LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, June 12, 2011

telan ubat semasa mengandung

minggu ni adalah antara minggu paling mandom yang penah saya lalui

hidup segan je rasa

dekat 1 minggu dah sakit tekak dan selesema

saya memang cuba bertahan untuk tidak dapatkan ubat dari klinik

setiap kali preknen,inilah antara cabaran yang saya cukup risaukan..was2 nak telan ubat sebarangan

kemuncaknya, semalam saya terus tak boleh bangun sebab sakit sangat dalam telinga..tersumbat eh sebab selesema dan sakit tekak

bila pegi klinik, dr tanya makan ubat tak?saya senyum kambing ajela..cakap tak amik.

antibiotik?err.tak..

macamane nak lega kak..kena juga makan ni.kalau tak memang melarat ..dr muda tu bebel kat saya.

buat muka cengkodok je la..sambil2 tu minta mc dari dr tu.:p

sebelum keluar dr bilik dia..dia pesan lagi..kak makan tau,antibiotik habiskan..

senyum je saya.malas nak iakan sebab saya tau saya akan tetap was2 nak habiskan ubat2 tu ikut yg dr. tu suruh

dr tu cakap ,dia bagi semua ubat dos rendah je..jangan risau..

tipu je rs, lepas saya telan semua 4-5 jenis ubat die kasik tu..trus tidur pengsan 5 jam. lepas bangun,tengok balik ubat2 tu.ada antaranya tulis 'mengantuk'.

ceh.

tapi bile bangun tu,segar bugar la kan..telinga pun dah kurang sumbatnye


saya makan sekali tu je la.hari ni rasa nak tongsampahkan je semua kecuali antibiotik.

korang macamana selalunye eh masa preknen..?makan ke tidak ubat selesema,batuk?

takut kan..saya paling risaukan baby dalam perut..klu dah mak die lena 5 jam..tambah lagi dia..konfem lali juga ...huhu. cian.

No comments: