LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 31, 2011

I'm not stupid



1. Appu dan Syafika mengangkat sofa di dewan
2. Fatihah dan Fitrah menyusun hadiah di dewan
3.Ayuni dan Norsyafiqah menyapu sampah di dewan
4.Haris dan Ramadhan mengangkat meja di atas pentas
5. Dia tulis nama dia sendiri..Noh ^^


Secara keseluruhan, boleh lagi faham.
Yang sebetulnya, budak ni maksudkan begini..
Ini basikal.Bapa saya beli basikal ini pada hari jadi saya.Saya menunggang basikal hari-hari ke sekolah. Basikal saya berwarna biru dan merah.Nama basikal saya ialah Josuan. Saya amat menyayangi Josuan.
  

Haa.yang ni..perghhh..2 hari 2 malam tilik jawapan budak ni pun...saya gagal untuk menterjemah isi hati dia. saya tak tau dia pakai kod rahsia apa ni...^^
Kadang tu dalam membara aje bila tengok budak2 ni menjawab soalan, ada juga rasa lucu di hati ni..tersenyum dengan gelagat masing-masing dalam kelas. For me, budak2 kelas yang terdiri daripada budak yang agak slow dalam pembelajaran ni..mereka bukan bodoh. Kebanyakan mereka bersungguh-sungguh dalam kelas. Cuma yang agak membuatkan mereka jauh terpinggir dari budak2 yang cerdas adalah kemampuan otak mereka untuk mencerna maklumat dengan pantas.semua pihak perlu berusaha 500% bagi menjayakan budak2 sebegini. Jangan sesekali menyumpah mereka.BODOH.


Pada saya,matlamat saya untuk budak2 ni..mampu menguasai 3M di akhir Tahun Enam  70 % sahaja pun , pada saya itu adalah kejayaan besar guru-guru :D.

Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday: McAli

lazat kan nampak?nyum nyum.LOL
Mc D, jangan mara aa.jahanam box korang tu anak aku kerjakan...lalala

*Nama McAli ilham dari cik nani..hehe

Tuesday, March 29, 2011

bangun tido,peluk suami rapat2

last week, saya mimpi buruk.

mimpi en suami meninggal.

sepanjang dalam mimpi tu,merembes2 air mata saya.

sangat real dan terasa kehilangan.

gila ah,bangun tidur,lencun muka saya dengan air mata.

dan juga baju saya lencun dengan air kencing Ali. dam*!

tangan kanan ,raba2 cari Ali dan Mia.ok ada.

dan tangan kiri terus sauk lengan en suami.

sambung nangis.

nasib dia tidur mati kan.

tak citer pun kat die.sebab tahu dah die nak cakap apa.

tu la..rajin melawan cakap die.kan dah mimpi buruk..^^

Thursday, March 24, 2011

Jangan tegur

Orang tua2 selalu pesan kan,mulut tu kena jaga. jangan cakap sebarangan hatta kepada benda tak bernyawa.


walaupun hanya sebiji kereta


Mulut ni jahat kan. bila bersembang asyik dok merungut pasal cik berry tu makan minyakla.dah tua la.calar sana sini. last2 makin jahat,mulut capoi sebut teringin nak jual cik berry.

hamik sebijik

semalam, sampai rumah dalam hujan lebat terkejut saya sebabnya temperature cik berry naik sampai maksimum. bila dah matikan enjin pun, tapi kipas masih berjalan.

huwaa

sampai panggil suami jiran la,tolong tengokkan

dengan ganasnya saya telah pecahkan kaburator sampai bocor

en suami kata, sapa buat rosak ..orang tu kene bayar

huhu

macamana boleh sampai pecah? saya bawa persona saya macam bawa lori en suami. itula puncanya,habis lopak besar pun belasah.mana tak pecah

padan muka

Wednesday, March 23, 2011

Wordless Wednesday: Gotcha!!

senyuman itu bermaksud: sabar ye mama..^^

Tuesday, March 22, 2011

congak belanjawan

saje la kan semalam masuk web airasia.


check details mama dan bapak mertua pada tiket derang untuk bulan Jun ni.tengok airasia dah betulkan ke tidak.


masa saya belikan bulan lepas, baru perasan ada kesalahan nama.


tq team airasia.sibuk pun korang layan saya ni.heh


pastu saje2 klik tengok ,nak cari tiket murah. dan saja juga klik tengok pada tarikh yang tak promotion.


tahun2 sebelum ni, saya laki bini main hentam beli je..tak pernah plan bila nak balik ke hape.bile rasa nak balik,terus2 je beli 2 weeks before berangkat  jadi memang tak pernah la dapat tiket murah. macamla banyak $ sangat.^^


tapi kan...tahun ni dan juga tahun seterusnya,dah tak boleh buat cenggitu.


kalau kata nak balik raya, awal tahun  dah kene survey tak pun 1 tahun sebelum dah kene survey.


damia dan ali next year not infants anymore. 


