mana dapat la dey..sekarang nak kencing pun,bayar.
saya memang bengang betul masa mesyuarat pibg sekolah
sambil dok dengar pakcik tu membebel ,saya menghala ke tepi padang sekolah..
tarik nafas panjang-panjang..hati memang panas.tapi cuba untuk rasional.
dan pandangan saya meleret ke hujung padang,nampak pembinaan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tengah dok buat..kos dewan itu RM30 000. sekupang pun, kerajaan tak bawa keluar. duit sumbangan pibg semata-mata...
malu saya.
kat sekolah saya, stor besar sekangkang kera tu ..ada yang persoal. siap minta ,sekolah pulangkan balik duit lebih pada ibu bapa. oh pakcik,tahukah anda sekolah saya cuma minta sumbangan satu keluarga RM20 sahaja untuk setahun?itupun,parents yang bayar tak sampai 50%.
sedih weh.
itula sikap orang 'saya'.
bila anak tak pandai salah cikgu.
padahal duit ringgit berkira.
7 comments:
betul ler Diyana...
hubby kata kawan dia ngajar sekolah cina tuisen cikgu pun bayar rm50 sejam tau, semua PIBG tanggung, pastuh buat court basketball siap spot lite bagai semua duit PIBG..org cina x berkira kalau hal pendidikan anak2, sekolah hubby mintak buat line dan spot lite utk court badminton jer, PIBG putuskan cikgu kena gotong royong wat sendiri line..membazir duit katanya..
padahal anak2 sendri jugak nak guna, bukannya org lain
cop cop.. tadi kata wordless wednesday...skalik ada update lain hehehehe...
totally true kak diyana.. that is what we (generasi muda wakilan kerajaan) are worried about.. nak kata kerajaan tidak membuat apa-apa pada 'orang kita', sekolah kebangsaan milik siapa? DEB untuk siapa? hak bumi untuk siapa? MARA untuk siapa? dalam pendidikan, bersekolah adalah wajib, tapi tidak untuk pendidikan selepas sekolah, kalau mengikut teras, paling atas adalah ASASI, diikuti Matrikulasi, Diploma, Pra-Universiti, dan akhirnya poly.. bukan nak kata poly tu paling rendah, tapi lihat wjudnya pelbagai cara dilakukan kerajaan untuk nk lihat 'orang kita' membangun.. tapi yang bijak mengambil peluang.. sayang seribu kali sayang.. bukan 'orang kita'
teruskan mengajar cikgu Diyana.. demi anak bangsa kita.. terapkan nilai-nilai murni.. kenapa cina boleh? kita tak boleh? anak-anak zaman skg (termasuk saya) terlalu leka dan enak dibuai keselesaan zaman.. kerana tahu, apa jua yang terjadi, kerajaan akan mendukung kita.. menyokong kita.. cuma harap tidak terlambat untuk bangun dari mimpi indah, andai semua itu bukan lagi milik kita..
bionic women: saye bengang betul tau dgn pakcik tu. berkira sangat...tp diyana mmg tabik pd sorang ajk wakil ibu bapa..die bangun back up cikgu. dia cakap..spjg dia and ajk semua dok buat mcm2 motivasi ,ade tak parents lain dtg tolong?semata2 harapkan ajk yg berapa org tu je..yg lain,tau salahkan sekolah dan kerajaan. ajk wakil ibubapa tu,doktor pompuan. mungkin sbb tu,dia lain sikitla dr fikiran ibubapa yg berkira tu..dr faridah tu jns tak brkira kalau berkaitan akademik anak2 bangsa.
atulhani: haha.tak tahan.aku teringat muka pakcik tu,tu yg nak tulis jg2 hari ni.acila..ni kire entry lain..hihi
dalin:hidup dalin!hehe
haa.. yg ni setuju sgt2. org kita mmg berkira skit tp x semua la.
belanja sekolah anak berkira tapi beli kereta mahal2, beli rokok bunuh diri & org lain tak berkira pulak.
kita rasa masa kita sekolah dulu, parent kita memang serah 100% pada sekolah, sebab kita tunjuk je surat apa pun minta duit ke, minta tanda tangan ke, dorang main bagi je. sekarang ni tatau la.
Post a Comment