LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 17, 2011

Misteri Kedai Makan

Di simpang nak masuk ke taman perumahan saya, ada 1 deretan kedai.kedai mula2 ialah kosong.kedai makan.kedai runcit,kedai baiki kereta dan yang terakhir tu kompeni rasanya. tapitak brapa sure, sebab kompeni tu tkde senbod.

Yang saya nak ceritakan ni,tentang kedai makan yang satu itu. Mula2 saya pindah sini, saya macam pelik aje tengok kedai makan tu.suram aje.orang pun tak ramai.dalam hati,saya memang yakin tak lama la bukaknye..konfem tokey kedai bungkus bila orang takde.tapi jangkaan saya meleset. dah nak masuk 2 tahun kami anak beranak dok kat taman ni,saya tengok kedai makan tu masih gagah di situ. tak tutup pun. tapi orang tetap tak ramai. pelik tak?

dan satu ketika, kami pergi ke kedai makan tu.saje nak cuba.tak sedap sangat ke makanan kedai tu,sampai orang tak ade. sekali lagi,jangkaan kami meleset. sedap weh ..memang menu kat situ pun kenala anak tekak. cuma musykil dengan ketiadaan orang yang mengunjungi kedai tu...

Kunjungan kami itu telah merungkai misteri kenapa kedai makan tu tak ramai orang yang datang. Korang nak tahu kenapa?

sebabnya..

majoriti regular customer kedai itu adalah penduduk taman sendiri. Rupanya, banyak kereta asyik singgah depan kedai tu..bagi order makanan. Kemudiannya, 10-15 minit kemudian, customer yang order tu akan singgah sekali lagi dan amik makanan yang dipesan!ekekeke. ala2 drive thru gitu...dah bile kami sedar perkara itu,maka barula terperasan yang sememangnya kadang tu bila lalu je memang akan nampak ada kereta yang singgah betul2 depan kedai tu..sekejap2 aje keter2 tu singgah.pesan makanan rupenye.heh.

Haa.sejak2 itu,agak hidup saya lintang pukang di rumah dan kesiankan en suami yg kadang tu tak lunch pun di opis,dan nak makan malam awal makanye saya akan  call soh en suami drive thru di situ.hehe.

Dan tadi petang , saya singgah order. tapi yang singgah bayar dan amik makanan adalah en suami.keh keh keh. Lambat eh hari ni,meeting sampai lewat petang . kepala dah berat .. jarang sangat stay back macam ni kat sekolah..huhu.  nak tak nak sepakat laki bini sorang singgah order,sorang singgah amik.. haha


Sekarang jarang sangat dah makan di luar. 'bercinta' je rasa nak bersiap, dan bawa budak2 ni. bila berkesempatan masak,  masak pun memang simple aje hari2. tapi disebabkan Damia dah Ali sudah agak tidak terkawal bila di meja makan..kadang rasa macam meja makan nak terbalik penangan budak2 ni...oh,saya malu. :|

maksud bercinta dalam loghat utagha : malas aka segan

7 comments:

ch@ said...

ooo patutla, kita dah fikir yg aneh2 je tadi, seram pun ada. agaknya oni mewarisi mia dan ali, lasak sungguh di meja makan. takkan nak jd hulk pula di tgh2 org ramai kan? hiii.

mila.ibunajihah said...

haha..misteri terungkai, bagus kedai tu..menyediakan perkhidmatan drive thru..hehe. umah baru ye..kiutt. sy pn kadang malas nak ajak najiha makan kt kedai..meja tak tbalik, tapi bawah meja meriah dengan makanan bertaburan, aduyai..mmg mcm tu la resamnye ada anak kecik ni.

BIONIC WOMEN said...

hahaha..ada pulak style drive tru..canggih ler..
kalau kat kelantan banyak giler warung kecik2, pernah tanya en.hubby boleh hidup ker meniaga gini..sebab selang 2,3 rumah ada plak kedai kopi yg kecik ajer..xder msakan panas pun..tapi plik tau. dowang tu sumer kaya..huhu..dan kebanyakannya kedai kopi tu ada sejak hubby kecik ag..so memang boleh cari makan ler kan??rezeki Allah ada kat mana2 kan?

Mrs Hardlena said...

drive thru ke masak ke x jadi masalah asalkan tekak kita ble telan laki dan anak2 kenyang. kita makan luar pun bkn kita kacau org lain, yg diaorg ni sebok2 nk kecoh apa hal plk. haihhh.. teremo plak.. :p

kinna said...

kedai tu tak bg fon no ka? kalau tak senang ja..kol dan pick up..tak payah drive dah..kat puchong ada 1 kedai makan camtu, kol dlu, pastu amek dan bayar (makan)..
"misteri" tu mcm ada bela hantu raya-pelaris-makanan ja..hehe
em, zulfa&amani pon sama, 2mnt ja atas kerusi,pastu masing2 dah masuk bwh meja mkn :P

atulhani said...

cerita hang mmg saspen laaaa hahahahhaha.. tp kalau ada kedai yang sedap n dekat, mmg senang je lah kan.. nak masak, basuh periuk pinggan mangkuk tu semua ambil masa.. redha je la beli makanan kedai.. lagipun masak sendiri pun kadang2 modalnya lagi banyak...

d i d a said...

hehe..tingat aku kat sarawak dulu blkg umah aku pun ada kedai ala drive tru tu..kami order n amik dari keta je..

dekat area umah aku kat kulim dulu ada 1 kedai mcm hidup segan mati takmau jugak..kedai tu kami panggil 'kedai xdak nama' sbb xdak signbod...tp..makanannya sedap dan qty byk..tp tatau la leh drive tru ka dak..