LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, December 31, 2010

Tempahan ditutup

**Scroll ke bawah ek untuk entry terkini..:)**

Minta maaf ek pada yang nak menempah lagi.Terpaksa tutup tempahan buat sementara. Mak saya kata,takut tak sempat kalau banyak2 sangat. Mak nak siapkan preparation untuk adik saya minggu depan..adik nak nikah.


list yang dah menempah. saya akan hubungi kalian semua, sebelum end of this month untuk penghantaran.


1.sue-anak 1
2.notti netti-anak 1
3.ZH Jappanese cotton-mak & anak 1.murni,dah akak buat correction.heh
4.tupperwareville-anak 1
5.kinna-anak 2,size dewasa s 1
6.kak ina-mak&anak 1
7.aina bolat-mak & anak 1
8.natrah-mak & anak 1
9.babyibu-dewasa
10.kak ani @ suzana- mak 1



Second order akan menyusul kemudian. ;)

12/11/2010
Kata tutup order,tapi amik jugakla lagi 2 order utk mak sedara n member.huhu.

11.mak ngah kin- dewasa L 1
12.tengku hasnita- dewasa M 1


Wednesday, December 29, 2010

nak cantik depan suami

Tok dad & Tok mi cun lagi dari pengantin minggu lepas..keh keh.Pengantin berdua,harap maklum. hihihi.

Kaftan yang mak saya pakai tu ada cerita di sebaliknya. sampai 1 hari sebelum kenduri..order intenet.mak tak tido lena la kan,takut kaftan tu tak sampai .Bila dah sampai, mak aih..santekkk btul. tapi santekk bila mak yang pakaila.bila kami adik bradik ni sarung..buruk haih. pasaipa tatau. huhu..saya berkenan juga baju camni..tapi itula..buat masa ni tak bolehla..jenuh eh nak angkat baju bila nak nenen ali.
Klu jenis kaftan ni,saya berkenan yang macam ni..simple n anggun gitu.bleyla nk pasan jd ct ..hehe

souce dari FB yang jual kaftan mak tu

Sekarang ni,selain kaftan macam tu..saya suke jg t shirt cotton yang ada lobang. ^^.macam gambar-gambar di bawah.

patung ni pakai cantik kan


lubangnye pada inner hitam itu
source dari mumdreams

ini lagi satu t shirt menyusu feveret dari mumdreams.yang ni adik saya nisah beli sendiri kat kedai die kat Bangi
 
Pakaian di  mumdreams adalah sangat best dan harga berpatutan. Blouse & jubah pun cantik kat sini .Yang penting, ada lobang di tengah ..haha

kaften mak pakai tu hmm beli thru fb. ni LINK dia.

Saya rabun, saya ok

ops..bukan 'saya gay,saya ok' aa..heh. tagline glamer abad ini. *syabas azwan ali ismail.^^

teka sapa nak angkat sapa..kui kui



gambar-gambar sekadar hiasan


                                
cuma nak kongsi cerita tentang cermin mata saya itu. lama dah mengidam  nak yang bulih tukar2 kaler bila cuaca panas.

telan air liur ja sebelum ni,sebab setahu saya lens yang boleh tukar2 kaler itu yakni transitions lens..adalah mahal. lagi mahal dari blackberry ya auw auww kalau request plak nak  multicoated la, frame cantikla..heh.


ada rupanya yang murah sikit. photogrey lens.cuma kalau yang photogrey lens tu  bila dalam cuaca panas,lambat sikitla berubah jadi gelap..

apapun, saya sudah boleh senyum gembira driving balik ke rumah lepas sekolah walaupun dalam cuaca terik.

sakit kepala sudah hilang. pemanduan pun lebih fokus..^^

contact lens? last pakai adalah masa kawin dulu.saya perlu menerima hakikat,mata saya tidak mampu lagi menahan pemakaian contact lens biasa yang dijual dalam kotak.kalau nak pakai juga, saya perlu tempah khas disebabkan saya bukan setakat rabun sikit-sikit aci  kecik2kan mata,dah boleh nampak pemandangan.saya 'dapat pakej' sekali haa dengan silau cahaya. nak anggar jarak kereta pun rumit bagi saya,bila tak tahan pandang silau lampu kereta.