4 single seat plus 1 infant.


cube kire..cube kire..haha.


cuba membayangkan  kirenya saya yang duduk sana....


Gulp.


Uwaa.....meroyan kuasa lima puluh kalau tak jumpa mak saya setahun.


:|

Monday, March 21, 2011

Kebetulan yang sungguh mengujakan hati

En suami hantar saya anak beranak balik Jitra, Rabu lepas memandangkan cuti sekolah ni,en suami sangatla sibuk bekerja. Jadinya, i minta permission nak balik kampungla untuk mendapatkan manfaat cuti sekolah yang berkualiti...hehe

as usual, balik kampung time cuti sekolah hari2 gantung periukla kan.kenduri kawin banyak.


Ni kenduri umah kawan mak saye. saya memang peneman setia mak le kalau gi kenduri kawin sebab abah keje,Najah pun keje.


Masa tengah pulun nak habiskan semangkuk laksa, tiba2 dengar DJ umum kata ketibaan Tun Mahathir.


haa.apakah..?kenduri sape ni? Tengok.main ikut je kan..tak tanye pun mak saye ni kenduri sape sebab perut lapar sangat masa tu...

Langsung takde tanda2 tuan rumah nak sambut orang vvip. Tok wan pengantin pompuan yakni tuan punye rumah pakai kain pelekat aje pun. ^^


pengantin yang tak berapa nak dirai hari tu..^^


sama style rambut dengan mia kan?^^
 
mia wakil mama eh salam ngan Tun ^^

Baju merah tu la tuan rumah. sempoi sungguh...uhuhu. Tun pun panggil Pak Ad saje.


Saya minta Tun dedicated buku tu untuk Damia dan Ali ;).

Buku tu kebetulan saya baru beli sehari sebelum tu. Saya balik amik di rumah mak sebaik dengar kata Tun nak mai . Saya rasa saya tak boleh nak buat2 tak tahu aje  je sambil mengadap makanan tanpa fikirkan nak minta Tun sign atas buku tu...haha.

Mesti korang tertanya2 kan, kenduri sape ni eh?

Tok Wan pengantin pompuan tu pernah bekerja bawah Tun masa Tun jadi wakil rakyat kawasan Jitra ni.

Akrab betul Tun dengan Pak Ad.

Sampai ke hari ni,hati masih berbunga macam baru jumpa pakwe hensem. tak sama eh perasaannya masa jumpa kecik2 dulu dgn bila dah dewasa ni.

Kalau Tun tu tok wan saya, adaku peluk2..huhu. ntah naper time jumpa Tun ni,ter flash back masa peristiwa Tun letak jawatan tiba2 dulu tu..:|

Monday, March 14, 2011

Lesson plan for today

Tarikh: 14.03.3011
Masa: 11.30-12.30 (60 minit)
Topik pembelajaran : Adik baru
Objektif: Memperkenalkan adik baru pada kakak sulung, Damia Aleya
Hasil pembelajaran:
1. Damia dapat menerima berita kehadiran adik baru dengan tenang
2. Damia dapat menyayangi Ali dan adik baru sama rata
3. Damia yakin mama dan papa sayang dia walaupun ada adik ramai..haha.

Alat Bantu Mengajar: Buku Rekod kesihatan Mama 1 dan 2,
  
Aktiviti 1



mia kusyuk mendengar taklimat dari mama berpandukan gambar dia dan ali masa dalam perut mama


Aktiviti 2


mama tunjukkan adik baru pada damia

 Refleksi :  Bila mama tanya, Mia..adik mia ada berapa?
                Waa...[dua]
                Mana?
                Tu...[tunjuk Ali]
                Lagi satu?
                Ni..[tunjuk perut mama]

 
Pengajaran akan diulang di lain waktu, pada murid yang kedua iaitu Ali...^^

*baru 2 hari cuti sekolah, dah mroyan nak tulis lesson plan...haha

bekas ulat buku

walaupun dah lama saya subsribe newsletter dari MPH,tapi saya jarang masuk situ untuk membeli.^^

tapi disebabkan 1 buku ni, saya korek2 balik pasword website MPH. ada lagi la simpan reminder username and pasword.haha.



