LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 10, 2011

konflik budaya

memandangkan en suami sudah lama menetap di semenanjung ,jadiknye saya ni jarangla sangat dapat dengar dia berbahasa ibundanye. takde geng nak cakap katenye. kadang tanya juga die,tak nak ajar anak2 ke..? bini dia tak yah ajar.dah keras otak ni..sepatah haram tak paham,walaupun bertitle menantu orang sabah dah nak masuk 4 tahun .^^


kita beralih kepada anak2 pulak.


nak dijadikan cerita, 1-2 hari kebelakangan ni..saya terperasan yang si damia bile bercakap dengan saye..die terguna err..or gunala bukan ter ter dah le rasanya perkataan 'aku'.pengaruh kawan-kawan tadika barangkali.


jadiknya, mamanye ni..marah le si anak.


saya cakap mia, tak baik guna 'aku' dengan mama. 'aku' orang tua2 ja cakap..saya kata.


dan semalam, saya tengah bersyarah dengan damia tu..depan si suami.


dan en suami menyampuk..


'awat tak boleh guna?'[see..en suami sekarang lidahnye pun dah kekedahan..aha]

'tak baik la ,cakap dengan kawan bolehla.'

'sapa kata,kan bahasa kita juga.'

huhu..mama senyap trus.malas panjang cerita.

isu 'aku' ni since dari awal kawin lagi menjadi isu debat kami laki bini.

sebabnya 'aku' a.k.a 'aqo' adalah kata diri nama dalam dialek Sabah.

masa mula saya dengar en suami bahasakan dirinya 'aqo' dengan mama mertua dulu pun, saya cam konfius2..bior betul memang cakap cenggitu ke ?huhu

dengan jarangnya dapat bersua muka dan bergaul dengan masyarakat di kampung suami menjadikan telinga saya agak kalis dengan perkataan 'aku' tu.

pada saya, damia tetap tak boleh cakap 'aku' dengan saya..sebab sekarang dia di semenanjung,bukan sabah...:D.

tapi, jadi cam 'konflik' jugala,yang saya seorang aje tolong betulkan percakapan damia, papanye pula tetap dengan pendirian yang 'aqo' itu boleh guna.

takpela.tak kan la nak debat lame2 lak ngan en suami kan..hehe.

rasa mcm kena bagitau damia macam ni,

'mia, soh papa ajar mia cakap macam nenek di Beaufort, baru mia boleh guna perkataan 'aku' tu..'

solution yang agak adil kan baik untuk si anak,mama dan papanye..suma keras kepala.^^

9 comments:

atulhani said...

Belum lagi kalau hang dengar anak-anak speaking London hehehehhe.. Cam anak-anak kakak aku, ngan family belah ibu cakap bahasa Melayu, ngan ayahnya+family speaking laa.. berabuk beb dari kecik dah cakap London hehehehe

azzamoro said...

airyll pun suke cakap 'aku'. sebab selalu dgr conversation aku adikberadik. dia pun ikut skali.

Bionic women said...

hehehe susah jugak camtu ek...
takper nnti mia besar skit boleh ajar dia kalau guna full ayat dalam bahasa sabah leh ler guna aku, kalau guna bahasa semenanjung x boleh guna aku..

nak guna aqo sabah tu kenaler betul intonasinya kan????

Anonymous said...

cikgu..hu..hu cam sya yg duk kat sabah ni kat rumah anak beranak cakap slang melaka..anak2 kat sekolah cakap slang sabah..sya pun...ho..ho tapi kalo da marah kat rumah tu...mulalah terkeluar bahasa sabah/ brunei..heeeeee..

MamaIlhan said...

kalau aku plak..slalu salah tafsir apa yg ilhan cakap.Cthnyer:

ilhan: Mama,eyan nk 'mati'..
Mama: ish...apa ckp pasal mati plak ni...tak elok tau! Jgn ckp mcm tu lg!!
ilhan: Mama ni...eyan nk 'mati' tau tak? bkk aju eyan ni....!
Mama: owh..nk mandi...ingat nk mati tadi...appa da...!

(pernah skali aku gaduh ngan dia kt kedai makan sbb aku btul2 blur xtau apa yg dia nk...btul2 tersiksa jiwa aku bila xphm apa yg dia nk maser tu dan ilhan pon btul2 melalak sbb aku xphm dia..masa tu dia cuma tunjuk pokok jek..ker dia nampak...? erk!)

kinna said...

sy plak anak yg tlg betulkan kalo saya sebut "aku"..hatta nyanyi lagu sekali pun..bygkan kita tgh feeling nyanyi lagu "aku cinta..." dia marah.."bukan aku la mama, SAYA!"...adoi..

mila.ibunajihah said...

betulah diyana, org sabah normally guna 'aku' bila bercakap dgn mak ayah, yang sopan sikit guna nama sendiri, tp for me worst if bahasakan 'kau' kat mak ayah la.. yg ni biasa yang dusun kadazan pekat sgt cth ' mummy, kau ndak pigi pasar?'..haha.. apa pun, sy kat umah tak ckp sabah ngan najihah, bila blk sabah otomatik plak ckp sabah ngan dia, mesti najihah pelik. My hubby plak yg sibuk2 nak ckp sabah sbb dia baru balik outstation sabah.

Halen said...

hehe topik ni klu nak bahas 3 ari 3 malam pun x abis.

transformed housewife said...

mmg Knur faham sgt2 konflik bhs ni. Knur org Kelate dan hubby org Selangor. Biasa kami mmg cakap bhs standard dan semestinya English sbb anak2 dah biasa masa tinggal kat NZ. sekali-sekala Knur pun nak ajar anak2 Dialek Kelate sbb tak nak diaorg ternganga bila balik Kelate. hubby Knur pun mcm bising2 jugak sbb dia pun dah nak masuk 8 thn kawin ni, masih tak berapa fasih dan tak faham sgt dialek Kelantan. hehe. Ambik jln tengah dgn bgtahu anak2 asal usul diaorg. Diaorg kena belajr jugak dialek2 ibubapa diaorg kan.