LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 31, 2011

Pemenang Telekung Jersey GA

Terlebih dahulu Diyana dan famili ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi join GA kami ini ;).

Mama Amana
Kak Nur
Nana
Mama Diana 
Zie
Nurie
aeyinn
Kak Ngah
Mrs Yie
Anim
Mzhany
Kewchop a.k.a Murni
Kinna
Nisa' Azman
Mummy Haza
Nureen
Nida
Akma Faizal
 
 Mak saya suka benor tengok semua entry peserta-peserta. Mak cakap,kreatif-kreatif belaka. :D

Tanpa membuang masa, saya umumkan Pemenang Utama bagi Telekung Jersey GA adalah......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nida


http://along-nidar.blogspot.com/2011/05/telekung-jersey-ga.html

 dan tempat kedua dan ketiga adalah

Anim

http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/04/telekung-jersey-ga.html

dan

Nana

http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/03/raihana-kurung-giveaway-by-raihana.html
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

DI HARAP DAPAT MENGHUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN HADIAH-HADIAH

Thursday, May 26, 2011

harapnya saya tidak hangat-hangat tahi ayam yeww..:p


Selasa baru ni,dengan semangat dan aura yang telah diupgrade, saya telah singgah ke nursery pokok hiasan dan membeli ini semua.

dan berangan nak bersih-bersihkan pokok-pokok sedia ada dan make up laman rumah saya jadi macam rumah akak2 jiran yang lain.





kalau sekangkang kera ini saje, no big deal meh..ceh haha.berlagak yg sedia dok ada pun tak terjaga

tapi hakikatnya, apa aku nak tanam sampai hujung sane nuu...
 
belakang rumah pun tak pernah nak upgrade

 camno den nak berkubun..? berkubun nya kejop yoo..selebihnya ngejor anok2 ja lobih...

rasa kadang tu macam akak depan rumah tu sambil siram pokok2 bunga die ,sambil jeling rumah saye je..^^

kay donat. chaiyok2.

kita mulakan dengan Bismillah.. masukkan dulu pokok2 baru beli tu dalam pasu bunga...pastu jangan lupa siram.:p

actually, saya nak upah orang datang tolong saya angkat2 pasu, tolong hiaskan apa yang patut tengah cuti sekolah ni..aci tak?aci la weh..eden malu ni, laman rumah mcm hidup segan mati tak mau..:D

Wednesday, May 25, 2011

canggih rupenye henset saye^^

Sebelum ni saye ingat henfon saye ni hal ehwal intenet limited.yela,henset Nokia siri 5233 je.ntah2 ada korang yang tak pernah dengar pun...hihi.saya n suami beli 2 ketul dapat harga 1100 rm.

ade sekali tu gatal tangan akses web. tak sampai 1/2 jam,sekali talian terus kena sekat.masa tu memang saya maki hamun Celcom tak ingat.gile eh bil data akses saja dekt rm100. nasib kena bar.kalau tak ka, mahu lajak sampai berapa ratus ringgitla.huhu

dan semalam,bile ade sorang akak tu tanye saye..saye guna intenet henset subscribe broadband per daily ke per week? terus menerus jadi blur. erkkk..ooo..aaa.. ade eh servis subscribe2 tuh?

sekali dial la *119#, tengok memang ada pun servis untuk subscribe broadband henset ni.

per daily rm5
per week rm18

kalau tak subscribe, setiap 10kb dicaj sekupang! nak load page blog saya aje pun dah cecah 2 Mb lebih...cu kire..cu kire...tak ke namanye dah kene caj dekat Rm20 utk 1 page web sahaja...haish.

mak aih.gile sengal saye selama ni. minta maafla Celcom eh..dapat maki free aje dari insan naif ini.

hoho.

saya buta it henfon.sekian terima kasih.

Tuesday, May 24, 2011

Lewat Kahwin Serius?

sumber:www.utusan.com.my
rumit sangat sekarang ni untuk mencari calon yang sesuai...ingat senang ke..?

saya ingat lagi dulu, once en suami ajak kahwin..saya tak pikir banyak kali pun.

saya ada 3 sebab utama.