A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
 tapi tadi petang,intenet lembab nak mati..pastu tgk plak tempoh penghantaran makan masa 4-5 hari, lama tu.

Esok balik alor star saya nak cari di MPH sane.

Mahal. tapi saya yakin berbaloi.

Tadi en suami nak cari di Popular. saya kata tak ade kot.rasanya ada di MPH je. bertekak2 last2 tak  pegi cari pun di Popular

Saya ada juga baca Buku Oren. Berapa hari tu tulis?8 hari? ^^

Saturday, March 12, 2011

Midnight sickness

cabaran kali ke-3,no more morning sickness but..yang dok ada midnight sickness.^^

Nafsu makan sesungguhnya berganda.

cuba untuk kawal.tapi lutut asyik ketaq

jadi,kena makan juga tak nak kasik lutut terketaq ketaq..haha

laki ka pompuan. saya tak kisah.

ka kembar? bonus namanya tu

Friday, March 11, 2011

Komitmen dan Kawan


saya start remove segala widget mcm2 dr blog saya ni since cecah 100 orang klik jadi follower. dulu ada macam2 kan, counter page la..tgk sapa visit saya la.semua tu saya remove dr blog ni.

why?

saya suka kekalkan konsep blog saya sebagai tempat catatan harian dan cuma untuk pembaca yang terhad kepada saya kenal dan yang betul-betul suka dengar celoteh saya.

for me, widget followers tu sesuai kepada tuan punya blog yang ramah dan memang suka kumpul kenalan serata tempat.kalau korang nak klik2 widget follower tu boleh klik di blog jual telekung saya.haa..blog yang tu,memang saya nak kumpul ramai2 orang..nak kembangkan bisnes telekung saya..hehe

sapa kenal saya tahu saya macam mana saya ni.

saya memang ramah.tapi my social network semasa saya sendiri letakkan sempadan.

semakin dewasa, kawan-kawan cuma suami,anak-anak dan keluarga terdekat..serta a few of friends ..;)

bukan bererti saya lupa kawan yang lain. cuma kadang tu jarak dan masa menjadi faktor kekangan.

tapi seperti juga anda sekalian, komitmen kita pada keluarga yang membataskan langkah kita.

suka atau tidak. itu hakikatnya

menyentuh soal kawan, saya tertarik dengan entry dari sorang kenalan ni, Liz yang ada menyentuh tentang soal komitmen dengan kawan..Liz ada tulis tentang..

A New Set of Friends

memang sangat menyentuh jiwa rasanya.ada yang Liz utarakan dalam entry tu..sangat dekat dengan diri ini..

dan saya juga  terbayangkan sahabat-sahabat lama saya..yang semuanya jauh dari mata..

harap mereka masih memahami saya walaupun kami sudah jarang bertemu

kalau ada sumur di ladang,boleh saya menumpang mandi..ok sambung sendiri.

Thursday, March 10, 2011

bila orang sayang..

emosional betul saya masa majlis persaraan Pen Kanan Ko K ,cikgu omar tadi.amik gambar sambil merembes2 air mata dengar lagu salam terakhir yang dipasang


huhu.terasa kehilangan tempat mengadu rakan-rakan sejawat yang kami anggap macam bapak sendirik.


cikgu omar ni jenis cikgu yang mesra alam dan rapat dengan semua orang tak kira anak murid, kawan, pakcik guard,makcik kantin suma..


memang happening sungguh majlis persaraanya..seluruh warga sekolah turun ke dewan nak rai tuan punya badan..


Cikgu pergi meninggalkan jasa tak terhingga..


macam pengantin baru..hehe

cuma takde pengantin pompuan aje..^^

banyak2 hadiah dr budak2,yang ni paling happening..haha




tata cikgu omar..dah tak bulih tengok cikgu omar mesin rumput kat padang sekolah petang2..;)

Wednesday, March 9, 2011

Kalau boleh nak semua free

saya pelik betul dengan perangai masyarakat yang kalau boleh nak semua free.apatah lg kalau ada kaitan dengan kerajaan.

mana dapat la dey..sekarang nak kencing pun,bayar.

saya memang bengang betul masa mesyuarat pibg sekolah minggu lepas  Ahad baru-baru ni, bila ada sorang parents persoal kenapa  guna duit pibg buat stor barang sukan?kenapa tak minta kerajaan?

