LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, October 11, 2010

semua orang ada cerita tersendiri pada 101010 kan

begitu juga saya.huhu.

anak no 2 kak sue ,jiran bertentangan dengan rumah saya meninggal.Al fatihah untuk anaknye.

sungguh kasihan. mungkin sudah ajal.tapi saya tetap kata,arwah meninggal sebab kecuaian manusia.

manusia itu jawatannya doktor yang in caj wad kecemasan hospital bukit mertajam pada 9hb oktober.bukan doktor bangsa saya.

adik tu memang Oku. cacat dari lahir. memang selalu demam.selalu kena lelah.selalu masuk wad.

mungkin sebab selalu.jadi,ada yang sambil lewa.doktor tuh la.isk.geram betul saya.

4 ptg:kak sue bawa anak dia ke wad kecemasan sbb demam dan juga lelah.
4.30 ptg: doktor itu suruh balik je,sbb katenye lelah biase je.yang si mak,cuba bertahan katanya anak tuh bukan lelah biasa.hari tu nampak lain macam. dan doktor yang pandai tu buat dunno.dan kata tak de ape2.

5.00ptg: tak sempat sampai rumah, adik tu dah meninggal.atas pangkuan maknye.

sebaik sampai semula ke wad kecemasan. akak tu mengamuk .diusung anak tu,die letak atas kaunter.
sape tak mengamuk weh..huhuh

dia suruh nurse panggil doktor tadi.

celaka btul.doktor tu langsung hilang. minta maaf pun tak.

nak aje ,saya bawa akak tu ke hospital esok.saya nak cari doktor tu.

tapi kak sue kata tak payah.biarkan.

kak sue,doa..doktor tu akan dihantui bayang anak dia sampai ke akhir hayat.....

6 comments:

atulhani said...

kalau aku, gi saman doctor tu.. apa salahnya bagi je la ubat asthma.. bukan susah pun.. asthma takley buat main2 tau....

nanawynnejones said...

takziah untuk jiran kakak tu.
bengong sungguh doktor tu.
sabar jala..sedih gila.huhu

transformed housewife said...

Al-fatihah utk anak jiran. Doktor tu mesti dah takutla tu sbb tu tak berani keluar jumpa dgn akak tu.

kinna said...

doktor yang mencemari profesionalisme kedoktoran! dapat degree camna ntah? takziah utk k sue (jugak)

mila.ibunajihah said...

Siannya jiran diyana..Alfatiha utk arwah dan takziah buat keluarga kak sue tu. Moga Doktor tu dapat balasan setimpal atas sikap sambil lewa dia..

lily lotus said...

sengal punya doktor. sian akak tu..even mangsa tu oku tak patut diabaikan. satu hari nanti mesti dia kena balik