tak susah pun nak cari kat intenet..ramai dah yang ulas rupenye.
ini petikan dari Utusan, artikel yang berjaya menyentap hati ramai insan bernama pendidik
SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.
Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.
Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:
* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain. part ni paling ramai buat cikgu bengang.
* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru. yang ni pun.
* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru. yang ni betu. ini adalah tugas hakiki yang tak dapat disangkal.
* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain. cikgu mokhtar ni memang rajin buka Pekeliling...saya mcm musykil jugak..agak2 dia ni..Pengetua atau GB ni..pengetua/gb sahaja yang rajin baca pekeliling..macam kat sekolah saya, gb kiterang memang rajin maklumkan mana2 pekeliling untuk makluman cikgu sebab dia tahu,cikgu memang takda masala kan nak belek buku pekeliling yang tebalnya macam Kamus OXford tu..^^
Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:
* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook. yang ni betulla kot..fakta yang benar.fakta benar belaka. :)
* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.yang ni saya akui benar.tapi dia MUNGKIN TERLEPAS PANDANG, ADA GURU YANG MEMANG MASA MENGAJARNYA 40 WAKTU!langsung nak berhenti rehatkan anak tekak pun tak sempat.memang ada, dan contoh macam di sekolah saya..ustaz dan ustazah yang ajar jQAF.kesian ooo...takde masa senggang.
* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja. bukan semua ler derr...saya rasa dia ni serkap jarang ni...mungkin pengurusan sekolah dia ,super adil la..boleh bagi jadual mengajar macam ni kat cikgu2..ataupun cikgu sekolah dia ada tak sampai 10 orang ,dan budak skolah dia tak sampai 200 orang..bolehla susun jadual macam tu.3 hari mengajar, 2 hari nganga.
* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran. huhu.sadis.ni pun serkap jarang. setahu saya,kebanyakan ustaz dan ustazahla yang kena 'tindas'..orang selalu soh pi, bayaq pakai ayaq liuq.alasannye senang..depa ustaz/ustazah..semua yang depa buat perlu kerana niat kerana Allah. [?]
* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus. Guru-guru sukan amat kurang. selalunya kebanyakan guru sukan memang agak tersepit antara pihak pengurusan sekolah dengan pihak yang lebih atas seperti PPD dan JPN. tak pegi,arahan atasan. amanah jugak tu..tapi selalunya ,semuanya dalam tangan pihak pentadbiran sekolah. kalau tak setuju, guru yang terbabit ,boleh untuk MENOLAK JEMPUTAN untuk jadi pengadil kejohanan luar,atau jadi s/u olahraga ka hapa la..demi anak2 murid.
Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.yang ni..statistik yang tidak akan direveal sewenangnya..mampos jadi isu. nanti takut la weh mak ayah murid-murid nak hantar anak mereka ke sekolah..kalau tahu,ada CIKGU GILA /MERENG kat sekolah. tapi hakikatnya, memang makin ramai guru yang sudah tak terurus emosinya akibat bebanan kerja...
Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.
Mokhtar Sabah
Keningau, Sabah.
......................................................................................................................
yang tulisan merah itu.feed back dari saya.
komen saya?
saya punya pendirian natural. saya ada tinggal komen di satu blog ni
Hmm..susahla nak selesai isu bab beban kerja guru ni..disebabkan KEKANGAN UTAMA yang memang saya nampak sangat2 adalah berkaitan bab kebergantungan pengurusan data kepada penggunaan teknologi yakni komputer.
Orang muda seperti saya,komputer adalah makanan ruji harian. tapi bukan pada orang lama means staf/cikgu senior..saya kadang tu kasihan jugak bila berdepan dengan guru-guru yang bila tengok komputer nampak macam tengok hantu. takut nak guna.
