LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 22, 2011

Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi



saya dah sign pun


siap tick option bersara 60 tahun


kat borang tu ada option,kekal 58 atau anjak lagi 2 tahun


pilihan atas diri masing-masing


semoga umurku panjang, dan saya akan jadi nenek yang masih kuat bekerja lagi masa tu..jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


saper boleh predict ekonomi untuk 20-30 puluh tahun akan datang? 


dah ke masa tu beras 1 kg, lima puluh hinggit..sape nak tanggung?


haruslah kita membanting tulang untuk sesuap nasi ,ye tak? 


:D

Monday, December 19, 2011

temper tantrum


budak ni selalu bikin panik..dgn teriakan rimau malaya dia..huu

Ya Allah, semoga aku terus kental membesarkan anak2. kadang2 tu , serentak ketiga2 mengamuk..mana mama papa tak panik..huuuu
Bak kata en suami, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...:D

p/s: macamana ya korang menangani lontaran tantrum dari anak2 eh? 

pujuk? belai2?

atau 

biarkan derang cool sendiri?

Thursday, December 15, 2011

wanna be my chammak challo?








SRK tanya 'nak jadi gadis terhebat dia tak?'


haha..


of cos la nak!!


ada 1 hari lagi boleh ulang-ulang tengok filem Ra.One di ch 490. haha


ya. bil astro bulan ni tambah RM15 + 6 % tax. bulan depan Ombak Rindu pulak.


nasibla,kaki wayang dah hilang kakinye...huuu



Wednesday, December 14, 2011

Baru 3 dah kecoh

mak abah angkut

appannnn!! abg ali panggil

seronok mak budak tu sesekali dpt keluar dgn kawan2 sekolah..^^

bizi..bizi..huhu

ini keretapi 3 beradik ni

pengaruh junior masterchef

tak bagi tolong,nangis. jadinya..bagi ja la nak tolong sangat

itu yg abang tu..dia pun berbogel lagi..ada hati nak siapkan adik

Mia yang sangat kak long

ini je caranya tak kasik derang kaco saya masak..ajak masak sekali.hehe


bizi kan saya...???


huuuu


pecah rekod: ada 'gunung everest' dalam bilik. mane pernah lagi sampai berbukit apetah lagi bergunung ganang kain baju tak berlipat. tapi kali ni, memang suasana agak tak terkawal. lipat baju la perkara paling mencabar bila ramei2 ni...susah nak cari masa sesuai. tak kena masa, habis berkecah kain baju tu...uuuuu.


lagi satu solat. Kusyuk memang tak ada di siang2 hari berseorangan dengan depa tiga ni. Cuma mengharapkan belas ihsan Dari Yang Esa...:|


Baru 3 kan? hmmm.



Wednesday, December 7, 2011

pengarang jantung

hero sungguh budak ni..


adik dia dah dapat flying kick secara percuma..


aduh la

Thursday, December 1, 2011

Lari 4 x 4


morning!!kami sudah di kulim..bermulala sesi latihan 'aerobik ,lari 4 x 4, sit up' 

utk mama. ^^




Saya harap hati saya kental berseorangan di siang hari menguruskan 3 musketeers ini.


Rabbi Ya sirr wala tu 'a sirr. 


Ini doa penguat semangat saya , mudah2an semuanya dipermudahkan seperti yang dikehendaki.

Monday, November 28, 2011

lppkn

tadi saya call lppkn cawangan alor star


ingat nak buat appointment


tak tanya banyak,trus2 cakap saya nak amik implanon


nurse cakap,harganya agak mahal.


saya cakap, tak pe. saya dah tanya kat hospital swasta..lagi double harganya dari yg lppkn offer.


ok la, rm 325 untuk 3 tahun. kan


inject 2 bln skali,cam malas.


makan pil, cam tak rajin.


harapnya,sesuai la saya nak guna implan tu

Thursday, November 17, 2011

kain batik 24 hours



tak sabor nak kuar rumah ni nama dia...hee






nisah dan sara


mia cha cha ali dan paksu




cepatnye masa berlalu..huhu..



bila paksu mialiaffan balik umah tok mi..maka hidupla Dslr tok wan...haha.


p/s: rindu seh dgn jeans kesayangan tu..huhu..lame tu jeans tu bertapa dalam lemari. ari ni test pakai..kot2la tak muat,mau la pi shopping saiz lain lepas habis pantang nanti..huhu. nasib muat.

