LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 24, 2011

Tahajjud Cinta hina Islam ?




saya pelik kenapa banyak suara yang mengutuk cereka Tahajjud Cinta yang disiarkan setiap malam hari Jumaat tu. siap ada page bantahan kat fb..;). Orang Melayu cepat melatah,tu je saya leh cakap. sikit2 nak bantah,sikit2 nak bantah..aduhla.  

ada yang cakap,Erma Fatima hina Islam?

adey. orang yang cakap macam tu..tak paham habis le tu.

antara watak yang ramai dok condemn,of course ranking teratas adalah

Ustaz Shauki [eman manan].

guru agama yang menyelia Pondok Al Taqwa.

tapi digambarkan sebagai seorang yang berselindung di sebalik agama untut tuntutan nafsu.

hina Islam tang mana saya tatau..

saya cuma nak ucap syabas pada Erma Fatima sebab berani untuk membuka pandangan umum tentang realiti yang masyarakat Islam hadapi sekarang.

memang ramai pun 'Ustaz Shauki' ni dalam masyarakat kita..
dan ramai je macam Emy[Tiz Zakyah] kakak Citra yang kena dera dengan suami yang kaki botol[Heryanto]
tapi tak lupa juga, masih ramai yang macam Citra[Fazura], Seri[Fauziah Ghous] dan Soleh [Remy Ishak] yang ikhlas dan berada dalam landasan muslim muslimah sejati..;)


memang ada semua tu dalam masyarakat kita.


yang ramai-ramai bantah awal-awal episod tu, mungkin juga disebabkan watak Seri bercinta masa tengah study di Jordan tu kan? ada yang cakap,dia menggambarkan imej tak baik pada muslimah.




cuma sekarang ni, jadi macam agak taboo bila kaitkan orang yang berjubah,berserban dengan perkara2 negatif.

orang macam Ustaz Shauki ni memang ilmu agama mungkin penuh di dada, tapi dia bukan maksum.......

nak-nak lagi dengan cabaran nafsu , sesiapa pun boleh tewas.baik yang berhijab, berkopiah mahupun bertutup litup.

pegang yang tu cukup.

syabas juga pada Eman Manan...pergh gila meluat tengok dia,lirikan mata dia setiap kali pandang wanita. ada bini 4 pun ,tapi tak cukup. paling menci sebab hari2 panggil bini no 4 saja, bini2 lain terkulat2 tunggu giliran...hehe.baru je cerai bini no 2, pastu nak kebas marka anak sendiri. pergh.saya sudah emo...hahaha.

ni sampai ada yang berdebat2 pasal pelakon-pelakon Tahajjud Cinta ni,munafik la apa la sebab dok guna ayat2 Al Quran, Hadith..mind ur words ok..tak baik oo main tuduh2 orang munafik...huhu.

Tahajjud Cinta ,cereka Melayu yang cerdik. rugi sape tak tengok.

 tapi satu ajela,tengok dengan mata hati..;)

WW: Anak dara saya

ayaq root bir tu babah die nye..haha.
saya sudah gantung periuk dari 1-2 malam yang lepas.

sahur je masak dgn sisa2 bahan mentah yang ada lagi dalam fridge.

yihoo! saya balik kampung dulu aa esok..jangan jeles.:p

Tuesday, August 23, 2011

bonus dari suami

bonus gomen kasik semua orang tau kan?

bonus private sector, dah nama private.mestilah  private & confidential kan^^

aritu ramai dok berborak pasal bonus yang kiterang dapat. Alhamdullillah la kan. walaupun half dari basic salary. ade yang tanya saya,syokla half gaji..correction: half dr basic ..bukan dari full salary pun .hmm.

masa ramai kecoh2 ritu, en suami diam je tak cakap banyak.

saya tahu kenapa dia diam. 
sebab kalau dia bising2 pasal bonus saya dapat, nanti saya akan laaaaagiiiii kecoh bila dia dapat bonus.
buktinya semalam. hahaha.mane i tak kecoh, banyak seh. berbulan2 punye. jeles.

sharing is caring kan my laling...haha.

tq.tq. kerana tidak lupa untuk sharing2 dengan bini...:p

Monday, August 22, 2011

Wad Bersalin paling sendat,mampat dan padat di dunia

apa pandangan anda?


dari saya satu je.


bersyukur saya ada di Malaysia.


padat2 pun wad bersalin [hospital kerajaan la..], tak pernah lagi saya tengok ada patients yang kena kongsi katil macam derang ni.


kurang2 kene dok atas katil tambahan tengah2 lorong wad bersalin adala penah tengok itu pun bukan selalu.


tumpang simpati pada mereka.