warna contact lens paling tak boleh blah! pernah saya pakai adalah lens berwarna violet dan kelabu.horror la plak bila ingat2.keh.keh.ini zaman u la ni..suka suka habiskan duit jpa. nasib cakap slang kedah ja noo..klu dak memang macam orang Bosnia tak siap..:D

kos cermin mata?paling mahal saya pernah pakai cecah rm1 k.gembira betul,sebab kali ni jumpa kedai yang framenye cantik2 dan murah.kali ni tak sampai rm400 pun.bolehla tahan 1yr kot,klu tak patah ke pecah. so ,korang bleh agak kan kenapa saya & en suami pakai telepon murah ja..keh keh.sebab cermin mata lagi penting untuk kami berdua.pasangan yang rabun..:P^^

moral of the story: banyak2la makan carrot.jangan tengok tv dekat, jangan baca buku dalam gelap.jangan biarkan kerabunan menyelubungi anda...sayangi mata anda.^^

Tuesday, December 28, 2010

meraikan cinta dalam duka

Awal pagi 21hb Dis lepas, hari kenduri Nisah adik saya..saya tengok jiran2 dah penuh depan laman.awalnya pakcik makcik neh..bukannya ada apapun nak tolong. tunggu lori catering datang ja pun, yang lain semua dah settle. rupanya,. jiran selang 2 buah rumah kami, meninggal pagi tu. semua keluar,nak tunggu jenazah sampai rumah. Al Fatihah untuk Ustazah Umairah. 

Rombongan marhaban dah sampai. set audio dan speaker pun , DJ radio dah pasangkan. abah tak bagi cancel.

Makanya,di awal permulaan majlis, orang marhaban adakan tahlil untuk arwah.

Pakcik Dj pun dah minta permission nak balik awal sebab dia tau dia tak boleh nak menghiburkan tetamu yang datang seperti kebiasaan. itu pun abah tak bagi dia balik. abah kata, buat apa yang patut.

Dan saya akui, ini adalah antara majlis yang agak tenang dan harmoni pernah saya rasai..disebabkan alunan bacaan Al Quran langsung tak putus-putus sampai ke petang...

13 orang jumlah keseluruhan ahli en Zulkifli pada akhir 2010

rakan-rakan seperut

ramai nak tolong saya kepit beg warna warni itu..haha.tapi abah bagi kepercayaan pada kami berdua sahaja.heh

janganla banding dengan saya.adik saya yang ni memang slim dari azali.


pandai naik


tak pandai turun
 Yang ni,masa majlis bertandang 23 Dis
bini no 2


tak cukup ahli.sob sob
 
gaya comel kunun2 dari anak beranak mak cik siah
Jenazah arwah disemadikan lepas Asar hari yang sama.

Sekali lagi, Al Fatihah untuk arwah ustazah.

Monday, December 27, 2010

anak dah ramai tapi tak pandai mandikan anak

saya sampai sekarang, takut nak mandikan ataupun basuh berak anak yang kecil....seriau orang utagha kata.

kadang bila sorang2,terkial2 lagi haa nak mandikan anak yang kecik.

tanpa bantuan peralatan yang bagus , anak2 saya mungkin tidak akan wangi selepas mandi.mungkin mama dia setakat sembur derang pakai air ja..sebab takut nak pegang..hehe.

masa dalam pantang dulu,saya ada tempah bath baby stand untuk letak bath tub biru itu.untuk memudahkan saya dari duduk dan bangun dalam bilik air tu berulang kali.masa tu kan dalam pantang lagi,nak bergerak sangat pun tak larat,so baby stand itu adalah penyelamat saya..huhu.


dan yang warna hijau itu adalah baby holder yang sangat handal. ^^.banyak berjasa pada saya sampailah sekarang...

ali demok masa kecik

ada di Giant. RM 18. saya ada 2 .1 di Kulim, 1 di Jitra.lol

anak2 sangat suka dilayan seperti di spa..boleh syampu2 dan urut2 kepala pastu oles2 sabun 1 badan derang,tanpa pedihkan mata...haha.
adik sejuk,kak mia tolong pelukkan kasi panas
gambar dari SINI
*Atul, nanti ko beli yang macam atas nih..macam senang ja nak mandikan anak..heh.

