LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, October 30, 2010

lori berhantu

ni hah lorinye!
pesal bila uplod ja,asik terbalik je gambarnye?malas ahh nak setting lagi.lantak
masuk je lori ni dalam kawasan sekolah,habis dirempuh budak2.
tak ke berhantu namanye tuh.


haish.


masa skolah rendah, dah habis secawan ..sanggup tu saya buat2 beratur dalam barisan kelas lain..amik cawan kedua .:p


masa skolah menengah,kena plak lori hantu neh mai masa acara2 penting...pergh.syok tuh.kalau nasib baik sikit masa bawa jug dan cawan untuk cikgu2..cikgu pelawa minum . boleh menumpang sekaki .haha

sekarang lagi syok.tak yah beratur terhegeh2.turn saya plak tunggu budak hantar air milo sedap neh.haha


jangan jeles ok.korang tingin,pi beli kat kedai mesra petronas :p


tapi..sekarangnya milo lori bergerak ni..kadang dah tak sesedap dulu..hmm.save budget mungkin.huhu

anak-anak dara saya

Apa itu jihad?

Saya memang kadang masuk baca blog ini. Kadang aje.

Sebab agak bimbang, kadang nampak tuan empunya kereta mayat neh..macam astora jabat yang selalu tulis dalam Mingguan Malaysia dulu.Mane astora jabat sekarang eh?pemikiran kritis kadang buat manusia jadi obses.Maka,solutionnya ..jangan obses..huhu

Kadang rasa, pemikiran mamat neh ..hmm..saya tak terjangkau. tak paham pun ada.

Tapi, topik Apa itu Jihad yang dia utarakan neh..

agak menarik.

yela kan sekarang,sana sini orang sebut jihad!jihad!jihad!

Jihad ke Jalan Allah!

Tapi...orang orang tu betulke faham maksud jihad?

Jangan jihad jadi jahat sudah....;)

Pada yang berminat, teruskan melayari..

Kereta Mayat dalam topik Apa itu Jihad?[klik pada tajuk ok]


seram eh nasib rini bukan malam khamis...heee

harapnye tak menyusahkan

menyusahkan tak,kalau takde shoutbox?

ke,kena letak jugak?

takpe kot kan..

lagipun, korang korang korang lalu sini..dan baca baca baca je kan?

pada yang sudi,boleh tinggalkan jejak di komen setiap entry..;)

ada yang bertanya.tapi itula.

saya jarang tengok shoutbox tu.nak kena scroll scroll,jadik malas.last2 ,memang tak tengok pun.

so ,sekali lagi saya tanya?

takpekan?harapnya tak menyusahkan..:D

Friday, October 29, 2010

Baru nak start enjin

mama tak caya ek dengan senyuman manis awak tuh..jangan ingat senang nak beli mama..

usya dulu..

kene bersopan dengan kak long,kena minta kebenaran dulu.'kak mia, boleh ali pinjam keter?'

kak mia dah izinkan!yeh.yeh.cepat2 ali nak naik keter kak mia neh,mama!

iyah..iyah..

apa pegang2 neh mama?lepaslah..lepaslah..

yah!yah!satu kaki dah keluar..usaha tangga kejayaan.sikit ja lagi.
Gambar seterusnya ,tak dak! sebabnya terpaksa la kan letak kamera,nak selamatkan hero sorang neh..

melalak tu saya paksa dia masuk balik walker..nak jugak naik keter kak mia dia tu..

haish..

Dulu,masa mia sorang..saya sempat siapkan hidangan mkn malam awal hari2 untuk en suami.

Sekarang, selagi en suami tak balik kerja..saya cuma akan mengadap mia dan ali. Hatta, mengupas bawang pun saya tak berani nak buat.sebabnya..korang tgk atas tu cukuplah..seminit saya tinggal, macam2 boleh jadi.

Penah,saya lari gi toilet nak kencing..tiba2 gedegang..tgk2 mia tarik rak plastik baju tu,jatuh terbalik trus!nasib tak timpa mia dan ali.dah rak baju tu saya dah alih ke bilik lain.sekarang ni,bilik utama cuma ada katil,meja komputer dan buaian.hmm

Penah jg,saya kalih kejap je nak sangkut towel,alih2 tgk buaian dah terbalik..mia buat hayun.benjol kepala.