WAD BERSALIN paling sibuk di dunia. bertempat di Dr Jose Fabella Memorial Hospital, Manila Phillippines. ada lebih dari 300 orang ibu terpaksa berkongsi, 1 katil 3 orang kerana terlalu ramai. purata kelahiran di sini adalah 60 orang sehari tetapi kadang-kadang boleh mencecah 100 orang dalam 24 jam. menurut seorang doktor, 'Pernah terjadi kes ada 13 hingga 16 orang bayi dilahirkan pada masa yang sama


 kredit to : FB Nur Hamizah Bt Hamidon


gile ramai...huhuhu.


tengok ibu bersalin tu diletakkan atas ape..bukan katil kan tu??aduhai...kesian.


masa nak beranak ,ada 1-2 doktor pelatih pun..saya rasa cam nak maki..[sebab malu]..tambah lagi macam  situasi di atas..jadi bahan ujikaji ooo...


serius, sangat sebak tengok..




aiyo..boleh tertukar anak oo macam ni...huhuhu
p/s :be thankful of our upgraded GH at Malaysia :)

Friday, August 19, 2011

simpan tali pusat anak

penah dengar tak petua orang lama pasal tali pusat anak? ada cakap kena keringkan,simpan baik2. bila beranak lagi,simpan sama2 dengan anak2 yang lebih tua. ada juga yang kata, buat air penawarla dengan tali pusat tu..

objektif : orang tua kata untuk bagi anak-anak jadi rapat .takde gaduh2.

en suami punya tali pusat ada lagi.mak mertua saya siap labelkan dengan nama dan tarikh lahir. baru je MIL kasik pada suami pegang,masa nak kahwin aritu. ada lg ke Lai,ke dah hilangkan?hehe

saya punya mak tak simpan pun.hilang kot

dan tali pusat anak saya, yang si damia punya ada lagi. ali pun. tapi itula..bila beralih2 tempat banyak kali, dah saya pun terus lupa letak kat mana. sudah boleh dikategorikan sebagai 'missing'..^^

hmm. tali pusat tu pada saya cuma 1 simbolik. 

akrab atau tidak sesama adik - beradik, itu bergantung pada persekitaran dan budaya satu-satu keluarga tu.

bila saya tengok anak-anak saya.saya yakin, satu sebab derang boleh akrab..adalah kerana jarak umur yang dekat..

macam kami berlima..bukan sebab tali pusat.tapi jarak umur yang dekat..;)




Selamat hari Jumaat!!













Wednesday, August 17, 2011

Iberet folic

saya ni badan je gumuks, tapi untuk pengetahuan korang suma..i tidak layak sama sekali menderma darah walaupun sesudu. darah mahai..haha.


dulu ngat lagi,masa kat utm..punya berkobar-kobar ajak kawan - kawan pergi menderma darah. last2 , saya sorang je yang tak boleh derma. gile sedey.darah saya diklasifikasikan sebagai 'cukup untuk diri sendiri saje'.


cerita tak habis di situ rupanya. bila kawin, dan mengandung,mengandung dan mengandung lagi..saya cukup imun dengan warna pen merah kat bahagian Hb darah dalam buku merah. dapat sekali sekala bacaan 10 tu,memang kira hebat habisla sebab klu dapat 10 tu,misi akan tulis pakai pen hitam..hehe.




misi selalu bising. awat ceq?rendah sangat ni? tak makan ka ubat misi bagi?
makan.saya tak miss pun.
hati ayam, kerang semua makan dak?
makan..[tipu je]..haha.
setiap kali check up ,itula yg misi suka dok leterkan. kebal dah telinga ni dengaq.:p


kawan-kawan dok sebut obimin-obimin. saya tak makan pun. pernah kejap dulu je amik masa preknen anak pertama.lepas tu,dah tak amik. pil obimin tu untuk yang preknen dan takde problem sangat je.
sebab tu ,saya pernah cerita kan..saya setia dengan pil -pil yang  yang doktor gomen kasik. saya dapat 1 karung plastik setiap bulan. ada 4 jenis termasuk pil warna hitam..ape ntah nama dia..untuk tinggikan kepekatan darah.