Moonwalk



@ JJ Perda


Dalam banyak gadget untuk kemudahan baby, saya rasa setakat hari ni..yang paling cool adalah *seperti di dalam gambar di atas ni.2nd place bagi saya-child harness.

gile excited mama ali semalam.beli2 je terus buka ,nak kasik ali test.dah tu tak sarungkan ali kasut pun dari rumah. tang situ jugak terjah kedai kasut,belikan Ali kasut baru.keh keh.

Ali pun sama naik dengan mama dia. memang betul sangat la menatang alah ni tulis moonwalk pun kat kotak die. memang Ali berjalan bulan macam Michael Jackson pun..^^..

tunggu ali btul2 jalan, rasa cam kene beli child harness plak.bukan 1,tapi beli 2..saya dan en suami nak mengurangkan aktiviti kejar mengejar di pasaraya.

lantakla eh, saya bukan nak tambat anak macam hewan.kot ye pun, saya yang nak usung anak ke hulu ke hilir,bukan orang lain. ^^.orang lain tengok aje,tumpang mengata.

 
see?senang kan bile dua2 anak pakai harness camni..haha

Saturday, December 18, 2010

Cuti sekolah baru bley ber CD-CD ian..^^




Sebakul besar CD nak kena basuh hari2.

tapi puas hati ,cuti sekolah terisi.rasa cam nak tukar mesin basuh untuk 12 kilo. ada kan 12 kilo nye?haha

togel pun pakai cd

Friday, December 17, 2010

Keajaiban di mana-mana





hmm.sape yang langgan ch 711 maybe familiar mungkin dengan siri Private Practice neh..walaupun asik ulang je berploh2 kali season one,tapi saya still suka tengok siri citer kedoktoran yang satu ini.sekarang dah season 4 dah pun kat US tapi biasela kan,lembab sikit nak masuk tv asia..


stylo eh doktor2 ni semua..^^.saya paling ske dr.peter yang duduk di tengah-tengah itu..sungguhla kacak.heh.


2 hari lepas,masa tgh tengok Private practice,saya tertarik dengan kisah satu kisah suami isteri yang cuba dapatkan rawatan kesuburan di klinik derang neh.


Suami tu dah memang disahkan mandul.adalah dr.Addison[yg cantik pakai gaun coklat] n dr. Noami[cantik jg pakai blaus hitam tu] explain pd pasangan tu yang sperms si suami kurang bilangannye, lemah n bla..bla..bla..


dan derang cadangkan suami isteri tu jalani TESE.Pengekstrakan Sperma dari Testis.


berkerut jugakla kening saya tengok prosedur TESE itu..


1.doktor cuba dapatkan sperma yang paling aktif  dalam testis si suami. *walaupun telah diketahui si suami itu mandul, tapi derang tetap cuba akan cari sperma yang paling aktif..Dr. tu cucuk eh pakai jarum..lama plak tu sementara dr mencari2 sperma bertuah nan satu itu.terus senak perut rasa..huhu


2. bila dah jumpa sperma bertuah itu, dr.akan keluarkan . serentak dengan itu,sorang lagi doktor akan keluarkan telur si isteri.*sekali lagi rasa perut senak..huhu


3.kemudian, adegan ini berlaku






4. Sel telur itu bercambah dengan jayanya. dan Dr Addison tu senyum pada Dr Noami dan cakap ' Yeah, we have just made a baby'..sungguh optimis dr. berdua ini.
5. kemudian,sekali lagi rasa senak perut tengok dr Noami masukkan balik telur yang disenyawakan itu ke dalam rahim si isteri.


Habis cerita, tiba2 rasa air mata  berair. gila emo...:( .padahal bukan cerita sedih pun.


Pesal ntah rasa hiba plak bila tengok suami isteri tu berusaha sampai tahap macam tu sekali demi dapatkan zuriat sendiri.


TESE itu salah satu inisiatif dari rawatan IVF untuk pasangan yang suaminya telah diketahui mandul. Cuma kat Malaysia ,jarang dengar. dan tadi ,saya rajin google tentang TESE dan jumpa web ini.


Kat Malaysia,cuma ada satu hospital yang offerkan iaitu di Gleneagles Medical Centre Penang


source: http://www.health-tourism.com/testicular-sperm-extraction/malaysia/

Sangat kagum dengan teknologi dunia perubatan. .


