LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 13, 2011

Kesan berhenti merokok

pagi-pagi ni,perkara pertama saya google adalah tentang Kesan berhenti dari merokok


saya ada jumpa 1 artikel .itu pun tajuknye tulis Kesan Positif Berhenti Merokok. Maksudnya di sini, memang ada la eh negatif punye kesan? hmm.


kalau yang positif, ini antaranya


Kesan Positif Ke Atas Badan Anda Selepas Berhenti Merokok Selepas :

20 MINIT Tekanan darah dan jantung akan kembali normal

12 JAM Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal 24 JAM Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan

48 JAM Deria rasa dan bau meningkat semula

72 JAM Kapasiti paru-paru meningkat, mnejadikan pernafasan lebih mudah

2 MINGGU HINGGA 3 BULAN Peredaran darah dan jantung meningkat

1 BULAN HINGGA 9 BULAN Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan

SELEPAS 1 TAHUN Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
saya macam agak risau pulak sekarang bila melihat  perkembangan kesihatan en suami sejak2 dia berhenti merokok ni.

seingat saya, sepanjang saya kenal dia.dan juga sepanjang tinggal serumah dengan dia..en suami jarang sangat demam. selesema pun jarang tengok.

tapi , sekarang. macam en suami pulak juara bab selesema dan demam. kalau anak2 dan saya demam , memang konfem2 last sekali akan kena, dia lah. padahal sebelum ni, dia memang agak 'kebal' dari jangkitan.

dan bila en suami demam tu, agak macam teruk pulak . siap berbungkus2 dalam selimut. sampai tak bangun2 dari tempat tidur. berhari-hari pulak ,baru nak kebah. saya pun ,takde la macam tu sekali teruknya.

 saya agak ..ini mungkin side negatif kesan dari berhenti merokok. mungkin juga disebabkan en suami berhenti merokok secara mengejut memberi kesan pada badannya.

kiranya,sebelum ni asap2 dan bahan kimia rokok jadi macam 'pendinding' kepada en suami..dan sekarang, pendinding itu semua sudah tiada. maka, yang tinggal hanya badan yang sudah kurang ketahanan walaupun ketahanan dari virus selesema dan demam.

jadi papa, pasni kena poco-poco ke ,senaman2 la kot..nak kasik sistem badan kuat semula rasanya..:)

11 comments:

harnidahussin said...

Diyana...memang org berhenti merokok kesannya macam orang drug addict...demam selsema tu biasa...tapi kena kuatkan hati la nak berhenti...kalau boleh slow2 kurangkan rokok...jgn drastik terus stop...nak lagi bagus, dapatkan nasihat doktor...dia akan monitor tahap perokok setiap minggu di samping bagi niquitin kot nama chewing gum tu...

M@Ri@M said...

donat....seingat ako ayah ako pn cmni gk.mula2 la kn. pastu bila dh xde pendinding ni..kena la mkn suppliment pape utk bdn fit blk.hehhe. tp seriously...suppliment penting utk ketahanan antibodi kte :-)

Diyana said...

harnida:hmm itula..aku rs mmg laki aku ni demam teruk sbb side effect bhenti merokok.lgpun,mcm agak mendadak jg dia berhenti.

mariam: laki aku ade le amik supplement jns liquid..khal kurma.tp itula..bile jns culas nak makan ubat2an/supplement ka..susah jg.die mkn bile rs nak demam je

transformed housewife said...

kesian tapi mmg kena tahanla kalau dah kuat semangat nak berhenti. kenala Diyana pun masakkan mknan yg berkhasiat nak bg suami kebal sikit.

Dr Singa said...

masa bulan posa...ok pulak kan depa depa ni..

hisham said...

baguslah demam...sekurang2nya dapat berhenti masa demam.keep up a good work

faris feisal said...

Jgn terus berhenti secara drastik... Bleh gunakan niquitin atau chewing gum nicotin yg dikurangkan dosnya secara beransur-ansur kemudian. Ataupun gunakan electronic cigar macam saya. Terbukti berkesan untuk perokok tegar berhenti merokok kerana ia juga salah satu 'stop smoking aid' tanpa kesan sampingan lain.

Amirah&Khalish said...

Bagi sy kalo nk brenti trus xde masalah. Tp dgn syarat kena ade mental yg kuat utk lwn gejala2 slps brenti merokok tu. Mcm sy brenti trus. Skng dh hampir sbuln. Semua kesan brenti mrokok sy rs. Rs nk pengsan n nk mati dh brape kali.. sesak nafas.. tp tu hnya smntara. Pencya la kena kuatkn semangat. Supplemnt B kompleks bole mmbantu utk hilangkn masalh cemas n bedebarw.. Insyallah..

Amirah&Khalish said...

Bagi sy kalo nk brenti trus xde masalah. Tp dgn syarat kena ade mental yg kuat utk lwn gejala2 slps brenti merokok tu. Mcm sy brenti trus. Skng dh hampir sbuln. Semua kesan brenti mrokok sy rs. Rs nk pengsan n nk mati dh brape kali.. sesak nafas.. tp tu hnya smntara. Pencya la kena kuatkn semangat. Supplemnt B kompleks bole mmbantu utk hilangkn masalh cemas n bedebarw.. Insyallah..

AininSofea said...

Mcm mana eh saya nk buat.. Bf saya dia mmg dh cuba nk berhenti rokok.. Tapi dia mmg ada masalah selsema yg teruk.. Dari dia merokok lagi.. Dah berhenti lagi teruk.. Jadi dia terpaksa amik rokok jugak.. Huhu mcm manalah nak berhenti kalau mcm tu

Unknown said...

saya dh bulan berhenti..masih lagi merasa sintom2 seperti lemah/lesu/kdg2 semput/fikiran kusut/..syukur masih lg bole bertahan dan keinginan merokok tu xda..cuma masih lg melawan sintom2 yg hadir di tubuh ini..x tau berapa lama agaknya benda ni akan hilang..yg penting niat kerana Allah..hanya Dia sahaja yg dpt membantu kita..