Tuesday, November 15, 2011

P.E.L.A.N.D.U.K

ini bukan Ali ^^

Saturday, November 12, 2011

Berpantang?

Secara ikhlasnya saya maklumkan di sini, saya tidak berpantang secara ortodoks..^^


berpilis.tak buat
bertangas.tak buat
makan jamu. tak.saya ganti dengan vitamin2.
bertungku. yes. tapi guna tungku yang boleh caj tu.bantal elektrik.^^
berbengkung. buat nanti bila luka operate dah ok. sekarang saya cuma selang seli antara pati mustajab dengan ubat barut.
berstoking. saya buat.
ayam. saya makan.
nasi. saya makan.
air masak.saya minum banyak
buah. saya makan.
sayur-sayuran. memang saya jenis kurang makan sayur .apapun,harapnya dapat cover dengan pengambilan supplement yang saya amik.
ikan kering , lada hitam, ikan haruan. ini semua saya makan masa minggu pertama dan kedua sahaja. 




3 hari lepas discaj dari wad, saya kena tahan wad balik tau. keluar wad bersalin hosp alor star lepas tu masuk pulak wad bersalin hospital jitra


sebabnya, ada luka tempat czer. saya akui, saya memang agak melasak-lasakkan diri pada minggu pertama tu..terasa diri macam sihatkan,bangun duduk macam orang sihat.


mak saya tak bebel depan.tapi saya tau, dia bebel dalam hati..cakap saya tak jaga makan,lasak sangat.^^


doktor pun ada bebel.depan-depan lagi .cakap saya tak jaga diri.tak rehat betul2.


definisi tak jaga makan orang tua2 iaitu makan sebarangan, makan ayam,ikan ,daging. minum air banyak sangat. mandi banyak.


definisi tak jaga makan doktor perubatan iaitu kurang makan makanan berprotein yang penting untuk pemulihan sel2 badan [ikan?ayam?daging kan?], kurang makan buah & kurang makan sayur yang tinggi mineral & serat 


masa saya kena tahan di wad kali kedua, patient depan adalah seorang makcik . setiap kali, nurse hantar makanan katil ke katil..makcik tu datang ke katil saya. pastu dia tunjuk makanan dalam tray saya. 


adik oi..ni jangan makan.dia tunjuk ayam
ni pun jangan.dia tunjuk sayur goreng
yang ni pun janganla...dia tunjuk kat buah oren.
telepon mak,suruh bawa moi dengan ikan kering.


saya tengok dia.saya tengok tray.saya tengok dia balik.
dalam hati saya,'habis apa aku nak makan?kalau boleh makan tray ni,ok je..'
ahaha


Kemusykilan dari saya: korang rasala kan..yang mana lebih relevan sekarang ni? cakap doktorkah ?atau cakap orang tua2 kah?


situasi saya sekarang: saya akan ikut perkara yang saya rasa logik...^^


deng!.


:D


boboi boys!!huu

wonder pet girl..haha

Thursday, November 10, 2011

Pemandulan

kawan-kawan tahu kan kisah saya pada awalnya berkemungkinan untuk ikat terus peranakan?


sampai ke saat nak tanda tangan tanda setuju, barulah saya cuak sebab tengok tajuk surat aggreement tu


PEMANDULAN


ganas seh tajuk aggreement tu.


huhu


saya register di wad bersalin pada 19 Oktober. Sempat lagi malam sebelum masuk wad ,saya ajak adik2 saya hoya2 tengok Real Steel dengan makan Char Koey Teow kat Pekan Jitra....heh.balik tengah malam uols...sakanla kan, dah lepas tu nak kene berpantang berpuluh2 hari....huuu.


Berbalik kepada kisah aggreement letter tadi.


Lepas berbincang dengan doktor untuk kali terakhir sebelum ditolak masuk ke operation theatre keesokan paginya..kami tetap sepakat untuk tetap ikut nasihat doktor


saya dan suami akhirnye menurunkan juga tanda tangan masing-masing tanda setuju untuk benarkan doktor mandulkan saya tapi dengan syarat doktor akan ikat peranakan saya sekiranya condition dalaman rahim saya berisiko tinggi untuk menampung  lagi 1 nyawa..


pergh sekali lagi rasa sadisss je bila dengar perkataan mandul tu dalam erti kata lain


'sengaja dimandulkan'


ya saya redha tapi saya tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku.


