LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 23, 2010

sempat2kan.

ada yang tanya saya,saya sempat tak uruskan rumah.ya la kan anak dah dua.

saya jawab.sempat2kan ja la.lol

keutamaan membuat kerja di rumah mengikut hirarki

1.kemas2kan ruang tamu.for me,ini paling penting,everyday sebab tetamu datang tak kira masa.biarkan dulu dalam bilik kecah,kalau tak sempat.

2.basuh,sidai ,lipat baju.hobi ni.hobi..ahaha.

3.vacum lantai.ikut priority jugak ni.ruang tamu dl.kalau anak2 tak kaco,boleh lajak ke bilik2.dan dapur.kalau depa dua dah meragam.keja ni hold dulu sampai malam karang.

4.pinggan,mangkuk dalam sinki.sbolehnya cuba kosongkan sebelum keje.tak sempat sambung balik kang.

5.masak.see.masak bkn my priority.kenapa bukan?sebab bila saya masak.4 perkara di atas saya kena ulang banyak kali dalam sehari.haa..

6.kerja2 pelbagai.macam cuci bilik air,mop lantai ,lap2 habuk perabot ke hape.ini semua bila suami dah tido,anak2 dah tido dan kalau mata larat lagi,baru boleh buat.

saya cuma akan masak

bila suami tengah rehat.boleh tgkkan budak dua ni.

bila mia dalam keadaan mood yg baik.

bila ali dah tido.

kalau suami balik keja,dia trus tuju meja main komputer.

saya cuma tanya,nak ana masak ke tak?kalau nak,jaga depa dua.

en suami akan tengok saya,tengok komputer.tengok saya,tngok komputer.

kemudian dia akan jawab.ok.ana nak makan apa?

itu maksudnya,dia nak gi beli,balik makan trus.boleh main game balik.

cuma kebelakangan ni ajala,mungkin sibuk keja.en suami dah letihla kot nak main game .jadik dia sanggup la nak jaga depa dua dalam tempoh saya di dapur,mencuci pinggan,mandi lepas masak.

jadik,dapurku sudah boleh berasap kembali.

ada yang kata,kenapa tak minta suami tolong buat kerja rumah.

mintalah.suami saya bab buang sampah,diapers berak budak2 ni,tolong lap meja makan.dia dah tere.

dulu masa awal kawin.memang stress.sebab apa yang saya buat.saya nak suami buat betul2 macam yang saya buat.

bila dia tak boleh buat,saya bebel.makin banyak bebel.makin letih rasa.

dan kat situ,saya dah tau kenapa saya letih bila buat2 kerja rumah.sebabnya saya tak puas hati dengan suami tak tolong saya buat kerja rumah.

rupa rupanya,dengan hanya kurangkan bebelan , minta tolong suami dengan baik dan juga cuba berkompromi terutama bab2 jaga anak,masak tu..kita boleh teruskan kehidupan harian dengan ceria dan tanpa keletihan..;)

dan itu cara saya,bagaimana cara korang uruskan politik suami isteri?hehe.


adalah bonus sekiranya suami korang suka ke dapur.tak pun suka buat2 kerja rumah.;).

7 comments:

ch@ said...

hahaha super mummy... lbh krg sama je kita. sy anak baru sorg :D

Liyana Shuib said...

bab hobi basuh baju tu tak leh nak kata apa..hehe..

adianiez AIDA said...

pun lebih kurang sama dgn saya, anak saya pun 2 org, puteri puteri belaka. but sejak 7 bulan lepas tak la. weekend mom ler katakan.

hubby saya memang byk bantu. all the time. especially time saya masak. memang dia jaga anak-anak. sebab, dia nak makan masakan saya. hi hi hi...

BIONIC WOMEN said...

suami saya rajin skit bab2 kerja umah ni..saya x suka lipat dan iron baju so bab tu memang keje dia malam2..masak2 suami saya dah serender sebab memang x reti
tapi basuh pinggan, mop2 lantai atau cuci tandas...saya x pernah buat..hehe

Diyana said...

ch@:hehe.nnti dh ramai.cara anak ramai plak kita urus rumah kan;).yg penting,suami isteri jgn gado.semua bley settle dgn baik

babyibu:hihi.aku suka sabun basuh kot,tu jd ketagih mmbasuh tu..aha

aida:hehe.lps ni bley mnta tlg puteri2 berdua tu plak kat dapur.

bionic women:suami eily cikgu kan?cikgu2 lelaki mmg majoriti rajin sgt bab2 keje rumah ni.diyana tgk cikgu2 lelaki kat skolah,suma macam tu.bab2 kongsi resipi,depa no 1..hihi

FrH said...

to be honest, laki aku xpandai lgsg buat keje umah. semua kene ckp, tp bile mintak tolong (bukan suruh ye, dosa suruh2 laki) ok jek dia buat je.

aku rasa sbg pempuan kita kene turunkan spec kita kalau laki buat keje, kalau dok bubuh spec tinggi maksudnye kita yg akan buat akhirnye. kahkahkah. so dah cukup baik dah laki tolong .. kan?

perghh kau mesti lg kalut kan, sbb dah ada anak 2. aku mmg balik keje siap g joging lg, maklum laa mak duduk skali, balik keje mostly smua dah siap (bersyukur).

atulhani said...

aku n hubby bukan hidup berdua, so masih baru nk komen. Duk ngn mertua, lain juga kisahnya. aku cuma perlu urus diri n suami. bab2 rumah yang lain, kurang sikit kerjanya... tp camni, tak rasa hidup berdikari sebenarnya...