Dan lagi satu yang saya perasan, sistem-sistem online yang dibekalkan oleh pihak atasan kadang tu..TIDAK MESRA PENGGUNA. memangla kadang tu, create sistem pakai Microsoft Excell saja pun..tak pun Access,tapi ka haa..macam2 perlu disetting.Kalau bagi pada aku ni yang memang budak sains komputer tak apela haa..pandaila godek2,kasik sistem tu jalan. Ni kadang tu, serah bulat2 pada cikgu..patutnya senang ja kerjanya,jadi ke hal la plak..nak setting2,kejap tak boleh guna vista la, nak install kat xp tak boleh la..nak disable security la,disable macro tak macro...melecehkan kadang tu.
Saya akui, saya kadang tu..disebabkan kasihan sangat pada cikgu2 yang agak 'rabun it' ni..saya amik ja kerja tu..dan tolong buat. kesian weh..kadang tu, ade yang nak cari button save as pun tak tau...tak kan nak buat dunno.
Tapi...kadang tu,pengurusan sekolah pun tak berapa nak memahami hal ehwal tekanan guru menangani isu teknologi ni..yang depa tau, nak siap.nak siap ikut due date. itu yang double stress.
Wahai guru sekalian, marilah kita betulkan niat, banyak2 bersabar..dan tangani isu di sekolah dengan baik dan tanpa beremosi ..sekali sekala nak emosi boleh,tapi under control.
bukan lagi membakar diri bagai lilin dah ni..tapi membakar diri sampai hangus.hehe.
Cadangan saya pada Kementerian Pelajaran Malaysia : lepas ni, serap guru-guru KPLI yang berkelulusan komputer untuk jawatan khas seperti Guru Data, Guru Penyelaras Bestari, S/U Peperiksaan secara menyeluruh.Di harap dapat kurangkan beban guru yang lain.
Fakta penting : Guru Penyelaras Bestari, Guru Data waktu mengajar yang dicadangkan oleh pihak Kementerian adalah 6-8 waktu sahaja. selebihnya, digunakan untuk membantu pengurusan pejabat. kire kalau still dapat masa mengajar 15-18 waktu tu..bolehla. masih boleh buat kerja.
Tulus ikhlas,
Diyana
Guru Penyelaras Bestari ..;)
ramai kenal Cikgu Dahlia?..saya salute die,guru data yang mantap tu..rsnye 24 hours tu mengadap komputer..tension2,memang ske gi blog dia..^^.kadang tu memang saya ade juga mengajar cikgu tulis blog..satu cara terapi tekanan kerja..;).
18 comments:
Saya anak cikgu, serba sedikit memahami masalah guru veteran ni..Memang kesian tgk diorg kena buat plan mengajar kat computer hari2, dah macam stress plak buat tu semua..Anak2 jugak kena tolong..(sebab tak ada cikgu rajin macam Cikgu Diyana..hehehe)Peace..
alamakk!
takot pulak nak jadik guru
haha
mmg kerja sbg cikgu sekolah bukannya senang. bebanan kerja yg tak berkaitan tu yg banyak. sbb tulah knur tak sanggup nak mengajar kat sekolah mcm arwah mak knur dan mak2 sedara yg semuanya mengajar kat sekolah.
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Saya amat tertarik dengan artikel2 di atas. Saya memandang semua artikel di atas dari pelbagai sudut. Tulisan Cikgu Mokhtar pada dasarnya 90% saya setuju. Memang ada kebenarannya alasan2 yang diberikan cuma alasan 1 & 7 sahaja saya agak ragu2 kerana hujahnya agak kurang kukuh (perlu statistik yg jelas). Alasan2 lain memang ada asasnya. Jika anda benar2 seorang guru, anda tidaklah perlu merungut jika terpaksa menanda buku latihan, menggantikan kelas relief, melatih sukan, menjalankan tugas2 khas & macam2 lagi tugasan yg sememangnya tugas hakiki seorang GURU. Usah dibandingkan guru dulu dan guru sekarang kerana zaman mereka sangat berubah. Kepada guru2 terutamanya GURU CEMERLANG, pentadbir & pengurus sekolah, jemaah nazir negeri & persekutuan, pegawai2 pelajaran daerah & negeri, wakil2 kesatuan guru serta NGO's sepatutnya buka mata anda dengan kenyataan CIKGU MOKHTAR ini supaya sistem pendidikan kita akan lebih mantap... Ingatlah tuan2 & puan2 bahawa sekarang sistem pendidikan negara kita jika boleh saya analogikan di sini ialah ASSESSMENT - ACHIEVEMENT - LEARNING. Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan ialah LEARNING - ACHIEVEMENT - ASSESSMENT barulah dipanggil pendidikan HOLISTIK.