Dan baru2 ni, saya tinggal ali kejap.tengok2,Ali dah menyulur ke toilet,baik punya dok hisap alas kaki dpn toilet..huhu

No.no..saya memang tak berani tinggal budak2 ni bersendirian lama2, kadang tak tahan sangat,nak terkucil..saya angkut ja depa dua masuk toilet.sorang dlm walker.sorang main berus gigi..itu ja solution paling selamat.

Memang nampak tak senonoh,tapi..darurat beb. takpe,mia tak pandai report kat orang lagi..haha.

Tiada en suami atau orang lain di rumah..maka hidup saya hanya berkisar di dalam bilik tidur sahaja.dekat ruang tamu atau ruang lain dalam rumah ni, lagi macam2 perkara luar jangkaan akan terjadi.

Bimbang betul dengar macam2 kes budak kecik ni..mati kena timpa televisyenlah, mati tersepit meja makan..tercucuk garpu la..itu semua disebabkan kealpaan yang hanya beberapa saat..

dalam dok jaga2 pun, mia dan ali benjol merata...huhu

Slimming center

lama tak citer pasal kisah saya gi lwm,untuk kuruskan badan kan?camne nak citer, sebab lama tak pegi.cuti sekolah ni,baru nak continue sesi lwm.

so bile lama tak pegi..berat saya naik tak?


jawapannye tidak. tapi turun lagi 1-2 kg dengan sendiri


mungkin sebab sistem badan saya dah quite ok,takde blocking sini sana lagi..darah block, lemak block..macam2 lagi haa roadblock sebelum ni dok tanggung..haha


mungkin sebab semakin aktif berlari kejar damia aleya dan daniel ali.huhu


dan mungkin ada juga kesan saya amalkan produk pemakanan yg satu tuh.nak tahu ke apa dia?haha.tak nak cerita..


takdela.takdela...nak cerita la ni.


tapi saya tak reti nak promote .tak reti nak jual ubat..:p


apa kata,korang pi usya sendirik tentang Khal Kurma Plus.





Khal neh, saya baru amalkan 1 botol= 1 liter.


actually abah saya yang minum dulu,dan pastu kesihatan dia makin sihat [lepas nyaris2 nak kene strok awal thn dulu..] dan abah pun makin slim..makanye ramai orang tanya dan beli dari dia. so sekarang,abah saya dah jadi tokey jual khal neh..hehe


tapi, pada sapa yang berminat nak tahu, korang bleh melayari


                                                  Produk Qurba sdn bhd


 Khal Tamar Plus ni bukan ubat untuk kuruskan badan actually ia sejenis pemakanan. Orang Arab memang dok amal khal = cuka neh.sebab tu derang tak risau nak melantak kambing sekor slumber camtu je..huhu.Khal ni berfungsi untuk stabilkan sistem badan,buang toksik dan potong lemak.


Details di:
http://www.qurba.com.my/khal.html

Kesan lepas 1 botol saya minum:

1.paling utama..susu badan sangat banyak.
2.tak letih.
3.saya tidak lagi buat2 tidur nak ngelat dr suami..haha.sapa tak paham,dok diam.:p
4.berat turun jugak walaupun takdele pulun2 diet macam hari tu.huhu

Dan ni sedikit info tentang Khal yang saya amik dr web tu

KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL

KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.


KETERANGAN KANDUNGAN

KHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
2. Satu bekas herba-herba pilihan dari Khazanah Perubatan Islam.
3. Untuk diminum selama satu bulan.

Ok.cuti sekolah ni..saya nak continue sesi LWM..;)

Wednesday, October 27, 2010

Telefon bimbit lebih kotor dari tombol pintu tandas

Sekumpulan penyelidik yang menganalisis 30 telefon bimbit mendapati bahawa telefon bimbit mengandungi bakteria hidup 18 kali lebih banyak berbanding tombol pintu tandas!

Telefon bimbit perlu sentiasa disteril dan dibersih menggunakan pembersih beralkohol bagi mengelakkan pengumpulan bakteria.Lebih-lebih lagi hasil penelitian menunjukkan bakteria yang ada pada telefon bimbit dapat ditularkan dengan mudah kepada individu lain yang memegang atau bersalaman dengan pemilik telefon bimbit terbabit.

- petikan dari majalah Harmoni 1-15 November yang cover kulitnya adalah Dr SMS dan wifenye yang comel itu,Dr Halina.