Di dalam bilik bedah.. lebih kurang 15 minit sebelum pembedahan berakhir..


Surgeon: Puan, puan bleh dengar cakap saya?


Saya : boleh doktor


Surgeon: Ni saya tengok..rahim puan masih ok. dinding rahim sihat lagi. tak banyak sangat organ-organ yang melekat satu sama lain. So, saya tak akan ikat ye?


Saya: yeke doktor? Ok.ok. Tenkiu..err,doktor.anak saya ok tak? mane dia?pompuan ka laki? putih tak?


Doktor bius: kejap eh..nak bersihkan baby dulu..


Nurse: ok puan, bacakan tag nama anak ..saya pun baca. 
           baby NUR DIYANA ZULKIFLI,82052102....


           tengok jantina.Puan sebut jantina baby..saya nampak tulur.
           ok. konfem  baby boy


           Puan, baby putih macam puan..tahniah.. Dan saya pun tersenyum2
           dan  juga tersipu2 sebabnya terasa macam  bertanyakan 
           soalan ntahapapa....huhu.




Serius saya rasa , saya lagi nervous nak tunggu keputusan doktor sama ada akan proceed untuk ikat saya ataupun tak. Lepas dah dengar keputusan doktor tu, barula teringat pasal baby.


memang setiap kali lepas bersalin, soalan tentang putih ke tidak baby saya memang saya akan tanya pada doktor.. sebabnya saya kadang2 agak percaya pada mitos 'minum kopi,anak pun akan ikut jadi kaler cam kopi'...^^


p/s: kali ni saya serius dengan family planning. sebaik habis pantang, saya nak pi lppkn,nak apply implanon. :D

Tuesday, November 1, 2011

makin tak sempat

time management saya sebagai ibu beranak 3 masih belum terkawal sepenuhnya.


masih belum stabil


saya perlukan sekurang-kurangnya 30 hari dari sekarang untuk sesuaikan diri


mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan.






ada yang cakap saya ni dengki dengan adik2 saya.


tahun lepas, si najah nak beranak..saya folo dia. beranak 3 minggu lepas dia beranak.


tahun ni, lagi 'pendengki' nampaknya saya, 4 hari lepas si nisah pulak beranak..saya turut serta lagi.haha


tengok gambar pun, dah boleh rasa kan kekalutan yang dialami satu isi rumah.....heh.



Tuesday, October 25, 2011

My 3 musketeers

Salam semua

saya dah bersalin 20 Oktober yang lepas.

baby boy.beratnya 3.78 kg.paling berat antara 3 beradik tuh..

tengok. pipinya labuh bersesuaian dengan berat nye kan? LOL




Daniel Affan B Khairul

oh? sudah berlima kami sekarang...cepat betul masa berlalu kan? Happy birthday Kakak Mia..tahun depan boleh celebrate sekaligus dengan adik Affan..;)

papa rajin edit2 plak gambar three musketeers ni.
sampai pandai teka? yang mana mia, yang mana ali dan yang mana affan?

sapa betul, saya kasik doposen.:P
p/s: tengah dok berfikir ni, macam mana ya nak naik flight balik sabah tahun depan ni dengan 3 budak tenit ni? ni nak balik Kulim ,lepas habis pantang ni pun..saya dah rasa nervous aja...Jitra-Kulim yang perjalanan dekat 2 jam tu mesti akan jadi 4 jam kan?oh nervousnye memikirkannya...haha





Tuesday, October 11, 2011

Pencen umur 60

sekarang gambar kartun ni berlegar2 di fb..;)
paling banyak protes umur persaraan dinaikkan adalah golongan muda kan?why aa?


abah saya cakap, alasan bila dah tua2 buat apa kerja lagi..pergila masjid,tak boleh diterima. awat nak kene pergi masjid,bila dah tua? bukan masjid tu untuk muda mudi juga ka? haa..jawab2..:p


ini dua orang warga emas masih aktif bekerja

kedut tak nampak, uban pun tak nampak

ada nampak macam gambar kartun di atas tak?

tak baik oo persenda warga emas..ntah2 kita yang umur tak sampai 40 tahun ni,yang  lagi  ramai rupa fizikalnya serupa orang 60 tahun ke atas..hehehe

Bullsh**!!