tapi mengandung kali ni.. hmm.makin susah la nak naikkan hb darah..memanjang drop sampai bacaan 9. adohla.


tambah bulan puasa mcm sekarang ni,  drop banyak sungguh. sampai nak cecah bacaan 8 je.
saya siap 'gado2' ngan misi..suruh derang repeat test.bior le jari den sakit sampai 2-3 jari pun,tapi saya nak jugak bagi dapat bacaan 10 lebih..huhu.


dan akhirnya, doktor nasihatkan saya untuk amik pil yang punyai kandungan iron yang lebih tinggi.


iberet folic.






saya pun baru kali ni,dengaq nama iberet. sungguh tak comercial nama dia.mcm pompuan kabaret.


kabaret pun kabaret la. janji, darah saya akan semakin ok.dan kurang dari risiko tumpah darah masa beranak nanti.


p/s: mahai noo pil2 mcm ni kalau beli sendiri.itula memanjang dapat pil berkoyan2 foc. sekali kene beli sendiri,baru reti makna menghargai barang yang free..hua hua

malas masak

pada hakikatnya tiada istilah malas masak.

yang sebenarnya, bukan aktiviti memasak itu yang malas nak buat.  

nak masak,kejap je pun. kadang 1/2 jam dah boleh settle 3-4 hidangan.

kalau saya, yang saya malas sebenarnya 

adalah sedia bahan nak masak. dari siang - menyiang, potong- memotong, buka-membuka.

dan juga kemas dapur. dari basuh periuk belanga, cuci dapur, mop lantai.lepas selesai makan, nak kena pulak basuh pinggan minggan.dan kadang kalau berkecah sangat dapur,nak kena mop lagi.

kadang bila tengok chef wan masak kat tibi, dok berangan juga ..bestnya kalau saya pun ada pembantu chef yang ramai. sorang kupas bawang, sorang tolong siangkan ikan ayam, sorang tolong susun2 barang nak masak.haha.

itu belum lagi nak kira masa nak memasak,anak-anak 'ambil bahagian'. dah terus, ikan ayam yang dikeluarkan saya masukkan balik dalam fridge.haha.

saya tabik pada sapa yang boleh masak hari-hari.ataupun 3 kali sehari TANPA BANTUAN ok.. korang memang cekal.^^

memang ada kan yang gile cekal ,suami balik je boleh hidang cantik2 atas meja.

not me la.:P


Tuesday, August 16, 2011

minta suami kahwin lain

seorang kawan lama saya bagitau saya yang dia minta suami dia kahwin lain.
terkejut saya. saya kenal keduanya dari sekolah lagi. dua-dua kawan saya.

dia kata , kesian suami dia teringin nak anak. tapi dia belum berjaya bagi.
saya cakap, kenapa macam salahkan diri sendiri. kenapa macam cepat mengalah.



saya cakap,jangan putus asa. bukan lama pun. baru tiga tahun. ada je orang tunggu sampai 10 tahun, baru berjaya.


dia cakap lagi, kesian suami..
saya tanya,suami dia ..nak ke kahwin lain?


dia cakap,suami dia tak nak la. dan jalan terdekat mungkin , suami dia nak amik anak angkat.
sekali lagi ,saya cakap pada kawan saya..
jangan salahkan diri sendiri. mungkin belum sampai masanya. 


baik sungguh kawan saya tu. 


saya termenung sendirian.
sebabnya, yang saya ni pernah nak salahkan suami dan juga diri sendiri kerana merasakan kami sangat cuai sehingga boleh benih bercambah lagi tanpa disangka. 


terkadang saya menjadi manusia yang kurang bersyukur....


Ampunkan saya, Ya Tuhan.







Friday, August 12, 2011

tandem nursing

alahai..meleleh air liur den tetiba tingat GCB..huuuu.sahur ni  minta en suami gi belila...:p
saya dah masuk 28 w. standard,time2 ni susu badan mula nak keluar semula.


manusia paling gembira ,adalah Ali.


sebab dekat 1 bulan dah saya tak kasik dia nenen sebab dah kering 


so ,sekarang..sebelum adik kuar, abangnye dah rasmi.


ganas budak sorang ni.kalau tak kasik,dia bertindak ganas pada mamanye. 


senak perut weh, Ali menyondol2 nak nenen..haha.


ada sape ada pengalaman tandem nursing? macamane eh? nak kene pegang kepala anak kiri kanan macam bola ragbi eh?


haha. cabaran besar ni menunggu...;)


cam rileks je akak ni...

