LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 8, 2010

Mendukung Anak Sambil Solat

sebelum itu.Tahniah pada si ayah. Anda hebat!selalunya,kat masjid anak2 dengan mak aje kan.:)





Macam2 saya baca orang komen pasal vid neh. ada juga yang kutuk tak hengat2.
Pada saya, yang punya anak kecil.sangat paham kekangan yang dihadapi oleh parents macam si ayah


Apapun, saya pernah baca satu buku agama bergrafik tentang cara-cara bersolat sambil mendukung anak,sambil menutup henset.semua ada situ.dan sememangnya , ada caranya dan dibolehkan dalam Islam.


Mungkinlah kan..bila tengok sekali vid ni,nampak pelik.ada yang siap jatuhkan hukum tak sah sembahyang si bapa.hmm.Wallahualam


Itu bukan urusan kita. Allah lagi mengetahui isi hati dan niat si ayah.


Saya di rumah dengan 2 orang anak. Bila tiba masa solat,saya tukar diapers Mia dan Ali. Kemudian saya solat. Mia naik belakang badan.saya tunggu sampai dia turun.baru bangun.


Bila Ali tarik telekung,saya sentap sekali..untuk elakkan rambut terkeluar.dan teruskan solat..


Mencabar bukan?hehe


itu belum masuk lagi, bila Mia buat perangai..dia tarik sejadah pastu guling2 depan saya sebelum saya sujud. Kadang tu,saya kuis sikit Mia kasik dok tepi..


Yang penting, cuba untuk kusyuk.Mungkin peratus kusyuknya kurang..tapi Allah lagi kenal saya...

Dan time petang2 tu,bila dengar papa mia ali dah sampai..rasa macam nak sujud syukur aje...hehehe.Kadang tu,en suami balik.kalau ragu2 ,saya solat semula.done.

5 comments:

Momma Mia said...

hai dear.. cam serupa jer kita. Details ttg nih bleh baca kat blog sisti sifir @ pija

http://sitisifir10.blogspot.com/2010/10/solat-sambil-dukung-anak.html

cha said...

sungguh akak betul. itu berdua, kita faham. kita yg seorang ini, sama je macam akak. nak solat dgn pintu bilik ditutup, lagiii la tak senang hati.

n a n i said...

Ada hadis Rasulullah saw yang pernah solat dengan mendukung cucunya Hasan. Rasulullah saw dukung dan letak ketika sujud serta ambil blk ketika bangun daripada sujud (hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Al-Ansari). Secara umumnya perbuatan mendukung anak yang belum mumaiyiz adalah dibolehkan. Ustah aku penah highlight psl ni sblm ni.

n a n i said...

opps..tambahan...apabila ada kekangan masa solatle...cthnye dia nangiske...kalo bdk tu dok elok je landing tido,takyahle nak dukung2 lak masa solat

n a n i said...

woo...baru tgk video tu.tadi kat opis tak tgk pun.dia dah berjalan2 depan jemaah lain sampai menyebabkan dah dia tak ngadap kiblat, tu cite lain dah...