Kepada yang masih menanti kehadiran zuriat, jangan putus asa ek. Tiada yang mustahil kan. Keajaiban Tuhan sentiasa bersama kita. Yang penting, doa jangan putus.^^

serius teringin gile

saya memang teringinnnn sangat2 nak jadik pengantin lagi...pakai baju cantik2,pakai bulu mata rozita che wan lagi..aha.^^


pastu gi amik gambar lain.of cos la nak bawa mia dan ali.


tengah berjalan2 di alam maya tadi. dan jumpa blog izan neh.sangat suke tgk gambar izan dan anak2 dan suaminye dalam baju pengantin! huhu..
kredit to : http://sweetomoide.blogspot.com
ade pun yang dah buat photoshoot dgn anak2 macam ni.


ameng! ameng! ameng!


please..please..please..


nanti amek gambar kiterang anak beranak eh.aku nak jugak gambar kat rel ketapi cam nisah..hehe


tapi kali ni, bagi mia pakai baju cantik2 la..


bukan macam ni ...keh keh keh

Thursday, December 16, 2010

70 000 sudah


nampak meter kereta saya neh? so,korang bley tau dah sama ada kami laki bini ni ske dok rumah ataupun tak..haha

kereta saya tu beli pada april 2008. macam baru lagi.tapi dah cecah 70 000km meter tu...

jauh ni kena lenjan kereta neh..ulang alik ke johor brapa kali dah..

cuma sekarang ja la, cik puan Berry ni dok bersemayam dan beristirehat sebab En Putih dah amik alih tugas dia untuk berjalan jauh.

sayang eh kereta neh. dah bertahun togel je tak penah make up. baru tahun ni la, ada rim cantik sikit.itu pun sebab en suami rajin belikan.kalau ikut saya, togel macam tu la sampai bila2...hehe.

tengok la ke depan2 nanti, nak juga boh bedak,maskara,lipstik suma kat kereta neh..bila $$ ada lebih2 la..one day.bila tatau lagi..^^

Wednesday, December 15, 2010

terima kasih



hmm,terima kasih pada insan yang rajin edit gambar neh,dan buat peringatan macam ni.

saya memang melenting ,kalau saya yang pakai macam neh. sure telinga berapi.muka pun.

kadang tu,bila baca entry yang berapi2 dok marah orang yang 'busybody' pasal pemakaian perempuan neh..memang saya terikut2 pun emosi si penulis blog..dah nama pompuan,emosi beb. haha

ntahla kan.sensitif la bab2 pemakaian bertudung tapi nampak berbogel macam ni..

kalau nak disenaraikan semua cara pemakaian bertudung yang menjolok mata,rasanya panjangla entry ni..ini tak boleh,itu tak boleh,itu itu itu..ini ini ini.. tapi,hakikatnya..yang orang dok tegur tu, betulla kan??

memang tak patut pun.

pada saya,dari pakai camni..baik free hair trus.sama aje.

apapun ,sebagai perempuan..mari kita sama2 amik cermin dan tengok muka dan penampilan kita sebelum keluar rumah..

rasa2 ada dak yang terliur tengok,kalau kita pakai macam ini?

kalau rasa,sendiri pun telan air liur tengok muka sendiri dalam cermin tu..

maka,pilah cari tudung lain..ka cari baju lain..mari kita kasihan mak dan abah yang nak kena tanggung dosa kita.tak pun pada suami yang nak kena carry akibat dari perbuatan sendiri..huhu

awal2 dulu,setiap kali..en suami tegur bila saya tak pakai tudung bila keluar ke pekarangan rumah..memang rasa berdesing telinga. tak pun bila ,en suami menegur tak pakai tudung,bila ada tetamu datang..terasa tercabar ego...

lepas dah banyak2 usya muka sendiri dalam cermin...saya campak ego tu jauh2. saya rasa keredhaan Dia dan en suami lagi penting...lagipun memang betul pun,apa yang ditegur tu...huhu

teringat alkisah saya free hair masa gi melancong ngan kawan2 ke Langkawi dulu..kantoi eh sebab mak tengok gambar.1st n last,sekali cukup kene syarahan mak 5 hari 5 malam....:(

Rambo Dusun

Sekarang ni, saya sudah mula susah nak bernafas dengan tenang sebaik sahaja celik biji mata.dan juga sebelum tidur.