Thursday, August 11, 2011

Gen sapa kuat?

kiri sekali tu,bukan damia.yang tengah tu bukan ali.yang kiri sekali tu..bukan adik mia ali..hehe
Ini anak-anak abang sulung en suami.

tapi itula, anak2 abang long ni terutama yang si Nani,sulung dan Haiman no 2 tu, seiras betul dengan si damia dan ali.

dan bukan derang je, anak2 sedara yang lain pun..memang banyak berat kepada sebelah suami.sepet-sepet je.hehe

 itu yang bila jalan sorang2 bawa anak2 tanpa suami di sisi..ada yang macam caya tak caya. 

depa ngat aku amik anak angkat cina gamaknye...

pasrah..^^




Tuesday, August 9, 2011

Indahnya bercinta sampai tua

abah dan mak saya




bapak dan mama mertua saya


Kebetulan. mama bapak sambut ulangtahun perkahwinan ke 36 tahun pada 3 Ogos baru-baru ni.bulan 11 ni ,secara rasmi cucu 10 orang.sayala ni penyumbang yang ke 10.hehe


dan mak abah saya sambut ulangtahun perkahwinan ke 30 pada 5 Ogos. saya dan adik saya kasik pakej 2 orang lagi cucu bagi jadi 5 orang cucu tahun ni.insya allah.


rasanya belum habis menuntut ilmu rumah tangga dari mereka berempat.


macam mana nak nampak awet muda selalu.


macam mana nak kekal berbahagia berpuluh-puluh tahun.


Kumpulan Nidji nyanyi macam ni..


Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua 
Cinta masa muda
Cinta paling indah 
Menghiasi jiwa untuk selamanya 
Cinta masa muda


kepada mak abah dan mama bapak


harap boleh tiru macam kalian semua


bercinta sampai nampak muda remaja..;)


mode: air mataku bergenangan. apsal..ntah.tetiba feeling lebih tengok muka depa berempat ni...



Monday, August 8, 2011

Mati itu pasti

Jumaat lepas,  tengah dok tunggu nak buka puasa dengan famili saya, mak bagitau yang anak kawan dia baru meninggal malam tadi. umur sebaya saya. jatuh lepas main futsal.


saya dengar hujung2 telinga aje la. cuma terdetik, entah2 kenal.


selalunya, kalau kawan2 mak saya di jitra tu..anak2 depa kawan juga dengan saya. sekampung la katakan.


dan pagi semalam buka fb.


nah..kan betul tekaan saya. ramai kawan sekolah rendah saya bagitau yang arwah meninggal


sungguh tak sangka,rupanya  anak kawan mak saya tu memang kawan  saya  juga. kawan sekolah rendah.sekelas.


rasa macam baru je dok berbalas komen di fb minggu lepas dengan arwah tentang penulisan wasiat.saya dan beberapa rakan berdebat dengan arwah tentang kepentingan wasiat terakhir. arwah menyanggah pendapat kami semua dan menegaskan bahawa kita tak bawa semua harta bila dah mati..percayalah pada orang yang diamanahkan sepenuhnya. ironik sungguh.


muda ke. tua ke. sihat ke .tengah tidur ke.tengah duduk ke. 


kalau maut datang menjemput, jangan katakan tidak. 


ia sangat pasti.


akan datang tidak lewat walaupun 1 saat.


mengikut seorang teman yang membawa arwah ke hospital, post mortem dari doktor mengatakan paru-paru arwah mengecut secara tiba2, mungkin disebabkan senaman/pergerakan yang berlebihan. futsal itu mungkin penyebab .apapun


mati itu pasti

Friday, August 5, 2011

add bos dalam fb?

add bos dalam list fren fb. ada berani?

guru besar yang lama dulu, memang tau dah dia jenis oldskool sket. orang lama. jenis tak amik pusing sangat hal ehwal bersosial2 di alam maya ni.

hm.tapi bila dah bertukar tampuk pemerintahan ni..macam langit dengan bumi plak personaliti former big bos dengan yang baru. gb yang baru ni, ramah tamah. jenis mesra dengan semua lapisan .

adele sorang member skolah mai kat saya, 'ala diyana..gb tanya pasal facebook.sape ada facebook..hmm,takutla akak tak nak add dia.'

