LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, March 1, 2011

Satu keluarga, Tiga kenderaan

Dianggarkan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya tiga kenderaan berdasarkan statistik terbaru Kementerian Pengangkutan menunjukkan sebanyak 21.2 juta kenderaan didaftarkan di negara ini sehingga tahun lalu.


petikan dari BERITA HARIAN

Dengan keadaan semasa, kereta bukan lagi merupakan kehendak..dah bertukar jadi keperluan setiap isi rumah.Bukan suami isteri sahaja,kadang tu..yang bersusun depan rumah ,kereta anak la..kereta cucula...kereta mak menakan..suma dok ada.memang kalau tgk ,paling busuk pun kalau kita tengok kat rumah2 kurang2 memang ada 2 bijik.

Mungkin,pada yang boleh berkongsi..itu bagus untuk anda dan suami khususnya yang bekerjaya kedua2nya.. Kirenya, kalau suami isteri arah tempat kerjanya sama..masa waktu bekerjanya lebih kurang..berkongsi kereta mungkin adalah pilihan utama. Lagipun jimat kan?tak payah pikir hal ehwal kereta banyak2..tak pun,yang isteri mungkin boleh tumpang kawan ke tempat kerja..itu pun satu kelebihan.

tapi,bukan semua situasinya baik seperti itu.

Tak payah tengok jauh, abah saya contohnye cukup. Pernah satu ketika..rumah macam kedai used car. kadang tu orang ngat,kami adik beradik semua balik padahal mak abah aje dalam rumah tu. tapi kereta yang parking di depan rumah berbijik2.

abah saya jenis sayang nak jual kereta..itu la jadiknya.dan sekarang,setelah dipujuk mak dan kami ..abah jual semua tu dan beli baru.dua bijik itu tetap wajib.sebab mak saya adalah pengguna kereta yang maksimum walaupun dia cuma seorang surirumah.

contoh kedua terdekat, saya dan suami. kerja lain arah.sorang kiri ,sorang kanan. nak kongsi pun tak boleh. en suami balik lewat, dan saya baliknye jam 3 paling lewat.kecualilah saya pujuk en suami jadi cikgu jugak..apply satu sekolah.bolehla 1 kereta 1 rumah aje..ahaha.

jadi,macam mana itu? wajib jugakla installement 2 biji stp bulan.

Jangan cakap pasal  motorsikal.itu pun ,kami ada reason kenapa tidak memilih pilihan yang itu. 

Kereta saya adalah untuk kemudahan saya dan anak2. Saya memang tak boleh share2 dengan suami. matilah kutu ,patahlah kaki kalau saya tidak berkereta...huhu.Saya jarang tunggu en suami untuk selesaikan urusan seharian . boleh dikatakan 65% hal ehwal rumah tangga saya selesaikan sendiri sebab for me, tunggu en suami means kerja akan tertangguh sebab en suami kerjanya 6 hari seminggu.hmm.nak tak nak, sendiri adalah perlu. ^^


Ini pun wajib beli berbiji2...kalau tak ka, berebut sampai tarik rambut......^^
Jadi kesimpulannya,kempen kongsi kereta yang disarankan tak akan berjaya saye rasa,semua orang ada sebab dan alasan masing2 untuk tidak berkongsi...

haha.baik punya back up diri sendiri eh?....lalala.

9 comments:

ch@ said...

mrABi ada dua biji kereta, satu biji motor dan Oni ada satu biji kereta. hahaaa. cemana tu? sama macam akak la, suami isteri lain arah, pakkal takde LRT terus sampai opis, kot tak mmg naik yg tu je la.

Coffee Mama said...

Sekarang ni kami sekeluarga (me & hubby) masih mengamalkan konsep kongsi kereta..Tapi nampaknya, in future macam tak boleh je..salah seorang kena merempit nak hantar our lil rara pegi tadika..

FrH said...

haha nice one!!
btol sangat tu donat .. aku sokong sangat .. mak aku dok dgn aku pon ada kete gak, so kat umah aku pn 3 kete gak. tu belum masuk kete anak2 gak .. haha comelll ~~

Anonymous said...

skang ni..takleh kongsi2 keta la cikdu dayana..mcm sya ngan suami da la keje lain arah..pepagi suami hantar anak2 g sekolah agama..sya hantar anak2 yg kecik g taska..kang kul 10.30 dia amik anak2 balik rumah..siapkan diorang bg makan dll bru hantar g sekolah rendah sesi petang ( kul 5 .45 bru balik)..sya plak rush balik rumah masak nasik..kemas rumah, angkat kain..menyapu..baru ambil anak2 dr taska..(ayoo...penat giler..jgn suh sya amik maid...taubat da kami)nak2 masa kat sabah ni cepat siang dan cepat malam...

yanadzul said...

yana ada 3 bijik keta..
penat nak boh minyak keta tau..nak juai syg pulak..

susah nak share keta dgn hb.. dia keja arah kanan..yana arah kiri..

lgpun nak amik anak2 dari tadika lagi.. kalo tunggu hb amik..sampai umah malam..hehe

lgpun yana keja nak pi sana sini kena naik transport sndiri

Unknown said...

byknye koleksi kenderaan ank2,heeee...

MamaIlhan said...

rumah saya cuma ada sebuah kereta..me n my hubby kerja arah yg sama dengan waktu yg hampir2 sama.sometimes pakat tumpang member lau hubby xsempat nk amik..since nk pindah ni mcm ada ura2 kami perlu tambah 1 lagi kenderaan. (khas utk hantar and amik ilhan dari taska).ilhan sorang,tapi jumlah beskal ngan kereta mainan dia jek mcm 4 orang punya..(rasa mcm nk jek suruh dia kayuh beskal sendiri gi taska hehehehe...)

Halen said...

nasib baik la tmpt keje kami dkt je so skang ni ble la berkongsi kereta. itu pun kekadang gado jgk sbb time rehat sorng nk ke utara sorang nk ke selatan huhu..

Diyana said...

hehe..ramai yg senasib eh?hihi