Haa..korang? bila dah baca sebahagian artikel neh, saper orang pertama yang korang terbayangkan?

Kalau saya takde orang lain la,terus terbayang anak2 la of coz....huhu

Baik Mia baik Ali, henset papa and mama depa..adalah objek kegemaran dimasukkan dalam mulut...hmm.

Mulai hari ini,

sila jauhkan telefon dari anak2. Bukan telefon ajala..segala objek2 yang berisiko ada kuman,bakteria bagai..

budaya tai chi kerja

hari ni saya ikut gb,ade taklimat psl quality standard sekolah bla..bla..

jadi pegawai meja.hah.comel kan nama jawatan?ekekeke

pegawai meja tu aka ala2 s/u la jugak haa

tengahari tu,lari gi sekolah jap.tukar laptop sebab terbawa laptop bengong awal pagi td.hadui

woo hoo..masuk2 pejabat,saya tengok ada sorang Hamba Allah tengah dok sembang2 ngan PK

kebetulan,mmg saya pun masuk bilik PK ,nk tanye somthing.

Dr hujung2 telinga, saya dengarla hamba Allah tu,tengah explain kat Pk..yang untuk next year ,dia tak nak dah pegang jawatan-jawatan yang tengah dia pegang sekarang.

siap dah serahkan  fail2 kerja dia kat Pk.soh pihak pentadbiran cari guru lain buat kerja dia tu.

Huh?

besarnye dia...siap buat keputusan sendiri 'bagi pihak' Gb.

Kalau nak diikutkan bebanan kerja,rasa saya masing2 ada level bebanan kerja masing2.Jenuhla ,kalau semua orang selfish macam tu.kesian budak2 la especially.

Rasa macam tak patutla,nak labelkan kerja dia banyak.kerja kawan tu sikit. yang sorang lagi tu,tak buat kerja..

Masing2 buat aje kerja,jangan dok tai chi kat orang lain tak bolehka?

huhuhu

Tuesday, October 26, 2010

Nickname

Da-da,Nani,Bolat,Kamal Unta dan Donat
Eh,pesal ko sorang je takda nick name ek Nani?

Macam2 kan nickname kawan2 masa kat skolah.
Klu kat skolah saya dulu, segala nama binatang dok ada.unta,kambing,ayam,cicak koben
Nama makanan.satu yang lekat.Donat.haha.aku la tuh.
Dan sampai tu, cikgu2 pun dah tak kenal lagi nama betul anak2 murid.sebabnya memasing dah ada nama tersendiri..kehkeh

syam moron,koben,pot ayam,mat red,kamal unta aka romeo yg nak ngurat mia..hehe.Ramai yang dah turun kenduri sebelah wife manai kat kl..so yg edisi utara,sikit ajela.

dada n syam,couple dr form 5 ..antara yg berjaya kekal sampai kawin.hoho

manai n wife.selamat pengantin baru!otai reunion ni ,si manai..huhu.kenduri dia,tkdak yang turun..mmg siaplah.

Lupa citer pasal gambar di atas.
Itu gambar saya dan kawan2 sekolah menengah.masa gi kenduri Manai kawan skolah kiterang kat Balik Pulau Sabtu yang lepas.
Lama btul saya tak jumpa kawan2 lama..huhu.kali terakhir,bersuka2 ria neh adalah masa reunion Jenan, yang di kala  saya jumpa pakwe tercicir wallet dulu tuh.hmm.sejak tu,trus saya tak aktif 'menguruskan' reunion . Dulu,saya memang Ajk tetap la kan bab2 handle jumpa2 kawan2 neh..tapi sekarang tidak lagi.

Komitmen dengan keluarga.

Ya .maybe ada yang kata,itu alasan.
Ada je yang boleh je pun jumpa kawan2 walaupun dah beranak pinak.hmm.

Kekangan utama saya mungkin..sebab cuti suami yang tak sama.