becos
this kind of lil sweety pie creature...




















dah ini solution terkini yang membantu. nasib baik kurungan neh ada roda..senang ditolak pi dapuq, pi bilik, teman saya basuh kain,basuh pinggan..kadang kak mia tolong tolakkan.


fuh, lega untuk sementara ali tak pandai panjat keluar lagi benda alah ni...pasni kena cari solution lain.







ali ni kategori budak lelaki lasak tahap A punya..never never never diam walaupun 1 sec! cuba bayangkan dalam dukungan pun, dia boleh buat lentikan badan ke belakang tanpa sebarang signal.


bibir dah pecah pun, dia lupa diri kejap masa tu.ingat dia rambo.
 kak mia, pasni kena banyakla tolong jadi pengawas kat rumah..baru sorang hero ni. blum ramai ramai ramai lagi dah cam kecoh sangat rasa...haha

klu lasak2 neh bukan ikut saya eh..^^

Friday, December 10, 2010

Demi ketenangan hati

Saya dan en suami baru saje top up kiterangnye contribution dalam plan insurans masing2.pejam mata demi ketenangan hati.

Cuma,saya ada lagi la rasa tak berapa nak tenang disebabkan blum beli plan insurans untuk anak2.walaupun en suami dah join family plan punya tapi saya rasa macam tak berapa nak cukup lagi untuk menenangkan ati. dan saya pula, setakat potong bulan2 tabung haji derang berdua n saving sendiri2 itu adala..sikit2.

macam agak berminat juga dengan plan pru mychild yang cover dari preknen sampai umur 18 tahun neh.

baru lagi kan plan neh?ada sape yang dah join?ke ade suggestion plan yang lg menarik?

Thursday, December 9, 2010

Kagum dengan diri sendiri

betul la tu.memang tak salah tajuk entry yang korang baca tu.


sekarang ni,saya dalam mood kagum dengan kehandalan badan menangani sakit kedua selepas sakit nak beranak.


sakit apa lagi?senggugut la..

 
untuk pertama kali dalam hidup, saya tidak diserang sengugut.langsung2 tiada simptom kepala pening nak pitam, perut memulas,muntah2, mood menjunam,atau pun badan keletihan disebabkan 1st day period.


saya adalah penghidap sengugut yang kronik sebelum ini.huhu

since skolah rendah,stp kali datang bulan..takde muka lain la yang cikgu wajib hantar ke rumah. rasanya macam semua keter,semua moto cikgu saya dah penah naik...heh.

masa sek men plak,masa ni dok asrama.serupa cenggitu jugala.muka wajib ada dalam bilik sakit,adalah saya. kak mah matron bilik sakit mcm dah tahu,nampak je kawan2 papah saya masuk bilik sakit,die akan bawakan panadol dan air suam. dan 1 hari tu,saya akan tidur di bilik sakit sampailah senggugut hilang...

masa di u..time ni,hmm..saya lega sikit dah.sebab setiap kali datang bulan, saya dah jarang pitam tiba2..sebabnya,asal period je..saya ponteng kuliah. sebab saya tahu dah,kalau saya gagahkan diri juga untuk meneruskan kehidupan seharian saya time diserang senggugut, saya saja ja cari pasal. konfem saya akan pitam bila banyak sangat berjalan2..mmg takde solution lain,melainkan ponteng kuliah,dah berbaring terguling2 sorang menahan sengugut di perut..lepas makan panadol,dan buat guling2 lagi 2-3 jam..pastu tertido,bila bangun..selalunya sakit tu dah hilang.

tapi, penah juga pitam masa di utm dulu. time tu,tak boleh nak ngelak sebab ada exam.hambik ko.jatuh terjelepuk dalam toilet...huhu. dah akhirnye kena repeat exam.ceh.

kalau di u ni, saya paling terharu dengan yana n rumi. derang sempoi.saya sengugut je.derangla jadi nurse.penah sekali rumie bawa saya gi toilet,sebab saya muntah teruk.last2,die tak tahan..dia pun join muntah sekali..tapi gagahkan diri juga papah saya yang dah lembik separuh badan tu..huhu

masa keje, sama ada balik trus.tak pun, lepak sambil guling2 di surau..masa ni,masa keje kat uum dulu sama2 babyibu aka yana. kalau yana tkde,mama yana ada..tolong sapukan minyak angin kat perut saya...hehe.dulu saya jadi RA dengan yana di fakulti mama yana.