hehe

haha.

jangan kata akak tu, ai pun tak berani..ahaha.

takut kegiatan di facebook terdedah. yela.kadang dengan status merepek2 . dgn ada yang tag dengan post yang meraban2. seriau tau.

at last, saya tak dapat nak elakkan diri. bila mana, gb call soh amik gambar program motivasi

'diyana mai amik gambaq saya dengan motivater hari ni. cikgu ni, kawan lama saya. nanti upload, tag saya noo kat facebook.'

kueng kueng

dan kesudahannya, saya tak nak saya sorang je kene add dia. jadinya lepas tu,saya suggest friends kepada semua kawan sekerja yang lain...hehehe

dah lepas ni, kena sedikit hati2 la di wall fb..:p. dapat gb aktif le plak die fb...isk isk

Thursday, August 4, 2011

Babah dan anak-anak



babah tercinta dah beli almari baru untuk anak2nye.


tingkat 4 [atas sekali] untuk Damia Aleya


tingkat 3 untuk Daniel Ali


tingkat 2 untuk ..? ok ,mama dah finalise nama untuk adik no 3.


Dhani Aqil 


atau


Danish Arif


nama simpanan kot2 yang kuar nanti gegurl


Dhiya Auni


atau


Dhiya Amani


yang ground floor tu?beli siap2 ada 4 aras, babah depa ade angan2 nak tambah lagi kot . 


ye ke?


 perjanjian takat 3 dulu naa. 


pasni kita pi lppkn, utk sesi family planning plak.


haha

Wednesday, August 3, 2011

safee sali terguris

tadi pagi dengar radio cakap safee sali minta wife kapten singapore pohon maaf secara terbuka.

why aa..? dengar radio tak habis la katakan.

aritu laki dia,ni bini plak masuk campur..apa daa.

Monday, August 1, 2011

mendobi

bulih dak chek nak tanya hangpa suma, 1 hari hangpa basuh baju berapa kali?


ka berapa kali dalam 1 minggu?


tadak la..dok hairan sorang2 setiap kali dok hadap mesin basuh


rasanya, paling malas pun dalam sehari memang saya akan on button start kat mesin tu 2 kali.  1 kali tengah malam, 1 kali lepas suami balik kerja.


tapi ka..kain baju tak pernah nak surut. sentiasa penuh bakul. belum kira, yang dah kering-belum dilipat. yang dah lipat-belum dimasukkan dalam almari. dulu ada 2 bakul je,sekarang dah beli lagi 1 bakul..haha.


baru 2 orang mak bapak dengan 2 orang anak kecik..


belum lagi kira, basuh cd-cd anak-anak. itu kira operasi basuhan berasingan tu. 


kain - kain buruk.alas kaki semua.itu pun nak ditonyoh asing tu


cadar katil?ini antara basuhan terbanyakla selepas kain baju. i tell u aa, katil bilik kiterang kadang tu 1 hari tukar 2 kali! bukan kerje mak pak dia la.ini semua anak2 punya kerja.:p. dari susu sampai nasi semua dok ada ,derang seret naik katil.


kadang-kadang bila tengok ada yang hujung2 minggu baru buat operasi mendobi..saya rasa sangat kagum. sebab dok terbayangkan dah betapa tingginya 'gunung everest' akan dicipta sementelah semua kain tu dah kering di ampaian...kalau anak-anak saya ka, ada 'gunung everest' macam tu dalam rumah..mau depa sepah2kan penuh rumah ,buat lapik roda basikal depa...huhu.


ada ka tips khas untuk handle laundry di rumah? 

4.30

hari pertama la katakan

pukul 415 pagi, mak saya call. dia takut saya dan suami puasa air kosong je le tu ,kalau tak terbangun soq.

430 ,baru saya betul2 bangun.hehe

445 sambil kupas bawang, i sms mak mertua

selamat bersahur,mama. ana baru nak masak..he he

standard,mama di sabah dah sampai waktu imsak, kita kat sini baru nak panas kuali bagai

515 settle masak. 1/2 jam je i tell u masa diambil . makan telur goreng ke hape kan punya kejap masak

siakap stim ok dgn bayam tumis air. neslo ais segelas utk suami dgn ribena untuk saya. jadikla. 

awal2 ni kene rajin, nanti tak larat masuk tengah puasa.. nak kene pikir menu kat pasar ramadhan pulak..:p