Cikgu Maktab
Johor Bahru
cikgu maktab: awak masih di maktab atau sekarang sudah berada dalam sistem sebenar di sekolah? sori.sekadar bertanya..sebab masa saya kat maktab dulu pun, saya terror juga bab2 menghafal teori holistik bombastik bagai ni..bila dah masuk sekolah, baru tahu hujung pangkal..dan keadaan sebenar-benarnya...;)
Sokong Diyana!
kesian jgk kat cikgu2 kt masia ni kan tak abis2 dgn isu beban kerja. tp alin salute la dgn cikgu2 yg bekerja tanpa rungutan walaupun kerja mmg berlambak gila. klu dh smp masuk tv masuk paper tu mcm x ikhlas je huhu..
1. Salam. Eh! korang p tanya PPK, KPM apakah tugas guru? semua retorik!
2. Kalau co bisnes guru setakat bt kerja pnp mmg ler senang! tugas guru di sek -->rumusan: semua dalam satu tak cukup di sek..bawa balik ke rumah Realiti n bukan fantasi!...tapi no hal, sbb semua cikgu faham tu mmg tugas mrk yg perlu diselesaikan...
3. Persoalannya...kalau nk bincang pasal beban n tension n stress sampai KIAMAT pun tak selesai selagi KPM n pak menteri dok diam!.
4. MINTA SEMUA CIKGU BACA BUKU OREN!
Diyana & dinda.teJa: Sy dah 19 tahun dalam dunia pendidikan. Sekolah rendah, sekolah menengah & IPT sy dah rasa pengalaman bekerja dengan pelbagai jenis manusia & style kepimpinan. Dari SSB ke SSM, dari KBSR ke penggubalan KSSR & dari tradisional ke instruktional design. Kerja 16 jam sehari, bertugas 7 hari seminggu, anak membesar tanpa 100% pemerhatian penjaga & macam2 lagi ranjau duri yg diharungi semenjak bergelar PENDIDIK. Sy lebih suka menggunakan perkataan PENDIDIK daripada PENGAJAR. Mengapa? Tiap2 orang ada pendapat mereka sendiri. Sy percaya Cikgu Diyana & Cikgu Dinda.Teja adalah seorang guru yang hebat. Masakan tidak hebat kerana habis dah teori bombastik dihafal. Jangan sekadar dihafal kerana mengikut Bloom, hafalan adalah aras paling rendah dalam Teksonomi Bloom. Sekurang2nya aras sederhana (aplikasi @ analisis) & sebaik-baiknya aras tinggi (sintesis @ penilaian). Untuk makluman cikgu2 analogi yagn saya nyatakan adalah hasil garapan teks pembentang kertas kerja Y.Bhg Dr Haji Khair b Mohamad Yusof, mantan Pengarah BPG dalam satu konvensyen hala tuju pendidikan di UTHM tidak lama dulu. Sebenarnya kata2 beliau adalah pengukuhan kepada Teori Pembelajaran TABA. Jika kita merancang berpandukan TEORI sedia ada nescaya PERLAKSANAANnya pasti akan lebih mantap. Justeru itu, sekali lagi tahniah cikgu kerana mempunyai jati diri guru & semangat juang yang sangat tinggi. Maaf jika kata2 yang tiada sumber rujukan dari saya menyinggung hati & perasan semua pihak terutamanya guru-guru. Wallahualam & jazakallahhuhair...