Kadang, rasa cam serik juga  nak berjanji2 atau plan vacation ke hape dengan kawan2..sebab penahla terasa dipersalahkan bila tiba2 tak dapat bagi komitmen dengan kawan2...huhu

Saya tidak berniat mengecewakan anda sekalian

So,sekarang..senang je..sapa nak jumpa aku...mai lah Kedah...hehe


Monday, October 25, 2010

saya belum penah berbulan madu

tolongla caya.series.saya tak pernah berbulan madu dgn en suami

awal kawin,saya still dalam kursus perguruan.
elok habis ,posting 2 bln..dah peknen.
tak dan nak repair badan, ali plak.
so,tak pernah terlintas bab2 bulan dan madu neh

anak dah nak masuk three,four,five,six,seven,eight..ulang lagi..ewah

tapi,setakat berenang2 kat swimming pool, tumpang abah sayanye vacation adala.hee

en suami kate,company trip dia awal tahun depan ,dia nak bawa saya.en suami sangatlah jarang2 bercuti...balik bofot pun tak sampai 1week,so saje2 nak cuti pegi berjalan,takde le dalam kamus kerja dia.so,jgn bazir masa luang yang ada..dah bos wat company trip,kenala ikut.ini saya yang kata.heh

yihoo!kalau tak nak bawak pun, saya nak ikut jugak!ngeh ngeh.

ke mana?

jauhla sikit kot.kena buat pasport la mungkin

best2.

kene saving lebih sikit neh.yela kan.itu company dia.sponsor bini staf tak tertakluk dalam perjanjian..hehe

terasa lama wooo tak berdua2 an,bersengul2an berpegangan tangan di tepi pantai..ingat2 lupa dah neh rasa perasaan bunga2 macam awal kahwin dulu macamna...ahahaha.

asik2 kena ligan mia dan ali je ke hulu ke hilir..heh

Saya volunteer nak ajar subjek Sejarah

saya cikgu sek ren ok.boleh aje merelakan diri untuk ajar mane2 subjek elektif kalau kekurangan guru.:O

dan dengan ini sukacita dimaklumkan saya volunteer nak ajar Sejarah untuk 2015 nanti! 2013,start sejarah wajib dalam SPM. 2015, start budak sekolah rendah belajar Sejarah.

patutnya dah lama KPM amik tindakan mewajibkan Sejarah sebagai syarat lulus Spm.

haha.pasni, selain budak 'cemerlang' yang straight A..tetiba kena paper Julai Bhs Melayu.pasni,kita akan menyaksikan ada budak yang semua A tapi kena repeat paper Sejarah.gila kentang!

Nak kesian pun, tak boleh.sebab budak2 zaman sekarang dah terlebih 'asuh'. hmm.

Hakikat budak2 sekarang,ada yang seperti di bawah:
Yang A, tidak bererti cemerlang sepenuhnya.
A atas paper, tapi attitude F!
A atas slip, tapi adab zero!

A dalam rekod sekolah, tapi semangat patriotik negatif!

sejarah bukan sekadar subjek hafalan.

sapa nak score ,sangat2lah kena hayati setiap inci ayat yang ada dalam buku teks tuh..dan buku rujukan.

Saya suka subjek Sejarah?

Ya.ahahaha.

tak penah dapat bee hokeh.

saya suka Sejarah tidak bererti saya orang bn.tettt.

saya cuma seorang warganegara Malaysia yang agakk..la mengambil tahu tentang sejarah silam negara..

itu sahaja.

nota dari kaki saya: antara buku teks sejarah form 4:tamadun dunia n form 5, saya lebih suka baca pasal tamadun dunia.buku teks form 5,byk sgt tarikh nak kena ingat...hehe

Sunday, October 24, 2010

bukan tekak Jawa


bakso
                   Gambar dari sini: http://www.diningindonesia.com/2009/09/snack-indonesia/


empal penyet.ini baru try tadi petang
 Gambar dari sini: http://www.cintarasa.com/cintarasa/2008/01/23/waroeng-penyet-the-curve-mutiara-damansara/

Setiap kali try, hasilnya..bila balik rumah..

saya akan masuk bilik air,dan mandi laju2..
sebab kepala pusing
perut berangin

huhu

saipa ya? selalunya perut saya memang kental la,tahan segala jenis makanan. baik western.nasi kandaq ka..kari kapla ikan ka..chinnese food ka..suma boleh masuk punye.

so, saya buat kesimpulan

saya belum bersedia untuk melawat Indonesia..heh

Shiken, menu Indonesia ada letak ramuan herbs ke tak ye?kadang perut aku neh memang ,tak tahan sikit herba2 neh..uhuhu.mungkin itula punca saya kena mandi laju2 lepas pekena menu dr seberang.

