LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 13, 2010

Dua hal yang merunsingkan tentang anak dara saya

mia adalah seorang budak yang susah nak minum air masak.jadiknya,selalu terjadi kejadian adegan meneran selang 2 hari.mamanye ni jugaklah nak kena jadi bidan.haish.mana tak,asik kena sembelit je anak dara sorang ni.


makan pun kena paksa.itupun,yang kena selera tekak dia cuma nuget,fishball,french fries dan sayur2 yg bukan warna hijau.disebabkan itu, saya adalah pengguna utama minced chicken ayamas.klu rajin sikit,saya blend ayam. ari2 saya gentel buat chicken ball sndirik,rebus wat sup.tak pun,gentel ngan karet,kacang pis wat nuget ayam.nasib jugaklah ikan salmon pun kena tekak dia.nasik jgn disua.langsung dia takmo.jadi alternatif sumber karbo yg lain slain nasi ,saya rebus makaroni.itupun nasib dia mahula jg,4-5 ketul skali makan.

rasa cam buntu dah nak cari menu sesuai untuk mia.


sekarang ni,untuk selesaikan masalah sembelit mia ni..saya kasik dia minum vitagen 1 botol 1 hari.agak2 tak berak jg,saya kasik dia minum 2 botol.hmm,memang keesokannya tu dia bley la membuang dengan tenang tanpa bantuan bidan donut.dan nasibla jugak, dalam byk2 buah.mia paling suka buah naga merah tu. bley dia habiskan sebelah tu,sorang.


adala yang tegur.tak bley kasik anak byk2 minum vitagen.btulkah?ada sapa bley tolong confirmkan.

ada juga yang kata,buah byk2 pun..tak elok. aduh.habis?nak wat camna?


ntahla.kdg byk pendapat sgt pun.saya pening. bila search intenet,mcm2 sgt guideline.itu pun saya pening.ini tak boleh.itu tak boleh.


mia tak suka minum air masak.itu adalah major probnya. perlukah paksa minum air?huhu


lagi satu hal yang hmm..actually bukanla besar sgt pn.tapi disbbkan nampak macam mia ni bukan mcm kbykan budak..jadik saya macam risau.


dia tak suka tengok kartun. dia langsung tak kenal sponge bob.otomen ka.barney ka.ben 10 ka.




jangan dikaco klu tgh tgk tv,tak dilayannye mama masa tgh kusyuk tgk drama.


dari kecik, saya tak penah kasik dia tengok kartun. sebab saya takmo dia berebut remote tv ngan saya. saya adalah tidak gemarkan pegi rumah sapa2..tengok anak tn rumah pegang remote.pastu dari pagi sampai ke malam.asik bukak channel 611,612,613..pastu bila orang amik remote,meroyan. mak abah budak tu tak tension ke ye?huhu


lagi satu rancangan tv yg paling saya elakkan mia tengok adalah tom tom bak bersama aznil tu. ntah saipa.saya tak brapa gemarkan slot yg budak2 menari ,menyanyi tiru gaya orang besar tu..tak sesuai btul.
disebabkan mungkin,saya tak penah kenalkan dia dgn kartun2 ..bila papa pegang remote,bukak channel discovery channel,bukan espn tgk bola. bila mama pegang,tengok cerita melayu,channel traveling,tgk glee..jadiknya cuma channel2 itu ajela yang dia suka tgk.
mia boleh tgk drama Melayu tanpa kedip biji mata. dan dia boleh mengekek2 gelak bila tengok filem p ramlee.tambah lg keluar part ahmad nisfu ka hapa.huhu.

dan sekarang,bila saya baru mula nak ajar dia tengok kartun..jadiknya.dia bolayan. klu bukak channel disney tu,dia bley tahan..5 minit ja pun.
eh.bukan dua hal la.ada lagi satu yg mrunsingkan saya . saya macam gundah gulana jugakla skrg memikirkan yg mia masih berat mulut. semua menda,semua orang dia dah kenal.bila suruh tunjuk mana mama,papa,adik..togel dia ka..dia kenal.cuma bila disuruh sebut,dia mcm refuse.ala2 saja tunjuk degil pun ada jg kdg2 tu. hmm. tunggu ajala kot kan bila dia nak mula bcakap.kang bila dah bcakap,mengeluh plak mamanye..bila la budak ni nak bhenti cakap.
haish.itula manusia2....tak penah puas.ada ja tak kena.kay,pernyataan tu saya tuju pada diri saya.;)


5 comments:

Shikhin Ishak said...

donat,kalau dia x suka mkn sayur,cuba hg blender sayur2 yg dah direbus..jadikan pes.

eh jgn taktau,aku pun tak suka tgk katun.masa kecik mmg tak diajar.sampai skang mmg katun bkn choice lah kalau tgk tv or movies.

normal kot.hehe.

Halen said...

ololo keciannya anak menakan sorang ni yer. byk btol hal merunsingkan mak dia hehe..

vitagen : ok je minum xde masalah cuma jgn berlebihan la smp 4 5 botol sehari. mak alin pun ckp ok so dun wory selagi mia x sakit sbb minum vitagen.

mkn nasi: cuba bg mia makan nasi letak kuah sup byk2 agak2 dia nk tak. nasya mula2 nk bg laju mkn nasi camtu la. kuah sup ayam ke sup sayur ke.. macaroni choice terbaik utk ganti nasi dan nasya pun suka sgt2.

katun: bagus utk kita sbb x pyh berebut remote hehe. tp bila camni kita rasa mcm x normal plk sbb dia x mcm bdk2 lain hehe.

berat mulut: ana kena slalu bw dia bercakap la. mayb sbb dia duk dgn pengasuh tu yg kurang nk bercakap. klu anta nursery or taska biasanya bdk2 ni cpt skit la. cth nasya.. bila dh byk ckp mak dia plk x larat nk menjawab huhu

eiNa said...

1.vitages in aira punya favorite

2. katun pun aira punya fav , dari barney sampai ke otoman sampai ke benten katun budak laki tgk pun.. :P

3. berat mulut tak pe lg donat, nnt pelan2 dia ckp ler tu.. dia duk tgh adapt ..
aira klu dengar org suara slow ja..klu kt umah jerit satu taman dengaq

This is .... said...

takpe tak suka tengok kartoon.. tak jadi masalah besar pun.. :)

yelah, susah kalau anak tak suka minum air masak.. disebabkan saya risau baby tak suka minum air masak bila besar nanti, kecik2 ni saya dah bagi minum.. lepas minum susu, bagi air masak sikit.. so skrg memang tak tolak dah air masak tu..

Farah said...

hehe mia tgk drama kusyuk btul..kitorg pon tak bukakkan katun sangat kat umah utk afif..sebab teringat kat adik sendiri asik bergaduh ngan die je dulu sebab berebut nak tgk channel katun.abah saya la yang ajor tu..sikit2 katun ..sikit2 katun.