2 hari lepas, en suami ada baca 1 pamplet dari satu bank tu


terang2 tulis kat situ 'untuk kakitangan awam' dan 'interest 3 point something2'


lepas tu kan, tak semena-mena keluar dari mulut dia..


bullsh** !!


ah hoy.marah nau nampak


saya tau,bukan en suami sorang berperasaan sebegitu.


ramai lagi di luar sana rasa macam en suami rasa


tambah2 lagi lepas pengumuman belanjawan hari tu..


janganla marah kami ..wahai penunggu gua..[haha]


nak wat camna kan..gaji awok guna duit kome semue le..


kalau kome tak bayar tax,mane awok nak dapat gaji...


huhu

Tuesday, October 4, 2011

video ni tak ramai yang share ..;)




 kalau ada yang share pun, takde yang nak komen berapi2 pun :D


 cer cuba video kutuk-kutuk,keji mengeji, bersih tak bersih, 5 saat,5 ribu orang like.5 ribu orang view kat youtube..;)

 why?


 masing-masing tahu jawapannya kan.


   pada saya, Tun adalah contoh Harimau Malaya 


 sapa setuju,angkat kening...^^

mode: meremang bulu roma.


p/s:paling syok,tengok omputih tu mati kutu nak provoke Tun..:)

Sunday, October 2, 2011

berat macam yo-yo

kawan sekerja tag gambar ni di fb. gambar paling jujur tentang diri ini pada ketika ini.hahaha
hampir mencecah 88 kg gitu....^^

dan ini profile picture saya di fb. ini kunun-kunun muka bangga la kan sebab berjaya menurunkan berat ke 67 kg.
 apasal letak gambar ni?

itu maknanya saya tak sabaqqqqq sangat nak beranak-berpantang-bersauna-berlondon weight kembali.

Samantha!! u tunggu aa..i ada sesi dengan u lagi 8 sesi lagi tau

korang cam saya tak,ulang tengok gambar perempuan bulat baju oren di atas tu banyak kali? macam Doraemon kan? hahhahhahaa

Friday, September 30, 2011

ugutan seorang kakak





tahu apa mia dok bebel pada Ali tu?


mia bebel : adik ali!kai pat!tamau kai acut,ti kamia inggai![terjemahan: adikali!pakai cepat!tamau pakai kasut,nanti kak mia tinggai!]


haha. kelakor siut budak 2  orang ni pagi2 buta time saya sibuk nak masukkan derang dan barang2 dalam kereta.


yang si Mia tu,memang boleh harap dah. bila dia nampak saya sibuk, dia 


tolong pimpin adik dia nak masuk kereta.


kadang bila saya suruh ,dia pakaikan adik kasut..memang akan dengarla si


 mia terjerit2 suruh adik dia duduk diam2.haha


last2 kalau dia fed up,pastu dia jerit kat saya pulak


mama! adik ali tamau akai acut.mama boh la..


tau plak dia fed up..^^



Thursday, September 29, 2011

Malas bekerja,suka menyibuk.Baik mati saja lor..


yang last tu, nice one..haha

Monday, September 26, 2011

muntah-muntah dalam trimester terakhir

dari malam sabtu lepas, saya muntah2 sampai kuar warna hijo,kuning,jingga dari dalam perut.:p


saya suspek keowteow Tesco yang saya beli pagi tu.damn u keowteow


dan lepas semalaman pergi toilet berulang kali berselang dengan pening2 lalat, keesokan paginya baru saya ajak en suami pergi klinik. huhu. ikutkan malam tu juga,boleh aje nak terjah wad kecemasan..tapi tak naklah..konfem sangat, nanti kena tahan .ibu2 mengandung kalau terjah wad kecemasan ni,selalunya priority tinggi..ade kejadian luar biasa sikit pun, konfem kena tahan wad.


lepas check up 


dapatla mc 2 hari.


doktor cakap tekanan darah rendah, urine kotor


dan dia suspek baby besar.


oh?ok.jadi bukan salah keowteow Tesco la eh...huhu

Friday, September 23, 2011

saya sibuk sekarang

saya sibuk main sims social


LOL


sungguh. saya serius.


