LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 9, 2009

PPSMI

Dah alang - alang saya stori pasal anak2 murid saya, so saya nak sentuh sikit la tentang alkisah ppsmi... Sedikit komen saya tentang PPsmi : Bagus untuk diserapkan terus kepada budak2 since darjah 1 lg. Cuma perlaksanaan aje yang perlu diperbaiki dr masa ke masa. Hmm, mmg agak mencabar jugale bile selak2 buku teks math n sains skang ni…sains le terutamanya…sampaikan kkdg tu,cikgu jg kene slaloo rujuk glossary buku teks..hehe. Saya sebenaqnya sedih tgk, bila isu ppsmi ni dipolitikkan. Rugi anak2 bangsa. Yg dok bising2 sangat ni…slaloonye sekolah2 kebangsaan la..and majoritinya mak ayah orang MElayu. Dah le, yg slaloo ketinggalan..orang MELayu. Suruh belajar lebih sikit, melenting…suruh anak blajar English lebih sikit , bising….nama anak tak masuk dalam Skim bantuan kemiskinan, bising…bertempik2 masa mesyuarat PIBG. Tapi, anak angpa corot dalam periksa, dok wat hal kat skolah….diamla plak. Awat tak bising plak???? Jangan salah paham dgn konsep pembelajaran n pengajaran dalam bahasa inggeris atau ringkasnya P P S M I. Objektif utama ppsmi ni hanyalah untuk memperkukuhkan penguasaan ilmu pelajar dalam subjek Matematik dan Sains yang sememangnya sperti yang kita tahu…banyak sumbernya dalam BAHASA INGGERIS. Bukanla ppsmi ni nak menjahanamkan Bahasa melayu..sapa kata? Di samping ppsmi kat sekolah, kementerian jg turut memperkasakan subjek Bahasa Melayu di sekolah. Untuk pd sesapa yg tak tau, sekolah2 sememangnya diarahkan memperuntukkan masa tambahan kpd subjek Bahasa Melayu..untuk diseimbangkan dengan penggunaan bahasa inggeris di sekolah. Cuba korang tengok analisis waktu subjek untuk kelas saya kat bawah ni..

Subjek Masa Minit
Agama Islam 6 6 x 30 = 180
B Inggeris 7 7x 30 = 210
BM(Pemahaman 9 9 x 30 = 270
BM (Penulisan) 1 1 x 30 = 30
Kem Hidup 2 2 x 30 = 60
Kajian Tempatan 2 2 x 30 = 60
Mathematics 8 8 x 30 = 240
Science 5 5 x 30 = 150
Muzik 2 2 x 30 = 60
Pen Jasmani 2 2 x 30 = 60
Pend Seni 2 2 x 30 = 60
Sivik 2 2 x 30 = 60


Berapa masa untuk subjek bahasa inggeris n subjek2 yang guna bahasa inggeris? Dan berapa jumlah masa untuk Bahasa Melayu dan juga subjek2 lain yang menggunakan bahasa Melayu? Bila dah jumlahkan ..untuk subjek yang menggunakan bahasa Inggeris [ BI, Math n Science la of course] cuma 20 waktu sahaja bagi 1 minggu dibandingkan subjek Bahasa Melayu yang diperuntukkan paling banyak iaitu 10 waktu bg 1 minggu.

Itu belum ditambah dengan subjek2 lain yang sememangnya diajar dalam bahasa Melayu…saya pun tak paham..tang mana yang oghang dok hingaq kata ppsmi menjahanamkan penguasaan bahasa melayu. Mengajar menggunakan terms English untuk subjek Matematik dan Science , amat bagus untuk perkembangan ilmu anak-anak murid. Nak wat rujukan buku banyak, nak cari kat net pun banyak source. Taip aje kat search engine.. ‘mathematics ‘ , ‘mathematics for kids’, science is fun’ ke…berjela2 keluaq link yang best2. Tambah lg skang, kementerian dah lancarkan plak eduwebtv yang ala2 youtube tu, hmm..lg best jdnye P & P dengan bbudak. Sesekali bawa budak masuk lab, pastu wat playlist video pembelajaran kat depa dalam eduwebtv tu..hmm, depa pun seronok. Saya pun boleh wat keje lain sambil pantau dieorg. Uish, korang hingat cikgu2 skang kene ngadap ajar budak je ke…punyala berlambak kertas kerja, dokumen ,fail2 nak kena siapkan untuk submit pd PPd,jpn la…mmg kalahkan orang pejabat dah haa..saya rasa..hehe. Tapi,so far pd saya..saya tak rasa semua ni menjadi bebanan pada saya. Inilah hakikat seorang guru di zaman millennium…hik hik hik

p/s : Minta maaf kepada pencinta bahasa kiranya anda semua terganggu dengan pencemaran bahasa nukilan picisan saya di atas ni. Damai abang! [ peace brother!!] :p

No comments: