LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 8, 2010

Tidak sukar bersuamikan juru terra

Ada yang bertanyakan saya takpe ke laki kejer engineer?tak selalu balik lambat?

Lambat ke?saya tatau suami orang lain yang kerjanya juru terra jugak. yang saya tahu, suami saya paling lambat adalah pukul 7.30 malam. itu pun,kadang sebab saya suruh singgah beli barang ke,beli dinner...heeee.tapi kan.masa suami dgn company lama,mmg lambat balik.penah saya call,dgr bunyi tung2 bunyi menda alah yg ketuk2 cerucuk tanah tuh..malam!adele tu,spesifikasi binaan yg tak mmuaskn hati..kena buat lain tuh.sekarang,suami ala2 bos jugak.itu yg awal kot balik.

Dan berdasarkan sembang2 kosong dengan kawan perempuan yang juga adalah engineer. Balik lambat,adalah rutin biasa. So?,janganlah merungut ye...:P

Saya tak brapa faham sangat flow kerja jurutera neh. kalau cikgu tuh,saya tahulah. cuma yang saya tahu, ada banyak jenis jurutera.

Jurutera tapak...yang kadang tu,perlu angkut batu bata,paip2 dalam kereta...kereta sapa ntah.huhu

Jurutera kilang/mesin2.ini ramailah member kerja neh. termasuk ko la kan Nani, ko jugak rahimi...:p

Jurutera elektrik.

Consultant engineer.ini punya post..byk outstation, banyak condem orang..hehe.*itu en suami punya ceritala kan.:p

dan paling terbaru saya dengar hari tu..kat Majalah 3.

Jurutera Lego.

pergh..syioookk tu kejernye..

main lego aje.huhu.tapi bukan calang2 kan. gile susah nak design bentuk2 macam dengan lego .

Jurutera dan term 'entertained client' mungkin tak dapat dipisahkan.kan.kan.

Haa.itu yang isteri2 kena betul2 tanya..kat mana suami gi entertained client dia..:p

di kopitiam kah?di kedai mamak kah?atau di club mahupun di pusat urutkah..?heh.

Tepuk dahi, callinglah suami anda!grr...grr..

*entry ini adalah ilham dari hasil skype dengan nani minggu lepas..har har.

8 comments:

cha said...

banyak rupanya kategori jurutera ni, jangan lupa kak, kita jurutera hal ehwal rumah tangga. termasuk, urus anak, rumah, suami blm part urus dapur, halaman rumah. ngeee... sama² busynya.

atulhani said...

laki saya jurutera network/telekomunikasi atau apa saje nama yang seangkatan dengannya... huhu.. balik lambat tu perkara biasa. kerja lewat malam pun perkara biasa.. paling tak best.. time dengan kita tu la ada call, ada kerja...

nasib baik, saya kirakan sealiran.. duduk kat call center, tau lah apa masalah yang selalu datang.. kena faham dan ada toleransi..

kadang2 tensen juga, tp nak wat camne kan..

n a n i said...

manufacturing eng/process eng/Product eng ~ byk berchinta dgn mesin kat production line.krg risiko godaan luar sket kalo incik suami bekerjaya sebegini.
QA eng(profession terkini)/Product eng (profession terdahulu)/business & development eng ~ byk deal dgn cust. dolu2,cust ajak karaoke bagai (jgn tanya aku kot celah mana lak kaitan karaoke dgn product yg dihasilkan)
*correction, aku bkn jurutera mesinla puan donat.aku bahagian komplen mengomplen & menipu cust je skrg (mtk2 cust aku takde yg baca blog hg..hehe)

Farah said...

saya jurutera jugak..tp bahagian sales. hahaha haaa macam mane agaknye tu? saya tak configure barang2 teknikal saya hanya pandai jual je :D..so mase saya sangat flexible..boleh kerja dari rumah lagi.

tapi sebenarnye saya asal dari bahagian teknikal la jugak..tapi nak kate balik lambat selalu takla ..outstation tu memang ade.

transformed housewife said...

knur dulu mengajar bakal2 jurutera di USM. mmg banyak jenis; mekanikal, elektrikal, awam, sumber alam dan aeronautikal.

Lin said...

masa laki aku keja kat samsung dulu, plg AWAL dia blk keja kul 12mlm ok. plg sadis ada masa dia sambung keja esok pagi esp kalau production nk running new model,sampai tdo kat kilangla. tu sbb dia jarang blk rumah..weekend je blk. weekdays stay kat hostel. jarak kinrara-klang jauh...so nk balik tiap2 ari cam memenatkan badan je..lega now dh tukar keje. kalau tak,aku meroyan punye...

n a n i said...

takyah riso sgtla don,sukar lg bersuamikan angkasawan malaysia yg kacak kot...hahaha

cha said...

aduhhh banyaknyaaa lagi kategori... fening². suami kita tak jurutera, dia polis je.