LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 28, 2010

meraikan cinta dalam duka

Awal pagi 21hb Dis lepas, hari kenduri Nisah adik saya..saya tengok jiran2 dah penuh depan laman.awalnya pakcik makcik neh..bukannya ada apapun nak tolong. tunggu lori catering datang ja pun, yang lain semua dah settle. rupanya,. jiran selang 2 buah rumah kami, meninggal pagi tu. semua keluar,nak tunggu jenazah sampai rumah. Al Fatihah untuk Ustazah Umairah. 

Rombongan marhaban dah sampai. set audio dan speaker pun , DJ radio dah pasangkan. abah tak bagi cancel.

Makanya,di awal permulaan majlis, orang marhaban adakan tahlil untuk arwah.

Pakcik Dj pun dah minta permission nak balik awal sebab dia tau dia tak boleh nak menghiburkan tetamu yang datang seperti kebiasaan. itu pun abah tak bagi dia balik. abah kata, buat apa yang patut.

Dan saya akui, ini adalah antara majlis yang agak tenang dan harmoni pernah saya rasai..disebabkan alunan bacaan Al Quran langsung tak putus-putus sampai ke petang...

13 orang jumlah keseluruhan ahli en Zulkifli pada akhir 2010

rakan-rakan seperut

ramai nak tolong saya kepit beg warna warni itu..haha.tapi abah bagi kepercayaan pada kami berdua sahaja.heh

janganla banding dengan saya.adik saya yang ni memang slim dari azali.


pandai naik


tak pandai turun
 Yang ni,masa majlis bertandang 23 Dis
bini no 2


tak cukup ahli.sob sob
 
gaya comel kunun2 dari anak beranak mak cik siah
Jenazah arwah disemadikan lepas Asar hari yang sama.

Sekali lagi, Al Fatihah untuk arwah ustazah.

9 comments:

Sue*SuriYati said...

rasa lagi bagus kalau kenduri pedengar kan ayat suci al-quran...dari berkaraoke melalak mau luruh jantung...nak makan kenduri pun tk tenang....huhu

ch@ said...

Al-Fatihah buat arwah. walau macam mana pun majlis tetap kena jalan. takpe lebih elok dlm suasana harmoni =)

mzhany said...

waaa dapat kepercayaan galas beg warna warni itu...huhu

chopp, apakah isinyer? duit eh...

kew_chop said...

lawa la baju kawen adik kak diyana tu, mak akak buat sendiri ke? lawa sgt..

FrH said...

kau ckp teruskan tu aku ingat bukak jek lagu smua .. hehe. tahniah. mesti wedding adik kau lebih diberkati. alhamdulillah.

meriah kawen adik hang. warna yg terang .. i loikee

Mrs Hardlena said...

apa2 pun tahniah utk nisah now dh selamat menjadi seorang isteri. berkat sungguh majlis kali ni.. :)

transformed housewife said...

tahniah utk adik Diyana. Al-fatihah utk arwah ustazah tersebut.

BIONIC WOMEN said...

Al fatihah buat arwah...

Cantik warna baju pengantin..si mia tu pun cantik gaun dia..hehe..

atulhani said...

wei.. sehari lepas kenduri kahwin aku kat johor, jiran betul2 sebelah rumah meninggal.. kalau arwah meninggal masa kenduri aku lagi naya.. sebab kemah aku semua dah terlentang depan rumah dia, sepanjang jalan tuh...