1. saya memang kurang komunikasi dan berhubungan dengan kaum lelaki.social network saya kecik.mungkin, dia adalah lelaki pertama & terakhir yang serius ajak saya kahwin.
2. walaupun tidakla kenal en suami lama tapi backgroud  famili en suami, saya dah bagi markah A,automatik background diri dia pun mestilah A.so kenapa perlu saya demanding lebih?itu sudah memadai.
3. saya yakin peratusan lelaki yang boleh terima pompuan tanpa memandang faktor fizikal adalah kurang.saya mungkin salah seorang wanita berisi yang bertuah ..huhu.

saya kahwin dengan en suami,masa tu dia masih struggle untuk habiskan pengajian. dan saya pun baru aje kerja. jadinya,dari awal saya dah setkan minda, saya tak boleh bagi harapan terlalu tinggi untuk dapat lelaki yang sesempurna mungkin. Tak dinafikan, sekarang ni ramai kaum wanita di luar sana amat titikberatkan soal kewangan dan pendidikan calon suami. gaji rendah,sikit..tak pandang..blum ada rumah,kereta..lagilah tak pandang.

sekiranya, kiter nak suami yang ada rumah,kereta dan duit banyak..slaloonya adalah lelaki yang dah berstatus suami orang.contoh:Salleh Yacob.haha. lelaki bujang, kebanyakan baru nak mula hidup..kita yang perempuan,sekarang ni..nak tak nak kena bertolak ansur soal ni.

saya masih ingat,en suami pernah berterus trg dgn saya,kalau saya nak tunggu dia ada duit, rumah ,ada kereta..tunggu umur 30 tahun baru kahwin. kalau tak sanggup tunggu dan nak kahwin awal,  saya perlu yakin dan percaya pada dia.dan semestinya perlu sama2 susah payah dengan dia.dan saya tekad,pilih pilihan yang pertama..

impian en suami tercapai before 30, siap dengan pakej anak masuk 3.

Alhamdullillah, di sini kami anak beranak sekarang. tak la senang kaya raya.tapi saya yakin, saya tak salah membuat keputusan. Dia adalah terbaik untuk saya ;)


*alai, eleh..jangan tipu aa. mesti terharu kan dengan bini u punye entry kali ni. haha

Monday, May 23, 2011

nak cuci muntut pun pakai remote

masa ejen penapis air Coway datang ghumah saya last week , nama dia Sunny ..adala die tunjukkan  pada saya dengan mende alah nih





Digital Bidet .source from Coway
saya penah tengok demo cara nak guna pelapik tandas canggih ni kat Carrefour penang ritu.


haha.gile sempoii.


saya tanya le si Sunny tu


'cuci ke pakai bende ni?'


'cuci oo kak.orang pompuan manyak suka woo.tambah lagi kan ..masa datang bulan.'


'ya ka?pandai ja hang..'


'betui kak..yang paling penting,tak yah guna tangan.tangan bersih.'


'kalau saya beli menda ni,lepas guna..saya cuci sendiri juga maa. tak yakinlah saya nak harapkan air tembak2 tuh.'

hihi.berkerut kening mamat tu,malas nak explain dah dekat kakak sorang ni..;p

 
tapi memang sempoii sungguh kan. siap leh automatik tembak 'belakang' ke tembak 'depan' ke.hohoho


dah le siap ade heater kat pelapik die tu..takdele sejuk muntut pagi2 tu kan nak letak atas tu..:p

inspirasi dari digital bidet.kuikui.semalam jalan2 di kedai D.I.Y terserempak dengan pelapik tandas ni..jadilah kan sebab nak gasak juga pasang yang canggih2 tu rasa macam tak padan je dgn toilet rumah sendiri. ^^

Saturday, May 21, 2011

arini saya cukup 29 tahun

hari ini genap saya berumur dua puluh sembilan tahun.


tahun depan makcik dah tue jadi tiga puluh.


rasa cam baru ja habis spm ..


mimpi ja kot kan sebab bangun2 tido pagi ni nampak ada dorang budak celah ketiak kiri ngan sorang laki sebelah ketiak kanan...


aku dah kawin ghupenye.


hoho.


happy birthday nur diyana binti zulkifli


jangan pasan muda lagi macam en suami.mentang2lah dia beranak 3 bulan muda.ceh

Telekung Jersey GA

**MELEKAT SAMPAI 21 MEI 2011**


 http://siahsekeluarga.blogspot.com/2011/03/telekung-jersey-ga.html ^^


Moh ramai2 join!

