LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, July 14, 2010

pasal harta,hati jadi kelabu

Korang masih ingat kisah arwah kawan sekerja saya?yang meninggal masa bini masih dalam pantang 10 hari tu.

Tadi petang, sekolah saya adakan Hari anugerah cemerlang.gembira + terkejut saya bila ternampak kelibat anak2 arwah dalam perbarisan murid nak terima hadiah. sebabnya sebaik arwah meninggal,anak2nya dah bertukar ke sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal .anak2 arwah pandai2,jadinya sekolah sangat berbesar hati menjemput anak2nya menerima hadiah di atas kecemerlangan mereka.

saya adalah sangat emo di atas pentas memegang tray hadiah bila terpandang muka2 anak2 yatim tu.huhu.terpaksa menggunakan skill mengedip2 kan mata tanpa bantuan tangan sbb dah terasa mcm ada air mata yang nak terkeluar.huhu.tak bley aa..masih terbayang kemesraan arwah dgn anak2 die tu..sekelip mata,mereka kehilangan ayah.Ya allah.

Di akhir majlis, masa jamuan saya bertemu isteri arwah di bilik jamuan.

Bertanya khabar dan bertukar cerita.

Satu perkara yang amat menyentuh hati saya,bila kakak tu maklumkan yang dia cuma berserah pada takdir kiranya Amanah Raya putuskan kesemua harta arwah di faraidh.termasuk rumah yang arwah baru beli.kereta.duit simpanan.duit tunggakan gaji.duit pencen.Kecuali pampasan insurans sebab insurans tak boleh dibahagi sama rata secara faraidh walaupun ada pihak yang menuntut.Syukur.

Erk..musykil jugak saya sebabnya tak kan langsung arwah tak letak kakak tu dan anak2nya sebagai penama?

Dan sapa plak yang sampai hati tuntut semua tu dari balu dan anak2 yatim tu?kejammnya tindakan orang tu,pada saya.

Kalau kot ye pun, kenapa takda tolak ansur dari pihak keluarga arwah?

ok fine.kalau memang nak sangat pun..kereta dengan rumah tu..rasa saya patutnya memang kalau ikut akal waras dan perasaan empati dalam diri, kenapa perlu jugak dibahagi sama rata?kenapa ada yang minta difaraidh kan?

duit duit yang lain tu,tak kisah la..memang kalau saya jadi kakak tu pun,akan kata..'lantakla.amikla semua duit.aku kerja.ada tulang 4 kerat.tak kebulur pun duit tu semua...'

tapi rumah.dan juga kereta.nak bahagi camna tu weh?kena jual dulu ka?pastu duit hasil jualan dibahagi dengan pihak2 yang menuntut?

erkkkk...aduhai.

huhu.saya cuma berdoa rumah tempat berlindung mereka akan selamat dari dijual.itu saja harapan saya.


kenapa ada yang sampai hati macam tu sekali?

hmm.ada sumber yang memberitahu,akak tu bukan menantu pilihan.

ok.di situ dapat dijangka kenapa jadik insiden kasihan ini.

kak, tabah yek.kak kerja demi anak2.insya allah,ada rezeki lain untuk anak2.

biarkan mereka.

8 comments:

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

kesian dia donat..
sedih kenang anak2..

Mila_ibu najihah said...

siannyer..kenapa la tak ade hati perut sgt,kalau bukan menantu pilihan pun ingatla cucu-cucu yang kehilangan ayah tu,kesian. Saya ada sorang member gini juga,isteri meninggal mengejut sebab barah otak dah kronik, kubur masih merah..mak ayah isteri dia da datang rumah minta balik semua harta anak diorang..tak kesian pun cucu kecik lagi,baru 2 tahun..sedih.

FrH said...

huwaaa .. nape kau hidangkan cite sedih pagi2 ni donat.
sedihnye. tssskkkk.
para suami patutnye bertindak lebih awal .. kalau dah tau mak perangai mcm tu. huhu.
tumpang simpati pada family arwah.

Halen said...

ni la susah bila berjumpa dengan org yg tidak berhati perut. kerana tamak sanggup bersifat kejam dgn anak2 yatim huhu..

ch@ said...

simpati kita pada keluarga arwah, kenapa la mcm tu skali kan? bukan ke mana pun duit² tu smua, kan dah jadi darah daging juga. isk isk.

atulhani said...

pasal duit, adik beradik pun boleh bergaduh n berpecah belah, inikan lagi dia tu ipar.. sesungguhnya manusia ni kejam..

Farah said...

isk kesian..

aku nyampah btul famili yang berkire menantu pilihan la tak pilihan la..dah kawin..dah ade anak..kire cucu2 diorg la kan..darah daging sendiri..bukan tu tanggungjawab diorg jugak ke.

Shikhin Ishak said...

sama lah apa yg berlaku kat family aku.lepas ayah aku takde,tiba2 datang lah sedara2 yg sebelum ni tak ambik kisah pun pasal kami..nak tuntun bendang lah,duit harta pusaka lah..rumah aku pun depa nak tuntut..tak faham aku.