LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 27, 2010

Kemahiran menyerap daya bunyi

saya sangat pasti, ibu-ibu sekalian sangat mahir sekali menggunakan kemahiran yang satu ini.iaitu kemahiran menyerap daya bunyi

bunyi yang dimaksudkan adalah suara anak2 menangis...huhu. walaupun kadang2 tu,anak menangis 1-2 minit pun, tapi mak ayah tetap kelam kabut kan. tambah2 lagi, kalau di tempat yang ramai orang.rasa macam nak sumbat kepala dalam pasir pun ada,malu i..rasa macam mata semua orang kat situ tengah tengok kiterang...haha.

situasi-situasi kemuncak anak2 saya menangis serentak adalah seperti berikut:

1.on the way balik ke rumah dari rumah pengasuh:

oo..hoo...setiap kali habis sekolah, suspen je rasa bila nak gi amik budak dua ni. saya sangat bersyukur kiranya dua2 tido.boleh angkat ja sorang2,masuk dalam kereta.dan pecut balik rumah.bila sampai,boleh angkat depa dua,masuk rumah.dan bolehla buat2 kerja lain,dengan tenang..aha.

tapi kan.bila dalam kereta kadang2 tu..tiba2 je mia nangis.tak kirala saja2 mengamuk,atau meronta nak gigit adik dia,tak pun sebab dah mengantuk ke hape..selalunya, yang adik tu pun akan ikut sekali nangis...masa ni,perjalanan yang 5 minit pun dah rasa macam 5 jam. di saat genting camni, saya akan biar aje dieorang menangis. dan maknye akan memecut la,kasik cepat sampai.


nak berhentikan kereta dan pujuk2 suruh diam?hmm.err,korang buat cam tu ke?saya tak buatla.nak sua tangan pujuk2 pun.merbahaya.ya la kan sedang drive.jadik,nak tak nak..kenala biar nangis ja.

2. bila mia lapar,dan ali plak tengah mamai nak tido..

meraung dua2 tu,serentak. dalam kepala ligat,nak buat yang mana satu?dua2 dah jenis mengamuk tak ingat.selalunya, saya akan masukkan ali dulu,dalam buai.on kan suis,kasik ayun2 sikit.pastu baru bley gi buat susu mia. tapi kdg2 tu,ali mengamuk sakan jugak walaupun dalam buai auto tu.aha.dan masa tengah buatkan susu mia tu, sekali lagi saya kenalah guna kemahiran buat2 tak dengar ali nangis tu...hoh, anak jantan i,kuat betul melalak.nasib kiri kanan,takde jiran...hehe

3. dua2 terberak.dan menangis serentak.

haa,kau.mana satu nak urus dulu. kalau jadi masa papa dah balik keja,okla..boleh urus sorang satu.dan slaloonye, jadi masa saya sorang2 di rumah. aduhla...panik tau.walaupun,ari2 budak dua ni nangis serentak..tapi maknye tetap panik.

sekarang ni, saya dapat satu la idea ..yang cam bangang la jugak.tapi agak berkesan la,untuk kasik mia dan ali terkesima.dan membolehkan saya selesaikan dulu urusan sebelum,urus seorang lagi.

tau buat camna?

saya buat2 meraung sekali.kasik pitching tinggi sekali.. terkojut anak2 den haa.dengar mak dia menjerit sekali. terus diam..aha.

korang nak try ke?janganla.malu jiran kiri kanan.saya takde jiran kiri kanan.hoho.

nota dari kaki:seronok tengok Paul kurita.rasa kalau ada robot tangan banyak cam Paul..nak juga saya beli satu.pasang kat badan saya...^^

13 comments:

ch@ said...

hahaha kelakar la akak ni, comel je. nak buat mcm mana kak, tu yg menjadikan anak² rapat dgn kita, takpe kitakan ibu yg kalis bunyi. kita pun sama, kalau cikOni tu meraung, biarkan aje, mls nak pujuk. sesekali bagi dia exercise nangis kuat².

Nur Sakinah Ahmad said...

hehe..sy pon taktau nk handle canne kalo dua2 nangis..tmbh2 kalo asben takde. biasanya handle yg kecik dl..tp kalo yg besar punya 'bunyi' lg kuat, terpaksa la handle dia dl..
tp tula, kalo sorang nangis, akan jangkit. lama2 jd duet plak..adoiii..

mila.ibunajihah said...

turn saya belum sampai lagi utk mendengar tangisan kuasa 2..haha tp yg sorang ni pun, kalau da mengantuk or lapar, boleh tahan ngamuknya.Kalau dlm keta, haa mmg sy biar je, keselamatan pemanduan lebih penting, unless dia sakit ke aper, i pull over le..aperpun, diyana mmg super mom ;)

BIONIC WOMEN said...

hahaha..diyana ni memang kelakar ler..well, belum masanya me mengalami situasi berduet ni tapi yg sonoknya Dhiya dari baby lagi jarang menangis..hehe..tapi..hahah..ada tapi..kalau en hubbyku ada kat rumah, dhiya akan jadi manja mengada2..nak ni nangis, nak tu nangis..hilang segala mood baik dia seharian bersama me kat rumah..betul, Dhiya amat baik bersama saya, saya layan lappy2 ni 2,3 jam pun dia main sengsorang..cuma jgn papanya ada..papa manjakan sangat ank daranya..

FrH said...

hahahaha lawak gile donat ..!
anak aku jarang nangis, tp dia mcm mengada-ngada ala ala drama kadang2 tu. nnt aku nak try gak lah!

Shikhin Ishak said...

kalau tiba2 mia cakap 'mama,pitching lari'...agak2 hang pengsan tak?

nani said...

mia terkesima sebab cuba nak cakap "bwk ngucap mama"...tapi apakan daya, dia pun tak reti nak cakap lg...

Diyana said...

ch@:heh.comel ke saya?hoho.

kinna:haa..itula..duet.tu yg kdg2 dgn mama skali wat trio tu..haha

mila:yerp.saya sesekali tak akan berhenti bila tgh driving.pujuk2 pun,actually membahayakan keselamatan.kang kita hilang tumpuan nak driving,bila asyik dok belek anak..huhu.

Diyana said...

bionic women:haa..bab manja2 bila papa ada tu.kira samala perangai dhiya dgn mia.asal papa balik je,mula nak ngadu mcm2..kunun2 mama tak layan dia spjg papa tkde.notti tau.

frh:hehe.aku mmg kdg2 saja ja ajuk cara mia nangis.die hentak2 kaki.aku pun tiru.dia tarik2 rambut.aku tiru.last2 dia fed up,dia bhenti sendirik.see.berkesan tau...haha

shikin:haha..lompat la aku.sbb itu perkataan pertama dia.keh keh.mia tak bley cakap lagi la.berat btul mulut dia.hmm

nani:ha ah..dan dia pelik kot tgk aku meroyan camtu..haha

NM said...

hahaha lawakla ko...mengekek aku gelak...kekekekeke

Mrs Hardlena said...

hahaha.. idea yg bagus tu. kekadang mmg suara kita kena tinggi skit br diaorg pandai nk diam. klu x pujuk2 pun bkn diaorg heran.

Diyana said...

Lin:haha.mmg aku kuat mengusik mia.itu yg dia pun jadi pak lawak.kdg2 suka nyakat kami laki bini balik.

halen:aha.ya.ya.setuju.kita kena kuatkan suara lawan suara depa.haha

Farah said...

hahahaha..ngan mak sekali meraung`.`

memang kena ade kemahiran serap bunyi ni especially tgh drive..kalau tak boleh membahayaan kite kalau asik leka nak pujuk die.