Ada lagi satu,menu Jawa yang saya tak boleh sangat tekak nak terima.

Tempe.

sila ketuk kepala saya. memang saya dok johor 5 tahun dulu,plus 1 thn lepas dah kawin dulu..walaupun hari2 dalam menu kat cafe/kantin ada tempe..tapi saya tak reti makan. sian kan?huhu 

Panjang umurnya

Happy birthday my dear doter,Damia Aleya!
awak dah besar.dah jadi anak dara
kejap je mama rasa..
mama rasa cam baru ja bawa awak keluar dari wad bersalin ..;)
dah besar cinonit mama neh..

Jangan nakal nakal ya
Nanti mama babab
aha

ape punye turr lah ucapan besday seorang mak di hari lahir anaknye...

ekekekeke

Friday, October 22, 2010

sape cuba teka?

sape neh?sape pandai teka?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bunga cinta lestari ok

korang tak caya ?

cayala
cayala
per cayalah....


itu susah jadi orang cantik ni.sekali nampak gumuk,orang lain naik heran.

saya tak heranla.

kalau saya gi make up,touch2 up pakai lens kaler2,baju lip lip..ke.saya pun leh jadi artis.ceh.ada juga tu riak dengki dalam nada ayat.hehe

haha

cuma masalah utamanya sekarang

saya takde lipstik, dah lupa nak pakai lens camna..aha.

wah.teringat zaman pakai contact lens kaler2 dulu.suma kaler saya penah try.zaman melagha duit scholarship...astaga.isk.isk.

insaf.insaf.

add suami di facebook

ada member penah tanya,

suami ada facebook?
ada
dia add diyana tak?
hah?
of coslah!
naper?
hmm.suami tak nak add saye...

oo..ko ngelat ek.tak bek tau.baik add bini ko.atau pun baik,buat akaun lain..and then baru add bini.dah kalau takut sangat bini buat spot check..;)

macam-macam..:o

Thursday, October 21, 2010

kembar tiga

Saya ada hati juga eh nak anak kembar.tambah bila tengok orang ada 3,nak jugakkk.haha. .kembar 2 ok.3 pun takpa. seronok tgk kak Nani anak kembar 3 ni haa.
kak nani boleh anda ketemu di http://mamakembar3.blogspot.com/

tengok aksi salah sorang anak kembar kak Nani. sungguh mendebarkan..hehe.
 Berangan ko donat!

Ali yang baru eksen agah2 nak keluar dari walker pun, saya rasa sakit dada tengok...Ali ada bakat buat willie cam anak kak nani ni oooo.willie willie wonka.

Anak jantan mungkin.perangainye berbeza. Mia tak pulak camtuh.


senyuman yang menjerat.jangan terpedaya.har har
Sape2 je yang penah jumpa Ali,bila tengok pusar atas kepala dia.

Akan kata,

'oh nanti kalau bela kambing,kambing jadi banyakk..'

'siaplah mak dia..'

paling popular

'habisla...mak dia'

kenapa ek pusar melingkar 2 atas kepala?

Memang ciri anak lasak ke?

Hmm.

Saya hampir nak percaya je mitos itu... huhu

eh cop cop

saja nak kembali nostalgia sket

meh tengok pic ni.

gila kentang rambut mia masa neh kan?tak salah masa ni mia 8 bulanla,sama ali sekarang.
motip gambar yang last neh?saja nak letak.suruh korang tengok rambut kertiauu damia aleya...heh

mood dah ok,tetiba sentap balik :(

aci dak klu nak sentap dengan pengasuh baru mia and ali?

saya baru hantar budak duorang ni baru 23 hari termasuk hari ni.so far ok.

tadi masa amik mia ali pukul 1.58 petang ,tidak plak le adik tu inform apa2 pasal duit mengasuh or sbrg kemusykilan apa2.

tiba2 20 minit baru2 ni,dia sms

'kak, kalau boleh saya nak duit sebelum 28.10.10..dan kalau saya minta tambah boleh dak?'

sentapp trus!...

