LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 11, 2010

saya nak puasa penuh bulan ni.

seumur hayat saya 28 thn ni, saya langsung tak penah penuhkan puasa 30 hari di bulan Ramadhan.

kecik2 dulu,setiap tahun ngelat.ada aja saya tinggal.buat2 tak larat.hak hak

pastu bila naik darjah 5,tekad nak puasa 30 hari. tengok2.peot first time datang.padan muka.dah trus menerus tak boleh puasa penuh sampai ke besar.

masa mengandungkan damia.macam itu jugakla.berkobar2.ingat itu lah tahun pertama mungkin boleh puasa penuh. tapi tak kesampaian.ada juga saya tinggal 3 hari.sebab tak larat sangat.nak pitam.masa bulan puasa dah sarat sangat.

masa mengandungkan ali.macam itu jugaklah.berazam nak penuhkan puasa. gagal jugak. demam panas di bulan puasa.tinggalla jugak.dgn en suami skali uzur.demam jangkit dgn saya.huhu.

hm.tahun ni.saya berazam,berdoa harapnya boleh puasa penuh. semoga dikurniakan kesihatan dan kudrat yang baik. sebab saya dah 6 bulan tak peot.memang cenggitu sistem badan saya bila tengah bfeed anak.memang tak peot.ala2 mcm mengandungla jugakkan.

peot.jangan ko jengah diriku ini ya di tengah2 Ramadhan yang mulia ini..

terawikh.hmm.korang pegi ke?saya memang tak pegi masjid.dapat buat di rumah pun,itu dah cukup.itu pun kalau mia dan ali dalam kondusi yang bagus.

lauk sahur tadi,banyak lagi. menu di hari pertama berbuka puasa.aku rasa recycle lauk sahur ja lah jawabnya.hehe

mana nak cari tauhu bakar mcm kat batu pahat kat kulim ni?tak dapat weh. abc rock.air katira pun kat johor ja ada tu.

tetiba teringat Batu pahatla plak..:(

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua;)

8 comments:

Halen said...

owhhh.. thn lepas sy berpuasa penuh 30 hari dan hrp2 thn ni pun dpt puasa penuh jgk la hehe..

bila time puasa ni mcm2 mknan kt kg duk teringat uuwaaaa.. nk murtabak tebal.

FrH said...

aku thn lps 1st time puasa penuh (7 bulan xpeod hehe).
harap2 hang dapat la menggapai impian hang nak puasa penuh thn ni donat. mmg seronok gile sbb dok tgk org gile2 ganti puasa tp kita syok jek xyah ganti haha.

selamat berpuasa donat sekeluarga! :)

azzamoro said...

nnti aku balik batu pahat aku makan kan utk ko tahu bakar..

wahh sedapnyerrr

mila.ibunajihah said...

suspend i baca tajuk..ahaks..
Selamat berpuasa to diyana sekeluarga =)

nani said...

ingatkan peknen utk ke sekian kalinye lg..

Diyana Zulkifli said...

halen:makanan kedah,di bln2 puasa ni..ana tak brapa tingin sgt.except ayam percik la kan.tp itula..dok tingat mknn2 kat johor..huhu.jauh tu nak gi carik

frh:amin2.harpnya aku bley posa penuh thn ni..

azzamoro:wei,kejam siut.wat aku terliur.huhu.tkpe2.ko makankan utk aku ek.

mila:aha.mila ingat diyana peknen lagi ek...?wot.wot.papa mia ali dah kata, kita stop dulu production utk smentara.kasik laluan pada orang lain plak..hehe

Diyana Zulkifli said...

nani:keh keh.haha.

kinna said...

baguih2..ada azam baik..sy smpt gka posa penuh dl2 sbb peot lmbt sket :)