bln, tukar kpd belanjawan beli stok CD..yela..bulan feb depan,adik damia plak keluar.Double tu belanja dispo diapers next year. Dahla anakku si Damia ini sangat manja kulitnya..utk sehari saya peruntukkan tk kurg dr 10 kpg dispo diapers utk damia..cuba korang darab sikit 1 bln brapa bungkus dispo diapers utk Damia...hmm. Nak paksakan diri guna lampin biasa..huhu,sangat nipis motivasi dlm diri. So bile ade alternatif mcm Cloth Diapers ni..hmm, semangat saya tu tinggila sikit.

Mula2 dulu,rasa was2 jg nak guna CD neh..yela bile pk kan nak basuh2 la,jemur la..aduh..leceh.tp saya try juga la beli. Hmm, bagus aaa ..mudah sangat guna CD neh rupenye walaupun ada t**k yang melekit2 terlekat kat CD. Spray aje haa guna air,hilang semua kotoran. Gosok2 manja sikit kain CD tu,pastu masuk dlm mesin basuh kejap and then spin. Siap! bleh jemur. Seriously,mudah sangat nak handle CD ni tak macam lampin biasa. Anak pakai nampak kemas plak tu.


Tambahan plak, ciri2 CD ni sangatla user friendly, takdela rumit sangat nak handle diapers ni..fabrik CD ni pun berkualiti..thanks to sarah sbb perkenalkan this product utk para ibu.

Ni antara pose Damia bergaya dengan Cd nye..hehe.




Yok, jom join ramai2 contest ni! Pada ibu2 yang berminat boleh melawat laman web Pn Sarah untuk maklumat lanjut.

Wednesday, November 18, 2009

Bencinta


Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu


Lagu feveret di kala diri daku tengah sentap dengan en suami. Ok, saya tahu en suami mmg bolayan punyala bila mama damia ni sentap. takpe, ade ubi ade batas, naik lori,naik bas..takpe..takpe..

Ok, di kala2 mood sentap sebegini, so saya bermurah hati nak dedicate lagu ni kpd kawan2 saya yang bakal berkahwin iaitu Cik Dida n Cik Atul. Ucapan utk korang berdua

Selamat melayari alam rumah tangga yang warna warni..hehe

Masih suami isterikah di akhirat kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga..

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

KREDIT : Nur Izza Binti Ahmad Zaki

Sunday, November 8, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest


Lama saya tak update blog.Sibuk skitla skang..hmm,masa jengah2 blog kekawan,terperasan 1 contest berkaitan baby in nature di mombloggersplanet anjuran little mama. Yang saya perasan,MBP memang setiap bulan menganjurkan baby contest yang di mana setiap bulan mempunyai tema yang berlainan. And untuk bulan November 2009, tema baby in nature menjadi tema pilihan. hmm,interesting...so saya nak cuba nasiblah untuk kali ni..;)[sebab rasa ada gambar damia yang bersesuaian..]

Ini antara butiran yang diperlukan dalam contest terbabit.


Ni la gambar bersesuaian yang saya maksudkan tu..hape2 aje kan aksi anak saya sorang ni..hehe




Nama baby: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL


Tarikh Lahir: 24 Oktober 2008


Umur: 1 tahun


Alkisah background gambar neh:

Gambar outdoor Damia berlatarbelakangkan rumput nan menghijau ni bukanlah diambil di mana2 taman rekreasi atau mana2 taman bunga..kat laman rumah Tok Tam Damia di Serdang,Kedah je pun...hehe


Kepentingan melibatkan anak dengan aktiviti luar rumah


-mendekatkan diri anak dengan alam sekitar.parents secara tak langsung boleh memperkenalkn pada anak2 dengan objek2 di sekeliling spt burung2 yg berterbangan, bunga2an, daun2 ,pokok2, serangga dll. Proses pembelajaran direct macam ni, sememangnya membantu tumbesaran otak anak kita berkembang dengan pantas.


-anak2 mampu meneroka sesuatu yang baru cnthnya bagi ibu2 yg baru nak ajar anak bertatih,aktiviti luar dari ruang lingkup rumah merupakan salah satu alternatif bagi mempercepatkan proses anak berjalan..bak kate orang tua2, baby elok dibawa bertatih di atas embun pagi2 tu,utk kuatkan kaki dan mempercepatkan proses anak belajar berjalan..dan memang ini pun antara usaha saya bagi mempercepatkan cik damia ni tak gayat nak berjalan...si kenit ni lambat sikit nak betul2 berjalan sendiri..gayat je die..

-of coursela pendedahan aktiviti luar rumah macam ni..anak dapat menghirup udara yang lebih segar dan nyaman yang semestinya amat penting untuk kesihatan ,bukan manfaatnya pada anak sajala..kita pun dapat sama2 release tension n sama2 menghirup udara segar dan pemandangan yang merehatkan minda dan mata...hmm.


Pendek kata, memang banyak lagila faedah2 yang boleh diperolehi sekiranya kita dedahkan anak dengan persekitaran semula jadi di luar sana...:)

so,kekawan..meh la..join ramai2!!


Sayangi anak,sayangi alam sekitar!! :)

Contest adalah anjuran ->MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/



Penaja2 yang baik hati -> PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


->AliceWonders : http://www.alicewonders.com