saya dan suami adalah majikan yang baik. eceh.boleh kira majikan la kan,sebab kita hire derang jadik pengasuh.hehe.pada kak pah ,pengasuh mia ali sebelum ni..kami tak pernah lewat bagi duit. kadang terlajak 1-2 hr dua tu,besala.kdg tu,bila saya gaji awal mcm nak dekat raye ke hape..duit pengasuh pun saya dahulukan awal jugak.ini tak dan masuk 1 bulan lagi,dah remind saya. getar oo hati ni.getarr..getar...grrrr.tak yah dok peringat bab2 tu..tahula saya.

bab minta tambah tu,pun actually agak menyentapkan hati.

sebabnya:

1.saya adalah cikgu. waktu tamat bekerja yang kebiasaannya adalah pukul 2 petang.dan mungkin, permintaan dr adik pengasuh itu adalah berdasarkan situasi saya yang kursus 3 hari awal2 ritu..dan juga disebabkan pernahla terlajak amik budak2 ni,pukul 4ptg.

2.banyak tuh minta. macam tak logik je.uhuhu.

3.saya dah agak,adik ni akan berkira bab dia bagi mia makan. mia tuh,bukannye jenis makan sangat.2-3 suap itu pun jenuh.saya rasa dia calculate mungkin,brapa suap dia suap mia dengan makanan anak2 dia.kak pah dulu,siap bagi mia vitagen,bagi makan nasi ayam kay ep cee lagi..tak caj pun...takdele minta caj lebih pun.
dan memang kebetulan, kak pah call semalam, minta saya hantarkan budak2 ni esok pagi.dia n suami rindu sangat nak main2 dgn mia dan ali.

dan esok pagi, saya rasa nak meruntun merayu2 melutut pada kak pah..tolongla kak! terima anak2 saya kembali....pls.pls.pls......kalau kak kena bawa abang gi hospital,takpa.saya amik cuti..jaga budak2 ni. janji kak mau ngasuh depa balik....

huhuhu

saya jenis mudah. saya akan mudahkan orang yang mudahkan saya.
sapa berkira ngan aku.aku pun berkira ngan dia..huh

kenapa saya takde shout box?

korang rasa kenapa?

haha.

sebenarnye saya dalam proses nak menjadikan blog ni,satu blog yang aman dan damai.tak serabut.


live trafik aku dah remove.menyemak saya rasa.

shout box pun

suma banner contest saya delete jugak.heh

terkini,baru remove tadi.gadget yang tunjukkan berapa ramai follower tuh.dulu saya suka,tgk makin hari makin ramai orang folo.tp skrg,cam cuak plak..makin ramai.makin tak kenal sapa yang view blog ni.so skrg,sape yg folo..saya dahulukan dgn trimakasih.takpe.kat dashboard ,saya kenal jugak korang..;)

cuma kalau boleh nak tinggal,list blog korang n space iklan jek.haha.

ikutkan nak del juga space iklan itu..tp rugi la plak.blum penah cash out kan sen2 di situ.

wait n see la..rupa baru blog cik donat ini pada cuti sekolah yang tak lama akan menjelma tiba nanti..ehem.salah.puan.

Wednesday, October 20, 2010

bila suami keluar bekerja

bila suami keluar bekerja
kadang detik hati isteri ada kerisauan
selamatkah dia ke tempat kerja?
kenyangkah dia di tempat kerja?

bila suami keluar bekerja
kadang timbul bimbang di hati isteri
kesian,suami saya.tadi pagi tak sempat minum pagi..
huhu

bila suami keluar bekerja
kadang timbul curiga di hati
siapa kawan suami?
baik ke so-so je?
ke ada yang jahat cam setan?harapnya takde yang macam ni

bila suami keluar bekerja
kadang detik cemburu isteri
ramai ke pompuan di sana?
bos dia laki ke pompuan?
seksi tak?cantik tak?skirt singkat ke tak?

tapi bila isteri nak keluar bekerja..
si suami tak sempat nak risaukan apa-apa..
sebabnya,belum sempat tanya...dah bercerita pot pet pot pet..
dari celik mata,sampailah nak tutup mata..
sampaikan cerita anak mak cik tukang sapu nak kawin pun,
si isteri cerita kat suami....
haha
akulah tu.

haip.jangan nak tipu,korang pun sama..hee.

Monday, October 18, 2010

....


aku rasa period nak datang balik.berkurun dah tak rasa emoticon2 macam sekarang ni.


so memandangkan dah mula rasa macam nak period semula, jadiknya kenala pikirkan cara nyahkesuburan yang berunsurkan pil ataupun injection pulak. cara konventional,dah nak tamat tempoh dah ni.


