LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 8, 2011

Mati itu pasti

Jumaat lepas,  tengah dok tunggu nak buka puasa dengan famili saya, mak bagitau yang anak kawan dia baru meninggal malam tadi. umur sebaya saya. jatuh lepas main futsal.


saya dengar hujung2 telinga aje la. cuma terdetik, entah2 kenal.


selalunya, kalau kawan2 mak saya di jitra tu..anak2 depa kawan juga dengan saya. sekampung la katakan.


dan pagi semalam buka fb.


nah..kan betul tekaan saya. ramai kawan sekolah rendah saya bagitau yang arwah meninggal


sungguh tak sangka,rupanya  anak kawan mak saya tu memang kawan  saya  juga. kawan sekolah rendah.sekelas.


rasa macam baru je dok berbalas komen di fb minggu lepas dengan arwah tentang penulisan wasiat.saya dan beberapa rakan berdebat dengan arwah tentang kepentingan wasiat terakhir. arwah menyanggah pendapat kami semua dan menegaskan bahawa kita tak bawa semua harta bila dah mati..percayalah pada orang yang diamanahkan sepenuhnya. ironik sungguh.


muda ke. tua ke. sihat ke .tengah tidur ke.tengah duduk ke. 


kalau maut datang menjemput, jangan katakan tidak. 


ia sangat pasti.


akan datang tidak lewat walaupun 1 saat.


mengikut seorang teman yang membawa arwah ke hospital, post mortem dari doktor mengatakan paru-paru arwah mengecut secara tiba2, mungkin disebabkan senaman/pergerakan yang berlebihan. futsal itu mungkin penyebab .apapun


mati itu pasti

3 comments:

atulhani said...

Innalillah....

transformed housewife said...

Al-fatihah.

AIN NAZRI said...

Al Fatihah.. wasiat nie kdg2 penting kan kak.. especially bila banyak hartanya.. kdg2 org mula lupa diri dan tak amanah bila tgk harta kita byk.. secara tak langsung terabailah waris2 yang sepatutnya