LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 31, 2011

I'm not stupid



1. Appu dan Syafika mengangkat sofa di dewan
2. Fatihah dan Fitrah menyusun hadiah di dewan
3.Ayuni dan Norsyafiqah menyapu sampah di dewan
4.Haris dan Ramadhan mengangkat meja di atas pentas
5. Dia tulis nama dia sendiri..Noh ^^


Secara keseluruhan, boleh lagi faham.
Yang sebetulnya, budak ni maksudkan begini..
Ini basikal.Bapa saya beli basikal ini pada hari jadi saya.Saya menunggang basikal hari-hari ke sekolah. Basikal saya berwarna biru dan merah.Nama basikal saya ialah Josuan. Saya amat menyayangi Josuan.
  

Haa.yang ni..perghhh..2 hari 2 malam tilik jawapan budak ni pun...saya gagal untuk menterjemah isi hati dia. saya tak tau dia pakai kod rahsia apa ni...^^
Kadang tu dalam membara aje bila tengok budak2 ni menjawab soalan, ada juga rasa lucu di hati ni..tersenyum dengan gelagat masing-masing dalam kelas. For me, budak2 kelas yang terdiri daripada budak yang agak slow dalam pembelajaran ni..mereka bukan bodoh. Kebanyakan mereka bersungguh-sungguh dalam kelas. Cuma yang agak membuatkan mereka jauh terpinggir dari budak2 yang cerdas adalah kemampuan otak mereka untuk mencerna maklumat dengan pantas.semua pihak perlu berusaha 500% bagi menjayakan budak2 sebegini. Jangan sesekali menyumpah mereka.BODOH.


Pada saya,matlamat saya untuk budak2 ni..mampu menguasai 3M di akhir Tahun Enam  70 % sahaja pun , pada saya itu adalah kejayaan besar guru-guru :D.

10 comments:

atulhani said...

yang no 3 tu aku pun langsung tak faham hehhehe.. cam anak2 buah aku, ada gak yg masih tak lancar baca even dah darjah 4.. hm kadang2 budak2 ni masalah dislexia.. cam anak kakak aku, dia boleh tulis terbalik.. skang masuk sekolah khas.. baru 6 tahun. kakak aku dah ambil langkah awal. memang dia bukan tak pandai, budaknya sangat cerdik.. cuma tulis terbalik.. sebab tu lambat nak baca. rasanya same problem dengan sepupu drjah 4 tu tapi dia sekolah biasa..

Myra Jay said...

Ye betul tu kak, kena lebih fokus utk budak2 cmni, mereka bukan bodoh cuma perlukan masa je :)

Halen said...

hahaha.. berat jgk kerja cikgu ni yer nak kena sabar dgn gelagat murid.. :) tp kekadang bikin geli hati jgk.

n a n i said...

ni antara sebab2 nape aku tak ditakdirkan jadik cikgu...gile pecah perut dpn2 budak tu jgk aku gelak...

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML said...

Sedih mak ngah ..bila tengok tulisan budak yg last tu trgat masa ngajar dulu..dia cite pasal kawan dia nama Amer.cuba ana panggil dan mint a dia cerita apa isi hati dia nak bagitahu dan tulis semula dalam ayat yang betul dan suruh dia tiru puluh kali...

tapi dia ada potensi..makngah pernah mengajar skolah rendah dan sekolah menegah ada sampai ting 5 tak leh baca..mak ngah cakap kat dia orang belajar bagi boleh baca spy tak kena tipu dan boleeh jadi isteri atau suami yg baik nanti kena tipu ngn psgan..semangat dia org belajar..dari tak boleh baca yg belajar 11 tahun terus boleh baca n menulis...

budak ana tu tulisan cantik..selalu puji dia dan tengok dua bulan lagi mesti tulih betul. dia dislecsia tu..ada imegan terbalik..normal..

Nak bagi dia orang mudah mengenal ajar dia orang tulis diari atau salin lagu atau resepi atau ape je yg diaorang minat tiap hari sekurang2 20 patah perkataan.

Jadi cikgu yg disayangi biar kita garang tapi penyayang..dan ajar mrk dengan kasih sayang.tegas penting tapi friendly lgi berkesan..

transformed housewife said...

Bagus sikap Diyana yg mengaggap mereka ni hanya perlu masa dan tenaga yg lebih sblm dpt membaca. Mcm Knur pun bila ajar BI utk yg dah berumur (lg tua dr knur kat ELS tu), Knur anggap diaorg mmg perlu lebih masa utk belajar lg bukan sbb diaorg bodoh.

mila.ibunajihah said...

mmg hebat cabaran jd cikgu ni kan, kesabaran mesti maksimum.. paling penting open minded..kalau tak open minded cepat je anggap budak2 ni 'bodoh' padahal ada masalah kesihatan..tabik spring la kat cikgu2 mcm diyana

lily lotus said...

hahaha memcm peelkan...

BIONIC WOMEN said...

hubby pun ngajar kelas yg last2..tapi kat bandar besar macam Subang Jaya ni susah nak cari budak x pandai membaca, menulis..
tapi lucu kalau baca karangan budak2 india dan cina..hehe..

tapi ada macam2 kes plak tu..
ada yg pandai tapi stail lembab skit..nak tulis 1 ayat sampai sejam..kalau salin kat papan itam tu dia memang x pernah dapat salin..doc kata dia memang gitu.

ada yg dia tulis lain, tapi dia baca lain..

cara hubby selalu dia suruh budak tu baca balik karangan dia..so dia tau kat mana dia buat salah.

BIONIC WOMEN said...

eh lupa plak nak komen..
yg no 3 tu..amer dan ramai jer yg eily paham..hahahaha..