......


apa aku mengarut ni?


dalam dok emo2 pasal mia tak berapa nak cakap..semalam first time saya dengar die menyebut words lain selain,mama papa dan adik.tapi..words tu tak menyeronokkan hati.hmm.


tatau nak emoticon dengan sapa.


orang tuh tahu la kot

Friday, October 15, 2010

sebab saya emo petang2 ni

Ramai yang ingat saya malas bercakap dengan mia,sebab tu dia takmo bercakap.

Ada yang siap suruh saya jumpa doktor,sebab takut dia mungkin autisme.janganla takut2kan saya macam tu sekali.tak baik tau.

anakku Damia Aleya,jenis yang tak suka dipaksa.lagi paksa,lagi dia tak nak.Dia bukan tak bercakap,kadang tu dengar dia panggil papa,mama ,adik..nak..cuma bila disuruh ulang.dia diam.

Dia berjalan pun,masa Ali dah 3 minggu means umur dia dah cecah 1 tahun 4 bulan masa tuh.

So,janganlah paksa saya untuk paksa Mia untuk cakap.

Esok2 dia cakap tak berhenti kang.baru tau.

Saya tengah emo.jangan kaco.

Dah.korang sambunglah baca artikel bawah ni...

Artikel asal DI SINI.

source: http://anakkusayang.com

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun maih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Terima kasih kepada kumpulan perbincangan anakkusayang di dalam facebook, kami mula Nampak beberapa perkara yang menjadi concern utama para ibubapa di Malaysia. Bagi yang belum menyertai kami, jom join page portal anakkusayang di facebook dan jom berkongsi cerita di sana.

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakao berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.


Thursday, October 14, 2010

senang masuk syurga tapi banyak masuk neraka

Yang ni,saya tak buat.

tapi,yang ni..saya mengaku..saya salah seorang..huhu.
 Ok.mulai esok.pin belakang tak cekak tengkuk dah.pin sikit belakang baju ..untuk elakkan tudung bergebang2 sakan kena angin sepui2 tatau bahasa.

Haa...korang.dah ade yang menegur..tak gheti2 bahasa ke.mari korek telinga.sekali sekala kena dengaq juga pandangan orang.

 memang senang pompuan nak masuk syurga tapi paling ramai..masuk neraka kan. kan.kan....:O.salah satunya sebab macam nilah.

Saya insan yang lemah.

=muhasabah dalam dingin udara bilik=

Wednesday, October 13, 2010

Siapa yang lahir sekitar 80 an,mesti penah tengok kartun ni



ada 8 video semua .sapa la yang rajin kan carik kartun2 neh...haha.
nostalgia sungguh! untuk korang yang sebaya saya.kan?
seronok gila rasa bila tengok kartun neh dulu2.
ulang hari2 kat tv1 pun takpa
siap hafal dialog

ok.kang mia bangun.saya nak suruh dia tengok.heee.

budak zaman sekarang kenal ben10 je.dalam kelas pun,bila saya mula buka cerita Sang Kancil dan Sang Buaya mula ada yang buat muka boring.

cuba saya kasik kertas warna gambar Ben 10,huh...berebut2 haa..datang ke depan.

peredaran masa,tak dapat dielakkan....;)

eh eh sebelum tuh.ni lagi satu feveret

1,2,..lekuk.jantan,betina....aku ketuk!

*cam berkaca je mata teringat zaman2 kanak2 ...haha

orang gemuk suka cakap ikhlas dari hati

tn tanah blog ni tak kenal saya pun.blog yang dimaksudkan ialah blog insan bernickname : peejburhan

saya pun tak kenal dia pun.

tapi saya rasa macam kenal dia.

blog ni jadi bahan ejaan saya ari2.

saya tahu pun dari aza.


entry terkini dia,buat saya tekan perut gelak2.tatau saipa.

maybe sebab terms dekat2 perenggan ..yang nak last2 tu..


tapi apakan daya. dia tu kacak. aku ni remaja gumuk je.

ini versi saya : apakan daya, suami saya pun kacak..tapi bini dia gumuk jugak.:O

saya tak paham manusia macam ni

ahh ..ah..malas nak komen panjang.


