LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 27, 2010

Menunggu lelaki yang sempurna

Mak ngah,ana copy pic ni..;)


Menunggu lelaki yang sempurna.bak kata cik tengkorak.


Apa yang dapat saya tafsirkan melalui gambar di atas..adalah


mana ada lelaki yang sempurna...huhu. sebab itulah cik manis di atas dah jadik tengkorak.

lama nau tunggu lelaki yang dihajati,sampai tinggal rangka.


Dan mari kawan2. saya nak flash back kisah zaman cintun saya .again?dak.dak.bukan pasal wallet lagi.

tapi kisah lagi 2 minggu nak kawin.


Biasala.sapa tak penah bergadoh dengan boipren .baik kejap,gadoh.merajuk..haha.itu suma memang fasa2 yang harus dilalui. sekarang dah beranak pinak pun,kadang2 membara juga kan..hehe.

Dalam fasa hati berbunga-baik-gaduh-baik-gaduh- tu, tak sangka..tengok2 dah lama kiterang kawan.dan at last buat keputusan untuk berkahwin.

 
Saya ingat lagi,masa tu..ada lagi dalam 2 minggu nak kawin. saya dan en ateng gaduh besar. and again.masa tu,kat tepi pantai.dari jauh saya nampak kapal2 antara butterworth ngan pulau pinang tu...nampak kecik besar kecik besar je..ahaha.gaduh la kata kan.itu yang sampai nampak kapal tu cenggitu.

Tengah berperang mulut tu..and at last, en ateng mengalah. dan cakap.ok fine. dan dia tanya saya.

Saya nak dia jadi lelaki yang macamana?

amik kau!Lidah saya kelu dan kepala ni ligat berfikir. lelaki yang macamana...ya? Dan saya pun takda jawapan untuk soalan tu..

Dan makanya, mata ku berkaca2 mengenangkan segala pengorbanan yang en ateng lakukan sepanjang berkawan dengan dia. En ateng sorang ja yang tahan dengan perangai saya. dan cuma dia satu2nya lelaki yang ikhlas ajak saya kawin. demand lebih2 donat..kang rugik. Saya nak apa lagi kan?Ntah.sendirik takda jawapan.

Mungkin terlalu tinggi mengharapkan en ateng menjadi seperti lelaki2 dalam filem. koman2 pun,romantik macam shah rukh khan ke. mana boleh kan. muka pun dah macam jet li.mana nak boleh paksa jadi macam shah rukh khan.

Pada saya, bila saya terlalu mencari apa yang tidak ada pada diri en ateng..makanya, saya akan merasakan dia tidak sempurna.

dan saya lupa sebenarnya. diri ini tidaklah sempurna mana..

actually, saya perlukan dia untuk sempurnakan diri ini.

Dan saat ini, saya sangat pasti dia sangat sempurna di hati saya.Hari ini dan selamanya.:)

weh.laki aku dok main game kat bilik belakang.bini dok feeling sorang2 kat depan tv.takpa kang dia buka baca la ni..aha.

Daa.nak titun dulu..join mia n ali yang telah selamat berlayar...

Nite!

10 comments:

transformed housewife said...

mmy tak de pun manusia yg sempurna. Jd, kekurangan dan kelebihan masing2 tu melengkapkan pasangan tersebut.(ntah apa Knur komen ni. huhu)

myoliza said...

yup,tiada yg sempurna kan,..kelebihan dia kekurangan kita,masing2 saling melengkapi,tiada yg lebih sempurna kecuali DIA.kelebihannya disyukuri baru bahagia kan.insyaallah.

nani said...

menunggu yg tak sempurna pun mcm infiniti je penantian itu, ni kan plak yg sempurna...aku percaya pd 1 ketaksempurnaan yg akan dilengkapi dgn 1 ketaksempurnaan yg lain...

atulhani said...

betul cakap hang donat.. aku pun sama.. lagi2 dh byk kali putus cinta, akhirnya kita akan redha kepada Allah. Sebab aku percaya, dalam banyak2 lelaki yang aku nak/cari.. sebenarnya yang terbaik tetap dia juga, jodoh kita... tak ada yang sempurna, tapi cukuplah yang mampu buat kita bahagia dan melengkapi kekurangan kita... **cheewaahh.. ayat!

Diyana Zulkifli said...

transformed housewife:ya kak.saling melengkapi..;)

myoliza:btul jg kak ..;)

Diyana Zulkifli said...

nani:pd aku mana bley perfect,bila perfect sgt pun, hidup pasangan itu akan jadi mendatar..haha.tkde cabaran.

atulhani:ko brapa kali putus cinta atul?samakah kita?aku klu ikut kasar..sorangja la.yg tk dimaklumkan secara rasmi patutnya ada 2.haha.*kang kena debik ngan laki aku..hee

nani said...

mmg takde yg perfect la....idup kena realistik....sorg laki maybe

nani said...

oppss...sambungan....sorang laki maybe tak kacak, tp ketidakkacakan dia dicover dgn kebolehan dia memasak....tu cth 1 ketidaksempurnaan yg dicover dgn ketidaksempurnaan lain

Diyana Zulkifli said...

laki aku tak pandai masak.so?ceh.angkat bakul suami sendirik..keh keh

BIONIC WOMEN said...

dulu masa bercinta saya pun harapkan dia jadi seseorang yg lengkap pada pandangan saya, jd lelaki yg saya idamkan...tapi bila dah kawin, semua perasaan tu ilang gitu jer, xder dah yg saya nampak serba kurang dulu...
well, apa yg saya tahu, saya sayangkan dia dan dia amat membahagiakan saya...
bukan semua org leh teriam segala keburukan dan kekurangan saya...alhamdulillah dia terima saya seadanya