LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 8, 2009

~Homo sapien~

Bile saya tengok 'poster' kat atas ni..memang banyak saya berfikir..banyak sangat. Nak gelak ade, marah ada,sedih ada, terkilan pun ada..

Bila saya teliti satu-satu ayat kat dalam 'gambar' di atas ni..saya rasa sebak ..memikirkan betapa tidak pandainya umat manusia mensyukuri nikmat menghirup udara segar di bumi yang bernama Malaysia ni...


Kenapa perlu nak bandingkan dengan kehidupan dengan negara orang lain??
Sapa yang dok banding2 kehidupan sendiri dengan orang lain, samala dengan tabiat TIDAK MENSYUKURI NIKMAT yang ALLAH beri pada kita...
Lain orang,lainla caranya..lain negara,lainla pentadbirannya..
Kita dah 52 tahun merdeka..tak kan tak ada walau sekelumit pun jasa pentadbir negara pada anda semua?? Busuk sangat kah depa ni???Jijik sangat ke depa ni..?
Kalau depa kejam sangat...tak hidup aman aih kita kat Malaysia ni...paling havoc:
Melayu akan terpinggir macam kat SINGAPURA..
paling sadis pun,ntah2 kena tembak macam umat Islam kat Yala,selatan THAILAND.
and paling tragis pun kalau pentadbir negara ni kejam sangat...ntah2, kita dah merempat macam mat2 In*** kat negara orang sebab negara sendiri tak mampu..
Yang segala jenis orang asing berduyun2 , menyelinap,naik tongkang sabung nyawa datang Malaysia sebab nak cari rezeki kat sini yang melimpah ruah..
yang kita dok dalam ni plak dok tuduh negara sendiri macam2....tak puas hati,pi la pindah dok Singapore,pi la pindah dok Thailand,pi la pindah dok Indonesia..bulih guna duit juta-juta-jutaaaaa rupiah...
Rasanya tak lama dah pun, rakyat Melayu Malaysia nak jadi macam Melayu Singapura..tunggu sat ja lagi..tak lama dah..kalau macam di atas la sikap2 segelintir dari kita sekarang.....segelintir hapanya..skang ni, Melayula paling banyak kena cucuk hidung...kaum lain provoke sikit,Melayu jugala yg jd juara sorak..kaum lain provoke sikit, kaum Melayula yg tempik2 polis,buat kaco...ada nampak muka kaum lain masa demo haram??Ada..ada...dok tepi jalan,dok gelak tengok orang Melayu tengah naik minyak tengah jalan...hmm.
Mesej kepada orang kaum saya yakni kaum Melayu-> Jangan menang sorak,sampai kampung tergadai ....
Akhir kata,
Saya ulang macam yang dalam poster tu cakap ye...
SEBENARNYA..
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN...
p/s: Dr M,awat Dr M subsidikan minyak??biar je mahai macam asai..biaq ternganga semua oghang...rakyat Malaysia ni banyak lemak sangat....ni nak murah,tu nak free..dah bg free, tujai2 kepala oghang yang bagi ampa barang free...[yg last tu,saya tuju kat bebudak saya yang suka lempaq buku2 teks kerajaan ..tak bagi free,mak pak ampa bising..dah bagi free,ampa lempaq2 la,tak bawa mai sekolah la..langsung tak reti bersyukur. Lagi mau tanya duit jual minyak pi mana...bagi free buku teks tu..hengat duit mai dari mana???]..huh
Sori..entry kali ni agak emosi..barangkali disebabkan virus demam panas saya belum keluaq habih lagi...eiiii...
En suami takmo masuk campur, dia kata..dia bukan orang MeLAYU..

8 comments:

Big LP said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Big LP said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Diyana Zulkifli said...

hmm,saya tak paham bahasa cina.sori saya delete.nak tulis,tulisla dlm bahasa kebangsaan..;)

Shafiza said...

Sokong cikgu! hehe! ;D

eiNa said...

ayat tak lama dah.. mcm ayat TDM.. :)
maklumlerr..sama2 org kubang pasu/jitra..hehee

-RiN- said...

hmm.. betul..betul..betul..
aku sokong mu la donat! u got a point..

Little Mama said...

cikgu, sokong! jangan la menang sorak kampung tergadai, tak nak la anak cucu merempat di tanahair sendiri..hu..hu

NurLyna said...

Salam Kak,

saya setuju sangat dengan Kak.. ramai yang suka compare tanah kita.. dengan tanah orang lain..

sedangkan kalau kita perghati..
tempat lain semua kacau bilau.. macam-macam kena.. pemerintah terlalu tegas.. tapi kita?? indonesia gaduh kata kita tiru kain batik, gado-gado, mee bandung dan benda2 lain yang tak berfaedah ni, kita bg haluan kt diorg.. siap kata nk perang Malaysia dengan ilmu kebal.. isk2.. sadis2..

tp kak, dalam surah Al-Baqarah ada tulis, "jika kamu memperigati mereka atau tidak, mereka tetap akan berpaling tadah" ".. dan hati dan telinga mereka tetap akan tertutup"

Allah dah tutup mata hati kak.. kita sound mcm mana pun, diorg takkan terimanye kak..