Anak Tunggal Dan Menantu Kebas RM 117 Ribu Duit KWSP Ibu

mak tak halalkan.haramla duit tu,intan payung.......hmm.ade menantu pun hantu.anak sendirik jembalang.

emo di tengahari yang terik

Monday, October 11, 2010

semua orang ada cerita tersendiri pada 101010 kan

begitu juga saya.huhu.

anak no 2 kak sue ,jiran bertentangan dengan rumah saya meninggal.Al fatihah untuk anaknye.

sungguh kasihan. mungkin sudah ajal.tapi saya tetap kata,arwah meninggal sebab kecuaian manusia.

manusia itu jawatannya doktor yang in caj wad kecemasan hospital bukit mertajam pada 9hb oktober.bukan doktor bangsa saya.

adik tu memang Oku. cacat dari lahir. memang selalu demam.selalu kena lelah.selalu masuk wad.

mungkin sebab selalu.jadi,ada yang sambil lewa.doktor tuh la.isk.geram betul saya.

4 ptg:kak sue bawa anak dia ke wad kecemasan sbb demam dan juga lelah.
4.30 ptg: doktor itu suruh balik je,sbb katenye lelah biase je.yang si mak,cuba bertahan katanya anak tuh bukan lelah biasa.hari tu nampak lain macam. dan doktor yang pandai tu buat dunno.dan kata tak de ape2.

5.00ptg: tak sempat sampai rumah, adik tu dah meninggal.atas pangkuan maknye.

sebaik sampai semula ke wad kecemasan. akak tu mengamuk .diusung anak tu,die letak atas kaunter.
sape tak mengamuk weh..huhuh

dia suruh nurse panggil doktor tadi.

celaka btul.doktor tu langsung hilang. minta maaf pun tak.

nak aje ,saya bawa akak tu ke hospital esok.saya nak cari doktor tu.

tapi kak sue kata tak payah.biarkan.

kak sue,doa..doktor tu akan dihantui bayang anak dia sampai ke akhir hayat.....

'Seorang hanya boleh beli maksimum untuk 10 orang'

weh..saya rasa macam nak beli tiket filem tamil Enthiraan ni je mula2 tuh..hehe.
Berduyun2 orang India beli tiket filem neh . Siap ada note dekat kaunter tuh,tulis


'Seorang hanya boleh beli maksimum untuk 10 orang SAHAJA'


Pergh.tobat best neh.hins.hins.takpa.takpa.nanti tanya otai cerita hindustan  ,Pn Yana.mesti dia tau best ke tak..:P


robot2 menari..dengan Rajnikhan lak tuh.haish.sonok je rasa..dah le heroin Aishwarya Rai.oh,nak tengok jugak..huhu
sebenarnya, niat asal di tengahari sabtu tuh..nak membeli barang dapur di Giant. sekali, tengok orang menderu2 naik ke panggung.saya ikutlah..keh keh


ghamaiinye manusia..suma dok tunggu nak tengok filem tamil tuh. Poster gambar Aisywarya punya cantik.sampai saya pun terpengaruh. tapi ,saya tak belilah. saya beli tiket cerita ni...:P

hah!..see..ini yang kami berdua tengok sebenarnye...:p
Komen saya tentang Magika:

1.best gila.
2.pergh,filem muzikal yang bijak!
3.Damia suka gila.sampai jenuh saya nak tarik dia keluar panggung..sebab dari awal sampai habis..asyik berjoget dalam panggung...huhu.

paling admire watak M nasir sbg penunggu gua...;). Nak ke mana kamu bertiga..jangan sampai bangunkan naga..last2 m nasir jadik naga tu weh..hmm.tk nampak macam naga kartun lah,nampakle naga yang canggih mcm citer omputih..hehe

pada saya,x faktor cerita ini terletak pada lagu2 yang dinyanyikan sepanjang cerita. pada yang membesar dengan alunan2 lagu kru [macam saya],korang akan rasa cerita ni best sangat..sebab amat kena dengan telinga ..:p.semua lagu best2. pastu plak semua pelakon hebat2 lak tuh.lagu yg pak pandir aka aznil nyanyi best. lagu2 dr nenek kebayan aka ziana zain jangan dok kata la..mantop gila ziana.nenek kebayan yang cantik!heh

Korang tak tengok lagi ke?rugiiii...:p

tengok dengan Damia saja?

Yerp.kami tengok berdua.

Ali tinggal umah pengasuh..papa kejer..:P