LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 17, 2010

Saya tak suka budak kecik sebenarnya

Entry ni saya tujukan pada seorang sahabat. Sahabat, sedia atau pun tidak kita dalam menempuh sesuatu perkara yang baru dalam hidup adalah terletak pada hati.Bersedia atau tidak, itu pilihan hati. Wang ringgit bukan perkara pokok. Yakinlah pada hati, betulkan niat. Insya Allah, laluan akan ditunjuk..:)
Yerp. betul.itu adalah hakikatnya. Saya memang tak suka budak budak.

Tapi, masa bujang dululah. Saya sememangnya bukan seorang penggemar kanak-kanak. En suami pun sama.

Pada saya budak-budak kecik ni menyusahkan.Bising. Leceh.Merumitkan.

Kalau masa tengah jalan-jalan, kalau ada member yang menyapa mana budak2 atau baby , saya cuma tengok dari jauh. tak teringin pun nak gi dekat apatah lagi nak angkat. pandang dengan pandangan kosong je.takda yang menarik pada budak-budak ni.

Ada yang masih ingat,entry saya tentang usaha membuntingkan diri ?ahaha.

Honestly, niat masa tu adalah cuma untuk membuktikan yang saya boleh mengandung.

Saya takut orang kata saya mandul.

Sepanjang saya preknenkan Damia, mungkin disebabkan dengan niat yang tak berapa nak betul tu, jadik saya rasa preknen itu adalah sangat menyusahkan.

Saya suka nangis. Saya suka bebai dengan en suami. Saya rasa dia abaikan saya. Saya rasa dalam perut saya tu beban. Jadik ada saja perkara yang menyakitkan kepala dan hati jadi. itu tak kena.ini tak kena. tapi saya tak buat bukan-bukanlah. Saya selesaikan masalah jiwa kacau ni di tikar sejadah.Ok la kejap kot. pastu syaiitann mai la balik kan.

Tambah plak, saya sakit lama nak bersalin.. Operate plak tu. Full bius. Langsung tak tahu macamana rasanya apabila pertama kali mendengar suara tangisan pertama anak yang keluar dari perut.

Lepas sedar, pertama kali tengok Damia dalam keadaan sakit tu, perasaan saya masih kosong. hari kedua di hospital,nurse dah letak anak bersama. kena handle sendirik plak tu. Stress bertambah dalam diam. Series, 3 hari pertama uruskan anak sorang2 tu saya sangat tertekan. itu yang setengah orang boleh kena angin meroyan kan..sebab2 macam ni la..jiwa kacau , kemurungan lepas bersalin.

Sepanjang berpantang, saya tak pandai susukan Mia. melecet. sakit. mula terpikir tak mo susukan anak. Ok, Allah makbulkan. cukup 6 bulan, susu berhenti. 'tahniah' untuk saya.

tapi bila hari ke hari ,tengok Mia membesar. Hati saya mula rasa lain. Sekilas saja, Allah kalihkan hati saya.
Jadik, sepanjang mengandungkan Ali walaupun lagi macam2 risiko preknen saya kena tanggung tapi saya happy,langsung tak terasa terbeban. masa Ali saya kena diebetic preknen, tekanan darah rendah, nak beranak kena high pressure plak. suma balun sekali. walaupun masa driving,perut sampai sendal stereng tapi saya masih boleh gelak ku kik ku kik..^^
Ini adalah kerana hati saya telah bersedia...

Mia Ali buah hati mama dan papa..

Anda berdua adalah harta kami yang tak ternilai dunia dan akhirat..
... .... ....
... ... ....
ok,dah. Aku dah tak bleh menaip. nak nangis la plak...

16 comments:

eiNa said...

betul la donat,.. k.eina pun dlu xsuka budak2.. klu bising ka nangih ka kta yang rimas.. tp bila dh ada aira perasaan tu lain.. Allah maha kuasa kan.. :)

alhamdulillah kta diberi peluang jadi seorang ibu..

d i d a said...

aku suka bdk2 yg comel..hihi..tade la aku suka jugak tp tak suka sgt2 la. tak reti nak agah2 pun kalo jmpa. bule dak nak mengaku aku xdak rs pape sgt lg dgn si kecik dlm perut ni? tunggu aku "tgk" dia dulu kot rasa lain pulak..hehe..

BIONIC WOMEN said...

diyana..
saya x tau ler saya ni suka budak atau tidak..tapi pengalaman masa peknen kita agak sama..saya pernah mengalami kemurungan awal kehamilan..ase suami saya x sayang saya..ase takut..tapi saya enjoy preknen sebab suami saya amat manjakan saya..semua kerja rumah dia yg buat..even secawan susu pun dia yg buat utk saya..saya pun sakit lama..hampir 24 jam masa nak bersalinkan dhiya dan saya pun csect akhirnya..huhu..saya amt sayangkan Dhiya...kita dikurniakan denga naluri keibuaan yg cukup tebalkan?syukurlah...