sambil dok dengar pakcik tu membebel ,saya menghala ke tepi padang sekolah..

tarik nafas panjang-panjang..hati memang panas.tapi cuba untuk rasional.

dan pandangan saya meleret ke hujung padang,nampak pembinaan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tengah dok buat..kos dewan itu RM30 000. sekupang pun, kerajaan tak bawa keluar. duit sumbangan pibg semata-mata...

malu saya.

kat sekolah saya, stor besar sekangkang kera tu ..ada yang persoal. siap minta ,sekolah pulangkan balik duit lebih pada ibu bapa. oh pakcik,tahukah anda sekolah saya cuma minta sumbangan satu keluarga RM20 sahaja untuk setahun?itupun,parents yang bayar tak sampai 50%.

sedih weh.

itula sikap orang 'saya'.

bila anak tak pandai salah cikgu.

padahal duit ringgit berkira.

wordless wednesday:berdikari


kakak dan abang


Tuesday, March 8, 2011

cancel.hold.stop.

baru aje saya dan en suami gi survey peti ais baru.dan saya juga survey nak tukar tv baru. tak sabar btul rasa nak tukar sebab bulan okt ni saya dapat kutu.haha.

cancel semuanya berkuatkuasa serta merta.

treatment london weight pun, baru dok planning nak sambung balik cuti sekolah ni.ada banyak lagi sesi.

itu pun hold sampai jumpa 2012 nanti

shopping online.tabiat millenium ni walaupun secara kecil-kecilan...

harus stop dengan segera

terima kasih ye kawan-kawan

gembira hati sebab ada aura positif di sini

sungguh hati saya ni, sangat rasa psiko kalau nak pergi klinik desa

memang ramai nurse yang baik ,tapi jenis 'tak sekolah habis' pun ada. yang sorang dua tu la, buat sakit telinga.

saya dah buat kad merah biru kat private. folic asid pun dah start jadi rutin. buku merah akan saya buat.tapi nanti bulan ke 4 atau 5 mungkin. kurangla sikit dengar ngeng..ngeng..kat telinga.

private tetap bukan option utama saya. sebab saya suka team doctor di hosp alor star.

saya suka doktor-doktor tu saja.nurse kat situ ada yang saya takut.

minta maaf adindaku Ameng. aku tau bukan semua nurse mulut jahat. hang baik ja..^^

speechless

damia dan ali nak dapat adik lagi

please jangan cakap saya nak bunuh diri ke mengandung lagi rapat2

sekarang ni,saya perlukan kata-kata sokongan positif sahaja

saya dah termenung 1 minggu. dan selepas jumpa Dr.Chang semalam, hati sedikit lega.

persediaan mental sebelum kena 'bambu' dengan nurse gomen...ngeh ngeh.

tanya saya, memang suka gila cuma tahu dah pandangan orang.

ada yang cadangkan saya 'jangan simpan'.

what???

jangan ajar saya membunuh ok.

Allah Maha Adil. Dia tak akan beri,kalau saya tak mampu...

pray for me kawan-kawan

Monday, March 7, 2011

Memandu 4wd dengan berbaju kurung

Aci kerat jari eh kaum wanita yang punya bakat pegang-stereng-kereta-manual adalah sedikit di atas muka bumi ni.Kereta auto sama maksudnya dengan kereta untuk wanita.kan?haha

Saya pun la.tangan sudah keras.kaki pun.dah hilang deria rasa mana pedal minyak,pedal brek dengan pedal clutch..huhu.

Selama en suami berbinikan cik wira yang dah jadi bumble bee dulu tu..adala kot sekali saya cuba bawa. itu pun sengguk-sengguk macam kura-kura.sampai mati2 enjin tengah jalan.bunyi ekzos ja mengaum -ngaum macam nak berlumba tapi tersengguk-sengguk...sekali tu ja bawa sampaila cik wira kena jual.sebab kesian imej tuan punya cik wira tercalar dek kerana pemanduan isterinya yang bikin malu..kuikui.

Zaman 'gila stereng' lepas2 dapat lesen dulu ..memang driving manual adalah pilihan utama. tapi bile dah  kena dengan kereta auto..hmm. bye bye ajela nak naik kereta yang kena main2 clutch keter tu.huhu

Tapi dari minggu lepas,mana ntah dapat syeh nak mengasah semula bakat memandu kereta secara manual ..jadiknya di hening pagi Ahad,hari pertama bekerja minggu ke 10 persekolahan tahun 2011, saya dengan semangat berani-mati driving lori en suami pegi kerja.