lepas kawin?hmm.sape kata,lepas kawin sengugut boleh hilang?mungkin ada la yang hilang.tapi saya tak hilang pun. sama je teruk penangan angin sengugut...

lepas beranak?tak juga.ada juga kadang tu,jadi drama guling2 atas katil..:(

tapi, sekarang ni..lepas bertahun2 menanggung derita,tiba2 senggugut dah hilang. kagum la jugak.sebab saya macam tertunggu2 la plak bila sengugut tu nak menyerang...haha.tapi tak kunjung tiba.

malah,saya segar dan kekal cergas sepanjang hari..cece.pinjam tagline sariyanti Kotex plak.heh

saya pun tak surela kenapa sengugugut itu boleh hilang.

sama ada, sebab saya dah makin tua.sistem badan dah stabil.
sama ada,sebab dah banyak kali bersalin, banyak dah berlaku pertukaran darah dalam badan.
sama ada, sebab saya amal khal tamar plus . memang lepas start minum dulu, period saya dah normal.dan sengugut pun hilang trus.
kalau memang sebab minum cuka kurma tu la eh, terima kasihla pada abah yang perkenalkan saya cuka tu...;)

*khal=cuka

Wednesday, December 8, 2010

cuak

dua hari dah jantung saya dup2.

cuak eh

tapi pagi ni,saya senyum kegembiraan..sebab hari ni tak bulih tunai solat 5 waktu.

blum sampai masa,adik ali tercipta.hahahaha

pill tak amik.implanon pun tak try.lagi mau cuak

tehehehe

Tuesday, December 7, 2010

Lain kali janganla degil

Saya memang sengal sikit kadang tu. Dah tahu,hari Isnin kat pasaraya tak disediakan plastic bag,tapi lenggang kangkung jg kan tak bawa recycle bag .
Tadi masa di JJ,punyala banyak barang basah beli. slumber saya request kat cashier yang saya nak beli plastic bag untuk isi barang2 saya tu.20 sen ja kan 1 bag..:p.

budak tu kata,'barang akak byk ,baik akak amik kotak yg kami sediakan kan depan sane tu..tak muat lagi pun,plastik yang ada kecik ja.'

Padan muka,donat.

Bagus eh pihak JJ.pandai die 'ajar' customer degil macam saya yang tak reti2 nak bawa recycle bag sendirik...:P


padanla muka.kena juga amik kotak untuk isi barang yang saya beli.


tak kan nak jinjit ngan tangan ja bawa balik..huhu.



ini masa kat Giant ,bukan JJ yang tadi tu.heh.ye.ye.bahaya damia sandar troli camtu.selalu saya jaga di depan troli,en suami tolak troli...:)
 Kami balik ke Jitra,sabtu petang lepas en suami balik keje.heh.*macam berkesan je entry sebelum ni.tetiba sabtu petang tu en suami tanya saya,'tak nak balik Jitra ke?'..lagi mau tanya ka.konfemla mahu!huhu

Kejap je pun balik Jitra. tapi lepas la jugakkan rindu dendam kat mak di jitra..hehe.

Awl pagi tadi..kami dah berangkat pulang. walaupun esok masih cuti awal muharam tapi en suami ade keje walaupun dia ponteng cuti hari ni. nak ke tnb,tukar nama owner untuk  bil elektrik rumah.untuk bil air,dah settle tukar nama.

sama besar kan.


harap maklum ya semua.sekarang kami dah tak packing baju dalam bag. semua sumbat masuk dalam kotak hijau tu...pastu plak,kotak tu kena ikat kejap2,takut tergolek keluar.hehe.


weh,saya bukan dok belakang neh dari Kulim aa sampai jitra..haha.jalan2 pusing taman ,sedut angin.ni baru makan angin nama dia...:P
nota dari kaki saya: banyak eh iklan yang singgah sekarang.makasih la ye.itula.cuti sekolah kan,banyak masa nak blog memblog. rasanya dah boleh kot nak cash out duit sen2 saya itu.tak kan nak tunggu satu ribu ringgit kot.mahu lima tahun lagi nak tunggu tu..haha