LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 1, 2010

Beringat sebelum kena.Bersediakah saya?

Kawan kerja saya meninggal.arwah duduk selang semeja dengan saya je. Semalam baru kebumi.Sangat terasa kehilangan sebab arwah sangat baik.rajin join kami cikgu cikgu pompuan ni pot luck time rehat.sangat manja dengan anak bini. saya yang tak penah jumpa bini dia pun,bila jumpa masa melawat tadi terasa macam dah lama kenal kakak tu.sebab nama bini dia tak pernah lekang dari mulut sepanjang saya kenal dia.

Baru ja bergurau dengan arwah Rabu lepas.tiba tiba malam Ahad,ada yg sms kata arwah dah meninggal.

Saya memang tak lena malam tu.sebab terkenangkan bini arwah yang masih dalam pantang 10 hari.
teringatkan yang arwahlah yang rajin uruskan anak-anak yang lagi 4 orang tu.paling tua pun anak arwah darjah 5.famili yang masih muda.macam famili kita kita jugak

Semalam,masa pegi sebelum jenazah dikebumikan saya lihat bini arwah dan anak-anak menangis. Anak yang baru lahir,lena je tidur..saya?of coslah join nangis tak hengat hengat..hatiku kecillll walaupun badanku besauuu..

Dan tadi, saya dan kawan kawan yang lain sekali lagi ziarah bini dan anak2 arwah.

dan saya amat kagum melihat riak kecekalan hati di wajah bini arwah. Sangat tabah.
Ada agen insurans yang datang. Dan saya tengok,kakak tu tengah sibuk menguruskan anak anak dan juga menyiapkan segala dokumen yang agen insurans tu perlukan.

Sebelum kami balik,kakak tu sempat kirimkan pada kami segala barang sekolah yang arwah pegang. kunci.buku P&P.bla.bla.bla.

Tiba tiba dalam kepala saya,terpacul soalan dan saya bertanyakan pada kawan di sebelah..'kakak ni pandai driving kan?'

Ha ah.kawan saya jawab.

Ok, hati saya adalah berperasaan sangat lega dengar yang dia pandai driving. Separuh dari cabaran kehidupan ibu tunggal yang akan bini arwah hadapi di kemudian hari,pada pandangan mata saya..akan dapat diselesaikan walaupun tanpa suami di sisi..

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah dan semoga arwah di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

nota dari kaki saya: balik tadi, saya cari polisi insurans saya dan suami dan saya baca satu persatu.untuk kali pertama.

10 comments:

eiNa said...

ya allah..kesiannya donat.. sebak baca sbb teringat bb yg baru 10 hari dan bini yg masih dlm pantang tu.
hurm.. semoga dia tabah dan kuat semangat. tpi meninggal sbb apa ??

BIONIC WOMEN said...

INNALILLAHIWAINNALILAHIRAJIUN
Diyana, mmg la ajal maut di tgn tuhan tp sbgai manusia biasa kita ni ada rasa belas kasihan..
semoga akak tu terus tabah hadapi ketentuanNya

nisa said...

Smoga akak tu diberi kekuatan yang teguh dan anak2 yang soleh dan solehah. Satu ujian yang berat untuk akak tu..sedihnya saya membacanya..aish..

FrH said...

donat xckp pn meninggal sbb apa ..?
aduh, baru 10 hari. kesiannya. :(

Lin said...

sedih...inalillah...lately byk sgt berita kematian yg aku dengar..skrg ni even aku moody cmne pn cuba layan keluarga sebaiknya..sebab aku igt pesan mil aku..'semua ni pinjaman semata'..

Harnida said...

innalillah...ajal tu x kira tua atau muda...kita pun kena la bersedia nak menghadapi saat perit tu..

Intan said...

Sebaknya baca...semoga roh arwah di tempatkan dlm golongan org2 yg beiman...amin.

Adoiii den tak reti drive nie, nak kena belajar la tapi takutttt...uwaaa!

P/s: Ha a ye, arwah meninggal sbb sakit ke sbb lain?

Diyana Zulkifli said...

to all:arwah meninggal kena serangan jantung mengejut.maybe sebab letih ulang alik urus anak2,balik tgk bini kat kg hari2.paling sedih sbb arwah meninggal sorang2 kat rumah.masa jiran jumpa arwah,kopiah masih atas kepala.masa tu dah nak masuk 2 hari dia tak jenguk bini dia. isteri call,dia tak angkat2.so isteri dia call jiran soh tgkkan kot dia ada di rumah..huhu..rupa2nya,arwah dah takde...

lily lotus said...

ya Allah kuatkanlah semangat isteri arwah. sebak dada baca...

sirna said...

ya Allah..sebaknya dengar, moga Allah beri kekuatan pada isteri dan anak arwah..