Friday, May 20, 2011

wanita-wanita kegemaran suami saya

pergh tajuk cam saye ni pemilik payung mas je..huhu


belum sampai tahap tu aa..


ini wanita pertama yg saya tahu,masa mula2 kenal en suami..





ini yang saya tahu yang wanita kedua..





yang no 3 ,



dan ini yang terkini..





sebab ari2 en suami saya tengok buka u tube layan lagu2 dan mesti terselit video2 wanita2 ini..makanye sekarang, bini nye plak layan...^^


hmm.suara yang boleh diterima telinga kami adalah suara2 begini sahaja.


tapi kalau Rebecca Black pun, telinga saya boleh terima juga apa..;).walaupun sedikit sengauu..:D

Thursday, May 19, 2011

mak borek..

mak borek..



anak rintik..

rintik..rintik...

LOL

Wednesday, May 18, 2011

Rumah saye ada litar sepang


kalaule saya ni bujang lagi,mungkin mende pertama yg saya beli kalau dapat rezeki 'terpijak' ..kalau bukan henfon baru, tak pun ipad2 ke..

tapi bile timbang2 dgn harga ipad tu dgn barang2 anak2..dahulukan anak2 dulu la kan. dah tak yah pikir, car seat n stroller twin lagi haa beli sekali dgn pakej 'BMW' hitam mia ali ni..sama harga ipad.heh

jadi automatik la,rumah saya sekarang dah jadi litar sepang..nasib baikla,rumah saye tak sarat dgn perabot.sofa n meja makan plak ringan2 je..suka2 hatila boleh tolak ke tepi, tolak ke tengah..ehehe

Thursday, May 12, 2011

Mia & Ali On Board

ikutkan entry ni utk WW semalam.hehe tp terlupa nak auto publishkan.^^


jadiknye,jadi bahan entry hari ni la..:D



hari2 dok tengok iklan hearbeat tu dok menari..sekali hari tu masuk la usya2..ala...tergoda le plak.^^


ade niat mulanye nak surprisekan en suami dengan cigarette case yang ade muka kami 3 beranak..tapi cancel niat itu selepas papa mia ali dapat nur keinsafan...hehe. klu dak,nak soh la kan sambil2 perasap tu sambil tengok muka kiterang kat casing tu..dengan harapan terus tak jadi nak merokok.hihi.


dan kemudian beralih pada car sign ni. aha. comel ah klu letak gambar anak2.


itu yg order. bagus.servis yang pantas. kita boleh aje emel2 ngan designer hearbeat tu klu nak tukar design ke hape. saya malas nak pikir, on aje bile derang kasik draft. cantik je nampak..pinky2 gitu..kenala ngan kereta mamanye..ungu.


pada yang berminat jangan lupa aah, gi ziarah heartbeat dengan cara menekan iklan di leaderboard di atas :D.


eh lupa nak inform.harga utk car sign di atas cuma RM19 + RM7 utk postage. :D

Tuesday, May 10, 2011

konflik budaya

memandangkan en suami sudah lama menetap di semenanjung ,jadiknye saya ni jarangla sangat dapat dengar dia berbahasa ibundanye. takde geng nak cakap katenye. kadang tanya juga die,tak nak ajar anak2 ke..? bini dia tak yah ajar.dah keras otak ni..sepatah haram tak paham,walaupun bertitle menantu orang sabah dah nak masuk 4 tahun .^^


kita beralih kepada anak2 pulak.


nak dijadikan cerita, 1-2 hari kebelakangan ni..saya terperasan yang si damia bile bercakap dengan saye..die terguna err..or gunala bukan ter ter dah le rasanya perkataan 'aku'.pengaruh kawan-kawan tadika barangkali.


jadiknya, mamanye ni..marah le si anak.


saya cakap mia, tak baik guna 'aku' dengan mama. 'aku' orang tua2 ja cakap..saya kata.


dan semalam, saya tengah bersyarah dengan damia tu..depan si suami.


dan en suami menyampuk..


'awat tak boleh guna?'[see..en suami sekarang lidahnye pun dah kekedahan..aha]

'tak baik la ,cakap dengan kawan bolehla.'