Cikgu Maktab
Johor Bahru
cikgu maktab: saya ambil kata-kata cikgu sebagai panduan dan pedoman ;). terima kasih. sudut pandangan cikgu mungkin agak jauh dari saya yang masih bertatih ni.;). kadang rasa lucu juga,bila sistem pendidikan malaysia ni macam yo-yo..belum sempat 1 dasar difahami elok2..dah tukar lain pulak...yang agak lembap macam kami ni..kalau orang lain dah sampai Z, saya baru dok tang M la kot...^^.
cikgu maktab:harapnya cikgu maktab dapat berkongsi pengalaman bagaimana cikgu menguruskan masa dan hirarki kerja p & p cikgu agar dapat kami semua jadikan panduan.
anynomous: maaf cik anon. blog saya bebas fahaman politik.buku oren tu ...err. no komen. ^^. ada 19 m/s tapi semua isi kosong.;)
isu hot ni. tu cikgu, hang belum lagi kerja 8.30-5.30pm, atau kerja shif mcm aku dulu, time offday tu la ada meeting dan training bagai..
saya pernah jd cikgu sementara (GSTT) masa cuti 3bulan matrik.
adoi..sampai mimpi2 ringkasan mengajar tak buat lagi sbb rasa berat sgt nk buat/tulis ringkasan mengajar. (baru ringkasan mengajar dah nightmare..kalo tambah yg len2 mcm mana??)
slps tu, sy bertekad nk kerja apa saja kecuali cikgu!
kerja skrg, mmg la 8 to 5. tp ada skop kerja. nak aktif sukan atau ko-ku ikut suka. takde paksaan (demi anak murid atau pengetus/gb).
atul&kinna: isu yg skrg byk cikgu dok merungut sangat ni..disbbkan dah mcm smkin hilang 'kerja sebenar' sebagai seorang pendidik.kerja pengemaskinian dokumen dgn tugas guru boleh dikatakan 10:1. kerja on paper itu yg dirungutkan oleh guru,bukanla merungut pasal kerja hakiki macam masuk kelas,tanda buku,latih budak kat padang..aku skrg,tumpu pada kelas yg penting..hal kerja pengkeranian,aku larat..aku buat..mana boleh pospone dulu,aku pospon dulu.
Dayana: Tahniah cikgu... Saya percaya perjalanan cikgu masih jauh lagi. Keep it up... Berkenaan dengan dasar pendidikan di negara kita ini, memang ada kebenarannya kata2 cikgu itu. Sepanjang penglibatan saya dalam merencana dasar pendidikan memang tidak ada nokhtahnya selagi kita hanya penggubal & pelaksana. Maksud saya di sini, ada satu pihak lagi yg sangat besar peranan mereka. Sy tak mahu ulas lebih2 kerana politik dalam pendidikan itu perlu tapi bila pendidikan dipolitikkan itulah yang terjadi kepada teks INTERLOK karya SN Datuk Abdullah Hussin... Seronok berdiskusi dengan cikgu. Cikgu mempunyai wawasan & insyaAllah suatu hari nanti cikgu pasti berjaya. Mark my word!!! Wassalam...
Cikgu Maktab
Johor Bahru
cikgu maktab:trima kasih cikgu..;).
Nak komen tmbhn sini: Setahu sylah masa minimum guru ialah 24 waktu mgjr dan maksimum 32 waktu smgu. Mana yang betul ni? Cg Moktar Sabah atau yang sy maklum.
Kata beliau lagi, "Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mgjr 16 waktu smgu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sklh rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mgjr guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam smgu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain."
Adakah kenyataan ini ada data empirikal sebenar atau jg berlandaskan andaian dan pengalaman sndr? Risau pula kita di suruh cari data benar beliau pula beri data sampel kecil. jg pekerja awam lain tidak bekerja 8 jam spnhnya. Rehat 1 jam 30 minit termasuk waktu sembahyang (muslim), tidak semua ada pelanggan dihadapan. PEngecualian guru, kaunter LHDN, dan kerja kaunter lain. serta kakitangan disebalik tabir. Selainnya adalah kerja perkeranian, pemfailan, pelaporan dsb yang tidak memerlukan mereka menghadap client utama (masyarakat).