agagaga


di samping sangat pulun menghabiskan sylibus matematik dengan anak2 murid saya. 3 weeks lagi nak final exam, dan cikgu depa akan cuti bermula hari pertama depa exam. gud luck anak2 ku...;)


di samping sibuk membasuh perkakasan new born si mia dan ali. tak sedar diri ke weh..nak beranak tak lama lagi dah..apa pun tak ready lagi. 


baby baru dapat stroller twin..kene kongsi dengan abang Ali.
akan dapat 5-6 pasang baju new born yang bau kedai
dapat koleksi cloth diapers yang bau kedai juga. mama beli tambah 10 CD.
dan yang selebihnya mama recycle aje kak mia dan abang ali punye barang..takpe kan?


mama excited tunggu kamu..sangat!


tengah membayangkan kemeriahan bila ada kamu nanti !


:D

Tuesday, September 20, 2011

1 bulan dari sekarang

kredit to my biras, mrs halen
shadap! i know...i know.. en suami nampak macam adik saya,si ameng.


mencikkkknyee... saat2 sarat macam ni, keluar dengan dia..dia pakai track bottom cam tu. kalau jalan ke depan sikit,bini tinggai belakang mesti ada amoi cina jeling dia.cucuk mata amoi tu baru tau.haha.bini emo.


yes, my tummy memang begitu saat2 sarat macam ni. slalo orang ngat preknen twin. haha pasrah.


kalau betul twin pun, Alhamdullillah...bestnye. :D


amin



Wednesday, September 14, 2011

aksi luar biasa anak beranak






kalau tak jatuh tergolek, tu bukan nama dia anak jantan kan..ini sikit ja saya tunjuk skill kamikaze si ali ni bila di rumah. banyak lagi skill belum tunjuk contohnya terjun tiruk dari atas katil. mendarat selamat tu,yang tak tahan tu..isk




papa no respon sebab tengah demam


ali tu..bersungguh-sungguh dia nak 'menyeberangi' papa dia dari atas kepala


saya surrender,biar papa dia je handle. sebab kalau dengan saya,ali suka smack down perut ni..senak woo.



Tuesday, September 13, 2011

Kesan berhenti merokok

pagi-pagi ni,perkara pertama saya google adalah tentang Kesan berhenti dari merokok


saya ada jumpa 1 artikel .itu pun tajuknye tulis Kesan Positif Berhenti Merokok. Maksudnya di sini, memang ada la eh negatif punye kesan? hmm.


kalau yang positif, ini antaranya


Kesan Positif Ke Atas Badan Anda Selepas Berhenti Merokok Selepas :

20 MINIT Tekanan darah dan jantung akan kembali normal

12 JAM Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal 24 JAM Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan

48 JAM Deria rasa dan bau meningkat semula

72 JAM Kapasiti paru-paru meningkat, mnejadikan pernafasan lebih mudah

2 MINGGU HINGGA 3 BULAN Peredaran darah dan jantung meningkat

1 BULAN HINGGA 9 BULAN Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan

SELEPAS 1 TAHUN Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
saya macam agak risau pulak sekarang bila melihat  perkembangan kesihatan en suami sejak2 dia berhenti merokok ni.

seingat saya, sepanjang saya kenal dia.dan juga sepanjang tinggal serumah dengan dia..en suami jarang sangat demam. selesema pun jarang tengok.

tapi , sekarang. macam en suami pulak juara bab selesema dan demam. kalau anak2 dan saya demam , memang konfem2 last sekali akan kena, dia lah. padahal sebelum ni, dia memang agak 'kebal' dari jangkitan.

dan bila en suami demam tu, agak macam teruk pulak . siap berbungkus2 dalam selimut. sampai tak bangun2 dari tempat tidur. berhari-hari pulak ,baru nak kebah. saya pun ,takde la macam tu sekali teruknya.

 saya agak ..ini mungkin side negatif kesan dari berhenti merokok. mungkin juga disebabkan en suami berhenti merokok secara mengejut memberi kesan pada badannya.

kiranya,sebelum ni asap2 dan bahan kimia rokok jadi macam 'pendinding' kepada en suami..dan sekarang, pendinding itu semua sudah tiada. maka, yang tinggal hanya badan yang sudah kurang ketahanan walaupun ketahanan dari virus selesema dan demam.

jadi papa, pasni kena poco-poco ke ,senaman2 la kot..nak kasik sistem badan kuat semula rasanya..:)