'sapa kata,kan bahasa kita juga.'

huhu..mama senyap trus.malas panjang cerita.

isu 'aku' ni since dari awal kawin lagi menjadi isu debat kami laki bini.

sebabnya 'aku' a.k.a 'aqo' adalah kata diri nama dalam dialek Sabah.

masa mula saya dengar en suami bahasakan dirinya 'aqo' dengan mama mertua dulu pun, saya cam konfius2..bior betul memang cakap cenggitu ke ?huhu

dengan jarangnya dapat bersua muka dan bergaul dengan masyarakat di kampung suami menjadikan telinga saya agak kalis dengan perkataan 'aku' tu.

pada saya, damia tetap tak boleh cakap 'aku' dengan saya..sebab sekarang dia di semenanjung,bukan sabah...:D.

tapi, jadi cam 'konflik' jugala,yang saya seorang aje tolong betulkan percakapan damia, papanye pula tetap dengan pendirian yang 'aqo' itu boleh guna.

takpela.tak kan la nak debat lame2 lak ngan en suami kan..hehe.

rasa mcm kena bagitau damia macam ni,

'mia, soh papa ajar mia cakap macam nenek di Beaufort, baru mia boleh guna perkataan 'aku' tu..'

solution yang agak adil kan baik untuk si anak,mama dan papanye..suma keras kepala.^^

Monday, May 9, 2011

Rezeki untuk si kecil


bukan semua yang pilih skim pencen ni tau walaupun sudah macam ada cop di dahi kiterang pegawai awam ni 'tetap dan berpencen'. ^^

dan nak menjadi tetap dan berpencen ini juga bukannye cepat dan mudah. paling busuk, 3 tahun baru dapat diserap dengan rasmi.dan saya, nak cecah 4 tahun..^^

Friday, May 6, 2011

Hadiah terhebat dari seorang suami


papa mia ali memang tak pernah kasi mama hadiah. dia adalah the most 'unromantic' man yang saya kenal..^^.dia selalu cakap, mia dan ali adalah hadiah untuk saya dulu dan selamanya. :D

dan apa yang saya nampak pagi tadi ,kat rak papa saya andaikan hadiah terhebat yang kedua dari papa mia ali untuk mama dan mia ali..;). Alhamdulillahhhhhh

rasa nak sujud syukur je pagi2 Jumaat ni bila tengok kotak biru tu.saya mula ngatkan papa demam ke ape,dok usung pil putih nak pegi keje..

patutla dah dekat 1 week tak nampak kotak merah DonHell tu...^^

gambate papa!

kami tahu papa sayang kami..:D

p/s: saya rasa Niquitin ni memang berkesanla..kalau ikut preskription kat belakang kotak tu, untuk perokok tegar dinasihatkan gunakan 9 pil sehari untuk awal2 rawatan..dan akan berkurangan week by week,sampailah ketagihan hilang terus..

Thursday, May 5, 2011

emosi terganggu lagi

source:HMETRO

Semalam ada yang baca kan kisah 3 beradik lemas semasa berkelah dengan ayah dan teman wanita dia tu kan?

Dan pagi ni,sekali lagi saya terganggu emosi apabila tengok gambar di atas.

Ya Allah, Engkau sahajalah yang tahu apa isi hati si ibu.

Kekuatan dirinya cuma ada pada 3 anak itu. dan sekarang, semuanya dah hilang sekelip mata...

Pak dia takpa la,sedih2 pun..boleh nangis kat bahu makwe dia.

ah,gile emo je rasa..

hiba sungguh hati ,memang terasa sungguh perasaan si ibu tunggal tu...:|

Sunday, May 1, 2011

Grace van Cutsem

gila comey pengapit kecik tu..huhu.tak pasal2 glamer kat tenet..google je nama die Grace van Cutsem. penuh gambar die mcm2 pattern orang edit..haha
saper yang melangut tengok siaran langsung hari Jumaat ritu..mesti prasan budak tecik tu kan? ada yang cakap,die spoiler detik2 public first kiss kedua mempelai. saya antara yang melangut itu eh.:p

pada saya,tak ah. sangat comel dak tecik tuh..nasib dia pekup telinga mcm tu je..tak melalak ke hape..kalau melalak,lagi haru biru..LOL.

ingat senang nak handle dak2 tecik dengan gaun2 kembang semangkuk..itu blum lg masuk bab budak ngantuk ,ngamuk...huuu.

see...^^