Jelas sangat En. Moktar termalu sangat sehingga jg ada sentimen peribadi ketika berhujah.
Bab kata orang, jika bahas perenggan pertama sudah 'bias', bgmn pula untuk sy menerima hujah lanjutan yang sepatutnya mgjr orang berjalan lurus.
Ini aku kongsi fakta 1 orang sndr:
Pengalaman bertugas - masuk 10 tahun lebih krg (masih krg lagi), anggap tak banyaklah sebab tak suka pindah sklh.
saiz sklh - 1640 orang.
saiz kelas diajar - kecil je, antara 28 - 52 orang, 9 kelas.
Klien sy - 28+31+25+32+30+42+52+18+24 = kira sndr
Tugas hakiki - mgjr 3 subjek (tak nak sebut sebab malu), waktu 26 smgu.
Tugas lain yg perlu dan diarah termasuk wajib dokumentasi (selain buku anak2 murid)
Ketua Panitia; Guru sbjk; Guru kelas; ahli AJK jadual waktu; ketua AJK markah/pentaksiran murid; AJK SMM; Guru penasihat kelab computer; guru penasihat kelab bola sepak; guru bertugas 1M1S mgguan (setiap 2 mggu)(luar ko-kum biasa); kelas tmbhn petang wajib; kelas sabtu - 2 mggu sekali; tugas ad-hoc; Guru disiplin - ahli lembaga disiplin (tugas harian - serius ni); hadir meeting besar – 2-3 x 1-2 bulan (ikut musim); hadir taklimat mgguan - 1x smgu;
Hidup luar tugas - beristeri dan ada anak2; ahli komuniti kampong; tuisyen percuma kelolaan JKKK kampung
Prestasi anak2 di rumah - ntah, hrp guru dia dapat ajar. Kalau pelan tndkn guru diorang hebat, maka hebatlah anak aku.
Prestasi anak murid di sklh - mesti 100% lulus spy capai HC dan pelan tndkn sklh. Pertasi sklh sederhana. Kenapa? Kena rujuk statistik latar belakang pendidikan, sosial dan ekonomi client utama sklh yang sda ada. jg infrastruktur sklh dari dalam kelas, tandas, keselesaan murid memang markah below 40% la.
kemahiran utama - mgjr, bljr, celik ICT, mahir kmptr, pantas menaip, kecindan, blh pengaruhi murid, blh disukai murid, blh dibenci murid (tugas satu tu), main bola sepak, suka main badminton, pernah main ragbi, blh jadi komanden kawat. Peka/alert info terkini.
Kekuatan moral - ikut musim dan batch pljr yang ada dalam kelas. 1 guru vs kelompok pljr. Hanya guru yg berketrampilan (fizikal keutamaan) yg sentiasa blh bikin anak2 murid ikut cakap. Malangnya sy bukan guru berfizikal hebat atau pujaan atau kegilaan atau yang menarik. Pernah dengar perkataan boroi-pendek? hahaha. macam tulah.
Kekuatan lain - empati kpd anak murid dan rakan yang krg mahir. Serba nak tahu dan suka tolong rakan sekerja. SMM, bukan tugas aku, tapi atas arahan bos, kena tolong penyelaras SMM.
So. Tekalah mana bahagian yang blh dianggap diperbesar-besarka atau tipu. Aku redha jelah kalau digelar guru palsu atau mustahil. Aku tak blh bagi data empirikal sebab memang tak niat nak ambil master pun, tapi ni data sampel 1 guru yang sedang bertugas dalam sklh bersaiz besar tetapi bangunan terhad.
Aku bukan antara guru yang komplen secara terbuka (tak baik) tetapi memang antara guru yang kekadang (dalam keadaan moral/motivasi terhilang/tanpa sokonngan) turut mengeluh dan merungut.
Post a Comment