Pemanduan lancar. Bakat masih ada.cuma...

saya terasa environment agak pelik..

Saya dengan kasut tinggi,berbaju kurung batik sambil mengendong anak kiri dan kanan tapi naik kereta yang agak 'jantan' macam en putih tu.

buruk benor ghupanya...haha.

Silala..silala..imagine.^^


cuba korang teka kami laki bini nak buat apa dengan bata - bata ni? ^^

Thursday, March 3, 2011

kepochi

kalau saya tahu pasword fb adik-adik saya..nak aje masuk,pastu delete status terkini derang

besala,kakak kepochi.adik2 apa lagi.

nasib badan

ye.saya faham.

mereka teruja.

saya pun.

Wednesday, March 2, 2011

Hari ni Hari Rabu

Saya baru tahu pasal Wordless Wednesday. memang setiap rabu je ke?Saya ada ada satu nak ucap untuk hari ini.bukan hari ni ja la kan.semalam,esok dan lusa.tulat..foreva.

Thank You Allah.

Tuesday, March 1, 2011

Satu keluarga, Tiga kenderaan

Dianggarkan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya tiga kenderaan berdasarkan statistik terbaru Kementerian Pengangkutan menunjukkan sebanyak 21.2 juta kenderaan didaftarkan di negara ini sehingga tahun lalu.


petikan dari BERITA HARIAN

Dengan keadaan semasa, kereta bukan lagi merupakan kehendak..dah bertukar jadi keperluan setiap isi rumah.Bukan suami isteri sahaja,kadang tu..yang bersusun depan rumah ,kereta anak la..kereta cucula...kereta mak menakan..suma dok ada.memang kalau tgk ,paling busuk pun kalau kita tengok kat rumah2 kurang2 memang ada 2 bijik.

Mungkin,pada yang boleh berkongsi..itu bagus untuk anda dan suami khususnya yang bekerjaya kedua2nya.. Kirenya, kalau suami isteri arah tempat kerjanya sama..masa waktu bekerjanya lebih kurang..berkongsi kereta mungkin adalah pilihan utama. Lagipun jimat kan?tak payah pikir hal ehwal kereta banyak2..tak pun,yang isteri mungkin boleh tumpang kawan ke tempat kerja..itu pun satu kelebihan.

tapi,bukan semua situasinya baik seperti itu.

Tak payah tengok jauh, abah saya contohnye cukup. Pernah satu ketika..rumah macam kedai used car. kadang tu orang ngat,kami adik beradik semua balik padahal mak abah aje dalam rumah tu. tapi kereta yang parking di depan rumah berbijik2.

abah saya jenis sayang nak jual kereta..itu la jadiknya.dan sekarang,setelah dipujuk mak dan kami ..abah jual semua tu dan beli baru.dua bijik itu tetap wajib.sebab mak saya adalah pengguna kereta yang maksimum walaupun dia cuma seorang surirumah.

contoh kedua terdekat, saya dan suami. kerja lain arah.sorang kiri ,sorang kanan. nak kongsi pun tak boleh. en suami balik lewat, dan saya baliknye jam 3 paling lewat.kecualilah saya pujuk en suami jadi cikgu jugak..apply satu sekolah.bolehla 1 kereta 1 rumah aje..ahaha.

jadi,macam mana itu? wajib jugakla installement 2 biji stp bulan.

Jangan cakap pasal  motorsikal.itu pun ,kami ada reason kenapa tidak memilih pilihan yang itu. 

Kereta saya adalah untuk kemudahan saya dan anak2. Saya memang tak boleh share2 dengan suami. matilah kutu ,patahlah kaki kalau saya tidak berkereta...huhu.Saya jarang tunggu en suami untuk selesaikan urusan seharian . boleh dikatakan 65% hal ehwal rumah tangga saya selesaikan sendiri sebab for me, tunggu en suami means kerja akan tertangguh sebab en suami kerjanya 6 hari seminggu.hmm.nak tak nak, sendiri adalah perlu. ^^


Ini pun wajib beli berbiji2...kalau tak ka, berebut sampai tarik rambut......^^
Jadi kesimpulannya,kempen kongsi kereta yang disarankan tak akan berjaya saye rasa,semua orang ada sebab dan alasan masing2 untuk tidak berkongsi...

haha.baik punya back up diri sendiri eh?....lalala.