Ibu Ayra said...

anak adalah penyeri rumahtangga...anak jugak pengerat kasih sayang suami dan isteri... anak jugak pintu rezeki dari Allah... tapi mereka cuma pinjaman dari Yang Maha Esa... kita perlu menjaga pinjaman itu dgn amanah dan bertanggjawab... anak2 soleh yg akan mendoakan kita di alam sana nanti...bergembiralah pada mereka yang punya ramai anak yg soleh...

BabyIbu said...

em bab ko tak suka budak tu memang aku ingat - huhu

em itulah dinamakan naluri keibuan - mak mana tak sayang anak..kan?

muka mia n ali photostat betul - geram nak jumpa ali..

NISA KHAIRI said...

erk??x suke budak2 ke?xpe itu dulu, skunk x lgkan?nisa suka budak2,tp susah sgt nk dpt yg first ni..2 thun khwin bru dpt haiqal,sblum tu asik gugur jer...then mase pregnantkn haiqal pun bnyk dugaan, rumah tangga dikaco org ktiga...nyaris jugakler nk divorce,tp since dh de baby, dialah pengikat hbungan kmi...alhamdulillah..

Diyana Zulkifli said...

eina:hmm,huhu..samala kan kita.saya dulu mmg tak reti nak bermanja2 ngan baby,budak2 ni.ateng sampai skrg.dgn anak2 die je die agak retila..hehe

dida:haa,ya.ya.kita juga sama.tapi takdir yg tertulis?kita adalah cikgu.hari2 kena jumpa budak2.:D

Diyana Zulkifli said...

bionic women:hmm, diyana dua kali operate.cuma masa ali,diyana sedar.dgr la die kuar,menjerit dgn nyaring.diyana kata menjerit bkn nangis,sbb kuat sgt suara dia..haha

ibu ayra:itula kan kak..diri ini baru menginsafi.saya bersyukur diberi merasa nikmat menjadi ibu..

BabyIbu:Huhu..tau takpa.terukkan aku?haha.bleh plak alegic dgn budak2.sekarang pun alegic jugak..alegic kalau mia ali takda.Mau gila aku...huhu

ha ah la yana.ali fotostat ateng.mia dah macam muka aku.*ceh,nak jugak tu..hihi

nisa khairi:hmm, wah nisa...anda lagi hebat cabarannya.Alhamdulillah,anak menjadi pengikat kasih syg anda dan suami.

atulhani said...

hehe.. tak tahu dh nak komen apa, rasa nak nangis gak cam ayat terakhir hang huhu.. keh keh keh.. aku pulak suka budak2.. anak2 sedara aku semua berebut kasih sayang aku, chewahh....

Diyana Zulkifli said...

atulhani:aku mmg jenis tak retila nak luah luah perasaan kasih syg secara bertulis ni.itu yg ada dua rangkap ja tu ayat yg last tu.huhu

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

yana suka budak.. anak sapa pun geram ja tgk..

Diyana Zulkifli said...

yanadzul:diyana skrg mmg pantang btul tgk mn2 budak..nak aje cubit2 pipi derang.budak kecil adalah makhluk yang comeldiyana akui skrg ini

Halen said...

hehe.. itu la klu dh kuasa tuhan tu apa-apa pun boleh berubah. mcm alin ni mmg suka bdk2 time ngandung nasya dulu mmg xcited la alih2 anak dh kuar ni bila nasya degil skit adoiii laa.. kekadang tu dtg jgk hasutan syaitan. klu dh marah tu sian nasya kena mrah (kekadang jahat jgk mak dia ni pukul tp pukul2 manja la hehe). bila dh ilang marah tu br la tersedar x patut aku marah-marah camni. sesungguhnya anak2 ni anugerah yg tak terhingga. kecik2 biasa la bdk2 nakal skit tp itu la yg banyak menguji kekuatan kita. uhuk uhuk..

Diyana Zulkifli said...

halen:itula kan.ana pun berperasaan yg sama. ana klu lepas marah mia klu dia degil sgt..dia nangis smpi tertidur,pastu yg mamanye ni mulalah nak buat drama..sambung nangis sbb nyesal marah budak techik tu.

FrH said...

uhh, sedih plak baca entry ni.
ada la part terkena kt aku sikit. aku part sedih tu sbb xsempat lgsg rasa sakit nk bersalin, lepas bersalin pon hadzim terus bawak kuar g amik oxygen sbb dah lemas. so aku jumpe dia dah cantik pakai baju. masa tu aku rasa aku tengok dia kosong. puncanya - aku sedih gile babi sbb tak bersalin normal. sampailah laki aku marah aku, yg mana lebih penting, bersalin normal ke dpt tengok baby yg cantik & sihat. huhu terus insaf.

barulah terasa anak ni anugerah. kau dah 2 donat. lg laa terasa kan. dah sudah terbukti hang mmg subur .. kahkahkah ;)

Diyana Zulkifli said...

Frh:ya.ya.bukti sudah ada.dulu,aku paling risau klu tgk henset nmpk nombor mak metua aku,sbb tk tau nak bgtau camne klu dia tny,'dah ada tanda ke blum?'.klu org lain tu,termasuk mak aku,aku bleh wat2 lawak lg.tp bila mak metua tny,kelu lidah i you..huhu.